H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

206K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N76

2.1K 275 99
By leimonadd

MENGAH buat tangan Wareesa laju sahaja memaut penghadang yang berdekatan. Naik turun dadanya menangkap nafas. Sesekali, peluh yang merinik di dahi dikesa dengan belakang tapak tangan. Bila dah rasa kurang cungap sedikit, Wareesa menoleh ke belakang. Lihat Waseem yang rileks sahaja menunggunya tanpa banyak bunyi.

Tak mampu dah, Wareesa jatuhkan duduk. Tak peduli jika seluarnya tercemar dek tanah. Dia penat! Mimpi apa entah Waseem ajak dia jogging subuh-subuh begini!

Melihat Wareesa yang dah terduduk lelah, Waseem senyum sebelum dia ambil duduk di sebelah Wareesa. Seperti Wareesa, dia tidak peduli juga jika seluarnya kotor. Asalkan di sebelahnya ada isteri semanis Wareesa.

Ehem.

Diam, Waseem memandang Wareesa. Jelas isterinya itu masih lelah. Tercungap-cungap. Melihat itu, auto tergeleng kepala Waseem. Lucu dengan Wareesa. Mereka tak habis pusing separuh taman pun lagi. Tapi lelahnya macam dah pusing satu taman ini sepuluh kali.

"Penat sangat isteri Seem ni." Kata Waseem. Duduknya dibetulkan bagi rapat dengan Wareesa sebelum lembut ditarik badan Wareesa agar si isteri dapat bersandar padanya.

Wareesa hanya diam sahaja. Wajahnya masam mencuka, sedikit tidak puas hati dengan kata-kata Waseem tadi. Namun, tetap juga dia bersandar pada Waseem. Rugi kalau merajuk tengah-tengah lelah begini.

Senyum Waseem bila rasa sandaran Wareesa di lengannya. Tanpa kata, tisu dikeluarkan dan peluh yang masih tersisa di dahi Wareesa dilap perlahan. Sesekali, wajah memerah Wareesa dicuri lihat.

"Awak ni buang tabiat tau ajak saya jogging pagi-pagi macam ni." Kata Wareesa. Dia dah duduk tegak. Nafasnya dah kembali stabil.

Waseem senyum sahaja.

"Sihat kan?" Pendek sahaja balasan Waseem, buat Wareesa mencebik.

"Penat lah. Orang ngantuk pun tak hilang lagi." Rungut Wareesa. Terbayang semula dalam kepala bagaimana mereka boleh berada di taman subuh-subuh begini.

Usai solat Subuh, Wareesa rebahkan badan di atas sejadah. Dia berseorangan kerana Waseem awal-awal dah keluar pergi solat bersama Tuan Fauhad di surau. Ingat nak sambung tidur sebab semalam tak boleh tidur. Tak lena tidur dengan Waseem di atas katil yang sama. Dah lah pelik-pelik perangai lelaki itu semalam.

Menakutkan.

Selepas Waseem ucap "tumpang lalu", terus dia bangun dari katil dan berlari keluar dari rumah kecilnya. Niat nak tidur di situ batal! Sangat-sangat ngeri. Sudahnya, bilik baharunya juga yang jadi tempat beradu.

Tahu-tahu, Waseem masuk bilik dengan tawa kecil yang tak sudah. Dia yang berselubung bawah selimut hanya mampu tahan rasa malu dan takut yang berbaur jadi satu. Mujur selepas itu tiada apa-apa yang berlaku. Waseem behave dan dia berjaga-jaga.

Pagi itu, bila Wareesa nak ganti tidur yang kurang lena, Waseem dah ganggu semula. Sibuk duk mencucuk-cucuk pipi. Sampai pasrah nak sambung tidur. Campur malu sebab Waseem ikut baring di sebelahnya juga.

Ada sahaja akal lelaki itu mahu lihat pipinya bertukar merah.

"Kenapa?" Soal Wareesa. Telekung di kepala dibetulkan.

Waseem hanya diam sahaja. Lihat sila Wareesa, perlahan-lahan dia merapat sebelum selamba dia rebahkan kepala di ribaan Wareesa. Kaku terus badan isteri mudanya itu. Muka tak payah cakap. Memang merah!

"Err..." Wareesa hilang kosa kata. Mata dah melilau. Tak boleh tunduk sebab terus tembung dengan mata redup Waseem.

Lelaki ini memang lah! Jangan lah selamba sangat!

"Reesa." Panggil Waseem.

Tapi Wareesa buat bodoh. Garu dahi, garu pipi. Nak hilangkan malu.

"Ayang."

Pejam mata sebab tahan rasa geli di perut. Eee!

"Isteri manis Waseem."

"Apa?" Dah tak tahan, Wareesa menjawab geram. Tak mampu dah nak buat tak dengar.

Waseem senyum sahaja. Tangan naik menekup wajah Wareesa, biar tertunak pandangan Wareesa kepada dirinya. Dan sumpah rasa hangat menyusup dalam hati lihat wajah yang menahan malu itu. Alah. Gadis sungguh awak ni, isteri.

"Jom." Satu patah kata dengan satu nada yang datar disertai dengan satu pandangan yang makin hangat.

Kalut. Wareesa jadi kalut. Nak alihkan wajah namun tangan Waseem pantas menghalang. Sudahnya telan air liur sahaja.

"Pe---pergi mana?" Gagap Wareesa jadinya. Jantung dah mula lari daripada rentak asal.

Waseem senyum manis. Lembut dia tarik wajah Wareesa dan itu buat Wareesa jadi panik dan makin panik. Jarak wajah mereka sangat rapat. Dan spontan, mata terus dipejam rapat.

Melihat Wareesa, Waseem pejam mata juga. Salting dengan isteri sendiri. Waduh, parah.

"Excercise." Kata-kata Waseem buat Wareesa celikkan mata. Dan...

Cup!

Satu kucupan lembut dilabuhkan Waseem pada pucuk hidungnya. Kaku Wareesa. Tahu-tahu sahaja Waseem dah bangun dan ajaknya menukar pakaian solat kepada pakaian bersenam. Dan lihat lah. Ini yang jadi sekarang.

Hadaplah Wareesa yang lah sekarang ini.

"Nak balik boleh?" Pinta Wareesa. Sumpah dia tak larat dah. Yang dia tahu, dia nak mandi dan rebahkan badan atas katil sahaja sekarang ini.

Waseem menoleh pandang Wareesa. Lihat muka sepuluh sen itu, Waseem jadi terhibur. Alahai. Senang sungguh hatinya dihibur Wareesa.

"Boleh, yang. Takkan tak boleh." Waseem bangun dan duduk mencangkung di hadapan Wareesa.

Terkebil-kebil Wareesa lihat belakang badan Waseem. Ni nak apa pula? Nak tengok ada kotoran ke?

Dengan fikiran itu, Wareesa mula liarkan mata mencari kotoran di t-shirt biru cair Waseem. Tiada.

Kening Waseem berkerut. Menoleh dia pandang Wareesa. Dan bila pandangan mereka bertemu, laju Wareesa menggeleng, buat dahi Waseem makin berkerut.

"Hah?"

"Takde kotor. Bersih aje baju Seem ni." Beritahu Wareesa polos. Buat Waseem jatuhkan kepala dan simpan senyum.

Kurang manis betul lah Wareesa ni. Punya lah dia tunggu untuk beri piggyback, tapi yang dicari Wareesa kotoran pula.

"Memang takde kotor, sayang. Seem nak piggyback. Come." Ajak Waseem. Jelaskan niat betul-betul. Kalau tak, sampai sudah mereka begini.

Dengar tawaran Waseem, merah terus wajah Wareesa. Kalut dia menggeleng dan ingin bangun namun Waseem lebih pantas. Pergelangan kaki Wareesa dah dikunci terlebih dahulu.

"No running. Just hope on, now." Arahan dengan nada paksaan dah mula keluar.

"Tap---"

"Atau kita habiskan larian baru balik." Ugutan pula datang. Masam terus muka Wareesa.

"Tak aci!" Dah menjerit geram pula. Makin geram lihat muka ada-aku-kesah Waseem.

"Aci tak aci. Choose wisely."

Wareesa julingkan mata.

"Awak membuli."

Waseem senyum senget.

"Saya memanjai."

Wareesa cebik bibir. Menyampah campur malu. Ingat comel ayat kamu tu, mas?

Waseem betulkan cangkung. Bersedia untuk tampung berat badan Wareesa di belakangnya. Sambil itu sabar sahaja tunggu Wareesa yang masih mahu main tarik tali.

"Come on."

"Tak nak lah. Saya berat lagipun malu lah orang tengok. Langit nak cerah dah." Tolak Wareesa.

Waseem menoleh. Hembus nafas dan badan mula menghadap Wareesa. Tangan dihulur dan mujur juga Wareesa menyambut sebelum mereka sama-sama bangun dari tanah.

Wareesa tepuk punggung sedikit, mahu hilangkan debu tanah yang melekat. Sambil tu pandang Waseem yang seperti menunggunya. Mudah sungguh lelaki ikut dia yang tidak mahu.

"Dah?" Waseem menyoal bila lihat Wareesa sudah berdiri tegak.

Wareesa angguk.

"Then, you give me no choice." Kata Waseem datar dan itu buat Wareesa bingung.

Tak sempat Wareesa mahu bertanya, tiba-tiba sahaja kakinya dah tak jejah tanah dek kerana Waseem yang mencempungnya tanpa amaran. Menjerit Wareesa di situ, sekali gus menarik perhatian beberapa pengunjung taman kepada mereka.

"Hei! Awak ni gila ke?!" Marah Wareesa bersama malu yang menebal. Tangan yang tadi berpaut kemas di leher Waseem mula dilepaskan dan dada Waseem dipukul minta dilepas.

"Kan Seem cakap. You give me no choice." Selamba sahaja Waseem tutur bicara seraya mula ambil langkah. Nak pulang.

"No choice apa? Lepas lah. Malu lah!" Wareesa memberontak kecil.

Langkah Waseem mati. Mata bertembung dengan pandangan tajam Wareesa. Senyum sinis dia dan sebelum Wareesa tebak perilakunya, Waseem lepaskan cempungannya dan itu buat Wareesa laju memaut erat leher dan bahunya. Dan erat juga dia cempung Wareesa semula.

1-0!

"Kata suruh lepas. Ni ayang yang peluk saya tau." Waseem mengejek dan sumpah ia sangat menjengkelkan Wareesa.

"Awak ni lah!" Wareesa pukul bahu Waseem berulang-ulang kali. Tutup malu dan lepaskan geram.

Waseem hanya gelak dan sambung langkah. Biar aje. Lama-lama penatlah gadisnya ini.

"Nak turun Waseem." Pinta Wareesa. Sungguh dia malu dengan orang-orang yang tersenyum memandang mereka.

"Kalau nak turun, kena piggyback." Tawaran yang sangat tak menguntungkan ya.

"Apa-apa aje lah." Pasrah. Piggyback lagi okey dari dicempung ala bride style ini.

Kaki Waseem terhenti. Wareesa dipandang.

"Betul ni?" Waseem meminta kepastian dan Wareesa mengangguk. Pasrah.

Dengan anggukan itu, berhati-hati Waseem turunkan Wareesa. Dan bila jejak sahaja kaki Wareesa di tanah, Waseem terus mencangkung, memberi tubuh belakangnya.

Wareesa urut pelipis. Tak faham kenapa Waseem nak seksa diri gendong dia yang berat macam anak gajah ini.

"Yayang dah janji. Jangan mungkir janji." Sengaja Waseem buat suara mengugut bila lihat Wareesa yang macam teragak-agak di belakangnya.

"Yalah. Gedik betul." Pasrah. Sudahnya Wareesa mula mendekati Waseem.

Debar, tangan mula erat merangkul leher Waseem sebelum tubuhnya dirapatkan dengan belakanh tubuh Waseem. Tangan Waseem pula cermat menahan celahan lutut Wareesa.

"Satu... dua... tiga...!" Dan Waseem berjaya bangun dengan mudahnya. Senyum bangga dia di situ.

Wareesa sorok malu. Selamba topi yang dipakai Waseem diambil dan dipakai di kepala sendiri. Biar topi itu melindungi wajahnya terus dari pandangan mata orang yang berselisih.

Waseem senyum. Tenang sahaja perjalanan mereka tanpa sebarang suara. Masing-masing selesa dengan diam dan kehadiran masing-masing.

"Berat tak?" Dan Wareesa terlebih dahulu memecahkan diam.

"Tak." Balas Waseem pendek.

Wareesa senyum. Entah betul, entah tidak.

"Yang awak beria sangat nak gendong saya ni kenapa?" Soal Wareesa.

Waseem senyum.

"I just want to spoil my yayang."

Puff. Menghangat wajah Wareesa.

"And why is that?" Soal Wareesa. Suara dah seperti berbisik bersama rangkulan di leher Waseem yang makin erat dan kemas.

Waseem senyum.

"Cause my yayang deserve it so much after all the hard ship she've been through."

Dan Wareesa terkedu.

"Just trust me, Wareesa. Dengan izinNya, Waseem akan buat awak hilang rasa sakit yang awak pernah rasa dahulu. Waseem will be your garden from now on. And I promise you... You'll be cherish and happy in my garden."

Apa yang Wareesa tahu selepas itu, tangannya menerima kucupan hangat daripada Waseem.

Oh. Sungguh lah Waseem Ahda ni.

Continue Reading

You'll Also Like

EVERISA By liz

Teen Fiction

113K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
240K 15.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
54.4K 3.7K 80
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...