H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N75

2.1K 246 77
By leimonadd

TUALA yang disangkut kemas atas kepala, Wareesa pegang dengan erat. Tarik nafas dan hembus perlahan sebelum pintu tandas dibuka sedikit. Melalui bukaan itu, Wareesa menjengahkan kepala sedikit. Mahu mengintai dan cari line clear semestinya. Sedar diri bukan lagi menghuni bilik baharunya berseorangan. Dah ada roommate baru. Halal.

'Halal tapi gugup macam ni. Buat rileks sudah lah.' Bisikan hati yang jelas menyampah dengan tindak-tanduk sendiri tidak diendahkan Wareesa. Malah, makin giat mengintai dari celahan pintu yang terbuka sedikit.

Sedar tiada sesiapa di luar, Wareesa hela nafas lega. Seiring dengan pintu tandas yang dah dibuka dengan luasnya. Tiada bukaan kecil seperti tadi lagi. Dan selamba, dia berjalan keluar dari situ menuju terus ke tepi katil. 

Ambil duduk di tepi katil, Wareesa mencapai telefonnya. Tekun Wareesa tatap skrin telefon yang dah cerah menyala tunjuk feed Instagramnya. 

Laju jari scroll ruang media sosial itu. Nak lihat apa yang menarik hari ini memandangkan dia masih belum punya peluang meneroka dunia luar hari ini. Dan sebenarnya dah beberapa hari tak meneroka. Yalah, sibuk dengan hal-hal perkahwinan mengejut-namun-dirancang ini. Tak sempat. 

Sebelah tangan cermat memegang tuala di bawah dagu. Langkah berjaga-jaga jika roommate masuk. Dia belum bersedia nak buka sana sini depan Waseem. Dan tak pernah bersedia pun. 

Jika diingatkan semula kisah mereka, sumpah semuanya tak dapat ditrek oleh masa. Dia yang menjadi orang yang menyukai dalam diam boleh tiba-tiba sahaja masuk dalam kelompok lelaki itu. Pertemuan yang tak terduga beberapa kali, jumpa ibu bapa-pak cik mak cik masing-masing tanpa dirancang, tunag tiba-tiba dan kahwin pun tiba-tiba. Mengingatkan itu, Wareesa tarik senyum sendiri.

"Takdir." Katanya sepatah bersama senyuman yang masih belum surut. Kepala pun dah menggeleng perlahan. Masih tak dapat nak hadam tapi benda sudah pun jadi. Ikut sahaja lah. Aturan yang tidak dirancang ini pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

"Tapi kan..." Wareesa mula nak membahas sendiri. Telefon dah mula jatuh ke sisi. Tak menarik perhatian lagi dah. Yang menariknya soal jawab hati dan diri sendiri.

"Apasal mudah sangat dia ajak aku kahwin eh? Tak pelik ke?" Soal Wareesa. Tubuh dipeluk longgar. Berfikir.

"Macam tiba-tiba aje. Kenal tak, jumpa pun beberapa kali tiba-tiba ajak kahwin. Pelik sangat tu." Omel Wareesa kecil. 

Diam, tak dapat jawapan.

"Dan kau pun... apasal terima aje dia ajak kahwin. Tak ke kau pelik juga?" Badan dah tegak. 

"Nak kata kau kenal dia, setakat tahu nama, umur, belajar apa ambil course apa, family dia sikit-sikit,. Tu je lah. Tak dan kenal hati budi pun, tapi kau ons aje bila dia ajak kahwin. Tak sedar ke kau pun pelik juga?" Pulak dah. Wareesa mengata diri sendiri pula. Tak toleh kiri kanan. Hentam puas-puas.

Diam tanpa jawapan.

"Aku kan suka dia..." Perlahan aje jawapan yang diberi. Pipi pun dah menghangat. Tahu malu dengan fakta yang satu itu. Wareesa sukakan Waseem dan lelaki yang dia sukai telah pun selamat menjadi seseorang yang teratas dalam hidupnya.

Wareesa sorok wajah dengan tanganya. Rasa nak menjerit tapi kena sabar. 

Klik.

Makin kena sabar bila telinga menangkap pintu bilik dibuka dari luar. Terus kaku badan Wareesa jadinya. Tak tahu nak beriak bagaimana. Kalut mula menyerang bila dengar suara Waseem yang sedang berborak di luar pintu. Mungkin tengah sembang dengan Tuan Fauhad. Tak sudah lagi sembangnya dari tadi. Sampai ke atas ni nak dibawanya.

Lekaki.

Kalut, Wareesa terus bangun dari duduknya nak berlari masuk semula ke dalam tandas. Nak menyorok. Tak mahu jantung bergolek jatuh malam ini kerana Waseem. Kalut, sungguh kalut! Nak bangun pun ambil masa. Dah bangun, kalut nak berlari ke tandas air. Setengah jalan, tuala yang ada atas kepala pula terjatuh.

"Ish!" Kegeraman Wareesa jadinya. Terus dia capai kasar tuala yang dah mendarat atas lantai.

"Reesa?" 

Kaku. 

Molek.

Sekarang dia dah terbuka tanpa sengaja depan Waseem. Cheese and crackers! Kenapa derhaka sangat tuala ini! Masa orang nak lari juga lah dia nak ikut terbang melayang! Semua salah kau tuala kalau Waseem kata dia hodoh malam ini! Huwaa!!!

Bunyi pintu ditutup rapat buat Wareesa makin kaku. Kekok dia bangun dari bongkoknya tadi. Tuala yang dah erat dalam genggaman perlahan-lahan disangkut atas kepala semula. Anggap sahaja Waseem belum lihat lagi rambut separas pinggangnya ini.

Menoleh pandang Waseem, Wareesa senyum. Terasa sungguh kekok senyumannya kini. Apa-apa pun, dia tak mahu bertembung empat mata dengan Waseem sekarang. Dia mahu sorokkan wajah hangatnya ini daripada pandangan Waseem. 

"Ehem." Wareesa berdeham perlahan sebelum dia mula mengorak langkah mahu ke meja solek. Nak ke katil dengan adanya Waseem dalam ruangan yang sama sangat lah bahaya. Lagi-lagi waktu malam begini.

'Nak tidur nanti aku lari masuk rumah lama aku.' Wareesa dah siap-siap atur rancangan dalam kepala. Tapi nak jayakan rancangan yang satu itu perlu Waseem tidur terlebuh dahulu. Belum mengenal Waseem, Wareesa masih belum tahu corak hidup lelaki ini. Takpe. Kita akan tahu dari semasa ke semasa.

Langkah kaki Wareesa teragak-agak untuk terus melangkah. Dan Wareesa pasti Waseem perasan akan itu. Mana tidaknya. Nak ke meja solek, pasti dan pasti akan lalu arah hadapan atau belakang Waseem. Wareesa tahu sangat gugupnya kelihatan. Dan geram sikit sebab Waseem macam selamba buat-buat tak faham.

Wareesa pandang Waseem dan sumpah lemah lutut bila nampak senyum kecil Waseem saat pandangan mereka bertemu. Terus tak jadi nak ke meja solek, Wareesa tukar arah kaki. Ke katil pun, ke katil lah. Dia nak duduk semula di tempat dia scroll laman Instagram tadi.

Buat tak endah dengan Waseem, Wareesa terus panjat katil. Dan laju dia mengesot terus ke tepi katil. Menyorok dalam keadaan Waseem dah tahu koordinasinya. Biar. Buat-buat tenang, telefon dicapai dan laman Instagram dibuka semula. Kembali meneroka dengan seribu satu rasa memenuhi dada.

Melihat betapa kakunya setiap perlikau Wareesa, Waseem simpan tawa. Kepala dah menggeleng perlahan namun mata tak lepas memandang si gadis yang masih malu di tepi katil sana. Tidak mahu menyapa dan biarkan malu si gadis reda dahulu, Waseem ambil langkah menuju ke tandas.

Pintu tandas dibuka namun langkah mati separuh. Sengaja. Kepala menoleh pandang Wareesa sebelum dia menutup pintu tandas semula. Mahu menyakat. Senyum nakal dah tertempel kemas di bibir. Pinggang dah dicekak mahu lihat tindak balas Wareesa.

Waseem simpan senyum sahaja bila dengar Wareesa yang dah lepaskan nafas lega kuat-kuat di tepi katil. Tuala pun dah melorot jatuh dari kepala, menutup wajahnya. Dan saat itu, senyum Waseem pula yang pudar. Alun rambut Wareesa yang lembab mengakukannya.

Tangan jatuh. Mata masih melekat dengan Wareesa dan zzup! Masing-masing kaku bila bertembung empat mata. Waseem terkaku dengan keindahan Wareesa manakala Wareesa kaku dek tatapan Waseem yang tepat kepadanya.

Satu saat sehingga lima saat. Tatapan masih belum terputus sedangkan wajah masing-masing sudah hangat memerah. Malu dengan kehadiran masing-masing.

"Err..." Wareesa pecah kata. Tak betah dengan tatapan dan diam yang makin mendebarkan dada. 

Waseem tersentak. Gelabah, terus dia masuk ke dalam tandas. Malu sendiri. Dia yang ingin menyakat tapi dia pula yang terkena. Dang! Duhai hati, apa sudah jadi? Kenapa jatuh tergolek dengan parah sekali ni? 

Hilang sahaja Waseem, Wareesa terus tekup wajah rapat ke katil sebelum dia menjerit tanpa suara di situ. Argh! Malu!!! Sumpah dia nak lari sekarang juga!

*💐 ੈ♡

PELUH yang penuh didahi dilap dengan lengan baju. Kemudian, tangan laju menepuk sesama sendiri, membuang habuk yang bertandang. Senyum mula terukir saat melihat sinar-sinar kebersihan dan kekemasan rumah lamanya. Ya. Dia baru selesai kemas rumah lamanya untuk tidur di situ. Seperti yang dia rancang. Mission belum abort lagi.

"Siap pun." Lega, Wareesa lempar tubuh di atas tilam. Semerbak bau downy buat dia meniarap dan biarkan muka tertekup rapat di cadar yang baru sahaja dia tukar tadi. Wangi, buat senyum makin melebar.

Badan Wareesa tak berkutik seterusnya. Biarkan kepenatan meencair perlahan-lahan sebelum dia ambil posisi berbaring yang selesa. Siling putih bersih dipandang kosong. Fikiran mula menerewang. Menerewang kepada roommate di bilik sana. Tiba-tiba rasa bersalah pula.

Langsung Wareesa duduk. Telefon yang dimatikan tadi kerana tidak mahu diganggu dihidupkan semula. Sabar dia menunggu dan bila hidup sahaja telefon itu, berdeting-deting notifikasi yang masuk. Telan air liur dia jadinya. Dan air liur tersangkut bila lihat  bilangan nombor missed call yang dia terima. Banyak weh. Dan teka daripada siapa semuanya?

Yes. Waseem Ahda. Si Ex-crush, si roommate, si suami. Mampus.

Kepala yang tidak gatal digaru. Rimas dengan rambut sendiri tiba-tiba. Nombor Waseem dipandang. Berkira-kira mahu menelefon atau tidak.

"Call aje lah." Pasrah, nombor Waseem didail.

Tut tut...

Gemuruh dan takut dimarahi. Itu perasaan Wareesa sekarang. Sengaja cari pasal main hide and seek dengan Inchi Suami. Malam-malam buta begini pula.

Tut tut...

Deringan kedengaran. Kiri kanan Wareesa berkawad namun kawad kakinya terhenti bila telinga menangkap deringan Iphone dari luar rumah. 

Tut tut...

Ya. Deringan Iphone masih kedengaran. Lambat-lambat Wareesa mara ke muka pintu. Dilekap rapat telinganya ke pintu. Mendengar punci bunyi dengan lebih jelas lagi. Dan gigit bibir bila dengar deringan Iphone makin jelas di muka pintu. Uh-oh. Dia sudah tertangkap ke? Tempat rahsianya dah terbongkar tanpa cukup 24 jam?

Panggilan bersama Waseem dimatikan. Semerta deringan Iphone tidak lagi kedengaran. Terpejam terus matanya. Yakin dirinya dah kantoi.

Menjauh dari muka pintu, Wareesa tarik dan hembus nafas dnegan tenang. Tudung yang tersangkut di belakang pintu diambil dan disarung kemas. Bersedia mahu menghadap Incih Suami. Doakan dia ya, teman-teman. Moga tak kena tengking.

Perlahan-lahan selak pintu ditarik sebelum tombol pintu dipulas. Pejam mata, pintu dibuka perlahan-lahan. Dada dah berdebar tapi redha. Kena marah pun, biar lah. Dia juga yang cari pasal.

Terkuak sahaja pintu, Wareesa nampak belakang badan Waseem. Segak dengan pagoda putih dan juga kain pelekat. Alahai. Tradisional sangat Ex-crush yang seorang aje. Santun aje. Tapi tak tahu lah mukanya nanti santun atau tidak.

Wareesa angkat tangan perlahan-lahan dan belakang baju Waseem ditarik perlahan sekejap. Nak maklumkan dia dah buka pintu tapi bukan denga keluarkan suara. Takut pula suara tak bagi kerjasama nanti.

Perasan dengan tarikan lembut di belakang, Waseem terus menoleh. Wajah Wareesa yang jelas resah dipandang kosong sebelum senyum kecil terukir di bibir. Dan bila nampak riak kaget di wajah Wareesa, makin lebar senyum Waseem. Tak percaya lah tu dia senyum. Walau geram kena sidai, Waseem memilih untuk lepaskan sahaja Wareesa. Faham gadis itu gemuruh. Dia pun rasa yang sama. Nak marah pun buat apa. Rugi. Dia mengahwini Wareesa bukan untuk memarahi gadis itu.

"Jumpa pun." Lembut sahaja nada suara Waseem. Tenang pula tu. Buat Wareesa rasa rama-rama terbang dalam perut. Sama dengan perasaan hangat yang menjalar dalam hati juga.

Wareesa tak tahu nak beriak apa. Rasa takutnya hilang serta merta. Semua gara-gara Waseem Ahda.

"Ayang buat apa kat sini?" Soal Waseem sambil menjengk ke dalam. Rasanya ini bilik stor. Apa yang Wareesa buat malam-malam buta di sini. Tak takut ke?

Namun, persoalan Waseem langsung hilang tidak dapat dijejak saat matanya nampak isi bilik stor. Ada katil bahkan ada juga beberapa barang keperluan rumah yang lain. Semuanya kemas dan berhias cantik. Ia bukan seperti bilik stor yang dia bayangkan. Terus mata pandang Wareesa semula.

Wareesa sengih. Kantoi macam tak kantoi. Lambat-lambat dia bergerak ke tepi sebelum tangan bergerak mempelawa Waseem masuk. Dan Waseem langsung masuk, seperti menanti-nanti sahaja pelawaan Wareesa.

"Wow, yang! Cantiknya!" Waseem kagum sendiri. Ruang yang kecil namun terlihat sangat selesa ini dijajah satu persatu. Senyum makin melebar.

Wareesa yang melihat hanya mampu senyum kecil. Pintu ditutup rapat sebelum dia duduk di atas tilam. Bersila. Mata tak lepas pandang kejakunan Waseem Ahda yang sangat comel. Gemes banget lah crush dia yang seorang ini.

"Ayang hias semua ni?" Soal Waseem. Duduk dilabuhkan sebelah Wareesa.

Kaku Wareesa bila lutut mereka bersentuhan. Buat-buat tidak tahu, Wareesa hanya angguk.

"Lama dah hias. Saje." Balas Wareesa mudah. Waseem di sebelah dia pandang. Dada berdebar namun cuma ditenangkan. Menyesal tak sudah. Elok lagi duduk satu ruang yang besar di atas sana daripada duduk berdua di ruang yang sempit ini. Nak lari pun tak sempat. Tahu tahu kena tangkap dulu.

Waseem senyum. Pandang Wareesa, kepala si isteri diusap perlahan. Bak satu pujian dalam diam. You did well!

Kemam bibir Wareesa. Pipi hangat. Alah... mula dah serangan Waseem. Tadi nak makan pegang tangan. Ini usap-usap kepala pula. Ingat manis ke?

"Tapi tengok macam barang-barang awak lagi banyak kat sini daripada yang ada kat dalam bilik." Soal Waseem. Tangan jatuh. Selamba dia bersandar pula di belakang Wareesa. Dan selamba pula dia tarik Wareesa untuk bersandar di dadanya selepas itu.

Menjerit Wareesa kerana terkejut. Malu bertingkat-tingkat saat belakang badannya bersentuhan dengan dada bidang Waseem. Nak bangun namun pantas Waseem menghalang.

"Jangan lari. Ni denda main sorok-sorok tadi."

Kaku. Malu. Pasrah.

Wareesa yang diam dan kaku di atas badannya dibiarkan sahaja. Senyum dah melebar. Hadap lah suami awak yang suka physical touch ini sebagai love language. 

"Reesa berat kan? Dah eh?" Percubaan mahu melarikan diri namun gagal! Badannya ditarik rapat semula. Malah makin parah bila elok sahaja tangan Waseem melingkar di pingganggnya. Menjerit kecil Wareesa sekali lagi. Dan spontan, tangan Waseem dipukul kegeraman.

"Berat kasih sayang." Balas Waseem seraya mengeratkan rangkulan. Senyum melebar.

"Err..."

"Apa?"

Wareesa tekup muka. "Malu lah...!"

Dan terletus tawa Waseem. Tepat! Mana kan Wareesa tak malu pula. Mestila malu! Dia pun malu tapi buat-buat biasa. Alah bisa tegal biasa bak kata pepatah.

"Indah sangat malu awak, yang." Sakat Waseem bahagia.

Wareesa julingkan mata. Pasrah. Sudahnya dia biarkan sahaja keadaan mereka sekarang. Kalau ada yang mengadu lenguh badan nanti, kena halau terus tanpa kompromi. Orang kata dah, mahu dengar. Mendapat!

"So soalan Seem tadi?" Kembali kepada perbualan yang tergantung tadi.

Wareesa diam berfikir. Cari jawapan yang sesuai. Gila ke apa nak bagitahu ini rumah singgah dia dahulu? 

"Emmm. Macam Reesa cakap tadi lah. Saje. Lagipun sini lagi selesa duduk dalam bilik yang besar kat atas tu." Jawapan separuh jujur diberikan. Selamat lah tu.

Waseem hanya angguk, mengerti. Dan kemudian masing-masing diam. Diam yang selesa. Hanya menikmati kehadiran masing-masing di sisi. 

Waseem pandang Wareesa. Nak tergelak. Badan elok dah sandar kat kita tapi kepala tu cangung sungguh tegaknya. Pasti lenguh. Tanpa kata, perlahan-lahan Waseem sentuh tudung Wareesa. Terus dapat rasa kejung tubuh Wareesa.

"Assalamualaikum."

Dan pengsan.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.5M 46.8K 88
#2018 πŸŽ€SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRIπŸŽ€ Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...