TeenFiction : Hadi & Hana ✓

By dsyaf_

182K 12.3K 639

Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengeja... More

AKAN DATANG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
S1 ✓
S2 | B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
E-BOOK PUISI
B12

Bab 43

2.2K 138 3
By dsyaf_

MATA memandang Hana yang sedang berbual bersama teman kelas. Seketika Hana tergelak menutup mulut. Biarpun Hana menutup separuh wajah dengan purdah, namun mata gadis itu menunjukkan segalanya.

"Ai... Tenung anak orang lama betul. Hadi tak habis sekolah lagi ya." Tegur ayah yang baru muncul di sisi.

Wajah ayah dipandang sekilas. "Ayah." Panggilnya perlahan.

"Hmm?"

"Hana tu ada allergic apa-apa ke?"

Terjongket naik kening Khalif.

"Hadi tanya ayah? Hadi ke ayah yang boyfriend dia?"

"Kami belum ada hubunganlah."

"Ayah cuma cakap boyfriend. Merujuk rakan lelaki. Fikir apa tu?"

Terdiam Hadi sebentar sebelum keluhan dilepas. Nampak sangat ke dia berharap mereka ada hubungan yang serius?

"Suka tu tak salah Hadi. Lumrah. Ayah dulu pun suka ibu masa sekolah lagi tapi kami jumpa semula selepas beberapa tahun. Kalau Allah kata ada, ada. Kalau Allah kata bukan, InsyaAllah ada yang lebih baik."

Mata kembali memandang Hana dan ayah bersilih ganti.

"Suka berpada pada. Jangan melebihi lumrah, dosa tau. Ayah direct sebab ayah tak suka tengok Hadi bercinta ke hulur ke hilir. End up dengan orang lain. Buang masa, buang duit dan ruginya dapat dosa." Khalif menghadiahkan senyuman.

"Hana baik budaknya cuma nak lentur sesuai keinginan diri tu makan masa. Hadi tahu kan background keluarganya yang agak berantakan. Cubalah berkawan, dan buat persahabatan tu sebagai ajakan Hadi untuk lentur dia."

Nasihat panjang lebar ayah membuatkan Hadi tersedar. Dia terlalu memikirkan Hana seolah Hana haknya. Walhal dia dan Hana tak punya apa-apa ikatan. Suka hati Hana lah nak berteman dengan sesiapa sahaja.

"Ayah, ibu dengan adik-adik nak balik dulu. Hadi enjoy moment best ni ya? Peluk sikit." Tubuh Hadi yang sama tinggi ditarik ke dalam pelukan. Belakang badan Hadi ditepuk perlahan.

"Jangan fikir banyak sangat. Kalau ada, ada."

"Hadi cuba." Senyuman diukir.

"Macam tu lah anak Khalif!" Pelukan dilerai.

"Alololo baby boy ayah dah besar,"

"Ayah!" Membulat mata Hadi dipanggil begitu. Buat malu sahaja kalau rakan yang lain dengar. Mau diusik.

"Malu pula baby boy ayah. Hadi tetap baby boy ayah dan ibu selamanya okey?"

"Tak nak lah, Hadi dah besar." Tercebik mulut Hadi sebelum memberi jelingan.

"Auch! Dijeling ayahnya!"

"Khalif! Jangan jeritlah. Dah tua pun menjerit, buat malu je." Muncul ibu bersama adik-adiknya yang lain.

Arissa dan Alissa sudah menguap beberapa kali dengan mata kuyu. Hatta pula jalan terhuyung hayang kerana lalok mengantuk.

"Mulut kita, biarlah." Perlahan ayah membalas.

Malas melayan perangai tidak matang Khalif, Hanum mula mengalihkan pandangan memandang Hadi.

"Ibu dan ayah nak balik dah. Adik-adik semua dah ngantuk."

"Okey."

Usai bersalaman dan berpelukan, pipinya dicium oleh ayah dan ibu seperti biasa. Adik-adiknya pula sekadar bersalaman. Hatta dipeluk kuat akibat geram! Sebaik sahaja kelibat ahli keluarganya keluar dari dewan, mata kembali mencari Hana.

Hilang. Hana sudah tiada di tempat tadi. Hadi tersenyum. Kalau ada, ada.

***

MAJLIS makan malam berlangsung hingga larut malam. Ada pelajar yang sudah pulang, ada juga yang masih rancak berbual dan bergambar. Hana dan Syara memilih untuk berbual panjang.

"Aku nampak Hadi perhati kau tadi."

"Biarlah dia." Malas Hana membalas. Air oren diteguk.

"Biarlah dia konon. Kena kebas dengan Athilia baru tahu."

Spontan Hana yang mahu meletak gelas terletak dengan kuat. Syara mencebik.

"Eleh, baru sebut nama dah panas. Belum cerita Hadi dengan Athilia bergambar sekali tadi kat photobooth. Jap lagi mesti Athilia up gambar kat Instagram dia." Sengaja Syara memanaskan lagi Hana yang sudah sedih panas.

"B...biarlah dia orang! Aku dengan Hadi bukan ada apa pun." Hana menahan geram dalam diam. Balik ni mampus dia stalk akaun Instagram Athilia plus report sekali.

Terlepas gelakan kuat Syara melihat wajah cemberut geram Hana.

"Aku guraulah! Athilia dah ada boyfriend. Biarlah dia konon, baru acah sikit dah panas."

"Syara!" Tinggi suara Hana apabila dia terkena dengan serkap jarang Syara.

"Sorrylah gurau sikit pun ngamuk. Ni lepas ni kau nak sambung menulis lah?"

"Macam gitulah gayanya."

Keluhan Syara lepaskan. "Jangan memaksa diri Hana, kelak makan diri."

Hana memandang wajah risau Syara sebelum dia sendiri lepaskan keluhan berat.

"Benda dah janji, enjoy jelah."

"Beringat diri sendiri juga. Rehat kau kena cukup. Aku tak suka tengok kau sakit-sakit macam tadi."

"Benda dah sakit, enj..."

Belum sempat menghabiskan ayat, Syara sudah menjentik dahinya.

"Cakap lagi benda bukan-bukan. Aku ni sayang kau, aku nak kau sembuh. Kalau kau tak sayang badan kau, sekurangnya ingat orang lain sayang kau."

"Papa kau, Heiz, makcik Ratna dan arwah mama kau."

Hana sekadar tersenyum. Sayang. Diri sendiri pun dia susah nak sayang apatah lagi badan.

"Aku cakap ni ambil, bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kau je sahabat yang aku ada."

Terharu Hana mendengar ucapan Syara.

"Lepastu kau pula otomen, itu yang aku lagi sayang."

"Bangang!" Kaki Syara disepak.

Tawa mereka bersatu kuat. Tawa yang tidak dibuat-buat. Tawa yang ikhlas ingin dia luahkan. Tanda bahagia yang dikongsi.

"Err Hana aku nak cakap sikit boleh?" Kemunculan Irsyad secara tiba-tiba membuatkan tawa Hana dan Syara berhenti secara drastik.

Tak boleh tengok orang bahagia langsung! Rungut Hana dalam diam.

"Cakap jelah. Ni ada Syara je kot."

"Please Hana..."

Syara membuat isyarat mata seperti tengahari tadi tanda 'pergilah sebelum lelaki ni aku jotos pakai garpu'.

"Kejap je eh, aku dengan Syara nak balik bilik dah."

"Ya sekejap je aku janji."

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 98.4K 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwina...
884K 6.8K 12
QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Ad...
5.6K 162 33
ᴹᵃᵐᵖᵘᵏᵃʰ ᵃᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ᶜᵃʰᵃʸᵃ ᵈᵃˡᵃᵐ ᵈᵘⁿⁱᵃ ᵍᵉˡᵃᵖᵐᵘ? ᴄʜᴀʜᴀyᴀ ᴍᴀyᴀ & ꜰᴜʀqᴀɴ ᴀʟ-Qᴀᴍᴀʀ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...
360K 15.5K 61
(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini me...