H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

Od leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 Více

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N78

1.9K 262 74
Od leimonadd

PUAS bermain dalam pool bersama yang lain, Wareesa ambil keputusan untuk menyerah diri lebih awal. Tengok pemuda dan pemudi di pool ini, tak tahu bila nak habis main air. Sekali tengok macam budak-budak aje.

Wareesa terus bangun dari duduk. Kaki yang basah dek kerana direndam dalam pool dilap cermat dengan tuala sebelum dia berlalu tanpa pamit dari situ.

Sebelum naik ke bilik, sempat dia berselisih dengan Sara. Gadis itu senyum sahaja dengan makanan di tangan. Tak sudah-sudah melayan kehendak perut cik muda dan tuan mudanya.

"Apa tu?" Soal Wareesa. Ikut bau, macam sedap aje. Lagi-lagi bila dia lihat ada wap-wap yang timbul. Tanda makanan itu memang baru diangkat keluar dari oven atau dapur gas.

Sara senyum dan dengan bangga, hasil makanannya ditunjukkan. Bersinar terus mata Wareesa lihat roti-roti yang coklat keemasan. Siap berkilat! Memang kepakaran Sara lah!

"Reesa nak? Ada lagi kat dapur tu." Kata Sara. Bibir dah terjuih ke arah dapur.

Mendengar ujar Sara, laju sahaja kepala Wareesa mengangguk. Mahu! Nak! Rugi besar kalau ditolak.

"Banyak lagi?" Soal Wareesa.

"Banyak lagi. Biasa lah kalau dah disuruh jamu, portion kena buat tu banyak mana." Beritahu Sara.

"Faham. Faham." Wareesa setuju. Bukan dia tak pernah buat perkara yang sama seperti Sara dahulu. Baru-baru aje dia tinggalkan pekerjaan itu.

"Reesa nak tak ni?" Soal Sara. Dulang di tangan disuakan kepada Wareesa. Isyarat untuk gadis itu ambil sebiji roti.

Tapi, laju sahaja Wareesa menggeleng. Menolak kerana belum ingin. Memang mengiurkan, tapi bagi dia bersihkan apa yang patut dibersihkan. Hilangkan lelah dulu sekajap.

"Tak nak sekarang lah. Nanti Sara tinggalkan sebiji dua untuk Reesa ya? Reesa nak naik atas dulu." Ujar Wareesa dan Sara hanya angguk sahaja.

Senyum, Wareesa minta pamit terlebih dahulu. Sara berdiri dahulu melihat langkah Wareesa yang makin menjauh. Senyum juga dia lihat Wareesa. Dalam hati diselitkan doa buat si gadis. Nampak Wareesa mula ceria dan dia harap ianya berterusan.

Hilang sahaja Wareesa daripada pandangan, terus Sara atur langkah kembali. Masa untuk sambung kerja. Ada cik muda dan tuan muda yang dia perlu layani.

Sementara Wareesa, dia sudah selamat jejakkan kaki ke dalam bilik. Nafas lega dia lepaskan dan sengih mula terbentuk bila nampak tilam yang besar lagi empuk di tengah bilik.

Terpanggil-panggil pula dia ke situ, buat kaki atur langkah menghampiri benda empuk itu. Dan...

Flop!

Wareesa senyum. Kelembutannya sangat mengasyikkan. Hilang sekejap lelah. Kantuk pun mula lah datang memberatkan kelopak mata.

Kuyu dan layu. Akhirnya, mata terpejam rapat. Sunyi sahaja bilik itu. Hanya kipas sahaja yang kedengaran. Lagi buat  Wareesa dibuai lena.

Klik.

Namun, tercelik mata seketika bila telinga menangkap bunyi pintu yang ditutup perlahan.

Berat mata terkelip-kelip. Mata kuyu pandang pintu. Tiada kelibat sesiapa pun. Mungkin hanya Fara atau Sara yang menjenguk. Atau mungkin nak hantar roti yang dia mahu tadi.

"Sara...?" Nak juga Wareesa menegur. Walhal suara lesu aje. Mata pun dah terkatup. Apa yang penat sangat pun tak tahu. Tapi sumpah. Nampak katil memang kantuk datang tak mahu pergi!

Tiada sahutan. Dahi dah berkerut.

"Takde orang ke?" Tanya Wareesa. Sedikit tinggi suara kantuknya.

Sepi. Sepi. Dan terus sepi. Wareesa makin tenggelam dalam rasa kantuk yang menguasai. Namun, tak lama selepas sepi tadi, telinga menangkap samar-samar satu tawa halus. Lembut menjengah pendengarannnya.

"Hmm?"

Dan tawa kecil tadi makin jelas kedengaran. Bersama itu, Wareesa rasa satu henyakan lembut di ruang belakangnya. Tak sempat nak cermat, pinggang rasa dilingkar sesuatu.

Segar bugar terus mata Wareesa. Hilang melayang rasa mengantuk. Auto pandang pinggang Wareesa dan sumpah suhu wajah dah naik bila lihat satu tangan yang melingkar kemas pinggangnya. Bagai tak mahu lepas.

"Wa---Waseem?" Seru Wareesa gugup. Jantung dah goyah di tangkai. Tinggal jatuh aje ni.

"Hmm." Deham panjang dan garau itu sungguh menegakkan bulu tengkuk Wareesa.

Cuba lepaskan diri, namun badan jadi kaku. Semua gara-gara pelukan yang makin erat di pinggang dan rasa sandaran di belakang badan Wareesa. Seiring itu, Wareesa dapat rasa nafas hangat Waseem di sebalik bajunya.

Rama-rama terbang melayang dalam perut.

"Waseem." Wareesa panggil. Sungguh dia malu.

"Call me Seem." Dan bisikan halus dengan suara dalam yang betul-betul di telinga buat Wareesa menggeliat kegelian. Tanpa sedar, tawa kecil terlepas. Namun laju tawa itu mati bila rasa tangan Waseem yang menyentuh dagunya. Menolehkan wajahnya agar dapat bertembung empat mata dengan lelaki itu.

Terkebil-kebil Wareesa. Muka tak payah cakap, memang dah merah habis. Serapat begini dengan Waseem tak pernah terbayang dalam akal. Gila sungguh lah.

Waseem, matanya galak menilik setiap inci wajah Wareesa. Seolah-olah ingin merakam kemas wajah itu dalam kotak memori.

Lihat pipi yang makin merah, perlahan-lahan wajah Waseem merapat. Bulat mata Wareesa. Tak dan nak lontarkan suara, ciuman lama Waseem dah melekap di pipinya.

"Err..."

Dari pipi, beralih arah ke hidung kemudian ke dahi kemudian ke pipi semula. Bertalu-talu buat rasa digeletek kembali hadir. Mula-mula lembut tapi makin lama makin ganas sedikit buat Wareesa lepaskan tawa bebas dan cuba mengelak dari terus menjadi mangsa bibir Waseem.

"Waseem!!!" Menjerit Wareeda bila Waseem dengan sengaja menggigit pipinya. Sambil itu ketawa kuat dan tolak wajah Waseem menjauh.

Tangan Wareesa yang elok menolak pipinya, Waseem ambil dan kucup ganas juga. Makin bebas tawa Wareesa dan itu buat Waseem gembira.

Wareesa ketawa. Wareesa rasa bebas.

"Geli lah! Stop!!!"

"Hahaha!" Waseem lepaskan tawa bila Wareesa dah pisahkan mereka dengan sebiji bantal. Masa bila tangan tu laju ambil pun Waseem tak perasan. Terbuai sangat dengan tawa Wareesa.

"Okey, Seem stop." Pasrah. Bantal diambil dan dicampak ke tepi. Kembali semula Wareesa di hadapannya.

Wareesa senyum kecil sahaja. Malu menjengah semula bila perasan rapatnya kedudukan mereka sekarang.

"Err... saya nak mandi." Pamit Wareesa. Dijarakkan diri daripada Waseem.

Baru nak bergerak, lengannya disentuh Waseem. Kaku terus badan. Terkebil-kebil mata bulatnya pandang Waseem yang dah memandangnya dengan pandangan yang redup.

"Kejap lah." Kata Waseem lembut.

Kemam bibir. Mata pula dah melilau tak tentu arah sampai lah Waseem tekup pipinya perlahan. Sekali gus memusatkan pandangan Wareesa di wajah suaminya.

Malu lah. Tapi malu-malu pun, tetap juga mata Wareesa tidak beralih. Seperti dipukau dalam pandangan redup dan menghangatkan itu.

"Reesayang."

Lembut sentuhan ibu jari Waseem mengelus pipi Wareesa. Menghantar seribu satu rasa dalam hati Wareesa.

Mata Waseem sungguh buat Warees mahu jadi gila. Setiap satu gerakan mata itu jatuh lama pada setiap inci wajahnya.

"Pipi ayang merah." Ujar Waseem. Antara menyakat dan suka.

Dia pernah bilang yang dia suka wajah memerah Wareesa. Lucu. Comel.

Wareesa kemam bibir. Alih pandang sekejap sebelum dia teguk liur yang tersekat di kerongkong. Hanya gara-gara mata Waseem melekat di bibirnya.

Bulat sekali lagi mata bila dia tidak sedia dengan alihan pandangan Waseem yang tepat pada matanya. Teguk liur sekali lagi.

"Aw---awak okey tak ni?" Soal Wareesa. Gugup seperti biasa. Cuma, level gugup kali ini tak boleh bawa bincang. Kalau lah Waseem tahu.

"No." Jawapan Waseem mengejutkan Wareesa.

"Huh?"

Lembut tangan Waseem menarik tangan Wareesa sebelum dilekapkan rapat telapak tangan Wareesa di bahagian kiri dadanya. Tempat letak jantungnya.

Terkejut Wareesa dengan degup laju jantung Waseem.

"I'm in chaos because of you."

Laju mata Wareesa terkelip. Sungguh. Degup jantung Waseem tak jauh lari dengan degup jantungnya.

"Apa Reesa dah buat dekat Seem ni?" Soal Waseem. Seolah-olah bertanya soalan itu kepada dirinya sendiri. Tapi sengaja bagi Wareesa mendengarnya sekali.

Wareesa diam. Otaknya kosong. Hanya ada satu sahaja soalan dalam kepala sekarang ini.

'Dia ni suka aku ke?'

"Saya tak buat apa-apa." Bisik Wareesa sebagai balasan dan jelas Wareesa nampak Waseem tutup mata sambil simpan senyum.

"Exactly. Reesayang Seem ni tak buat apa-apa pun. Tapi..." Waseem diam. Perlahan-lahan dahinya dirapatkan dengan dahi Wareesa.

"Such a big miracle in such a little pretty lady." Bisik Waseem seraya mengucup lembut dahi Wareesa lama.

Wareesa diam. Sungguh. Waseem sangat hangat ketika ini. Buat dia terbuai.

Kucupan terlerai.

Waseem pandang Wareesa dengan senyuman.

Wareesa pandang Waseem dengan senyuman kecil juga.

"Oh my little ayang. You do things to me."

Dan langsung Wareesa ditarik rapat dalam pelukan Waseem. Hangat. Tenang. Selesa.

Dalam pelukan itu, Wareesa senyum. Lambat-lambat tangan naik membalas pelukan Waseem.

Diam dan selesa antara mereka.

"Oh dear." Dan Waseem pecahkan sunyi antara mereka. Pelukan direnggangkan dan wajah menunduk pandang Wareesa yang terdongak comel memandangnya.

Nafas berat dilepaskan.

"Kenapa?" Soal Wareesa. Pelik lihat Waseem yang seperti stress tiba-tiba.

Waseem pandang semula Wareesa.

"Dorang ajak keluar tengah hari ni." Beritahu Waseem.

Wareesa mendengar.

"And now I don't want to go. I don't want to leave this moment."

Dahi dirapatkan kembali.

"Can we not go?" Soal Waseem.

Wareesa gelak kecil.

"Boleh. Takkan tak boleh." Balas Wareesa, kawal malu.

Waseem senyum. Dahi Wareesa dikucup lama sebelum ditarik semula Wareesa dalam pelukannya.

"Terima kasih kerana manjakan diri hari ni." Ucap Waseem. Kepala Wareesa diusap penuh kasih. Sesekali ubun-ubun Wareesa dikucup.

Wareesa diam. Suka. Mata dipejam.

'Dan terima kasih sebab ada di sini secara reliti bukan imaginasi.'

Dan pelukan makin erat.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.5M 46.9K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
1.2K 186 16
aku tak suka kau jadi jangan kacau aku "_ Lookeaw eleh siapa la nak suka gadis buruk macam kau "_ Anda siapa lah yang malang dapat berkahwin dengan o...