OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.6K 924 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’

362 23 2
By florencetiara

"Dyna, bonda dan abi aku dah on the way ni. Budak asrama pun tinggal berapa orang je. Kau tak nak abi aku hantarkan kau balik rumah sekali?" soal Haura seraya menghulurkan air kotak soya sejuk kepada Erdyna.

Erdyna menyambutnya seraya mengucapkan terima kasih.

Tanpa segan silu, langsung dia membuka plastik straw yang terlekat elok dibelakang kotak lalu disedut air soya itu dengan rakus. Lega tekaknya yang sudah sekian lama mengering. Alhamdulillah hilang dahaga.

Mereka berdua baru sahaja selesai mengemop dan menyapu lantai dorm. Mood rajin tiba-tiba aje datang.

Alang-alang hari terakhir, sengaja meninggalkan secebis jasa disini. Membantu warden mengemas dan membersihkan asrama.

Kini, mereka sedang duduk berehat didepan pintu asrama. Ambil angin sambil menikmati sekotak air soya. Buat apa lagi kalau bukan menunggu keluarga untuk menjemput pulang.

"Tak perlu. Susahkan abi kau je nanti. Aku okay je seorang-seorang. Jangan risau lah." Erdyna menolak.

Haura lepaskan keluhan geram. Degil benarlah perempuan ini. Daripada semalam dah dia pujuk tapi tak mahu-mahu. "Apa yang susah nya? jalan pun sehala. Aku lagi susah hati tinggalkan kau seorang-seorang kat sini."

Di kawasan asrama ini orang-orangnya bukan boleh percaya sangat.

Belum sempat Erdyna mahu membuka mulut, pantas Haura memotong.

"Ikut aku balik. Abah kau pun lambat lagi habis waktu kerja kan? So, naik dengan aku." putus Haura. Tetap teguh dengan pendirian sendiri. Mata birunya menjeling orang sebelah.

Degil sangat!

"Aish tak naklah.. Serious, Esha. Aku oka-"

"Shut up, Shaheera!" lantang suaranya

"Ahh, k fine!"

"Good boy."

"Girl."

"Boy."

"Girl. Esha, I'm a girl."

"Pondan."

'Buk'

"Aduhh!" Haura mengerang sakit apabila lengannya dihempuk Erdyna menggunakan beg sandang. Diusap-usap lengannya yang menjadi mangsa hempukan. Cemberut wajahnya.

Erdyna hanya menayang muka tidak bersalah. Tidak dihiraunya Haura yang mengerang sakit bersama seribu kedutan dimuka.

Siapa suruh cari pasal dengan aku? Kan dah kena.

'Pin pin!'

Hon kereta berjenama Xpander berbunyi.

Terus menegak serentak kepala Haura dan Erdyna apabila hon kereta yang tidak kurang kuatnya tadi menyapa indera pendengaran.

Jelaslah bahawa kereta mewah yang berada di hadapan pagar asrama sekarang ini adalah kereta milik abi Haura.

"Abi, Bonda!" tersenyum lebar bibir kemerehannya. Lantas Haura bangun dari duduk lalu terus berlari kearah bonda dan abinya yang baru sahaja keluar daripada perut kereta.

Selepas bersalaman, didakapnya tubuh kedua-dua insan tercintanya itu dengan erat. Rindu.

"Intan payung bonda, sihat?" soal Hadeeya selepas puas berjejak kasih dengan anak sendiri.

"Alhamdulillah, sihat. Bonda dan abi pula?"

"Alhamdulillah sihat-sihat sahaja." jawab Ridhwan dan Hadeeya serentak. Tersenyum manis. Khas buat puteri bongsu mereka.

Haura mengangguk-angguk seraya membalas senyuman orang tuanya.

"ByCha kata Erdyna akan tumpang kita sekali kan. Mana dia?" Kepala Hadeeya menjenguk-jenguk kearah dalam pagar asrama.

Mencari-cari susuk tubuh gadis yang bernama Erdyna itu.

"Itu dia, bonda." dihalakan kelima-lima jarinya kearah pintu utama asrama.

Sunnah nabi bukan menunjuk sesuatu dengan menghalakan ibu jari, tetapi kelima-lima jari. Tanda betapa kita memberikan kehormatan pada orang yang bertanya.

Erdyna yang seakan tahu ada yang memerhati, langsung menoleh kearah tiga beranak itu. Terus bangun lalu berjalan menuju kearah mereka.

"Assalam'alaikum. Aunty Deeya, Uncle Ridhwan." Erdyna menghulur tangan untuk bersalaman dengan bonda Haura. Hadeeya pula semestinya tidak menolak. Dia menyambut salam Erdyna dengan mesra.

Ridhwan pula hanya menyambut dengan senyuman.

"Waalaikumussalam. Erdyna sihat? Nampak makin berisi dah sekarang. Makin comel aunty tengok. Bukan macam Raeesha ni, keding je." omel Hadeeya.

Seronok mengutuk anak sendiri. Depan-depan pula tu!

Tidak dihiraunya wajah cantik Haura disebelah yang sudah cemberut mendengar bondanya mengumpat depan-depan. Biarlah orang kurus macam ni! Penat tau diet. Kurus salah, gemuk pun salah.

Terletus tawa kecil Erdyna. "Alhamdulillah, sihat aunty. Haza min fadhli rabbi. Ini makin gemuklah, bukannya comel aunty. Dah macam tenung panda bila duduk depan cermin." balas Erdyna. Malu sebenarnya, tapi itulah. Hakikat.

Duduk asrama ini harapnya dapat turun berat badan, tapi tidak! Makin mendadak naik. Menyesal tak join Haura berdiet.

"ByCha, mana beg kamu berdua? Biar abi tolong bawakan masuk ke dalam kereta." Ridhwan yang sedari tadi hanya membisu, kini dia mencelah. Cukuplah menjadi tugu hidup disisi isteri tercinta.

Baik dia membuat sesuatu yang akan menjimatkan masa. Ya! Mengangkatkan beg-beg Haura dan Erdyna ke dalam kereta.

Balik kepada gelaran yang digelar Ridhwan buat Haura tadi, ByCha. ByCha adalah gelaran manja buat Haura. Gelaran itu hanya akan digelar daripada keluarganya sahaja. Daripada kecil lagi mereka sudah terbiasa menggelar Haura dengan panggilan 'ByCha'. 'By' itu berasal daripada perkataan baby.

Seperti yang sedia tahu, Haura adalah anak bongsu di dalam keluarga kecil itu. Makanya ketika dia masih kecil dahulu, keluarganya sering memanggilnya sebagai 'baby'. Kerana dialah yang paling muda dalam keluarga.

Ketika Haura sudah lonjak usia, didalam lingkungan darjah enam. Gelarannya sudah ditambah dengan 'Cha' dibelakang. Cha pula berasal daripada Raeesha. Pergi ke Esha. Dan akhirnya, Cha. Maka jadilah ByCha. Begitulah ceritanya asal-usul gelaran buat Haura.

Jika baru sahaja didengar, pasti rasa pelik dengan gelaran itu bukan? Tapi buat mereka yang sudah terbiasa, tidak akan rasa pelik sama sekali.

"Oh, ya. Beg kami masih ada di dalam. Sekejap ya, ByCha keluarkan dulu." balas Haura sebelum menggapai lengan Erdyna.

"Jom, Dyna." Erdyna jelas tersentak dengan tindakan Haura. Tiba-tiba sahaja tarik tangan orang. Tetapi, tidaklah pula dia membantah.

Erdyna hanya mengikut sahaja langkah Haura untuk masuk kedalam asrama.

Mereka berdua mula masuk kedalam asrama. Kesemua beg-beg yang pelbagai saiz dan warna diangkut satu persatu dengan berhati-hati.

Dibawa keluar daripada asrama lalu disusun di hadapan pintu. Apabila kesemua beg sudah diletakkan diluar pintu asrama, barulah abi Haura pula yang mengangkut beg-beg itu lalu dibawa masuk kedalam bonnet kereta.

Boleh tahan jauh juga jarak kereta dan pintu asrama. Itulah sebabnya abi Haura sendiri yang menawarkan diri untuk membantu. Tidak mahu menyusahkan anak perempuannya untuk mengangkut sendiri.
.
.

"Terima kasih Uncle, Aunty. Sudi hantarkan saya." ujar Erdyna sesudah keluar daripada perut kereta. Kini, dia sudahpun tiba di hadapan rumahnya.

"Sama-sama Erdyna. Hati-hati." balas Hadeeya. Terselit nasihat. Ridhwan yang berada di tempat pemandu hanya membalas dengan senyuman.

"Bye markonah, jumpa esok!" jerit Haura. Ya! Dia menjerit. Mahu satu taman ini dengar suara dia agaknya.

Berkerut dahi Erdyna. Menghantar amaran.

Pecah tawa Haura melihat wajah Erdyna. Itulah, siapa suruh suka benar menyakat dia. Kan dah kena balik.

"Iyalah, bye!" Lambai Haura dan Hadeeya.

"Bye!" Erdyna melambai semula kearah Haura dan Hadeeya. Bibirnya tidak lekang daripada mengukirkan senyuman.

Setelah kereta mewah itu sudahpun menjauh, barulah dia membuka langkah untuk masuk kedalam rumah. Pintu yang tidak di kunci itu membuatkan dia berkerut risau.
Haih ibu.. Ibu. Lupa kunci pintu lagi?

Salam diberi terlebih dahulu sebelum melangkah masuk. Dapur dituju. Biasanya tengah hari begini, ibu sedang memasak.

"Assalamualaikum Ibu, kakak dah balik!" Anak matanya melilau mencari susuk tubuh ibu tercinta.

"Anak ibu dah balik.."​ tiba-tiba suara ibunya muncul daripada belakang. Pantas Erdyna berpaling kearah suara yang dirinduinya itu. Ibunya sedang mendukung adik kecilnya.

Langsung dia tersenyum manis sebelum dengan pantasnya Erdyna melangkah kearah ibu lalu memeluk tubuh ibunya dengan erat.

"Kakak rindu ibu...​" sayup-sayup suara Erdyna. Hatinya yang terlihat batu dan kental, tetap akan luluh jua apabila bersama dengan ibunya.

"Ibu pun rindu kakak juga.."
.
.​

"Assalam'alaikum, ByCha dah pulang" Haura menjerit kecil setelah melangkah masuk kedalam rumah agamnya. Berada diruang tamu.

Dihirupnya udara yang ada didalam rumah besar itu. Wangi! Semerbak haruman bunga. Bau yang lembut. Tenang. Rindu bau rumah. Pelik tapi nyata. Rindu rumah dan penghuninya.

Sudah hampir empat bulan dia tidak pulang ke rumah ini. Fokus exam la katakan, memang langsung tidak menjenguk rumah.

Langkahnya terus dibawa laju kearah sofa berwarna krim lalu dilabuhkan punggungnya dan bersandar.

Kepenatan.

"Waalaikumussalam. Hi ByCha!" Raees yang baru sahaja keluar daripada ruang dapur itu tersenyum lebar melihat wajah cantik adiknya.

Haura juga turut tersenyum ketika melihat Raees berjalan kearahnya. Lantas bangun dan dengan langkah yang laju juga dibawa terus merapati Raees lalu didakap erat.

Haura mendongak sedikit, memandang wajah Raees.

"Auch!" Haura terjerit kecil apabila kedua-dua belah pipinya dicubit kuat Raees. Raees mencubit-cubit pipi Haura bagai sedang mengguli tepung. Sakit tahu?

Terletus tawa Raees melihat wajah cemberut adiknya. Siapa suruh pipi gebu sangat? Kan dah kena gomol.

Pipi saja gebu, badan kurus. Aneh aneh lah adiknya ini.

Raees kemudiannya selamba memaut kepala Haura lalu menyembamkan rapat dengan dadanya.

"I miss you too, princess." tiba-tiba.

Kedengaran Haura tertawa besar disebalik wajahnya yang masih disembam pada dada bidang Raees.

"Kelakar. Orang tak cakap apa-apa pun, tiba-tiba je dia kata miss you too. Nak kata buang tabiat, tapi itu abang sendiri. Jadi biarlah dia. Lagipun, memang aku rindukan dia." monolog Haura dari dalam hati. Tidak mahulah cakap depan-depan. Malas.

Tiba-tiba terdengar suara garau berdehem kemudian menyambung,"Taknak hug abang pula ke?" celah Raeed, kembar Raees. Tiba-tiba saja dia muncul. Dari mana masuk dan timbulnya pun tak tahulah.

"Abang Eed, mestilah ByCha nak hug abang juga!" Lebar senyumannya. Entah kenapa, dia rasa kelakar dan..gembira. Hilang lelahnya tadi.

Tanpa segan silu, Haura terus meleraikan pelukannya bersama Raees tadi. Raees juga sepertinya ada urusan lain.

Kerana selepas sahaja Haura meleraikan dakapan, Raees terus sahaja keluar daripada pintu rumah selepas diucapnya salam.

Mungkin memang itu niatnya daripada tadi. Cuma terbantut kerana terserempak dengan Haura.

Selepas melihat figura Raees yang sudah selamat keluar daripada pintu rumah, terus Haura mengalihkan pandangan kearah tangga.

Lebih spesifik, kearah Raeed.

Tubuh tegap Raeed pula menjadi arah tuju. Dibuka depa yang seluas-luasnya sebelum didakapnya tubuh sasa itu dengan erat.

Tidak jauh seperti kanak-kanak ribena. Raeed juga awal-awal lagi sudah mendepakan tangan. Lalu, dia mengusap-usap kepala Haura yang beralaskan tudung.

Rindu. Sama-sama saling melepas rindu. Sejujurnya, Haura lebih rapat dengan abangnya yang satu ini, Raeed.

Tetapi, kedua-duanya dia tetap sayang. Raees atau Raeed tiada beza sayangnya. Sama rata.

"Oh Allah. I miss you a lot, princess." gumam Raeed yang masih memeluk Haura erat. Kalau telinga tidak salah, suaranya seperti..sedang menahan sebak? Benarkah?

Tidak mustahil, kerana mereka sendiri sudah tiga bulan tidak bersua. Bagi adik-beradik yang memang rapat, mereka akan merasakan empat bulan itu adalah tempoh yang sangat lama.

Andai lebih lama tempoh masa berjauhan, pasti sesak dada dek kerana terlalu lama memendam rindu yang tidak terlepas.

"I miss you too, Abang Raeed." balas Haura. Kepalanya mendongak memandang wajah kacak si abang. Tersenyum manis.

Raeed juga tersenyum manis.
.
.

"So..​How are you, princess? Physical and mental.. Are you okay?" Raeed memulakan perbualan. Soalan biasa yang akan Raeed tanyakan kepada Haura setiap kali Haura baru sahaja pulang dari asrama. Soalan yang sama, tetapi Haura tak pernah sekalipun muak untuk menjawab.

Malah dia selalu rasa dihargai, diambil kisah dan lebih penting, tentulah dia sentiasa tidak sabar untuk menceritakan segala-galanya.

Kini mereka berdua sudahpun mengambil tempat di mini garden bonda yang berada di bahagian tepi rumah.

Taman mini bunga ini selalu menjadi pilihan mereka berdua untuk dijadikan tempat berbual. Meneguk satu dua cawan jus mangga sambil bertukar cerita.

Haura mengangguk kecil. "I'm fine, Alhamdulillah.. But, i still have a lot of story to share with you, abang." lantas diteguknya jus mangga tadi dengan rakus. Sudah lama tidak merasa jus buah sesegar ini.

Diasrama, air yang dihidang semuanya cordial sahaja. Paling tidak, jus buah yang terlebih gula tetapi buahnya tidak terasa. Hm, biasalah hidup di asrama kan.

Raeed menggangguk-angguk faham sebelum dia mengalu-alukan adiknya memulakan cerita.

'They call it, story with lovely.'

Bermacam-macam perkara yang mereka bercerita. Sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Bertukar-tukar cerita bersama dengan orang yang kita selesa dan sayang, hitt different. Right?

Continue Reading

You'll Also Like

237K 7K 51
we young & turnt ho.
738K 2.7K 67
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
4.1M 88.2K 62
β€’[COMPLETED]β€’ Book-1 of Costello series. Valentina is a free spirited bubbly girl who can sometimes be very annoyingly kind and sometimes just.. anno...
77.7K 259 11
As the title says