OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’

358 34 2
By florencetiara

Kini, seluruh pelajar asrama sedang menyusun segala barang dan beg yang hendak dibawa pulang kerumah. Ada juga pelajar yang sudahpun pulang. Awal sungguh! Cemburu pula bila melihat orang lain yang awal-awal lagi sudah dijemput keluarga.

"Baldi sudah. Barang mandi dah. Selimut dah. Cadar pun dah simpan dalam beg besar. Pakaian pun dah lipat semua. Apa lagi yang belum ada eh?" Haura bermonolog sendiri sambil berdiri ditengah-tengah bertimbun-timbun begnya.

Jari-jemarinya naik menggaru kening. Sedang memerah otak.

"BHAA!"

"Allahuakbar!" Terangkat kedua-belah bahu Haura. Tersentak dibuatnya. Nasib baik perkataan yang keluar itu hanya memuji Allah.

Kalau melatah 'oh muka mak kau green' tadi, kan dah payah. Haura mengusap-usap dadanya yang beralaskan jubah ungu gelap, baju rasmi sekolahnya. Mencuba untuk melegakan jantung yang berdetak laju akibat terkejut tadi.

Terledak tawa Aarya. Suka benar kenakan kak Raeesha nya. "Sorry kak tersengaja! Aish bagus betul. Melatah pun keluar perkataan yang baik-baik je."

"Haih ada-ada je lah Aarya ni. Ini hari last akak dekat sini tau. Buatlah perkara yang elok-elok sikit dekat akak. Ini tidak, pergi menambahkan lagi amarah dalam diri akak ni ha." marah Haura. Tak pasal-pasal Aarya kena bebel free.

Jarang ye Kak Esha marah! Haih ini mesti geram sangat dengan Aarya yang tak serik-serik mengusiknya. Kalau sekali dua tak apalah, ini sudah berkali-kali. Memang kena lah.

"Err.. Asiif kak. Aarya promise tak buat dah." Kedua-dua belah tangannya memeluk erat bahu Haura. Haura pula hanya membiarkan sahaja tubuhnya didakap begitu. Tidak pula membantah.

Walaupun agak menyusahkan pergerakannya yang sedang menyusun barang, tetapi tidak apalah. Haura redha.

"Iya lah Aarya. Ada apa ni tiba-tiba datang dekat akak?" Matanya tetap ralit meneliti setiap barang yang sedang disusunnya.

"Aarya nak beritahu, abang Aarya dah on the way." Tangan Aarya yang memeluk bahu Haura tadi sudahpun dileraikan. Takut mengganggu Haura yang hendak mengemas barang.

Ye. Memang mengganggu pun!

"Oh iya? Awal pula abang Aarya jemput kali ini. Biasanya lewat."

"Haah kak, sebab kali ini abang Aarya yang lagi satu tu yang jemput. Kalau tidak, mesti tetap lambat. Macam biasalah."

Berkerut dahi Haura. Selepas sahaja meletakkan beg yang terakhir didepan locker, tubuhnya dipusing menghadap Aarya. Lantas menyoal. "Aik. Aarya ada dua orang abang?"

"Memanglah. Takkan akak tak tahu kut."

"Memanglah. Kau tak tahu ke Esha?"

Serentak Aarya dan Erdyna membalas. Erdyna dengan mengejutnya tiba-tiba sahaja muncul dibelakang Haura. Dari mana datangnya pun taktahulah. Sedap-sedap aje menyampuk orang berbual.

"Err, tak tahu pun." Haura menggaru kepala yang jelas tidka gatal. Sejujurnya tak tahulah sama ada dia tidak tahu atau tak ingat

"Erm patutlah. Mungkin masatu Aarya cerita dekat Kak Dyna je kut. Kalau akak nak tahu, abang yang akan jemput Aarya ni dia baru je balik daripada luar negara. Belajar dan bekerja. Itulah sebabnya dia jarang ada di sini." cerita Aarya. Tahu-tahulah, Haura ini kalau tentang lelaki memang malas nak dengar. Sampaikan abang kawan baik sendiripun dia tak kenal.

"Oohh i see.. Umur dia mesti dah 30 lebih kan. Iyalah, sampai dah belajar jauh and kerja apa semua." teka Haura. Iyalah, tiada yang mustahil. Daripada cerita Aarya, si fulan itu sendiri sudah belajar dan juga bekerja kan? Pasti sudah melonjak usianya.

"Err tiada lah tua sangat, abang Aarya baru je umur dua puluh dua tahun." Aarya menafi. Betullah apa yang dia katakan, walaupun abangnya itu sudah bekerja, abangnya itu masih lagi berada diusia yang muda. Kan?

"Ya weh, umur dia muda lagi tapi dah dapat belajar tinggi-tinggi and kerja awal." Erdyna menyampuk semula.

"Wah. MashaAllah, dasyat! Untunglah dia. Rezeki awal." teruja suara Haura. Teruja tak teruja, cukuplah sampai di situ sahaja dia tahu tentang si fulan itu.

"Hmm itulah kak. Aarya harap Aarya dapat jadi macam dia satu hari nanti."

"Aamiin." serentak Haura dan Erdyna mengaminkan doa Aarya.

"Okay, so sekarang ni. Aarya dah letak beg and barang Aarya kat hall depan?" soal Haura. Memutuskan topik tadi.

"Belum lagi kak. Cadangnya lepas ni lah baru Aarya nak letak."

"Oh okay lah kalau macamtu, mari akak tolong angkatkan sekali. Kita letak di luar teruslah. Sebab abang Aarya pun dah on the way." Haura mempelawa diri. Erdyna juga berkata perkara yang sama. Ingin membantu Aarya.

"Haah, boleh juga tu. Tapi, tak menyusahkan kak Dyna dan Esha ke?"

"Eh, tak susah lah. Dah, jom kita angkat sekarang. Mood kitorang tengah rajin ni." kata Erdyna. Haura pula mengangguk-angguk setuju sebelum digapainya purdah hitam yang tersidai elok di dalam locker lalu diikat tali purdah itu kebahagian belakang kepala. Menutup separuh wajah cantiknya.

"Ehee bolehla-bolehla. Jom!"
.
.

"Huhh..Ada lagi tak beg Aarya?" soal Haura selepas menyusun beg sederhana besar diluar pintu asrama. Tercungap-cungap nafasnya. Berat sungguh beg Aarya. Keliru sama ada disumbatnya baju atau batu.

"Takde dah. Ini je. Thank you kak Esha, kak Dyna! Sebab sudi tolong Aarya. Kesian akak sampai tercungap-cungap angkut beg-beg Aarya. Ehehhe." senyum bersalah. Maklumlah, kali ini tempoh cuti agak lama jadi kena lah bawa banyak barang.

"Iyalah, sama sam-"

"Adik."

Terputus ucapan balas Haura dan Erdyna tadi apabila ada suara garau yang memotong. Kalau telinga tidak salah dengar, si pemilik suara itu datang daripada belakang, pagar besar asrama.

Terus mereka menoleh kebelakang, langsung mengundurkan langkah bagi mewujudkan jarak dengan si pemanggil. Kecuali Aarya. Tersenyum lebar dia.

"Eh, Abang Haan!"

Gembira benar wajah Aarya apabila abangnya yang dinanti-nanti daripada tadi, telahpun tiba didepan mata. Terus dia berlari kearah abangnya.

Abangnya yang seperti sudah sedia tahu dengan tindakan seterusnya, sudah siap sedia membongkokkan diri dan mendepakan kedua-dua belah tangannya.

Dengan itu, Aarya pun terus mendakap erat tubuh sasa abangnya. Abangnya juga hanya menerima dakapan itu seraya mengusap-usap belakang tubuh Aarya yang berlapik tudung labuh.

Haura dan Erdyna yang berdiri dihadapan pintu asrama daripada tadi masih kekal setia menjadi penonton tidak berbayar bagi drama jejak kasih antara si abang dan si adik.

Maklumlah, member dah bertahun tak jumpa.

"Adik, beg mana? Biar abang angkatkan." dileraikan pelukan semasa bertanya.

"Itu. Kat sana.. Hehe macam biasalah, beg adik mana pernah kurang dari tiga." jawab Aarya sambil menunjuk kearah beg-begnya yang tersusun elok di depan pintu asrama. Tidak jauh daripada tempat dia berdiri.

Abangnya terus menghalakan anak mata pada arah yang ditunjuk Aarya. Terangkat sebelah keningnya.

"Tak boleh banyak lagi ke dik? Tambahlah lagi, sikit sangat tu." abangnya memerli. Seriouslah itu beg-beg adik aku? Dia nak cuti ke nak berhenti.

Aarya berdecit. "Kira sikitlah tu, kalau tidak, banyak lagi tau barang yang adik nak bawa balik." Aarya membalas. Bibirnya mencebik tanda tidak puas hati.

Tadi serba salah, ini tidak puas hati pula!

Terletus tawa kecil abangnya. "Okay-okay. Pergi buka bonnet kereta." dihulurnya kunci kereta kepada Aarya.

"Okay."

"Kak Dyna, Kak Esha! Mari sini kejap!" laung Aarya yang baru sahaja berura-ura mahu pergi ke tempat letak kereta.

Terhenti langkah Erdyna dan Haura yang berhajat mahu masuk kedalam asrama. Langsung menoleh, wajah Aarya dipandang.

"Err.." Erdyna dan Haura menjadi teragak-agak untuk menerima ajakan Aarya.

Bukan apa, jalan mereka untuk keluar daripada pintu asrama itu sudah disekat oleh seorang lelaki tadi, Abang Aarya. Jadi malu pula untuk lalu disitu.

Aarya yang melihat mereka dalam keraguan itu, lebih pantas berjalan laju kearah pintu asrama, selamba menolak tubuh abangnya ke tepi lalu terus menarik tangan Haura dan Erdyna serentak.

Kereta abangnya yang berada diluar pagar asrama dituju.

Haura dan Erdyna pula sudah pasrah dengan paksaan Aarya. Mereka hanya mengikut sahaja langkah Aarya.

Sempat Erdyna mengerling wajah lelaki tadi. Berkerut dahinya kerana ditolak Aarya begitu sahaja.
Haha, kesian betul.

Setelah beberapa langkah berjalan. Akhirnya sampai dibahagian belakang kereta. Bahagian bonnet.

Aarya melepaskan genggaman pada tangan Erdyna dan Raeesha. Lalu bonnet kereta yang ditutup rapi itu dibuka. Memudahkan abangnya untuk meletakkan segala barangnya didalam.

"Kenapa Aarya tiba-tiba nak kitorang ikut sampai kereta ni? Siap tarik tangan pula tu." soal Erdyna. Agak pelik dengan tindakan Aarya tadi. Biasanya Aarya ini tidak suka memaksa-maksa, tapi kali ini dengan bersungguh-sungguhnya dia menarik tangan Haura dan Erdyna.

"Aarya nak bagi something untuk akak berdua." kata Aarya.

Dia terus menuju ke pintu kereta bahagian sebelah pemandu lalu digapainya sebuah beg kertas putih yang bersaiz sederhana kecil. Lalu dikeluarkan dua buah kotak kecil yang berwarna putih dan hitam.

"Nah. Yang ni untuk Kak Esha dan yang ini pula untuk Kak Dyna." Aarya menghulurkan kotak berwarna hitam kepada Erdyna dan kotak berwarna putih kepada Haura.

Haura dan Erdyna beriak aneh. Apa? Ingat Aarya nak bagi racun? Ish la.

Teragak-agak mereka menyambut huluran Aarya. Selepas kedua-dua kotak itu sudah bertukar tangan, mereka berdua tidak berkata apa-apa.

Hanya tunduk memandang kotak itu dengan mata yang bersinar-sinar. Dan rasa ingin tahu.

"Bukalah." Aarya memecahkan lamunan Haura dan Erdyna. Lama pula mereka berdua merenung kotak itu. Apa yang menarik diluar kotak itu pun tidak tahulah.

Mereka berdua hanya menurut.

Dengan tindakan yang teragak-agak lagi, Haura dan Erdyna mula membuka ikatan reben yang erat dililit mengelilingi kotak. Selepas tali reben yang berwarna emas itu dileraikan, lalu dibukanya penutup kotak kecil itu dengan berhati-hati.

Tindakan itu dilakukan serentak oleh Erdyna dan Haura.

Selepas kedua-dua penutup kotak itu sudah terbuka, terpampanglah sebentuk gelang tangan. Bracelet.

Pada bahagian tengah gelang, terdapat sebuah mahkota kecil.

Comelnya!

Bersinar-sinar anak mata Haura dan Erdyna apabila melihat gelang tangan itu. Tersenyum lebar.

Cantik, sangat cantik. Walaupun ukirannya biasa-biasa sahaja, tetapi ianya sangat bermakna.

"MashaAllah, cantiknya! Syukran Aarya!" ujar Haura. Lebar senyumannya sehinga menampakkan sebaris gigi putihnya yang elok tersusun.

Ya! Semestinya mustahil untuk dilihat. Kerana Haura kan memakai purdah.

"Iya betul tu, cantik sangat! Akak suka akak suka! Thankyou tau." sambung Erdyna. Tidak lepas membelek-belek sebentuk gelang itu.

"Hehe, sama-sama kasih kak." Aarya turut tersenyum lebar. Bahagia melihat orang yang disayangnya, gembira.

"Tapi.. Aarya punya?" soal Haura. Berkerut dahi mulusnya. Takkanlah dia dan Erdyna sahaja yang ada. Pasti Aarya juga perlu ada.

Aarya menggeleng seraya tersenyum. "Takde pun. Ini Aarya beli khas untuk Kak Dyna dan Kak Esha. Korang jaga gelang ni baik-baik tau. Pakailah selalu. Jadikanlah gelang ini sebagai tanda persahabatan antara korang berdua.

Jadikan gelang ni sebagai tanda korang masih bersama. Aarya harap, Kak Dyna dan Kak Esha berdua akan kekal bersama, selamanya. Boleh?" panjang lebar Aarya membalas. Terselit pesanan dan harapannya.

Haura senyum sebak. "InsyaAllah, sayang. Aarya pun jangan lupa doakan untuk kitorang ya."

Tiba-tiba jadi sebak apabila mengingatkan setiap bait bicara Aarya tadi.

Sungguh tersirat dan bermakna.

Erdyna pula tanpa berkata apa-apa, dia terus memaut tubuh kecil Aarya di dalam pelukan. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih dan mohon didoakan yang baik-baik untuknya dan Haura.

Haura pula tidak ingin terlepas saat bahagia itu, dia juga turut memeluk tubuh Aarya dan Erdyna sekaligus.

Sedang mereka berpelukan ditepi kereta, tiba-tiba ada suara garau lagi yang berdehem daripada belakang.

Lantas mereka meleraikan pelukan dan dipalingkan tubuh untuk menghadap insan bertuah yang berdehem tadi.

"Adik, beg yang ada di depan pintu sana tu semuanya abang dah angkut masuk bonnet. Ada apa-apa barang lagi tak?" soalnya. Anak matanya tepat memandang kearah tempat Aarya berdiri.

Sejujurnya bukan Aarya yang dipandang, malah gadis yang hanya tertunduk daripada tadi yang menjadi tumpuannya.

Gadis itu jelas-jelas bagaikan mengelak dari memandangnya.

Daripada tadi lagi.

Gadis yang lagi seorang itupun mengelak daripadanya juga. Tapi tidaklah mengelak seperti gadis yang sedang tertunduk ini.

Menjaga sungguh gadis itu.

Satu perkataan yang boleh dia zahirkan.

Kagum.

Mahu melihat wajah si gadis itu dengan lebih jelas, tapi malangnya dia hanya dapat melihat sehelai purdah yang dipakai elok di wajah.

Sekalipun mata, juga langsung tidak diizinkan untuk dilihat. Gadis itu betul-betul menundukkan kepala hingga hilang wajahnya yang memang di tutup separuh itu.

Bukan apa, cuma dia tiba-tiba teringat akan seseorang. Yang sudah lama didamba. Tiba-tiba sahaja memori yang sudah bertahun lama itu berlari dalam minda.

Walaupun,

Ianya tiada kena mengena.

"Dah takde dah. Itu saja." kata Aarya selepas dia menjenguk-jenguk isi dalam bonnet.

Betul, sudah lengkap semuanya.

Harapnya memang tiadalah barang yang tertinggal. Karang tak pasal-pasal kena patah balik. Jarak rumah ke asrama ini pun boleh tahan jauhnya.

Haura yang berada disebelah Aarya tadi sudahpun bergerak masuk ke dalam asrama. Erdyna juga membontoti langkah Haura. Tidak boleh berlama-lamaan diluar asrama, nanti apa pula makcik guard tu kata.

Nuhaan mengangguk sebelum meraup wajah sambil beristighfar.

Langsung kunci kereta yang berada didalam poket hoodie hitamnya diseluk dahulu, diambil lalu dihidupkan enjin kereta.

Aarya juga masuk ke dalam kereta seraya melambai-lambai kearah Erdyna da Haura yang sedang menjenguknya dari tingkap.

Continue Reading

You'll Also Like

381K 9.8K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a π˜₯𝘦𝘡𝘦𝘴𝘡𝘦𝘧...
489K 9.6K 105
violet jones grew up around people that she feared. one day she got thrown a massive curve ball, her whole life blowing up just within just two days...
935K 21.3K 48
Luciana Roman was blamed for her mother's death at the age of four by her family. She was called a murderer until she was shipped onto a plane for Ne...
306K 7.6K 111
In which Delphi Reynolds, daughter of Ryan Reynolds, decides to start acting again. ACHEIVEMENTS: #2- Walker (1000+ stories) #1- Scobell (53 stories)...