OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

De florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... Mai multe

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’

276 30 7
De florencetiara

"Kak Esha! Kak Esha kan tuu? Tunggu sekejap!"

Belum sempat Haura ingin melangkah pergi lebih jauh daripada tempat kejadian yang tidak diingininya itu, secara tiba-tiba ada satu suara yang sangat dikenalinya memanggil.

Tersentak. Kerana terasa jari jemari runcingnya digapai oleh seseorang daripada belakang.

Apabila dia berpaling,

"Ya Allah, Aarya. Terkejut akak." Haura mengusap-usap dadanya yang beralaskan tudung labuh.

Terkejut yang tadi pun tak habis lagi, ni tambah lagi dengan terkejut lain.

Aarya senyum bersalah. "Hehe sorry buat akak terkejut. Aarya cuma nak bagi akak something ni."

"But wait nah! Aarya nak amik barang tu dekat abang dulu. Kak Esha jangan pergi mana-mana tau." Sambungnya lagi. Sempat meninggalkan pesanan.

"Iyalah Aarya, akak tunggu sini."

Lalu Aarya terus membuka langkah dan pergi kearah yang ingin dituju. Haura pula hanya menjadi pemerhati daripada jauh sahaja.

Terkedu.

Terus terkedu reaksi wajah cantik Haura apabila arah yang dituju oleh Aarya adalah lelaki yang dia terserempak tadi.

Bertambah kaget, apabila melihat Aarya bersalaman dengan lelaki itu.

Baru dia berpeluang memproses otak,

Jadi.. Benarlah,

Wajah lelaki yang dia terserempak itu tadi sama dengan wajah lelaki yang bermesra dengan Nayra sewaktu dia berada dibelakang dewan.

Kenapa..

Siapa..​

Dia..?​

Siapa lelaki itu sebenarnya? Abang kepada Aarya?

Lepas itu, kalau itu abang Aarya mestilah dia adik kepada ustazah Aayla.. Kan?

And then kalau dia adik ustazah Aayla, maknanya Nayra dan Nayla tu anak saudara dia lah?

Jadi, patutlah..

Eh jap.

Aduh, yeke? Macam tak je.

Entah-entah ayah saudara muda ke?

Aduh menyesal pula tak melihat wajah abang Aarya yang datang menjemput Aarya semalam. Kalau dia melihatnya, pasti sudah cam.

Penuh tanda tanya didalam akal fikirannya.

"Ahh nantaklah dia siapa. Buat pening kepala je fikir." gumam Haura sendiri. Malaslah nak berfikir dan mengambil tahu tentang orang lain.

Bukan urusannya.

Sedang Haura termenung sendiri, tiba-tiba dia melihat Aarya seakan-akan melambai-lambai kearahnya.

Bukan melambai 'bye-bye', tetapi seperti mahu menyeru Haura untuk datang kepadanya.

Tanpa bantahan, Haura pun hanya mengikutkan sahaja kehendak Aarya. Membuka langkah, menuju kearah tempat Aarya berdiri bersama dengan lelaki itu tadi.

Sekarang, dia sudahpun berada disebelah Aarya sekaligus, berada berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Anak matanya hanya tepat memandang Aarya. Tidak langsung memandang lelaki yang berada dihadapannya itu.

Tak mahu lah. Tambah dosa je nanti.

Meskipun dapat dia rasakan dirinya sedang diperhati. Tetapi tetap sahaja diabaikan.
.

' Haura, andai kau tahu betapa aku mengharapkan supaya kau ingat pada aku. Tapi ternyata, pertemuan terakhir kita pun sewaktu kau masih sekolah rendah. Pada waktu itu pun, hanya aku yang kenal kau.

Kau?

Kau tak kenal aku.

Jadi bagaimana.. Bagaimana caranya supaya aku dapat menghuni hati kau, Haura? ' ujar Nuhaan. Dalam hati.

Riak wajahnya serta merta berubah keruh. Lantas dia melarikan anak matanya kearah lain.
.

Jujurlah, Haura berasa sedikit malu dan auto awkward untuk berhadapan dengan lelaki itu semula.

Tetapi apakan daya? dia gagahkan juga menebalkan wajah demi seketul Aarya.

"Err serba salah pula kita suruh akak untuk datang kesini. Sorry lagi kak."

"Tak apa, bukan jauh mana pun nak jalan ke sini." balas Haura. Rajin pula si Aarya meminta maaf sejak dua menjak ni.

Aarya tersenyum. Lalu menghulurkan sebuah beg kertas kepada Haura.

"Ini kak, Aarya buat sendiri tau kek ni semalam. Khas buat kakak angkat kesayangan Aarya sorang ni. Ada lagi satu bekas untuk Kak Dyna. Tapi dia kan dah balik, jadi nanti akak tolong kirimkan pada dia ya."

"Ya Allah, susah-susah saja. Terima kasih Aarya. Serba salah akak sebab tak bagi apa-apa pun pada Aarya." suara Haura penuh kesal.

Sudahlah semalam Aarya memberinya gelang. Hari ini, kek pula?

Dia? Langsung tak teringat nak menyediakan apa apa buat Aarya dan Erdyna.

"Eh tak apalah kak, Aarya tak kisah pun. Akak bukalah dulu beg tu. Tengok apa yang ada." Sengaja mahu menyuruh Haura membuka beg itu dihadapan dia. Mahu melihat reaksi Haura.

Haura hanya mengangguk seraya tersenyum. Lantas dia membuka beg kertas yang tertutup rapi itu dengan berhati-hati.

"Wahh, seriously red velvet cheese cake? Subhanallah Aarya, susah-susah je buatkan untuk akak. Jazakillah, sayang." bersinar-sinar anak mata Haura ketika melihat isi didalam beg kertas itu.

Terdapat dua bekas kek red velvet yang dihias cantik bersama cheese powder dipermukaan atasnya.

Sememangnya Aarya mahir dalam membuat kek. Lihat lah mama nya siapa kan?

Mama Aarya sendiri ada buka kedai bakeri. Berkembang maju perniagaan kek makcik Jannah. Kalau tak salah, hampir sepuluh cawangan juga yang ada di Malaysia ini.

Sepuluh cawangan sekalipun, Haura sendiri belum ada rezeki untuk menjenguk kedai-kedai bakeri itu. Setiap kali mahu kesana, ada saja halangan.

" 'Afwan kak. Tak susah mana punlah buat kek ni. Favourite cake akak juga kan? Lagi pun lepas ini kan akak dah tiada lagi dekat tahfiz ni.. Tak dapat dah rasa kek buatan Aarya." sungguh kecewa nada dihujung ayatnya.

"Alah.. adik akak sorang ni, tak perlu lah sedih-sedih. Nanti kalau ada rezeki, kita boleh jumpa lagi kan? Aamiin insyaAllah." pipi gebu Aarya dicubit-cubit.

Sungguhlah, dia juga turut bersedih dengan perpisahan ini.

Iyalah.. selain Erdyna, Aarya juga sangat rapat dengannya. Seperi yang sedia tahu, dimana ada Haura dan Erdyna, disitu juga ada Aarya. Ada aje melekat sekali.

Apabila teringatkan bahawa pada tahun hadapan Haura akan meneruskan pelajaran ke tanah air ayahndanya iaitu Negara Arab. Maka, Bertambah sedihlah dia.

Tanpa sedar, mata cantiknya itu sudahpun bergenang lalu setitik demi setitik air mata mutiaranya jatuh membasahi pipi yang beralaskan purdah.

"Ehh.. Akak janganlah menangis juga..." Aarya mengelap air mata Haura.

Padahal, dia dulu yang memulakan jejak kasih itu. Daripada tadi lagi dia sudah menangis dalam pelukan Haura.

Pada awalnya, Haura hanya mahu membalas pelukan sahaja. Secara tiba-tiba, dia pula terasa sebak dan turut menangis disitu.

Nasiblah tempat itu agak tersembunyi. Yang berada disitupun hanyalah dia, Aarya dan lelaki asing itu sahaja.

Lelaki asing itu juga sudah beredar sejak tadi. Mencipta jarak lebih dua meter daripada dia dan Aarya berdiri.

Sebentar, benar-benar asingkah lelaki itu?

Bagi dia, lelaki asinglah. Kerana dia tak pernah kenal dengan lelaki itu.

Betulkah tak pernah kenal? Atau tak ingat dari mana mula kenal?

Persoalan demi persoalan yang muncul. Mengapa dia terlalu mempersoalkan tentang ini?

Perlukah?
.
.​

"Okaylah. Sudah-sudah. Takmo nanes-nanes dah okayy? Takut jadi sungai pula belakang tahfiz ni nanti." Sengaja Haura mahu menghiburkan keadaan. Tidak mahulah meratapi kesedihan ini lama-lama.

Nanti ada juga tahfiznya ini masuk berita diatas sebab dibanjiri oleh air mata dua orang pelajar. Habislah viral nanti! Haha.

"Hm okay tak nanes dah." balas Aarya tersenyum tipis. Mengesat air mata yang tersisa.

Nuhaan berdehem.

Automatik kepala dua gadis itu berpaling.

"Adik, abang masuk kereta dulu. Jangan lama-lama sangat berjejak kasih di sini. Abang tunggu. Lambat, tinggal."

"Ish abang ni spoil betullah." Aarya menjuih bibir. Tidak puas hati dengan abangnya. Orang tengah sedih-sedih ni boleh pula dia mencelah!

"Hm okaylah-okaylah, Aarya balik dulu ya kak. Nanti kalau abang Haan ni dah mula bebel lagi panjang. Bengkak telinga kita nanti." sambung Aarya.

Lelaki yang digelar abang Haan nya pula sudah berjalan menjauhi mereka. Menuju ke tempat parking kereta.

Huh, dasar kaki panjang. Cepat betul jalan.

Haura tersenyum lucu "Yalah. Hati-hati Aarya. Jangan lupa jaga diri, jaga aurat." sempat Haura berpesan. Sebelum Aarya menghulur tangan untuk bersalam.

"Okay kak, InsyaAllah. Akak pun jaga diri tau. Bye akak mata lawa!" Aarya melambai-lambaikan tangan kanannya kearah Haura.

Langkahnya sudah dibawa laju mendekati si abang. Terpaksa berlari untuk mengejar langkah besar abangnya.

"Byee, adik comel!" terletus tawa kecil Haura.

Maka berakhirlah pertemuan mereka di dewan tahfiz itu. Sudah ramai juga pelajar yang sudah pulang. Kini, giliran Haura pula untuk pulang kerumah bersama keluarganya. Sengaja dia mahu menjadi antara orang yang terakhir. Biar menikmati detik-detik terakhir di tahfiz ini.

Buat bekal rindu.
.
.

"Adik." Nuhaan memecah sunyi selepas beberapa minit ruangan didalam kereta itu menyepi.

Kini, Nuhaan dan Aarya sudahpun berada didalam kereta dan masih lagi dalam perjalanan untuk pulang kerumah.

Mama mereka pula awal-awal lagi sudah pulang.

Banyak urusan yang perlu diuruskan katanya. Tiada masa untuk menunggu lama.

'Mama ada banyak lagi kerja-kerja rumah nak kena buat ni. Haan bawakan adik balik kerumah ya. Nanti mama minta ayah ambilkan mama.' bait bicara Jannah sebelum meninggalkan Nuhaan dan Aarya pulang sendiri.

Maka kerana itulah, mereka hanya pulang berdua.

"Hm, kenapa abang?" Anak mata Aarya tetap fokus mengscroll aplikasi instagram yang sedia ada didalam telefon pintarnya.

Sejak hampir empat bulan tak pulang ke rumah, bukan main beratus-ratus notification yang masuk daripada pelbagai aplikasi.

"Minah tadi tu, siapa?" soal Nuhaan.

Walaupun sebenarnya dia sudah tahu siapakah gadis bertubuh tinggi lampai tadi. Sengaja dia hendak mendengar jawapan daripada Aarya.

"Minah? Minah mana pula abang maksudkan ni."

Nuhaan mengerling Aarya yang duduk disebelah. Keningnya bertaut sedikit. "Adik ni, minah yang adik berjejak kasih dengan dia tadi tu lah."

"Ooh itu Kak Esha lah. Ala akak senior yang adik selalu cerita dulu tu. Suka hati abang aje panggil dia minah."

'Akak senior yang selalu adik cerita', Itu yang menjentik ingatan Nuhaan.

Oh maksudnya akak senior yang selalu Aarya menceritakan pada dia tentang hafalan baiknya, akhlak mulianya, pendidikan cemerlangnya, itu.. Adalah Haura?​

MashaAllah.

"Kenapa tiba-tiba abang tanya? Terminat kak Esha ke tuu?" sengaja mengusik. Yelah, tiba-tiba sahaja mahu menanya-nanya tentang perempuan, ada apa apa ke.

Bukan sekadar terminat, Aarya. Abang memang sudah lama mengagumi gadis itu. Ya, sudah lama. Sejak Aarya belum wujud lagi.

"Kalau.. Ya?"

"PFFT-" tersembur air milo yang diminum oleh Aarya tadi. Habis basah dashboard kereta abangnya itu.

"Ya Allah, dah kenapa ni adik?"

Sudah lah air manis. Habis bersemut nanti kalau tidak dibersihkan dengan betul.

"Upss sorry! terlepas." lekas-lekas Aarya mengelap saki-baki titisan air milo yang tersemburnya tadi menggunakan tisu basah.

"Wait. Sepatutnya adik yang tanya abang. Abang dah kenapa? Demam kuskus ke? Nak adik minta ayah bawa pergi hospital tak?" soal Aarya. Berkerut dahinya memandang Nuhaan disebelah.

Agak kerisauan tambah kepelikan dengan abangnya itu.

Iyalah, selama dia hidup dengan abangnya yang bernama Aahil An-Nuhaan ini, tidak pernah sekalipun mahu mengambil tahu atau bercakap tentang perempuan luar.

Tetapi pada hari ini, boleh pula abangnya menjawab 'ya' dengan pertanyaannya tadi.

Memang bertambah terkejut beruklah dia. Beruk pun tak terkejut macam dia.

"Huh? Apanye dik, abang sihat je lah."

"E-entah-entah abang kena sampuk dengan jin. Jin mana rembat abang aku ini! Keluarlah kau sekarangg!" pekik Aarya seraya mencengkam rambut abangnya yang sedang memandu.

Sedikit sahaja lagi Aarya hampir terjatuh ke bawah kerana hanya bergantungkan kaki yang tidak berapa stabil. Tetapi Nuhaan sempat memaut lengannya.

"Hei.. Be careful, Aarya." tegas suaranya. Erat memegang pergelangan tangan kanan Aarya.

"Huh, hampir hampir sahaja tadi." desis Aarya sebelum kembali duduk.

Nuhaan sudah menggeleng-gelengkan kepala. Tak reti duduk diam budak ini.

Melihatkan abangnya yang tergeleng-geleng, Aarya menyeringai.

"Hehe.. Adik cuma nak keluarkan jin dalam badan abang je. Mana tahu Jin BTS ke yang akan keluar daripada badan abang. Ha alang-alang dapatlah adik kawin dengan abe Jin." kata Aayra sambil menekup kedua-dua belah pipinya yang sudah memerah. Sebelum dia meneguk semula air milo nya.

"Ish adik ni, makin merapu je abang tengok."

"By the way, berapa ya umur minah tadi?" soal Nuhaan. Menyambung semula topik yang tergantung tadi.

"Uhuk uhuk!" tersedak pula Aarya buat kali kedua. Tadi tersembur, sekarang tersedak pula. Lihatlah betapa terkejutnya dia dengan pertanyaan abang seorangnya ini.

"Huh.. Weh sakit dada den!"

"Ya Allah. Orang tanya je, tersedak pula dia."

Aarya pula mengecilkan matanya. Dahinya berkerut juga. Pelik binti Curious! Nasib tak tercantum aje kening Aarya.

"Kenapa pandang abang sampai macam tu?" Nuhaan yang perasan dirinya dipandang semacam saja oleh Aarya daripada tadi langsung menyoal.

'eh bengap nya abang aku ni! Sejak bila dia jadi polos ni. Nasib kau hensem je bang. Takdelah nampak sangat bengap tu.'

"Haha! takde apa-apa lah bang."

"Haaa ni. Umur kak Esha, 18 tahun." balas Aarya bagi menjawab pertanyaan abangnya tadi.

"Ooh..​Muda. Dia tinggal mana?"

Mestilah serumah dengan Raees, Raeed.

"Dia tinggal dekat area Flora's Villa. Dekat atas bukit sana ha. Alah rumah-rumah besar atas bukit tu." jawab Aarya.

Nuhaan hanya mengangguk.

"Tak sangkalah! Hebat betul penangan kak Esha ni. Sampaikan abang aku yang seorang ni pun boleh terpikat bila tengok dia. Sedangkan kak Esha bukan buat apapun. Tengok abang pun tak." omel Aarya perlahan. Tetapi cukup jelas untuk di dengari oleh Nuhaan yang berada disebelahnya.

Tetapi, untuk Aarya yang sudah lali dengan persepsi orang lain terhadap Haura, sememangnya hal itu bukanlah perkara yang di luar jangkaan untuk diceritakan.

Sudah biasa berlaku.

Setakat ada yang kirim surat, letak makanan bawah meja, sangkut bunga pada beg sekolah, selit duit didalam Al-Quran. Itu sudah biasa sangat berlaku. Klise!

Seandainya kak Esha tidak memakai purdah, pasti bertambah ramai lagi lelaki-lelaki yang ingin mendekatinya.

Iyalah, dengan melihat mata sahaja para ajnabi sudah terpukau. Apatah lagi wajah dan senyumannya ketika melepas purdah. FUH!

Tidak boleh dinafikan, dia yang perempuan pun boleh mengcair apabila melihat senyuman kak Esha.

Tapi, kalau bukan sebab rupa sekalipun, kak Esha sendiri mempunyai banyak kelebihan dan kepakaran dia.

Aura dia pun lain maciam! Membuatkan orang yang mengenalinya sentiasa ingin mendekatkan diri padanya.

Taknak cakap banyak lah..​

Serious talk, kak Esha memang limited extra exident.

"Nama penuh dia?" Nuhaan kembali bertanya selepas dia terdiam lama.

"Haura Ar-Raeesha binti Farouq Ar-Ridhwan." penuh makhraj ketika Aarya menyebut sebaris nama itu.

"Haura.. Ar-Raeesha. Macam manalah aku boleh terlupa sebaris nama indah itu?" Nuhaan berbisik sendiri bersama kepalanya yang menggeleng-geleng. Cukup dia sahaja yang dapat mendengar suaranya.

'indah nama seindah peribadinya'

Nuhaan tersenyum sendiri. Akhirnya, gadis yang sudah bertahun lama dia dambakan, sudah dia temui semula.

"Hah? Apa abang cakap tadi, adik tak dengarlah. Slow sangat."

"Takde apa."

.
.​
.​

Before we move to the next chapt. Jom selawat dulu!

- Allahumma Solli Ala Muhammad Wa'ala Ali Muhammad - 3×

Okay we're done! Alhamdulillah 🦋
Sooo..​Jom sambung baca! ^_^

Continuă lectura

O să-ți placă și

Mr. Lucifer Ms. Princess De Anonymous

FicΘ›iune adolescenΘ›i

181K 7K 66
An Indian brother-sister/family story. The Singhania family is the most prestigious family in the country. Together, they seemed to be invincible...
44.4K 1.9K 19
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
My baby girl De Irin jahan Anye

FicΘ›iune adolescenΘ›i

412K 11.6K 53
what happened when the biggest mafia in the world hid his real identity and married an innocent, sweet girl?
376K 9.7K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a π˜₯𝘦𝘡𝘦𝘴𝘡𝘦𝘧...