OG || โ„ฌ๐’พ๐’น๐’ถ๐’น๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ด๐’ถ๐“ƒโ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

โ€ข ๐“˜๐“ท๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“ญ๐“พ๐“ฌ๐“ฝ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข
โ€ข 1 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 3 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 4 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 5 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 6 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 7 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 8 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 9 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 10 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 12 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 13 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 14 | BYD โ€ข
โ€ข 15 | BYD โ€ข
โ€ข 16 | BYD โ€ข
โ€ข 17 | BYD โ€ข
โ€ข 18 | BYD โ€ข
โ€ข 19 BYD โ€ข
โ€ข 20 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 21 | BYD โ€ข
โ€ข 22 | BYD โ€ข
โ€ข 23 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 24 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 25 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 26 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 27 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข
โ€ข 28 | BYD โ€ข
โ€ข 29 | BYD โ€ข
โ€ข 30 | BYD โ€ข
โ€ข 31 | BYD โ€ข
โ€ข 32 | BYD โ€ข
โ€ข 33 | BYD โ€ข
โ€ข 34 | BYD โ€ข

โ€ข 2 | ๐๐˜๐ƒ โ€ข

649 51 4
By florencetiara

Getaran yang datang daripada bahagian bawah bantalnya itu membuatkan dia tersedar dari tidur. Lantas dia meraba-raba bahagian bawah bantal lalu dicapai jam loceng yang masih bergetar itu.

Ditekan punat off bagi mematikan getaran lalu ditekan punat light bagi mencerahkan angka yang ada pada jam itu. Memudahkan lagi untuk dia melihat waktu yang tertera pada jam.

Memandangkan disekeliling dorm ini masih tiada lampu yang menyala, jadi dengan bantuan punat light itu sahaja dapat membantunya melihat angka dengan tepat.

Kini, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 a.m. Nafas lega dihembus. Syukur, masih sempat lagi untuk menunaikan beberapa rakaat solat sunat tahajjud dan hajat sebelum waktu subuh menjelma.

Selepas doa bangun tidur selesai dibaca, lantas dia mencapai pengepit rambut yang berada di atas meja kecil. Digulung-gulung rambut berwarna caramel-nya lalu dikepit dengan kemas. Memastikan tiada lagi rambut yang terburai.

Sesudah menyelesakan diri, bilik air yang berada dihujung dorm dituju. Dibuang hadas dan wudhu' juga diambil.

"Asyhadualla ilahailallah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuluh Allahummaj 'alni minat tawwa bin waj 'alni minal mutathohhirin waj 'alni min 'ibadikassholihin." ujar Haura selepas selesai mengambil wudhu'.

Selepas menapak semula kedalam dorm, telekung putih yang tergantung elok di dalam locker diambil lalu terus disarung menutup kepala dan separuh tubuh. Kain telekung pula diletakkan diatas bahu.

"Dyna! Bangun weh. Dah nak masuk subuh ni. Jom dating dengan Allah dulu." kejut Haura sambil menggoyang-goyangkan tubuh kecil Erdyna. Budak ini kadang-kadang agak liat sikit untuk bangun tahajjud.

"Hmmmm." Kantuknya Erdyna masih tegar menguasai diri. Sang malas sedang berperang besar dengan sang rajin.

"Erdyna Shaheera. Bangun!" Haura berbisik amaran tepat di telinga Erdyna.

"Ya ya. Nak bangun lah ni." serak suara Erdyna. Jelas mamai. Kelopak matanya juga masih tidak tercelik. Ditepisnya tangan Haura yang jelas mengganggu tidurnya.

"Subhanallah. Bangunlah Esha, kan kita dah janji nak kejar syurga Allah sama-sama?" ayat kebiasaan Haura ketika mahu memujuk Erdyna untuk beribadah bersama-sama. Meskipun ayat yang sama sahaja setiap hari, ia tetap memberi kesan pada telinga dan hati Erdyna yang mendengar.

Kelopak mata Erdyna akhirnya perlahan-lahan terbuka. Langsung bangun daripada pembaringan. Ditadah tangan dan membaca doa bangun tidur.

Berdoa semoga kesemua syaitan yang berkepuk-kepuk menghasutnya untuk meninggalkan tahajjud itu pergi jauh-jauh.

Selepas selesai membaca doa bangun tidur dalam keadaan yang masih mamai, dia bangun berdiri lalu membuka langkah untuk ke bilik air. Dilepaskan hadas kecil lalu air wudhu' pula diambil.

Segala rentaknya, sama seperti apa yang Haura lakukan tadi.

"Done?" soal Haura.

Daripada tadi lagi dia hanya membontoti dan meneliti sahaja setiap apa yang dilakukan Erdyna. Sehinggalah selepas Erdyna siap bertelekung, baru dia menyoal.

"I'm done, Alhamdulillah. Jom!" riang suaranya. Lebih segar daripada tadi. Tersenyum lebar. Tidak sabar mahu meluangkan masa bersama Sang Pencipta.

"Alhamdulillah. Jom!"

Haura menggapai jari-jemari Erdyna. Erdyna pula tidak membantah, dia menyambut jari-jemari Haura dengan mesra. Berpegangan tangan sehinggalah tiba di hadapan pintu utama musolla muslimat.
.
.

"Esha, Aarya tak join sekali?" Erdyna menyoal. Berkerut keningnya bertanya.

Pelik. Biasanya Aarya akan turun musolla untuk bertahajjud bersama. Tetapi kali ini, tak nampak pula mata sepet korea dia.

"Dia tengah in moon tu. Lagi satu, sebab malam tadi dia tidur lewat. Itu sebab aku taknak kacau dia. Biarlah dia tidur." kalau tidak tidur lewat, mahu sahaja dia kejutkan budak kecil itu.

Sekurang-kurangnya boleh sahaja berniat untuk bertahajjud tetapi bukan solat malah dengan zikir atau selawat. InsyaAllah, tidak sia sia. Malah mendapat ganjaran dari yang Maha Esa.

"Oh faham faham. Patutlah semalam aku tak nampak Aarya tadarus sekali."

Aarya. Nama penuhnya,
Aarya An-Nuhaa. Nak betul-betul penuh? Han Aarya An-Nuhaa. Ibu Aarya berasal korea. Maka, sebab itulah ada nama Han di hadapan. Mahu menzahirkan kacukan korea lah katakan.

Di tahfiz ini, Aarya adalah junior yang paling rapat dengan Haura dan Erdyna.
.
.​

"Dyna,​ apa kata lepas subuh nanti kita bagi last words or like last talk untuk junior-junior kita tu. Iyalah, diorang bukan tahupun kita berdua akan berhenti dari sini. So, pagi nantilah masanya untuk bagitahu.. Kan kan?" cadang Haura. Wajahnya dipalingkan menghadap sisi wajah Erdyna dengan kening yang terangkat.

Kini, mereka berdua sedang duduk berdua di buayan besi ditepi musolla. Mereka baru sahaja selesai solat sunat dan membaca Al-Quran.

Sekarang, tibalah masanya hanya untuk berehat dan berbual sambil menunggu azan subuh.

Daripada tadi lagi, kedua-dua gadis itu lebih selesa menikmati suramnya subuh. Tidak bercakap walau sepatah. Lebih selesa begitu. Sehinggalah suara Haura yang memecahkan kesunyian.

Erdyna mengangguk kecil. "Setuju setuju. Takdelah nanti lepas habis cuti, mereka tercari-cari akak senior kesayangan mereka ni. Takut juga nanti kalau ada yang meroyan cari kau."

Haura mencebik. "Banyaklah kau punya 'senior kesayangan'. Takde makna-"

"Hai Kak Esha, Kak Dyna!"

Terputus percakapan Haura tadi apabila ada yang tiba-tiba sahaja memanggil namanya dan Erdyna daripada belakang. Apabila mereka berdua berpaling kepada si pemanggil,

"Eh, Aarya! Awal pula bangun." sahut Haura. Erdyna yang berada disebelah hanya memandang susuk tubuh Aarya yang muncul di pintu asrama. Tersenyum.

Aarya tersenyum riang. "Aarya saja je bangun awal sikit. Lagipun, hari inikan hari last korang..Lepas ini takde dah nak duduk berbual-bual macam ni." serta merta riak wajahnya bertukar sedih tambah kecewa.

"Haloh sedihnya dia. Meh lah duduk sini sekali. Kita borak sama-sama. Last love memories gitu.. Kan Esha?" ajak Erdyna. Haura mengangguk.

Ditepuk-tepuknya buayan besi itu. Ada ruang diantaranya dan Haura. Mempelawa Aarya untuk duduk bersama.

Saiz tubuh mereka memang sejenis yang kurus-kurus aje. Jadinya tak mustahillah tempat duduk buayan yang bersaiz sederhana itu boleh muat tiga orang sekali.

"Okay!" seronok Aarya apabila Kak Dyna nya mempelawa untuk duduk bersama. Terus dia berlari kearah buayan dan laju dihimpapnya buayan besi itu dengan kasar. Bergoyang besi itu.

Tetapi yang dihimpapnya itu terasa sesuatu yang lembut,gebu. Padahal buayan itu kan besi, keras.

"Allah! sakit peha akak ni Aarya! Kalau awak tu ringan tidak apalah, ini tidak!" Haura mengerang sakit apabila peha-nya dihempap Aarya. Berkerut dahi mulusnya menahan sakit.

Dia langsung tak menyangka dan tak bersedia dengan tindakan mengejut Aarya tadi. Memang bertambah sakitlah peha-nya itu. Dah lah buayan ini besi bukannya buayan daripada kekabu empuk!

Aarya menekup mulutnya sebelum tersengih tidak bersalah memandang Haura. "Sorry not sorry kak. But peha akak ni terlalu menarik minat Aarya. Nampak je kurus tapi sebenarnya.. Ugh kalah bantal anak raja ni." balas Aarya. Gelak sakan dia. Suka betul cari pasal dengan Haura.

Dia masih tidak berganjak daripada peha Haura. Erdyna yang duduk bersebelahan dengan Haura sudah ketawa terkekek-kekek seraya menggeleng-geleng kepala melihat dua ketul kawan pungutnya itu.

Haura hanya mampu pasrah.

"Kak Dyna! Kak Dyna." panggil Aarya dengan riak wajah teruja.

"Hm?" sahut Erdyna yang sedang meneguk air kopi. Hanya mampu meng-guman sahaja. Kalau membalas menggunakan suara nanti, takut tak pasal-pasal pula ada yang mandi air kopi.

"Akak nak dengar love story paling latest tak?"

"Wah, boleh juga. Cerita pasal apa pula ni? Best tak?"

"Best gila! Pasal ketua pengawas yang ada hati dekat Kak Esha." Aarya memberitahu tajuk cerita.

Haura yang menjadi tempat duduk empuknya langsung tidak dihiraukan. Seperti mereka berdua sahaja yang ada disitu.

Dia tahu, Haura ini paling tak suka kalau diajak untuk bergossip-gossip. Kalau dengar pun dia tak suka, apatah lagi untuk membuka mulut kan?

Itulah sebabnya Aarya hanya mempelawa Erdyna untuk mendengar ceritanya. Kalau dipelawa Haura, pasti Haura akan membalas 'taknak tahu'. Tambah lagi apabila cerita itu ada kena mengena dengan ajnabi. Bertambah rapilah lubang telinganya akan tertutup.

"Okey! So macam mana pula lovestory kali ni?" teruja benar suara Erdyna membalas. Bersinar-sinar anak mata hitamnya.

Dengan itu, mendapat jelingan sedas dari Haura. Eh lah dia ni, teruja betul.

Istilah Lovestory yang digunakan oleh Erdyna dan Aarya itu adalah kisah seorang lelaki yang berusaha keras untuk meraih hati seketul Haura. Mudah kata, ada yang suka Haura dalam diam. Secret admire.

Usah dicerita, hampir setiap minggu ada aje cerita tentang lelaki yang sukakan Haura, kejarkan Haura. Hinggakan ada tajuk khas yang dicipta oleh pelajar perempuan di sekolah ini iaitu Love story.

Mana tidaknya, Haura ini walaupun sudah memakai pakaian yang bertutup litup malah separuh wajahnya juga ditutup, tetapi masih lagi ramai lelaki yang akan sukakannya.

Kalau bukan asbab rupa sekalipun pasti kerana attitudenya, adabnya, akhlaknya, pelajarannya, penampilannya dan juga kelebihan yang ada pada dirinya. Huh! Susah betul dapat kawan perfect macam dia ni.

Erdyna memandang sekilas kearah Haura. Nampaknya, sahabat itu sudahpun mengeluarkan buku novel. Tahulah dia bahawa itu tandanya Haura betul-betul tak minat dan tak mahu mendengar apa yang dibualkan oleh Erdyna dan Aarya.

"Okay Aarya, shoot!."

"Macam ni kak, akak perasan tak.. Ketua pengawas kita tu kan, everytime dia akan bawa buku kecik hitam dia. Senang cerita buku tu sebenarnya adalah buku diary dan buku lukisan dia."

"Wait! Ni mamat kacuk arab yang classmates akak tu?"

"Yup! You know what, kak! ada satu hari ni.. Ada seorang budak lelaki classmate Aarya, dia bertugas untuk kemas surau. Masa dia tengah kemas-kemas tu,

tiba-tiba dia terjumpa buku hitam tu dekat dalam rak surau. Pada awalnya, budak lelaki tu just nak tahu je siapa empunya buku tu. Sebab dia kata dia tak tahupun yang sebenarnya buku tu ketua penga-"

"Fattah. His name is Fattah." potong Erdyna.

"Oh okay. Fattah."

"Okay, continue!"

"Ha lepas tu, kan budak tu tak tahupun yang itu Fattah punya. Jadi, dia pun bukalah buku tu untuk mencari nama empunya buku dan niatnya mestilah nak pulang kan semula. Diselak-selaknya mukasurat yang ada. Lepas tu tiba-tiba kan kak!!"

"Shhh, slow sikit suara tu boleh? Mengganggu." potong Haura. Dikecilkan matanya kearah Aarya dan Erdyna yang daripada tadi lagi berbual seperti jarak satu meter padahal duduk bersebelahan je.

Kalau beginilah, microfon pun boleh insecure dengan suara mereka berdua ini.

"Ish potonglah, Esha. Tak apa Aarya, abaikan Esha. Sambung balik." balas Erdyna.

"Eh kita pula yang salah?" bisik Haura dari dalam hati. Diluar, dia hanya menjeling Erdyna. Jelingan maut. Erdyna pula tidak kisah dengan jelingan maut itu.

Tidak dihiraunya pun. Macam tak biasa pula dengan jelingan itu.

Maka Erdyna tetap khusyuk dengar penceritaan Aarya. Orang dah nak sampai scene best ni boleh pula dia mencelah.

"Ok Aarya sambung. Lepas tu, tiba-tiba budak tu ada terjumpa satu mukasurat ni. Mukasurat tu ada tulis nama Kak Esha! tapi dalam keadaan terbalik. Dia tulis A.H.S.E.E.A.R. Raeesha."

"Mula-mula budak ni blur lagi dengan perkataan terbalik tu. Dia pun selak jela lagi. And Then bila dia selak dekat mukasurat kedua dan seterusnya,

terbeliak terus mata dia bila nampak setiap mukasurat tu penuh dengan lukisan gambar candid Kak Esha. Fattah lukis sendiri kak! Ada yang waktu Kak Esha tengah duduk dalam library, pastu bawah pokok tua tu, waktu Kak Esha tengah pegang camera, lepas tu waktu Kak Esha bertugas waktu perhimpunan pun dia ada lukis!

Budak lelaki tu kata cantik gila lukisan Fattah! Macam memang dah pakar dalam melukis." teruja benar Aarya bercerita. Beria dia mengambarkan situasi dengan gayakab tangan sekali.

"Yang paling tak dijangkanya, dekat setiap bahagian bawah lukisan tu.. Mesti Fattah akan tinggalkan qoutes-qoutes ringkas and punya makna tersirat. Dan semuanya seperti ada kena mengena dengan Kak Esha.

Bukan itu je kak Dyna, doa-doa tentang jodoh dan takdir pun dia ada tulis. Umpama macam setiap doa yang dia tulis tu, khas untuk Kak Esha dan dia selalu baca."

belum sempat Aarya mengakhirkan cerita, tiba tiba ada yang mencelah.

"Fat-tah? Ketua pengawas tu?" jika tak salah telinga, agak teruja suara Haura ketika bertanya. Tanpa sedar, sebenarnya sudah lama Haura menadah telinga.

Bukan sengaja, cuma suara Aarya makin lama makin kuat. Serabut juga otaknya kalau mahu membaca dengan keadaan sebegitu. Akhirnya dia hanya menutup kembali novel kegemarannya itu dan mendengar sahaja apa yang dicerita Aarya.

"Eh! Kak Esha dengar cerita Aarya?" lebih teruja suara Aarya menyoal.

Selama ini, tak pernah-pernah pun Kak Esha-nya ini mahu mendengar gossip dia. Tapi kali ini, lain pula jadinya. Adakah ini suatu petanda?

Patutlah tadi dia ternampak Kak Esha mula tutup buku. Nak dengar sekali rupanya. Jarang-jarang Kak Esha nya jadi begini.

"E-eh mana ada. T-tadi suara Aarya kuat sangat, itu sebab akak terus tutup buku." jawab Haura. Eh dah kenapa sekat-sekat pula aku cakap ni?

"Elele. Gagap-gagap pula dia. Baik akak jujur! Akak suka kan? Or, akak memang suka dia?" terangkat-angkat kening Aarya dan Erdyna. Kedua-duanya tepat memandang anak mata Haura. Mencari kejujuran.

Sejujurnya, jelaslah ada keraguan disitu.

Haura berlagak selamba. "Eish merepek, mana ada suka. Erm mungkin juga sebab akak rasa cerita korang hari ni macam..menarik? Sebab itulah akak pun berminat nak dengar." harapnya dia tidak salah cakaplah.

Budak dua orang ni bukan boleh kalau tersasul sedikit.

"Hm menarik dan minat ya, kak?" berbaur usikan suara Aarya. Senyuman mengusik kekal dibibirnya. Erdyna juga tersenyum senget. Huh, sinis!

"Ha.. Iyalah. Menarik." balas Haura senada. Dah kenapa dua orang ini tersengih-sengih.

Anak mata Aarya dilarikan ke wajah Erdyna. Erdyna pula sudah menekup mulut. Mengelakkan diri daripada terus menjerit. Aarya juga buat perkara yang sama. Ditekupnya mulut kuat-kuat. Matanya dipejam erat.

Tidak kurang satu minit, telapak tangan yang menekup mulut mereka sudah terlepas dan,

"AAAAAAAAAAA." terlepaslah jeritan nyaring mereka berdua. Masing-masing menampar peha dan bahu. Yang sini tampar bahu, yang sana tampar peha. Boleh dikatakan sebagai..

Menggeletis? Blushing? Eh kenapa pula nak blushing ni? Sejak bila Erdyna pandai menggeletis sekali ni? Sebelum ini pun Aarya sahaja yang akan begitu, Erdyna tidak. Tapi kali ini...

Haura yang tidak tahu menahu itu sudah berkerut seribu melihat dua ketul manusia yang sedang menggelupur itu. Dia tidak mengaku kawan.

Terasa seperti mahu membuat papan tanda untuk mengatakan ini bukan kawan saya. Mana tidaknya, tiba-tiba aje menjerit seperti perempuan yang baru sahaja dilamar oleh pujaan hati.

Dia sendiri tak tahu apa puncanya tiba-tiba sahaja mereka berdua bergelagat sebegitu. Tiba-tiba je pukul sesama sendiri. Dah kenapa?

"Subhanallah anak syurga ni, senyaplah sikit. Korang dah kenapa tiba-tiba menjerit ni?" Riak wajah Haura jelas kegeraman dan juga tertanya-tanya.

"Ok ok ok. Shh shh diam. Ish Kak Dyna lah ni. Tengok, Kak Esha dah mengaum dah tu." Aarya menepis peha Erdyna.

"Eh! Akak pulak. Kamu yang tiba-tiba cerita pasal tu okay!" masih tersisa ketawanya.

"Ah takde, akak jerit dulu tadi."

"Eh suka hati dia je tuduh orang. Aarya yang gelak dulu tadi."

"Eee! Mana ad-"

'Allahuakbar Allahuakbar'

Akhirnya azan subuh yang ditunggu-tunggu berkumandang.

Terhentilah pergaduhan kecil diantara Aarya dan Erdyna tadi. Haura pula terus menepis lembut tubuh Aarya yang ada diribanya lalu bangun dan masuk kedalam surau.

Meninggalkan kedua-dua manusia yang tidak mengakunya sebagai kawan itu diluar.

Sebelum melangkah masuk kedalam surau, sempat Haura menjeling tajam ke arah Aarya dan Erdyna sebagai tanda amaran supaya mereka lekas-lekas menghabiskan perbualan dan masuk ke dalam surau segera.

Continue Reading

You'll Also Like

579K 51.6K 34
๐™๐™ช๐™ฃ๐™š ๐™ ๐™ฎ๐™– ๐™ ๐™–๐™ง ๐™™๐™–๐™ก๐™– , ๐™ˆ๐™–๐™ง ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž ๐™ข๐™ž๐™ฉ ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž ๐™ƒ๐™ค ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™ž ๐™ข๐™–๐™ž...... โ™ก ๐™๐™€๐™๐™„ ๐˜ฟ๐™€๐™€๐™’๐˜ผ๐™‰๐™„ โ™ก Shashwat Rajva...
117K 4.9K 198
This story follows the early life of James also known by his street name Headshot or Shooter. James had an extremely rough childhood, one that turned...
29.3K 966 21
[ONGOING ๐Ÿ”ž] #8 insanity :- Wed, May 15, 2024. #2 yanderefanfic :- Sat, May 18, 2024. After y/n became an orphan, she had to do everything by herself...
44K 1.9K 18
"Show me somethin' different once, I come from where there's no love." COPYRIGHT 23. #1 ATLANTA 05/01/2024 ๐Ÿ†