Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 51

1.4K 112 83
By Qayssz

Sangkanya hanya Dahlia dan Merpatika yang terpana saat Sang Jentayu hadir di jumantara alam terbang di dada langit menongkah awan tebal. Namun ternyata seluruh tentera Wantachitra termasuklah Arjuna turut terpana sama.

"Masha... Allah." Sebutir kata terpacul keluar dari mulut Arjuna terkedu seluruh jiwa menyaksikan kehadiran burung gergasi di dada langit itu. Bukan hanya Arjuna, tetapi kesemua yang lain turut tidak mempercayai mata mereka sendiri. Bagaikan mimpi di malam hari, kewujudan burung bersaiz sebegitu gergasi menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Bukan hanya tentera laut, malah penduduk yang menghulurkan tangan dari darat turut terkesima.

Tambahan lagi, tentera musuh turut terpana sama. Arjuna terkedu namun kekal memerhati gerak-geri musuh. Boleh jadi burung gergasi itu di pihak mereka atau di pihak musuh. Perlahan-lahan Arjuna melangkah bergerak mendekati Dahlia yang sedikit jauh berbandingnya mengambil peluang dalam kelekaan musuh memandang langit.

"Apakah kau baik-baik sahaja?" Soal Arjuna bernada perlahan. Biarpun sedari tadi dia bertarung tanpa henti malah beberapa nyawa sudahpun putus disirat lehernya oleh Arjuna namun pemuda itu kekal berada dalam keadaan tenang dan dapat berfikir dengan baik.

Dahlia terkedu seketika akibat dirinya lebih tertarik untuk melihat mata Arjuna yang memerah seolah-olah pemuda itu baru sahaja lepas menangis. 'Dia menangis?' Senandikanya berbicara perlahan mencari jawapan. Sungguh tidak pernah dalam hidupnya melihat pemuda itu menghamburkan tangisnya lebih-lebih lagi pada waktu sebegini.

'Apakah ada orang tersayangnya yang pergi bertemu Tuhan selepas hentaman bom tadi?' Dahlia terus bermonolog sendiri. Jiwanya benar-benar tertarik memandang mata kaca berkilat milik Arjuna yang bersinar bawah sinaran api merah menyala yang menjilat seluruh isi kapal.

"Dahlia?"

"Apakah kau tidak dapat mendengarkanku?" Arjuna terus menyoal risau keadaan gadis itu masih seperti sebelumnya. Sungguh saat dia berpaling ke belakang dan melihat bagaimana Dahlia sudah terkulai layu di lantai kapal, hanya Tuhan yang tahu betapa luruh dan runtuh seluruh dunianya tika itu.

Tiadalah pernah berada dalam sangkaanya bahawa seorang gadis asing seperti Dahlia mampu mengecaikan hatinya sebegitu rupa. Arjuna jatuh terjelopok ke lantai menutup seluruh wajah dengan tangan kirinya namun tetap linangan air mata mengalir tanpa henti sebentar tadi akibat dirinya menyangka bahawa Dahlia telah bertemu dengan Sang Penciptanya.

Arjuna dalam dilema. Dirinya tidak mengerti akan asbab dia terlalu asyik memikirkan soal Dahlia hingga perkara sebegitu sukar diterimanya. Apakah dia terlalu tekun menjadi Temenggung Tarawangsa yang ingin berusaha sebaik mungkin membantu mereka yang memerlukan?

Arjuna sendiri masih belum pasti tentang hal itu. Namun dia tetap berpendapat bahawa mungkin dia tertarik untuk sentiasa merisaukan Dahlia adalah atas dasar kasihan...

...dan bukannya cinta.

"A-apa?" Tercengang Dahlia tidak menyedari lama dia terleka memandang pemuda bukan mahram itu. Mata bertentang seketika. Keduanya terpana.

Segera pandangan dialihkan seraya bibir mengucapkan istighfar. Arjuna menapak beberapa langkah ke belakang sedar kesilapan dirinya yang terlalu merisaukan hingga terlupa menjaga batas pergaulan. Kesal dengan kekhilafan diri sendiri.

"GILA!" Laung seorang tentera musuh yang pandangannya masih terlekat pada kelibat burung gergasi besar di dada langit. Segera kedua Arjuna dan Dahlia berpaling menoleh ke arah suara tersebut. Terlupa dibuatnya bahawa mereka masih berhadapan dengan musuh ketika ini.

"Ah Beng dan Muthu, lama tidak bersua! Bukan hanya satu, malah ada dua!!" Laung salah seorang yang lain, berpantun saat bukan hanya kelibat burung gergasi spesies Jentayu malah terdapat juga burung gergasi lain berbulu putih lebat bak pualam yang turut sama menyertai di dada langit.

Meremang adrenalin kesemua yang menyaksikan perkara luar biasa malam itu. Siapa sangka dengan izin Allah, Sang Jentayu dan Merpatika kini dapat disaksikan mata kasar dalam jangka masa sementara.

Dahlia tersenyum lega. "Itu sahabatku, Jentayu dan Merpatika." Ujar Dahlia perlahan separa berbisik ke arah Arjuna di sisinya. Mereka berada dalam keadaan separa bersiaga memandangkan musuh sendiri seolah tidak mahu menyambung pertarungan, leka menyaksikan sesuatu yang luar biasa pada malam itu.

Arjuna menoleh. Matanya membulat memandang Dahlia. "Biar benar?" Selama ini Dahlia menghilang tanpa sebarang jejak adalah kerana dia bersama dua makhluk gergasi ini?

Dahlia mengangguk sambil tersenyum kelat. Lega terpaut di hatinya dapat meluahkan soal itu kepada Arjuna yang mati seribu kata terdiam tanpa bicara kekal memandang langit merenung dua makhluk gergasi itu.

"Allahu Akbar..." Koyak bibir Arjuna dengan lafaz kalimah memuji Ilahi itu. Biarpun kapal sendiri hampir musnah dan karam dihentam musuh, langsung tiada gentar menapak di jiwa akibat ditelan perasaan kagum terhadap Sang Pencipta yang Maha Berkuasa.

Pertarungan antara dua pihak itu kini bagai terhenti seketika menanti gerak geri seterusnya dari Jentayu dan Merpatika. Kedua burung gergasi itu berbicara sesama sendiri sebelum akhirnya mengangguk seolah menemui kata putus.

Dua buah kapal yang baru sahaja tiba dan mara ke pesisiran pantai timur Wantachitra itu menjadi tumpuan buat Jentayu manakala kapal utama musuh yang berada betul-betul berhampiran kapal utama Wantachitra diambil alih oleh Merpatika.

Semuanya masih diam terkaku. Baik armada lautnya Wantachitra mahupun tentera laut musuh. Sebaik sahaja kedua makhluk gergasi itu tiba ke posisi masing-masing, segera Sang Merpatika membuat lompatan tinggi dari atas langit menjunam ke dalam laut dengan niat ingin menumbangkan kapal musuh yang akan tidak stabil akibat hentaman kuat laut bakal menghantar ombak kuat kepada kapal musuh dan memusnahkannya.

Sang Jentayu pula menarik nafas sedalamnya sebelum dia mula menghembus nafas sekuat hati memuntahkan curahan air melimpah tanpa henti ke arah kapal kapal musuh seraya mengaramkan kesemua armada laut musuh yang baru sahaja menghampiri.

"ALLAHU AKBAR!!!" Laungan takbir oleh seluruh armada laut Wantachitra bergema kuat di seluruh bumantara alam saat kesemua yang bernyawa disitu menyaksikan kemusnahan kapal musuh selepas kehadiran kedua makhluk gergasi itu memihak kepada Wantachitra.

Tentera musuh terpaku terpana terkedu terkaku tanpa mulut mampu mengutarakan sebarang kata. Perasaan bercampur-baur, bergelodak segala jiwa dan raga saat diri ini seolah dapat mengagak apa yang akan terjadi kepada nasib diri memandangkan sebahagian besar daripada pihak mereka sudahpun tewas sebelum kaki mula menapak dia anak-anak tangga kejayaan.

Ada di antara mereka yang bagai sudah pasrah tidak mahu bertarung lagi kerana diri ini sudahpun berputus asa. Tentera Wantachitra tidak menunggu lama, segera dihabiskan nyawa musuh yang masih kekal bersiaga. Arjuna juga turut sama tidak menunggu, beberapa lagi baki musuh yang berada di hadapannya dan Dahlia segera disirat leher masing-masing.

Darah terpercik serata kapal yang perlahan-lahan runtuh menghempap tingkat bawah kapal.

"Ayuh, kita harus segera keluar dari sini!" Arjuna bersuara lantang mengajak Dahlia mengikutnya. Biarpun musuh sudah lagi tiada di situ, keadaan kapal yang hampir musnah dan karam itu juga boleh mengancam nyawa.

Namun buntu Arjuna dibuatnya memandangkan tangga kapal sudah pun runtuh. Hanya bahagian belakang tingkat atas kapal sahaja yang masih berada di situ kerana yang lainnya sudahpun runtuh. Sekiranya mereka mahu terjun terus ke tanah dari atas kapal itu, mahu melayang nyawa dibuatnya.

Satu cara sahaja untuk mereka keluar dari kapal itu iaitu dengan melompat terus ke tingkat bawah sebagaimana yang dilakukan Jebat dan Awi tadi namun dirinya tidak pasti sekiranya Dahlia mampu berbuat sebegitu memandangkan lantai untuk mendarat agak merbahaya kerana telah dijilat api.

"Kenapa?" Dahlia menyoal apabila melihat Arjuna seolah diam terkaku memandang tingkat bawah kapal di mana terdapat jutaan mayat tidak bernyawa bergelimpangan di serata kapal.

Arjuna menoleh. Dirinya tiba-tiba seolah teringatkan sesuatu. Segera matanya melilau memandang sekeliling. Kain sampinnya yang berada di atas lantai dikutipnya.

"Pakai ini. Tutup wajah kau dari pandangan yang lain. Apa kata orang nanti melihatkan kehadiran Tengku Puteri Seri Dahlia dalam sebuah pertarungan dahsyat pada malam ini?" Ujar Arjuna sambil menghulurkan sampinnya kepada Dahlia untuk dibalut seluruh wajahnya seperti purdah agar identiti dirinya tidak terbongkar.

Dahlia mencapai sampin itu sambil terkial-kial membalutnya menutupi seluruh wajah. Arjuna hanya kekal memerhati sambil menahan diri dari membantu gadis itu. Sungguh parah gadis ini, balut wajah sendiri pun tidak tahu.

"Dahlia!!" Laungan suara Merpatika memecah keheningan suasana tika itu. Serentak kedua Dahlia dan Arjuna menoleh memandang arah suara itu.

'Mampu melontar bicara juga?' Arjuna terpana melihat burung gergasi itu melontar bicara. Satu demi satu kebesaran Tuhan dipersembahkan di hadapannya. Sungguh maha suci Allah menciptakan sesuatu yang di luar jangkaan manusia.

"Merpatika?" Dahlia membalas dengan soalan juga tatkala akhirnya mereka berdua dapat bersua muka kembali setelah tadi sukar sungguh untuk bertemu dengan Sang Merpatika.

"Ayuh lekas! Kita beredar dari sini!" Merpatika segera mendarat di bahagian kapal yang masih selamat tidak dijilat api sambil beberapa titis air dari tubuh burung gergasi itu berjaya memadamkan api kecil yang menjilat kapal. Seluruh tubuh Merpatika kelihatan lemah dengan luka di serata tempat. Bulu gebunya kini tidak lagi terlihat lebat akibat basah tenggelam dalam laut tadi.

Dahlia terpinga. 'Apa? Beredar?' Dirinya belum bersedia untuk berpisah sekali lagi dengan Arjuna namun Merpatika sudahpun seolah mengheret Dahlia untuk menunggangnya. Sekiranya Dahlia berdegil, akan dia bawa gadis itu menggunakan kakinya sahaja.

Dahlia terpinga-pinga memandang Arjuna saat dirinya semakin diheret Merpatika bergerak menjauhi Arjuna. Arjuna pula hanya kekal membatu di situ kerana tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Sebahagian dari dirinya merasakan bahawa itulah yang terbaik buat Dahlia memandangkan gadis itu memang harus cepat beredar dari sini akibat keadaan yang semakin merbahaya. Tiadalah mahu dia membiarkan Dahlia berlama di kawasan penuh bahaya sebegitu.

Namun sebahagian lagi dari dirinya juga tidak mahu Dahlia hilang sekali lagi dari pandangannya. Entah perasaan apa ini, dirinya juga tidak tahu. Tidak mungkinlah sebentar ini sahaja pertemuan antara mereka? Apakah masa yang berlalu pergi bagaikan kilat atau memang pertemuan antara mereka sebegitu singkat?

Arjuna kekal kaku di tempatnya memandang Dahlia yang turut sama seolah berat hati sungguh mahu berpisah sekali lagi. Perlahan-lahan gadis itu segera naik ke atas Merpatika. Memang hatinya berat meninggalkan Arjuna, sudahlah salam kasih pun belum sempat dilontarkannya namun dirinya turut sama bersimpati kepada Merpatika yang sudah kelihatan teramat lelah namun masih menahan dirinya dan terus kuat demi membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Belakang tubuh Merpatika ditunggang Dahlia. Arjuna mengangkat tangan kirinya melambai perlahan ke arah Dahlia yang sudahpun mula bergerak. Pemuda itu hanya mampu menghantar gadis itu pergi dengan pandangan hingga kelibat mereka hilang dalam kepulan awan tebal yang berkecamuk bercampur dengan asap bom-bom yang dilontar.

"Wahai Allah..."

"Letakkanlah Dahlia agar sentiasa berada bawah pimpinan dan perlindungan-Mu." Perlahan bibir Arjuna mengutarakan sebaris doa ringkas buat nyawa lain dan bukan untuk dirinya yang sudah lelah dan hampir sahaja dijilat api. Dirinya terlalu asyik melambai hingga tidak sedar bahawa jarak antara api dengannya hanyalah sejengkal.

Saat hujung api mula mencecah kakinya barulah pedih api itu terasa. Segera Arjuna melompat ke tingkat bawah kapal dan mendarat dengan sempurna biarpun lututnya sudah mula lelah bertarung tanpa henti sebentar tadi.

"Arjuna!" Temenggung Tarawangsa itu segera menoleh saat satu laungan suara menerjah telinganya. Sungguh suara itu amat dikenalinya. Awi masih hidup! Alhamdulillah...

"Apakah kau baik-baik sahaja?" Serentak dua jiwa yang masih bernyawa lelah itu menyoal serentak antara satu sama lain. Masing-masing sibuk merisaukan yang lain berbanding diri sendiri.

"Di manakah gadis tadi? Apakah-" Segera Awi menyoal tentang gadis yang turut sama terperangkap di bahagian atas hingga membuatkan Arjuna berkeras untuk kekal di atas sementara bagi membantu gadis tersebut. Namun tiba-tiba Arjuna turun tanpa gadis itu berada di sisinya menimbulkan tanda tanya Awi.

Arjuna tidak memberi sebarang respons, tidak membalas walau sepatah kata. Hanya sebuah keluhan berat dilepaskan. Hatinya tidak berniat untuk berdusta namun hanya itu yang mampu dilakukannya.

Awi pula mudah memahami. Tidak sukar baginya meneka maksud keluhan berat Arjuna itu. 'Inallilahi wa inna ilaihi rajiun...' Sangka Awi mungkin gadis itu sudah bertemu Sang Pencipta terlebih dahulu akibat hentaman bom dan serangan musuh sebentar tadi.

"Di manakah Jebat? Pendapatku, kesemuanya harus lekas beredar dari sini. Sebentar sahaja lagi aku pasti, musnah karam kapal ini." Ujar Arjuna sambil mula mengorak langkah mencari kelibat Jebat.

Huru-hara seluruh isi kapal dengan bunyi bingit dan kecohnya para tentera berlari-lari serata tempat. Bunyi laungan tanpa henti mengarahkan kesemua isi kapal untuk segera meninggalkan kapal kerana keadaan kapal benar-benar sudah parah. Hanya tunggu masa sahaja untuk keseluruhan kapal tenggelam.

Tidak sempat mencari Jebat, Arjuna dan Awi sudahpun ditolak oleh puluhan tentera yang sudah mula beredar. Malah dalam kesibukan itu, mata Arjuna sempat menangkap kelibat Jebat yang turut sama sedang menuju ke pintu keluar namun berhenti menunggu tenteranya yang lain.

Melihatkan itu, Arjuna dan Awi turut sama bergegas ke pintu luar sambil menjenguk ke arah lain mencari beberapa lagi saki-baki tentera yang mungkin tertinggal.

Kapal sudah menyendeng ke belakang akibat bahagian belakang yang terlebih dahulu ditelan laut. Akibat keadaan semakin mencemaskan, ada yang mengambil keputusan untuk terjun sahaja ke luar kapal tanpa menunggu giliran di pintu keluar yang sesak dengan puluhan tentera.

"Jebat!" Arjuna menjerit memanggil nama wakil Laksamana Khoja itu saat dia hampir tiba dengan pintu keluar kapal yang semakin menyenget itu.

"Keluar! Jangan tunggu aku!" Jebat mengarahkan sambil tangannya ke kiri dan ke kanan kapal sambil berusaha memecahkan dinding kapal yang lain bagi memudahkan urusan tentera lain keluar.

Namun masa tidak mengizinkan, seluruh kapal musnah dijilat api dan karam ditelan samudera. Ketiga-tiga nyawa kerdil itu masih tidak sempat keluar dari kapal lalu tenggelam bersama-sama beberapa lagi baki tentera dalam kapal tersebut.

Maka berakhirlah pertarungan menakjubkan...

dengan kemusnahan besar di bahagian pesisir pantai timur Wantachitra...

pada malam bertakhtakan mentol purnama penuh itu...

...

_______________________•••____________________

Tambahan*




...

Tamat Siri 1
- Penulis akan kembali selepas SPM -

Continue Reading

You'll Also Like

150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...
1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
361K 39.2K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...