My Lovely Crush❤

By Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 25:Wanita Yang Dirindui

2.7K 124 2
By Kyennss

Pada subuh itu, selepas selesai solat subuh. Niya ke bilik pakaian untuk menggosok baju sekolahnya, dia melihat baju sekolah Mikhail yang belum digosok oleh Mak Sum. Mak Sum memasuki bilik pakaian, " Eh, Cik Niya. Cik Niya nak gosok baju kah? Biar Mak Sum buatkan. " kata Mak Sum. " Eh, tak payahlah Mak Sum. Biar Niya buat sendiri, bukan susah pun! Lagi satu, tak payahlah nak bercik-cik. Panggil Niya ja! " kata Niya. " Ha, ya lah! Niya biar Mak Sum gosokkan baju Niya. " kata Mak Sum.

Mak Sum merupakan pembantu rumah Dato' Sulaiman yang menguruskan hal-hal mengemas rumah. Contohnya, sapu lantai, mop lantai, gosok baju, cuci kasut, gilap kasut dan kemas bilik solat. Mak Sum sudah berkhidmat untuk keluarga Dato' Sulaiman sejak dari arwah ayah Dato' Sulaiman lagi. Kerja dah lama, gaji pun besarlah. Kiranya Mak Sum lah yang paling lama berkhidmat untuk keluarga ni. Setiap hasil kerjanya pasti memuaskan, memang tak lah Dato' Sulaiman nak buang Mak Sum ni.

" Tak apalah Mak Sum! Biar Niya gosok baju Niya Mak Sum buatlah kerja lain, baju Mikhail ni pun biar Niya yang buat. " kata Niya, " Arr, tapi.. " " Tak ada tapi, tapi! Kalau Mak Sum takut ayah marah biar Niya cakap nanti! " sampuk Niya. Niya terus menghidupkan suis, lalu menggosok baju Mikhail dahulu. Mak Sum terdiam dan melihat kerja Niya, Niya hanya membiarkan Mak Sum yang tak ingin mangalah itu.

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi, Niya siap menggosok baju sekolah nya dan Mikhail. Mak Sum masih berada di situ, tak lenguh lutut wanita yang sudah berusia 50-an ni berdiri di situ 10 minit. Makan apa agaknya tak tahulah! Memang tip top!

" Mari Mak Sum hantarkan baju Mikhail ni. " kata Mak Sum, Niya menghulurkan seragam sekolah Mikhail yang tersangkut kemas pada hanger itu. Mak Sum keluar dari bilik itu dan terus ke bilik Mikhail. " Lelaki lelaki, mana reti gosok baju sendiri! " leter Niya, dia membawa seragam sekolah nya ke bilik.

Mak Sum mengetuk pintu bilik Mikhail, Mikhail keluar dengan baju melayu yang masih dipakai pada tubuh dan seluar tracksuit yang disarungkan pada kaki. " Eh, cepatnya Mak Sum. Mikhail baru nak tidur. " kata Mikhail, " Tak ada chan lah lepas ni Mikhail nak sambung tidur kalau Niya dah gosok baju Mikhail tiap-tiap hari! " kata Mak Sum. " Ha, Niya yang gosokkan? " kata Mikhail terkejut, " Untunglah Mikhail! Dapat bini cantik, rajin pula tu! Berbudi bahasa lagi! " kata Mak Sum. Kembang kempis hidung Mikhail, " Dah lah, Mak Sum turun dulu! Ada kerja nak buat! " kata Mak Sum. " Ok Assalamualaikum Mak Sum! " kata Mikhail, " Waalaikumsalam. " jawab Mak Sum.

Mikhail menutup pintu biliknya, dia melihat seragam sekolahnya itu. " Hehe, untunglah aku dapat bini rajin! Uits! " dah mula dah perangai dia ni -,-

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Pada waktu petang, Hafizah duduk di bus stop. Mukanya masam mencuka, ditambah lagi dengan panas pada petang itu. " Hish, mana ni lambatnya! Aku dah bangas di sini ni! " rungut Hafizah, kemudian sebuah van menghampiri bus stop itu. Van itu berhenti di hadapan bus stop. Apabila pintu van tersebut di buka, Hafizah bingkas berdiri dengan wajah bengisnya. " Hoi Lina! Cepatlah! Lembab! Kau ingat aku ada masa kah nak tunggu kau! " teriak Hafizah.

Dengan perasaan malu, Lina turun dari van itu. Yalah, tahun ni kan Lina tingkatan 1, memandangkan Niya dah pindah tak ada siapa nak ambil dia dekat bus stop. Dia bukan nak ikut Emma, macam-macam alasan dia bagi dekat Encik Syakir hari tu. Sebenarnya, dia merancang untuk menyusahkan Niya ketika mengambilnya, tub tub Niya pindah. Jadi sekarang Hafizah lah yang tukang jemput di bus stop, tengok lah sekarang siapa yang terpaksa tanggung malu depan kawan-kawan. Di jerit, di tengking, di hina, sekarang baru dia faham perasaan Niya sewaktu dia diperlakukan seperti ini.

Sejak Hafizah curang dengan Farid, Lina perasan akan perubahan Hafizah. Dia kuat menengking, marah, mengamuk dan dia tidak lagi rapat dengan Lina seperti dahulu. Kini Lina lah yang menjadi mangsa buli Hafizah sejak Niya tiada, kalau dia melawan, siaplah dia di sepak terajang Hafizah. Adam manalah nak membela si Lina tu, malah ditertawakannya lagi. Suka lah si Adam tengok Lina kena buat macam tu, balas dendam untuk Niya.

" Jalanlah cepat sikit! Kau ni bodohlah! Apasal kau tak nak si Emma ambil kau? Sekarang kau tengok! Aku yang kena berpanas, berpeluh ambil kau! Tak boleh kah kau balik sendiri! Kau dah besarkan! " tengking Hafizah. Lina hanya diam dan buat-buat tidak mendengar. Sebenarnya, dia pun tidak faham kenapa Encik Syakir nak sangat Hafizah mengambilnya di bus stop. Katanya bahaya sebab Lina dah jadi anak dara, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni bahaya. Macam-macam boleh jadi, tapi Lina masih tak faham-faham!

Tiba sahaja di rumah, Hafizah merebahkan dirinya di atas sofa. " Hei kau pergi buatkan aku air sirap! Sejuk sejuk! Awas kau kalau kurang sejuk! " arah Hafizah, Lina meletakkan begnya di atas sofa. Selepas membuka tudung, dia ke dapur untuk membuatkan Hafizah air sirap. " Apalah nasib? " rungut Lina, selesai membuat air dia menghantarkannya kepada Hafizah.

" Nah Ka. " kata Lina, Hafizah bingkas bangun dari baringnya. Dia meneguk air sirap itu, " Bush! " dia menyimbahnya kepada Lina. " Manis gila! Kau nak aku dapat kencing manis kah apa?! " tengking Hafizah, Lina meraup wajahnya. " Mana lah Lina tau, biasanya Ka Niya yang buat! " kata Lina, " Apa? Ka Niya? Bila masa kau pandai ber kaka kaka dengan dia tu? Dia tu anak pungutlah! Kau tu adik aku! " Hafizah menolak kepala Lina. Lina menggalas begnya, dengan langkah yang segera dia naik ke bilik nya.

" Huh, menyakitkan hati ja! " kata Hafizah, dia baring semula. Lina mencampakkan begnya di lantai, dia terus ke katil lalu menekup wajah nya dengan bantal. Dia menangis teresak-esak, " Kaka jahat. " bisik hatinya. Perasaan rindu terhadap Niya menyelubungi hati Lina, kini barulah dia sedar yang selama ini dia salah. Mengikut jejak Hafizah bukanlah sesuatu yang benar, mengikut jejak Hafizah adalah umpama sehelai tisu. Bila bersih diguna, bila kotor dibuang.

Sungguh sakit hati Lina diperlakukan seperti tisu oleh Hafizah. Namun, dia tahu, perasaan Niya lagi sakit apabila dihina, dimaki, dicaci, di tengking, di marah dan dibuli oleh mereka berdua. Penat menangis, Lina bingkas bangun dari baringnya. Dia mencapai tualanya lalu keluar untuk ke bilik air.

Di bilik air, Lina membasuh mukanya dengan air. Berkali-kali sehingga puas hatinya, setelah itu dia menjerit sekuat hatinya. Dia menangis lagi, perasaan bersalah yang amat menyelubungi hatinya. Matanya dipejam rapat, fikirannya mula melayang-layang. Melayang jauh~

" Lina. Lina. Bangun sayang solat subuh. " , terdengar suara seorang insan yang amat dirinduinya, Lina membuka matanya perlahan-lahan. " Mama! " Lina memeluk seorang wanita yang amat dirinduinya, ya, dia adalah mama kandung nya, mama Arifah. " Lina kenapa ni? " kata mama Arifah, " Mama, Lina tak tahan! Lina tak tahan dengan Ka Hafizah! " adu Lina. " Kenapa? Ka Hafizah buat apa dekat Lina? " soal mama Arifah, " Dia buli Lina! Selama ni dia sesatkan Lina! Dia kata Ka Niya jahat! Papa tak sayang Lina sebab ada Ka Niya! " kata Lina.

" Lina! " mama Arifah memandang wajah Lina, sungguh tenang wajah wanita ini dilihat Lina. " Lina jangan benci kaka-kaka Lina. Tak kira lah, Ka Hafizah tu jahat macam mana pun, dia tetap kaka Lina. Lepas tu, jangan pernah Lina selitkan rasa benci pada Ka Niya. Sebab, dia kaka Lina juga! Pada Adam, Mira, Ka Emma pun jangan! Papa pun jangan! Lina ada mama barukan? Dengan abang-abang baru. Jangan sesekali Lina benci mereka tau, sebab mereka keluarga Lina. Mereka selalu ada untuk Lina. Lina ingat pesan mama tau sayang. " kata mama Arifah.

Lina memeluk mama Arifah, lebih erat lagi, dia memeluk wanita itu sepuasnya, sekuatnya. " Lina jangan tinggal solat, dengar cakap orang yang lebih tua, rajin-rajin belajar. Lina janji dengan mama. " kata mama Arifah, Lina mengangguk. " Lina janji akan berubah! " kata Lina, " Lina kuatkan? Lina kena tabah! Jangan mengalah! Ok sayang. " kata mama Arifah. Lina mengangguk, mama Arifah tersenyum. Perlahan-lahan mama Arifah menjadi kabur, " Mama! Mama! Mama! "

" Mama! Mama! " Lina terkapai-kapai, " Hei Lina! Lina! " Encik Syakir menenangkan Lina. " Mama! " teriak Lina, matanya terus terbuka luas. " Papa, Lina jumpa mama! Arwah mama! " kata Lina, nafasnya tercungap-cungap, badannya habis berpeluh-peluh. Mama Izah memasuki bilik Lina, " Lina, kenapa? " soal mama Izah.

Lina tercungap-cungap, " Lina jumpa arwah mama! " kata Lina. Mama Izah mengusap kepala Lina, " Lina mengigau ni. " kata mama Izah. " Lina di mana ni? " soal Lina, " Lina di hospital. " jawab Emma yang baru masuk ke bilik itu. Disusuli Adam dan Mira. " Kenapa dengan Lina? " soal Lina lagi, " Lina pengsan tadi, di bilik air. Ka Hafizah cakap, dia dengar Lina menjerit. Jadi masa dia naik atas, dia buka pintu bilik air dengan kunci. Lina pengsan, badan Lina berpeluh-peluh. " jelas Encik Syakir.

" Ha, sedar pun budak ni! " kata Hafizah, dia menutup pintu bilik. Lina masih tercengang, tidak sangka dia telah pengsan tadi. " Doktor cakap Lina mungkin stress. Ada apa-apa yang buat Lina stress? " soal mama Izah, Lina berfikir sejenak. Terimbas kembali segala kelakuan Hafizah terhadapnya, Lina menggelengkan kepalanya. Lina tidak berfikir panjang, apa yang dia fikir hanyalah ingin menjaga hubungan keluarga nya dari bertengkar lagi.

" Hmm, biasalah tu! Lina baru meningkat remaja, mesti baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru. " kata Encik Syakir, " Hmm, mungkin juga! Emma, Niya dah tahu? " soal mama Izah. " Dah, dia on the way ke sini. " jawab Emma, mama Izah hanya mengangguk. Hand phone Hafizah berdering, dia keluar untuk menjawab panggilan. Lina memandang Hafizah yang bergegas keluar dari bilik itu. Dia masih terpinga-pinga dengan apa yang telah terjadi, peluh sudah berhenti memercik keluar. Dia pandang Adam dan Mira silih berganti, " Kenapa Ka? " soal Adam. Lina menggelengkan kepalanya, dia memandang Emma pula.

" Kenapa Lina? Lina sakit? " soal Emma, Lina menggeleng. Fikirannya kosong, entah apa yang hendak difikirkan. Dia memandang bilik itu, fikirannya masih belum dapat menerima keadaan. Hilang ingatan tak juga, dia masih ingat semua memorinya.

Hafizah turun ke tingkat bawah, Farid sedang menunggunya di tempat parkir kereta. " Sayang. " kata Farid, Hafizah hanya memasamkan mukanya. " Kenapa? " soal Hafizah, " Bie rindulah sayang. " kata Farid. " Ish, tak payah nak mengadalah! " dengus Hafizah, Farid terkejut. Matanya terbeliak memandang Hafizah, dia mengusap rambut Hafizah. Hafizah menepis tangan Farid, " Jangan sentuh akulah bodoh! " tengking Hafizah. " Sayang kenapa ni? " soal Farid, nadanya kedengaran sayu.

" Hei, kau tak payah nak sayang bie tu segalalah! Aku tak suka! Aku geli! " kata Hafizah, tiba-tiba seseorang keluar dari kereta Farid. " Nita! " kata Farid, Anita memandang tepat mata Hafizah. " Eh, siapa ni? Girlfriend baru kau erk? " kata Hafizah, " Eh, tak lah! Ni adik bie. " kata Farid. " Oh adik! Patutlah sama macam kau! Hingusan! " kata Hafizah, Farid terkaku. Terkejut dengan kelakuan Hafizah. " Hoi perempuan! Kau jaga sikit mulut kau! " tengking Anita, amarahnya gagal dihalang. " Nita sudah! Jangan kurang ajar! " marah Farid, Nita terdiam.

" Hahaha! Kau nak marah aku? Kau nak tengking aku? Kau ingat kau siapa? Budak hingusan macam kau ni bukan layak! Kau layak di parit sana tu! Hahaha! " kata Hafizah disusuli ketawa nya. " Sayang, kenapa ni? Kenapa sayang berubah? " bisik hati Farid, satu patah pun tidak keluar dari mulut nya untuk memarahi Hafizah. Mata Farid memandang Hafizah, pandangan yang  berharap agar semua ini cumalah satu mimpi.

" Kau kata aku tak layak? Hei, kau lagi tak layak dengan abang akulah! Kau tu lagi hina dari najis! " tengking Anita, Hafizah naik angin. Dia mendekati Anita, dia menarik rambut Anita. Anita tidak diam, dia menarik rambut dan menendang Hafizah. Farid mendekati dua gadis itu, " Sudah! Sudah! " teriak Farid. Dia menolak Anita, Anita tersandar pada kereta. Tangan kanannya memegang lengan Hafizah, Hafizah menepis tangan Farid. " Mulai hari ni, kita break! " teriak Hafizah, terkaku Farid. Anita hanya merenung tajam wajah Hafizah.

Hafizah mengorak langkah meninggalkan adik beradik itu, Farid cuba mengejar. " Jangan abang! " Anita mencegah Farid, tangannya kuat menggenggam tangan Farid. Farid hanya melihat Hafizah melangkah pergi, air mata bertakung di birai matanya.

Niya dan Mikhail berjalan menuju ke bilik Lina, apabila pintu dibuka, semua mata melihat ke arah mereka. " Assalamualaikum. " kata mereka serentak, " Waalaikumsalam. " masing-masing menjawab salam mereka. Niya dan Mikhail mencium tangan mama Izah dan Encik Syakir, " Niya sihat? " soal mama Izah. " Sihat. Alhamdulillah. " jawab Niya,  Mikhail berbual dengan Encik Syakir. Niya mendekati katil Lina, " Lina dah Ok? Macam mana boleh pengsan? " soal Niya. Lina memandang wajah Niya, sayu saja pandangannya. " Kenapa ni Lina? " soal Niya, " Jangan pernah Lina selitkan rasa benci pada Ka Niya. " Lina teringat kata-kata mama kandung nya. Air mata bertakung di birai mata, mereka semua terdiam melihat Lina.

" Lina kenapa? " Niya menggenggam tangan Lina, Lina memeluk Niya. Dia menangis di dalam pelukan itu, dia memeluk Niya erat lagi. Seerat-eratnya, Niya tercengang. Dia memandang mama Izah, mama Izah hanya tersenyum manis. Niya membalas pelukan Lina, Lina terus menangis. Niya mengusap kepala Lina, " Kenapa ni Lina? Cerita pada kaka. " pujuk Niya. Mikhail memandang Encik Syakir dan mama Izah, " Kenapa tu papa? " bisik Mikhail. Encik Syakir hanya senyum, dia menepuk bahu Mikhail. Mikhail membuat muka tanda tanya.

Hari terus berlalu, Lina semakin pulih. Dia kelihatan lebih ceria dan bertenaga dari sebelumnya. Pihak hospital juga telah mengesahkan kesihatan Lina lebih baik. Pada hari Jumaat, Lina dibenarkan pulang ke rumah. Keluarganya pasti gembira, namun tidak bagi Lina. Dia tahu, jika dia pulang, Hafizah akan membulinya lagi.

Di wajah Lina terukir wajah kurang senang, Emma memandang Lina. Dia perasan akan wajah Lina yang kurang senang itu. " Kenapa ni Lina? " soal Emma, Lina memandang Emma. Di belakangnya Hafizah, Lina memandang Hafizah. Emma menoleh ke belakang, dia memandang Lina semula. " Selama ni, Hafizah yang buat Lina stress? " soal Emma, Lina mengangguk. Emma memandang Lina sayu, baru dia faham mengapa Lina menangis dan memeluk Niya.

" Lina, Lina kuatkan? Lina sabar tau. " pujuk Emma, Lina mengangguk. " Ka Emma, lepas ni boleh Ka Emma ambil Lina? " kata Lina. Emma mengangguk sambil tersenyum, Lina tersenyum gembira.

Tamat Bab 25:Wanita Yang Dirindui

#IamSabahan

Continue Reading

You'll Also Like

691K 35.1K 41
"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "K...
207K 5.1K 40
Mencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk...
241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
21K 1.4K 25
🇲🇾🇵🇸 DellyRose ~Hubungan kita terlalu rumit untuk diceritakan, namun terlalu bahagia untuk disembunyikan~ Dia suka pada abang angkatnya sendiri...