Madu

By missred_author

15.5K 465 143

Perkataan 'madu', mungkin bunyinya agak gerun untuk didengar. Bahkan ia umpama momok bagi seorang wanita yang... More

1🍯 (Kesilapan)
2🍯 (Terima Kasih)
3🍯 (Membaking)
4🍯 (Iri Hati)
5🍯 (Cemas)
6🍯 (Jalan Mati)
7🍯 (Tetamu)
8🍯 (Berubat Di Kampung)
9🍯 (Tawaran)
10🍯 (Permintaan)
11 🍯 (Dendam)
12 (Rahsia)
Reference Cast
14: (27 Pahala)
15 Rezeki
16 (Demam)
17 (Ubat Demam)
18: (Balik Kampung)
19 (Menggila)
20: (Ini Dunia, Ana Yang Punya)
21: Masa Lalu
22: Makan Malam
23: Tak Sanggup Lagi
24: Penyesalan
25: Pujukan Sayang
26: Segalanya Untukmu
Bab 27: Terinspirasi Semula
28: Secebis Rasa Di Hati Suci
29: Dia Kembali
30: Sayang Sampai Hujung Nyawa
31: Subahat
32: Cubaan Menghasut

13 (Kejutan)

329 10 5
By missred_author

Sedang berlangsung acara akad nikah yang hanya dihadiri oleh pasangan pengantin, dua orang saksi dan seorang wali hakim. Kurang dari satunjam, acara tersebut selesai dengan jayanya. Bertempat di pejabat JAIS, Sara Liyana telahpun selamat diperisteri oleh lelaki bernama Shah Rizwan.

Hanya berupa sebentuk cincin emas sebagai maskahwin, Shah lalu menyarungkannya pada jari manis Liya.

Liya hari ini terlihat begitu anggun mengenakan baju kurung berona putih, senada dengan pakaian Shah. Kain velt sederhana turut menghiasi di atas tudung bawal putih yang membaluti kepalnya. Menandakan bahwa hari ini dirinya adalah seorang pengantin.

Liya lantas membalas pemberian itu dengan kucupan pada tangan Shah sebagai suaminya. Namun, belumpun sampai bibir Liya menyentuh tangan itu, Shah telah bertindak merentapnya laju-laju seperti enggan disentuh lama-lama oleh wanita itu.

Liya lalu merunduk dalam dan hanya mencuri pandang wajah lelaki yang telah sah menjadi suami kepadanya itu. Ketat saja tanpa secalit senyum. Dia kembali menunduk tatkala pandangnya bertembung. Shah membalas tatapan Liya dengan cerlungan tajam.

Selesai saja acara, Shah segera menghayun kaki dan melangkah keluar dari bangunan pejabat agama itu. Dibuntuti oleh Liya dari belakang yang terkocoh-kocoh cuba menyaingi langkahnya namun gagal.

Shah terus melangkah menuju kereta tanpa sebarang kata. Bahkan menoleh pada Liya pun dia seperti tidak sudi. Shah masuk segera meloloskan diri ke dalam kendaraannya dan membiarkan Liya melakukan urusannya sendiri.

Cepat-cepat Liya mengejar serta turut masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di kerusi sebelah.

Suasana mencekam di dalam kendaraan itu. Tidak sepatahapun Liya bersuara memandangkan raut wajah lelaki itu ketat semacam saja. Liya pun mula menarik tali pinggang keledar untuk dililitkan pada badannya.

"Awak tahu kan, semua ini saya lakukan sebab apa?" Terdengar suara garau yang datar tanpa nada itu berasal dari sebelah kanannya. Liya menghentikan perbuatannya sebentar. Dia menoleh pada pemilik suara itu pantas.

"Semua ini demi Mas. Saya tak akan lakukannya jika bukan kerana Mas yang minta. Jadi, awak tak perlu mengharap lebih dari perkahwinan ini. Faham?"

Liya pun menurunkan pandangan. Hati yang sayu terpaksa menyanggupi meski batinnya tidak rela. Namun apa dayanya untuk menolak jika ini sudah ketentuan?

Dia sedar akan dosa yang pernah terjadi dalam hidupnya. Tiada mana-mana lelaki pun akan sanggup mengambilnya sebagai isteri jika tahu akan sejarah hitamnya. Liya reda dengan apa jua perlakuan Shah selepas ini. Dia hanya menggangguk dingin tanpa suara. Kereta pun melesat laju sebelum dirinya sempat bersedia.

***

"Mimi. You buat kerja macam mana haa? Macam mana diorang boleh lepas bernikah?" Azhael naik angin. Sedang berhubung dengan Mimi di dalam talian. Lelaki itu kini sedang mondar-mandir di rumah appartment yang dibelinya selepas mendapat wang dari Liya beberapa bulan lalu.

"Mana I tahu? You pun bukannya nak bertindak. Nak harapkan I je, memang tak lah I nak cegah diorang. Karang apa pulak dorang ingat," balas Mimi. Membela dirinya.

"You ni tak boleh pakai la, Mimi. Lain yang I harap, lain yang jadi." Azhael semakin bengang.

"Eiii, you ni asyik nak salahkan I je. Usaha la sendiri. Dahlah. Malas layan you. K bye." Talian ditutup dari pihak Mimi. Tidak kuasa mahu mendengar herdikan lelaki itu lagi. Tahu hanya nak mengarah orang aje.

Lepas ni biar si Azhael tu uruskan sendiri. Mimi sudah berhajat mahu menarik diri. Tidak mahu lagi terlibat dengan subahat ini. Asyik aku je. Dia bukan nak buat kerja. Dasar!

Mimi lalu kembali masuk semula ke dalam rumah Shah, di mana sedang berlangsung sebuah kenduri sederhana di kediaman itu. Kenduri itu hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja. Mankala rakan-rakan dan kenalanan tiada sebagai undangan.

Puan Aminah berserta Puan Maimun besannya, telah sedia dengan hidangan-hidangan lazat yang mereka masak. Nampaknya, Puan Maimun pun tidak keberatan dengan tindakan Shah memadukan anaknya. Lagipun ini juga kemahuan dari Mastura sendiri. Jadi, dia dan suami tentu sangat berlapang dada menerima kehadiran Liya sebagai madu kepada anaknya.

Puan Zulin, ibu Mimi. Juga tidak ketinggalan membawa pemanis mulut hasil air tangannya. Nampaknya semua pihak telah menyokong dan menerima dengan baik penyatuan ini. Tiada mana-mana pihak yang menentang memandangkan ianya satu perkara yang baik.

Mastura pula dilihat tersenyum lega duduk di penjuru sofa. Dia hanya mampu menyakiskan kegembiraan semua orang di dalam rumahnya tanpa mampu menyertai.

Keadaan Mastura hari ini sedikit lemah, namun dia tetap berlagak ceria. Pakaian cantik tidak lupa dikenakan untuk membangkitkan mood kegembiraannya. Tetapi kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, memaksa dirinya untuk hanya duduk sahaja tanpa dapat melakukan apa-apa.

Dia tidak sabar menunggu suaminya pulang dari pejabat agama dan membawa pulang Liya yang telah sah menjadi madunya.

Benar! Shah tidak diiringi sesiapa pergi melangsungkan akad nikahnya di pejabat agama. Bagi Shah tak penting pun semua tu. Mereka hanya perlu tahu yang dirinya akan membawa Liya pulang nanti sudahpun bergelar isteri. Dah cukup!

Tak lama, kereta milik Shah sudah kedengaran desisan enjinnya. Mereka sudah tiba. Para ahli keluarga sudah sedia menyambut kedatangan mereka.

Dan benar sahaja, begitu Shah melangkah masuk ke rumah, dia telah disambut dengan kejutan oleh keluarga bersama laungan ucapan tahniah buat dirinya dan juga Liya.

"Tahniah, penganti baru. Ha, sampai pun. Mari masuk cepat. Jangan tercegat aje dekat pintu, tak baik," kata Puan Aminah yang teruja menyambut kepulangan anak beserta menantu barunya.

Shah masih tercegat di pintu terpinga-pinga. Tidak faham dengan semua ini. Dia sudah berpesan kepada semua supaya tidak perlu membuat kenduri-kendara. Tetapi tanpa sepengetahuannya, rupanya ahli keluarga telah bersepakat untuk membuat kenduri tersebut. Shah mula berangin.

"Ummi, apa semua ni? Kan Shah dah kata, tak payah buat," marah Shah, perlahan.

"Ala, apa Shah ni? Orang berkahwin kenalah ada doa selamat, supaya perkahwinan diberi keberkatan. Dah, jom masuk cepat. Pengantin tak boleh berdiri di pintu lama-lama."

Puan Aminah tidak mempedulikan air muka Shah yang sudah berlipat-lipat itu. Lengan anak lelakinya itu ditarik segera untuk dibawa masuk. Setelah itu barulah dia menggamit tangan Liya lalu mempinnya sama.

Shah lalu di pimpin duduk bersebelahan Mastura, isteri pertamanya. Wanita itu sudah sedia dengan pakian cantik, sedondon dengan pengantin.

Menyusul kemudian, Liya yang dipimpin untuk duduk sama di sebelah Shah. Kini ketiganya sudah duduk berdampingan. Tak ada pelamin, sofa pun jadi.

Shah telah diapit oleh kedua wanita yang sudahpun sah menjadi isterinya. Moment itu juga tidak dilepaskan oleh ahli keluarga untuk diabadikan menjadi sebuah gambar kenang-kenangan.

Beberapa keping gambar mereka bertiga telah dirakam. Meski hanya menggunakan telifon bimbit sekurang-kurangnya ianya tetap menjadi kenangan.

"Shah, senyum lah sikit. Tak cantik gambar tau kalau tak senyum," tegur Puan Aminah. Shah menuruti walau terpaksa.

"Liya, Mas. Pegang tangan abang Shah. Jangan lupa senyum sekali. Biar nampak sweet," arah beliau lagi. Anak serta menantunya itu terpaksa menuruti untuk sesi bergambar ini.

Shah sendiri mungkin tidak keberatan jika hanya Mastura yang mengapit lengannya. Tapi Liya...

Entahlah! Jelas dari raut wajahnya dia amat terpaksa membiarkan gadis itu merangkul lengannya. Liya pun turut menyedari riak muka suaminya itu. Selesai saja sesi bergambar, cepat-cepat tangan Shah dilepaskan.

"Dah ke ummi? Shah nak naik atas, nak tukar baju, lepastu nak rehat," kata Shah.

"Eh, apa kamu buang tebiat ni? Acara tak habis lagi. Tetamu pun ada yang belum datang. Jangan nak mengada nak tukar baju bagai. Apa pulak orang tengok nanti pengantin pakai baju biasa."

Shah merengus tidak senang. "Ummi pun tahu kan, Shah berkahwin ni pun..."

"Shh,, diam! Ummi tak nak dengar. Liya, sudah menjadi menantu ummi. Maknanya, dia pun anak ummi, sama macam Mas. Ummi tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut Shah, please. Jangan jatuhkan air muka ummi. Jaga sikit perangai tu, ramai orang tengok."

Erangan halaus terdengar dari kotak suaranya pabila terpaksa menuruti arahan ummi lagi sekali. Jengkelnya! Mahu tidak mahu, dia pun perlu berlakon yang kononnya dia happy. Padahal dalam hati, meluad gila!

Kenduri sederhana itupun berlangsung cukup meriah. Ucapan tanhniah dihaturkan ke hadapan Shah dan Liya, juga Mastura pun tidak dilupa.

Rata-rata tetamu yang terdiri dari ahli keluarga itu menzahirkan rasa bangga terhadap Mastura atas kebesaran hatinya membenarkan suami berkahwin lain.Tidak ramai wanita yang sanggup berkongsi suami dengan wanita lain seperti apa yang Mastura lakukan ketika ini.

Mastura sendiri hanya menaggapinya dengan tenang beserta ucapan terima kasih. Puas dia menegaskan kepada semua, ini adalah sebahgian dari takdir hidupnya. Semuanya sudah tertulis. Siapalah dirinya untuk tidak redha?

Kagumnya mereka dengan kepribadian wanita bernama Mastura ini. Pelukan dan ciuman silih berganti diterimanya dari sanak hadai perempuan.

"Mas! Eh, Mas!" kata salah seorang sepupu perempuan Mas. Mulai risau apabila Mastura menjadi tegang serupa patung.

"Mas, kenapa ni? Mas..."

Jeritan pun menyusul. Mastura tumbang secara tiba-tiba tika sedang asyik bersembang. Tubuhnya kejang dengan mulut mengeluarkan buih bercampur darah. Suasana gembira barusan telah bertukar genting.

Perkara itu segera dikesan oleh Shah meski tika itu dia berada sedikit jauh. Sepantas kilat Shah berlari mendapatkan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"Mas. Mas... Bangun, Mas!" Shah laung nama isterinya. Panik!

"Siapa yang buat dia jadi macam ni? Kau buat dia ke?" tuduh Shah pada salah satu tetamu yang sedari tadi bersama isterinya.

Wanita itu laju menggeleng menidakkan. Dan Shah pula menuding seorang lagi. Pun sama, dia hanya mendapat gelengan. Dan hampir semua yang hadir di situ tidak lepas dari tuduhan melulu Shah.

Sifat barannya kembali bergolak setiap kali Mastura dalam keadaan itu. Shah juga boleh lupa diri jika dibiarkan. Mengamuk dan menuduh orang yang bukan-bukan.

"Agh..! Kan aku dah kata, tak payah buat kenduri-kenduri bodoh macam ni. Suei lah semua ni. Sial!" makinya membabi buta.

Amarah sudah melahar di jiwanya. Segala sumpah seranah dilafazkan tanpa berlapik dari mulutnya. Tidak lagi mempedulikan siapa-siapa.

Mastura segera diangkat keluar untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Isterinya perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Shah bergerak pantas seoranh diri. Tanpa menoleh ke belakang lagi.

Isteri baru? Pergi mampus sama dia!

Continue Reading

You'll Also Like

768K 38.8K 35
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
752K 19.8K 57
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...
489K 39.7K 19
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
371K 21.2K 40
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...