OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’

297 31 9
By florencetiara

📍DEWAN UTAMA TAHFIZ NASRUSSYIFA'

"Bonda, ByCha t-takutlah.." Terketar-ketar suara Haura pada ketika ini. Jari jemarinya juga turut bergetar.

"Kenapa nak takut pula ni, intan payung bonda? Majlis khatam kan akan berlangsung pada waktu terakhir nanti. Lambat lagilah." pujuk Hadeeya. Penuh kelembutan suaranya.

"Yaa bonda, memanglah majlis tu akan berlangsung pada waktu terakhir, tapi sekarang pun ByCha dah rasa gementar. Macam mana ni.." meleret suara Haura mengadu.

Pada waktu ini, dengan berada disamping bondanya sahaja yang akan dapat menenangkan gementarnya.

Lekas-lekas jari-jemari milik Haura digenggam erat oleh Hadeeya. Tidak lain tidak bukan, hanya untuk menenangkan anak daranya itu.

Sejuk. Tangan Haura ketika itu terlalu sejuk tambah berpeluh. Terangkat hujung bibir Hadeeya apabila melihat anaknya yang terlalu takut dan gementar.

Entah apa yang dirisaukan. Padahal, masih ada lagi satu jam untuk majlis khatam Al-Quran itu berlangsung.

Walaupun begitu, hati seorang ibunya masih ada terselit risau juga.

Tetapi, dia tidaklah berniat untuk membuktikan kerisauannya itu secara zahir. Dia juga tahu bahawa anak perempuan seorangnya ini pasti dapat buat yang terbaik nanti.

Dia sudah yakin dengan kenyataan itu. Perlu yakin.

"Raeesha."

Terus menegak kepala Haura apabila sistem pendengarannya disapa oleh suara yang sangat dikenalinya.

Daripada tadi lagi gadis itu hanya menunduk ketakutan. Tetapi apabila suara itu yang memanggil, automatik rasa teruja yang menguasai diri.

Apabila dia berpaling kearah si penyeru, jelaslah wajahnya yang terselindung disebalik sehelai purdah itu terus terukir senyuman. Mudah kata, Haura lega.

"Erdyna." Senyum yang terukir di bibir merah Haura, bertambah lebar.

Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang memandang Haura pada waktu itu. Hanya akan terlihat mata kebiruannya yang sepet kerana tersenyum sahaja.

"Assalamualaikum, Aunty Deeya." Erdyna menyapa Hadeeya yang berada disebelah Haura. Dihulurkan kedua-dua belah tangannya untuk bersalaman dengan Hadeeya.

"Waalaikumussalam Erdyna. Baru sampai ya?" balas Hadeeya. Tersenyum mesra.

"Haah, Aunty. Baru sampai."

"Ibu awak ada sekali? Kalau ada, suruhlah dia duduk sini juga. Adalah Aunty teman." kata Hadeeya. Sudah lama juga tidak berjumpa dengan ibu kepada Erdyna.

Sejak Haura tidak pulang ke rumah, sejak itulah dia tidak berjumpa dengan ibu Erdyna.

"Ada, Aunty. Ibu ada hari ini. Sekejap ya Dyna call dia untuk duduk dengan Aunty dekat sini."

Hadeeya mengangguk.

Langsung Erdyna mengeluarkan telefon pintar daripada poket totebagnya lalu ditekan ruangan recently call. Nama 'My Heroin❤️ ' yang dipilih lalu dilekapkan screen telefon itu di telinga yang beralaskan tudung.

Selepas selesai sahaja berbual ringkas dan memberitahu serba sedikit lokasi tempat duduk bonda Haura kepada ibunya. Langsung punat merah ditekan lalu terputuslah panggilan bersama ibunya tadi.

"Okay sudah. Ibu kata, dalam beberapa minit lagi ibu akan sampai sini. Sekarang, ibu masih ada di gerai-gerai kecil kat luar pagar sana. Tengah belikan makanan untuk adik-adik." kata Erdyna selepas memasukkan telefon pintarnya kedalam beg semula.

Hadeeya mengangguk sekali. "Okay, aunty tunggu sini."

Erdyna mengangguk sebelum tersenyum.

"Esha, jomlah masuk sekarang. Kita berdua kena masuk dewan awal-awal. Kalau tak nanti, ada juga yang kena tazkirah percuma dengan ustaz sebab lambat masuk dewan." kata Erdyna.

Haura yang mendengar, hanya diam. Tidak membalas. Hanya memandang sahaja wajah Erdyna. Seperti sedang menganalisis apakah makna yang diujarkan oleh Erdyna tadi.

Sebenarnya bukan menganalisis. Tetapi dia memang tidak mahu masuk ke dalam dewan. Gerun!

Melihat Haura yang masih terkebil-kebil dengan kenyataan yang disampaikannya, dengan selamba Erdyna terus menarik lengan halus Haura lalu segera menuju ke pintu dewan.

Hadeeya yang daripada tadi lagi melihat gelagat dua orang anak gadis itu, langsung tersenyum lucu. Kasihankan Erdyna yang terpaksa melayan perangai Haura yang sebegitu.

'Tak apa makcik, saya dah biasa.'

"Ehh, janganlah tarik tangan Esha." bidas Haura. Tersentak dia kerana tiba-tiba sahaja lengannya ditarik lalu digenggam erat. Erat tapi tidak sakit. Kakinya juga dipaksa berjalan laju membontoti langkah Erdyna.

"Kalau Dyna biarkan aje Esha terjegat kat situ daripada tadi, mahunya malam esok baru nak gerak masuk dewan." Erdyna membebel. Ya macam biasalah!

"Erm..aku cuma takut.."

"Tak payah takut Raeesha, aku kan ada. Macamlah aku tak naik sekali waktu dekat atas pentas nanti." Erdyna yang membalas. Tahu-tahu aje dia apa yang ditakutkan Haura.

Ya, asbab gementar yang dipendam oleh Haura daripada tadi adalah gementar untuk berhadapan dengan orang ramai dan membacakan beberapa ayat Al-Quran di atas pentas sana.

Meskipun ini bukanlah kali pertama untuk Haura berhadapan dengan orang ramai, tetapi aura orang ramai kali ini terasa lain macam betul!

Takut. Takut tak dapat untuk buat yang terbaik. Takut tersalah langkah. Takut bacaan tiba-tiba tersangkut. Takut tiba-tiba suara sumbang. Takut para tetamu tidak suka akan bacaan dan lagu yang akan dibawanya.

Haura mengumam seraya mengangguk kecil. Ya memang Erdyna akan ada sekali nanti. Dan dia tidak harus segementar ini. Dia harus tenang..

Perlu tenang..

"Doakan untuk aku, Dyna."

"Ya, Esha. Kau pun jangan lupa doakan untuk aku. Aku percaya.. Aku, kau dan kita semua dapat buat yang terbaik. Aamiin insyaAllah."

"Aamiin."
.
.

📍MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERLANGSUNG.

Di atas pentas yang megah ini mempunyai pelajar perempuan seramai lima orang dan pelajar lelaki seramai enam orang.

Kesemua pelajar yang berada di atas pentas ini adalah antara pelajar yang sudahpun menamatkan 30 juzu' Al-Quran.

Selebihnya, ada juga yang sudahpun menyelesaikan syahadah. Bahasa lebih mudahnya, mereka ini adalah Hafiz dan Hafizah. Mereka semua berada diatas sana dengan tujuan untuk membacakan beberapa potong ayat daripada surah-surah yang terpilih.

Harus dibaca dengan berlagu. Bertarannum.

Pada akhir bacaan, mereka akan membacakan surah-surah pendek daripada juzu' 30 sebagai penanda bahawa pembacaan mereka telahpun tamat.

"Minal jinnati wannas... Sadaqallahulazim.."

Dengan itu, maka berakhirlah sesi pembacaan ayat Al-Quran daripada para hafiz dan hafizah tadi.

Riuh rendah dewan besar itu dengan puji-pujian kepada Allah. Para penonton yang terdiri daripada ibu bapa dan ahli keluarga sangat kagum dengan mereka.

Kagum dengan suara dan bacaan yang dibacakan oleh para pelajar tadi. Tidak putus-putus bibir mereka memuji Sang pencipta.
.
.

"Dyna, wait!" Bisik Haura bersama nada suara yang sedikit tertekan sambil menarik lengan baju Erdyna yang berada di hadapannya.

Mereka sedang menuruni tangga pentas untuk kembali semula ke tempat duduk masing-masing.

"Ya aku ada Esha, don't worry please." Erdyna membalas. Terdengar keluhan kecil dihujungnya. Mana tidaknya dia mengeluh, daripada atas pentas lagi Haura tidak mahu lepas daripada menggenggam tangan Erdyna.

Asyik mahu berkepit sahaja. Entah apa yang ditakutkan sangat.

Padahal, sebelum ini Haura sudah banyak kali naik ke atas pentas. Menyertai pertandingan mahupun membuat persembahan, kedua-duanya Haura selalu mewakili.

Dan setiap kali dia mewakili tahfiz, pasti saja akan mendapat tempat pertama. Paling tidak pun tempat ketiga.

Dan Haura jugalah orang yang paling berani untuk kehadapan. Tetapi pada hari ini, dialah orang yang paling gementar. Pelik bin ajaib?

Sesudah mereka berdua tiba dibahagian tempat duduk pelajar, secara tiba-tiba mereka merasakan seperti ada seorang figura yang sedang berjalan laju kearah mereka daripada arah belakang.

Dan apabila mereka berdua berpaling,

"Raeesha, Erdyna. Tolong ustazah boleh? Tolong jagakan anak-anak ustazah ni. Ustazah ada hal. Tolong ya, jagakan Nayra dan Nayla." Pinta Ustazah Aayla yang terlihat kelam kabut mahu beredar daripada tempat itu.

Sememangnya Raeesha dan Erdyna ini sudah seperti babysitter sementara disekolah itu. Jika ada guru yang sibuk dengan hal masing-masing. Nama mereka lah yang akan dipetik untuk menjadi penjaga bagi anak-anak mereka di asrama mahupun sekolah.

Kenapa?

Kerana, mereka berdua ini adalah antara pelajar perempuan yang paling tua dan dipercayai. Mereka juga sukakan kanak-kanak. Jadi tiada alasanlah untuk mereka mengelak, kerana mereka sendiri suka dengan kerja yang tidak bergaji itu.

"Baik! Boleh ustazah." Jawab mereka serentak seraya mengukirkan senyuman manis buat Ustazah Aayla.

Uatazah Aayla melepaskan nafas lega. "Terima kasih sangat-sangat. Nanti kalau diorang ni nak makan ke apa ke. Tolong belikan dulu ya? Nanti ustazah bayarkan semula." kata Ustazah Aayla sebelum dipanggil kedua-dua anak perempuan kecilnya untuk duduk bersama dengan Haura dan Erdyna.

"Okay, no problem ustazah." balas Haura dan Erdyna serentak.

Lalu mereka berdua terus menggapai tangan kecil Nayla dan Nayra yang sudah berada dihadapan mereka. Digenggam erat. Jenuh nanti kalau terlepas.

Lega hati ustazah Aayla apabila dua orang pelajarnya itu sudi untuk menjaga anak-anaknya buat sementara.

Tanpa membuang masa, dia pun mengundurkan langkah lalu pergi meninggalkan dua orang anak perempuannya itu bersama dengan dua orang pelajar yang dipercayainya.
.
.

"Hey Nayra. Janganlah main jauh-jauh sayang, mari sini dekat dengan kakak." tercungap-cungap Haura memanggil budak kecil yang bernama Nayra itu.

'Haih awak ni anak cheetah ke anak ustazah? Laju betul lari. Boleh turun 5kg hanya dengan mengejar awak aje tahu tak?'

Tambah lagi taman kecil belakang dewan ini luas. Memang seronoklah budak Nayra ini mahu belari-lari.

"Go Esha goo! kejar dia cepat! HAHAHAH." pekik Erdyna daripada belakang. Daripada tadi lagi dia sudah terkekek-kekek ketawa melihat sahabatnya itu yang hampir hilang nafas mengejar Nayra.

Bukan tidak mahu menolong, tetapi dia sendiri baru sahaja lepas bermain kejar-kejar bersama Nayla. Mengah tahu tak main dengan anak cheetah ni. Eh silap! Anak ustazah! Bukan cheetah.

Nayra yang berlari laju tadi tiba-tiba sahaja berhenti. Haura juga terhenti langkahnya daripada mengejar Nayra. Bukan tidak mahu terus mendapatkan Nayra tapi...

"Ehh.. Hii baby uncle Haan. Kenapa main sorang-sorang ni hm? Mana mommy awak?" seorang lelaki berjubah hitam yang muncul entah daripada mana menegur Nayra. Lantas dia mendepakan kedua-dua belah tangannya lalu Nayra pun terus mendakap tubuh lelaki itu dengan erat.

Tidak tunggu kata, lelaki itu terus mendukung tubuh kecil Nayra. Nayra tertawa bahagia ketika berada didalam dukungan lelaki itu.

Terkedu Haura apabila melihat tubuh kecil Nayra yang sudah sedia ada didalam dukungan lelaki itu. Kedudukan lelaki itu betul-betul berada dihadapannya.

Ya, memang dia tidak perasan langsung dengan kewujudan lelaki itu tadi.

Pelik pun ada juga.

Iyalah, budak kecil bernama Nayra ini pada kebiasaanya takkan mahu untuk mendekati orang yang tidak dikenalinya. Apatah lagi untuk dipeluk dan didukung sebegitu. Tapi yang lebih menambahkan kerutan di dahi mulus Haura ialah..

Mengapa dengan lelaki ini, Nayra kelihatan begitu selesa ketika didalam dukungannya? Lelaki ini siapa sebenarnya? Bambang hitam glow up menjadi putih melepak? Tapi muncul dari mana?

"Kau ni, siapa?" soal lelaki itu. Anak mata hitam pekatnya tepat memandang Haura. Lebih spesifik, anak mata biru Haura.

Macam..familiar. desis Nuhaan.

Dengan itu, Haura lantas menunduk. Kurang selesa dengan tenungan lelaki itu. Tidak mahu bertatapan mata dengan lelaki itu.

Senyap. Tiada jawapan.

Haura tidak membalas, hanya menunduk. Tangannya digenggam erat.

Ya Rabb. Kenapa jantung aku berdetak laju sekali? Tidak pernah aku merasakan sebegini ketika berhadapan dengan ajnabi. Sungguh berdebar, bergetar.

ما في قلبي غير ﷲ

"tidak ada di dalam hatiku selain Allah." diulang-ulangnya dari dalam hati. Cintailah Allah terlebih dahulu dengan sedalam-dalamnya, nescaya Allah akan mempermudahkan aku bertemu dengan cinta ku.

Haura kembali memberanikan diri untuk memandang Nayra. "Nayra, mari sini dekat kakak. Nanti kalau mommy cari awak macam mana. Jom?" Dihulurkan tangan kanannya ke arah Nayra.

Mengharapkan supaya Nayra menyambut dan menerima ajakannya.

Please lah sambut wahai Nayra yang comel. Sesungguhnya gadis yang sedang kamu lihat ini serasa mahu menangis diperhati oleh lelaki yang mendukung kamu itu.

Pada awalnya Nayra hanya diam. Memikir dahulu agaknya. Lantas itu barulah dia meminta lelaki itu untuk menurunkannya daripada dukungan lalu menggapai huluran tangan Haura.

Sekejap sahaja tangan kecil milik Nayra tenggelam didalam genggaman Haura.

Tanpa kata, Haura terus menarik lembut tangan kecil milik Nayra lalu pergi daripada tempat itu. Sempat juga dia menunduk ke arah lelaki itu tadi. Sekadar tanda hormat.

Karang kalau pergi macam itu aje, kata kurang adab pula.

"Taataa uncle Haan, eheh!" Sempat Nayra melambai-lambai kearah Uncle Haan nya.

Nuhaan juga membalas lambaian daripada anak buahnya itu. Keningnya sedikit berkerut. Seperti sedang memerah ingatannya untuk mengingat sesuatu.
.
.

"Oi Haan! Aku rasa dah boleh tembus muka perempuan tu kalau kau tenung lagi lama." bisik Raees. Betul-betul di telinga kanan Nuhaan.

Daripada tadi lagi dia sudah memerhati si Nuhaan ini. Tidak lepas-lepas anak matanya merenung Haura yang sedang bermain bersama Nayra dibelakang dewan. Tidak tahulah sama ada yang direnungnya Haura atau Nayra.

Kalau yang direnungnya Haura...

Pelik juga dia. Kerana setahunya, Nuhaan yang dikenalinya ini bukanlah lelaki yang suka memandang perempuan apatah lagi mahu merenung perempuan.

Tapi kali ini.. Lain pula yang jadi.

Hm, dia ni lupa agaknya yang abang perempuan yang ditenungnya itu sebalah dia aje.

"Engko minat budak perempuan tu ke apa?" soal Raees. Terangkat sebelah keningnya.

Sengaja tidak menyebut bahawa budak perempuan itu adalah adiknya sendiri. Biarlah Nuhaan yang ingat sendiri.

Maklumlah, Nuhaan ini sudah lama tidak bertemu dengan Raees dan Raeed. Masing-masing sudah lonjak usia dan fokus dengan kerjaya masing-masing. Mereka saling kenal pun kerana dahulu mereka pernah berjiran. Itupun waktu mereka sekolah rendah, dan Haura masih tadika.

Dalam beberapa tahun, Ridhwan sekeluarga berpindah rumah. Jarak rumah baharu itu dengan rumah lama mereka pun agak jauh. Maka kerana itulah mereka sudah lama tak bersua.

Berkerut dahi Nuhaan seraya menggeleng. "Takde lah, mengarut." Nuhaan menafi. Terus memalingkan pandangannya kearah lain.

"Heleh, aku pun lelaki jugak tahu? Dengan perhati cara kau pandang dia je, aku dah dapat detect perasaan kau." dengan penuh yakin Raees berkata.

"Dah dah, jom lah masuk dewan balik." Nuhaan terus berjalan kearah pintu masuk dewan tanpa menunggu Raees.

"Woo! Kau sabar jap. Sumpah lah Aahil An-Nuhaan yang aku kenal ni tenung ajnabiah? Like seriously?" terangkat sebelah kening Raees. Bibirnya juga tersenyum lucu.

"Bila last kau makan penumbuk aku ya?" soal Nuhaan. Tajam anak matanya menjeling Raees.

"Hmm.. penumbuk eh? Macam tak pernah. Macam mana ya rasa dia?"

"Rasa macam maut. Kenapa? Nak try rasa?"

"Kalau dah di tawar, apa salahnya untuk mencuba. Kan?" Raees mencebik. Dia sudah berada di sebelah Nuhaan.

"KAU-- EISH KALAU AKU HEMPUK NYAWA KO KARANG MENGGELUPOR NYAWA KO KARANG HAA..." keras suaranya. Menahan kegeraman.

Pecah tawa Raees. Terus dia mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku kalah.

Continue Reading

You'll Also Like

44.1K 1.9K 18
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 πŸ†
4M 86.8K 62
β€’[COMPLETED]β€’ Book-1 of Costello series. Valentina is a free spirited bubbly girl who can sometimes be very annoyingly kind and sometimes just.. anno...
609K 2.3K 63
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
29.5K 974 21
[ONGOING πŸ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...