Dusta Puteri Palsu

Af Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Mere

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 50

740 93 14
Af Qayssz

"MARA! MARA!"

"MEREKA AKAN KITA HAPUSKAN MALAM INI JUGA!" Laung Jebat sambil tangannya dijulang tinggi ke langit mengarahkan untuk orang kapal dari belakang yang memainkan peranan menyediakan isi meriam kini mara ke barisan hadapan pertahanan dan bertukar giliran dengan tentera yang berada di situ.

Masing-masing bergerak dengan pantas tidak mahu memberi ruang kepada musuh untuk menjadi pemegang takhta kemenangan. Bunyi bingit menghiasi suasana yang huru-hara dengan pelbagai bunyi dentuman mengejutkan ramai pihak termasuklah mereka yang berada di daratan dan bukanlah di atas kapal.

Dari belah darat, ramai orang-orang kapal lain yang sudah berpindah tugas turut datang kembali membawa bekalan senjata perang kerana sesungguhnya bahtera besar itu tidaklah berlepas ke tengah-tengah lautan luas itu. Kesemuanya berlaku di pesisiran pantai timur Wantachitra.

Berita tersebar sebegitu mudahnya kepada orang ramai hingga pihak masjid berdekatan yang mempunyai beberapa jemaah yang masih bertafakkur selepas isyak turut sama membantu. Masing-masing segera bergerak ke pesisiran pantai timur.

Malah kedengaran laungan azan kuat berkumandang ke seluruh alam memberi semangat kepada barisan pertahanan laut bahawasanya Allah bersama mereka. Laungan azan selepas isyak menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Ramai pemuda yang turut melangkah keluar cuba menghapuskan kehairanan masing-masing hingga kejadian ini ditonton oleh mata kepala mereka sendiri. Segera mereka berlari datang menghulurkan tangan dalam menyediakan kelengkapan perang.

Malah kapal-kapal sederhana besar Wantachitra yang lain turut membentuk sebuah formasi saat-saat terakhir bagi mengepung pihak musuh. Biarpun ketua mereka adalah Laksamana Khoja dan Jebat di mana laksamana sendiri sudah hilang menguruskan hal yang penting manakala Jebat pula hanya memainkan peranan di kapal paling besar di situ, kapal-kapal lain turut punyai seorang ketua kapal terlatih yang mampu membentuk sebuah pasukan hebat bagi menewaskan musuh.

Jumantara gelap ditelan malam berserta bentangan permaidani tanpa tanah yang menjadi tapaknya kapal-kapal besar berpijak kini menjadi gegar-gempita bagai dilimpah jutaan mentol merah menyala yang menerangi seluruh kawasan laut itu.

Malam yang sepatutnya menjadi waktu rehat buat hamba-NYA kini kucar-kacir dengan peperangan. Namun, sedikitpun barisan tentera ini tidak berganjak dari mempertahankan kerajaan sendiri.

Berdasarkan pandangan Jebat sendiri, kehadiran kapal musuh yang cuba membuat onar kali ini bagai menempah maut buat diri sendiri kerana sungguh, bentuk formasi dan serangan pihak musuh bagaikan hasil buah fikiran seorang kanak-kanak kecil. Langsung tidak boleh diguna pakai.

Perkara itulah yang menjadi tanda tanya buat Jebat. Apakah tujuan sebenar pihak musuh menyerang dalam keadaan mereka dengan mudahnya akan ditewaskan? Mustahil seseorang insan itu mahu menggali lubang kubur sendiri melainkan ada muslihat lain yang tersembunyi...
_______________________•••____________________

Merpatika tercungap-cungap di dada langit. Sayapnya yang sedikit terkoyak tadi semakin parah lukanya akibat dikibas tanpa henti demi mencari Dahlia yang masih tidak dijumpai.

"Allah... Allah..." Tiada kata mampu diutarakan selain kalimah ismu Allah sendiri yang menjadi pembasah bibir dalam cungapan nafasnya mencari Dahlia. Sungguh hatinya benar-benar berdoa agar kelibat Dahlia dapat ditangkap dengan matanya sendiri.

Tiadalah daya dan upaya untuk Sang Merpatika bergerak mencari Dahlia sendiri tanpa Allah mengurniakan jalan dan petunjuk-NYA. Bulu putih burung merpati gergasi itu kini comot dengan tompokan hitam kesan daripada hentaman bom yang dilepaskan musuh.

Darahnya Sang Merpatika menitik jatuh ke bentangan lautan luas merubah warna air laut menjadi merah sedikit demi sedikit namun tiada yang menyedari hakikat itu kerana masing-masing lebih tertumpu untuk mempertahankan seluruh isi kapal.

Dua buah kapal musuh kini tumbang di tangan Wantachitra namun sebuah lagi kapal besar masih kekal utuh menapak di lantai laut mendekati kapal besar milik Wantachitra yang terdapat Arjuna dan Dahlia di dalamnya. Ternyata dua buah kapal kecil musuh digunakan memang hanya untuk menarik perhatian bahtera pihak lawan supaya kapal besar mereka berjaya mendekati kapal milik Wantachitra itu.

Merpatika memberi sepenuh tumpuan terhadap tingkat paling atas kapal Wantachitra yang tidak berbumbung. Pancainderanya mengesan sesuatu dari situ. Sedari tadi dia tidak memandang ke situ hanyalah kerana sebahagian besar bahagian atas itu telahpun dijilat api. Dirinya tidak mahu memikirkan sebarang andaian yang bukan-bukan.

Namun akhirnya matanya berjaya menangkap kelibat dua insan yang masih terperangkap di bahagian atas itu.

"Dahlia?"

Seorang terkulai layu di lantai kapal, seorang lagi hampir putus nyawa menyelamatkan yang pitam itu. Merpatika segera terbang maju ke arah kawasan tersebut sambil cuma mendapatkan kepastian bahawasanya itu adalah Dahlia. Gugur jantungnya retak dunia Merpatika saat matanya melihat sekujur tubuh yang terbaring itu miliknya Dahlia.

Namun dirinya buntu mahu menyelematkan Dahlia dengan cara apa. Seluruh bahagian sekeliling Dahlia hampir dijilat api keseluruhannya. Tersentuh hati Merpatika melihatkan bagaimana seorang pemuda yang bersamanya ketika itu sedang memadamkan api dari sekeliling gadis itu memandangkan dia tidak mahu menyentuh jasad suci itu.

Sedang Merpatika dalam buah fikirannya, kapal musuh kini telahpun menghampiri kapal milik Wantachitra. Laungan orang-orang kapal dari tingkat bawah bersuara ganas menandakan masing-masing tahu bahawa musuh mahu bertarung tenaga pedang dengan pedang.

Tali-tali besar dan kuat dibaling musuh ke kapal Wantachitra dalam cubaan musuh melompat ke arah kapal pihak lawan namun kebanyakan tali berjaya dicantas tenteranya Wantachitra sebelum sempat musuh berpijak di lantai kapal.

Merpatika yang bagai hilang akal saat melihat Dahlia dalam keadaan parah akhirnya berjaya mendapat ilham dikurnia Ilahi. Memandangkan saiz tubuhnya yang besar, Merpatika bertindak pergi ke sebelah kapal musuh lalu membenamkan dirinya sekuat hati ke dalam laut benar-benar bersebelahan dengan kapal musuh.

Merpatika cuba menjatuhkan pihak lawan dengan menghilangkan kestabilan kapal akibat hentakan kuatnya ke dalam laut yang mewujudkan ombak besar dan membuatkan kapal musuh menyendeng ke sebelah malah hampir kesemua bahagian kapal seolah disiram air terjun percuma.

Berjemaah tentera musuh jatuh ke dalam laut akibat gagal melompat ke kapal Wantachitra. Pasukan tentera laut Wantachitra terpana seketika. Masing-masing terkesima dengan keadaan air bergelora kuat secara tiba-tiba seolah-olah lautan sedang memihak dengan mereka.

"ALLAHUAKBAR!!" Serentak dengan itu bergema seluruh ruang angkasa dengan suara laungan ganas tentera Wantachitra memuji Allah atas pertolongan-NYA. Sungguh siapa sangka malam itu mereka akan dikejutkan bukan hanya dengan serangan musuh malah berserta penyaksian dengan bukti jelas tentang tibanya pertolongan Ilahi?

Hentakan kuat Sang Merpatika mengoyak sayapnya hingga lebih besar memuntahkan lebih banyak darah ke seluruh kawasan laut biru pekat itu. Merpati gergasi itu keluar dari laut dalam keadaan tercungap. Bulu lebatnya basah malah menambah muatan kepada dirinya sendiri menyukarkannya untuk terbang dengan baik.

Kesakitan di bahagian sayapnya pedih terasa apabila lukanya sudah bertukar kepada cedera besar. Merah mata Sang Merpatika akibat dimasuki air. Terkapai-kapai burung gergasi itu cuba menstabilkan kedudukannya di dada langit kembali.

Penerbangannya semakin rendah, tenaganya semakin kurang. Merpatika sudah mula lelah.

Namun hentakan kuatnya tadi masih belum mampu membenamkan kapal musuh sepenuhnya ke dasar laut. Masih ada lagi sebilangan besar tentera musuh yang sudah berjaya mendarat dengan jayanya di kapal Wantachitra. Malah terdapat juga yang mendarat di bahagian paling atas kapal yang tidak berbumbung biarpun sebahagian besar kawasan itu sudah dijilat api.

Pergolakan berlaku secara besar-besaran. Biarpun tujuan utama musuh masih belum diketahui, pertarungan antara dua pihak tetap berlaku. Separuh daripada tentera laut Wantachitra diarahkan Jebat untuk bertarung dan menjadi penghalang bagi mereka yang ingin melancarkan bom.

Segala strategi disusun atur sebaik mungkin sambil masing-masing berjuang habis-habisan menewaskan musuh. Bingitnya suasana saat bunyi gemersing pedang bertemu pedang menghiasi suasana yang dipegang takhtanya oleh huru-hara dan kucar-kacir.

Arjuna menarik pedangnya keluar. Ganas dan garang wajahnya berdiri di hadapan Dahlia menghadap musuh cuba melindungi gadis itu dari diapa-apakan musuh.

"Siapa kalian?! Berani sungguh melancarkan serangan di negara orang! Kalian semua akan aku hapuskan malam ini juga!" Arjuna bersiaga sepenuhnya biarpun keadaan dirinya lebih merisaukan. Tanjaknya sudah tercabut entah ke mana malah getah rambutnya turut hilang terputus saat bom musuh menghentam seluruh isi kapal. Arjuna kini berambut panjang tanpa diikat. Lengan baju melayunya disinsing hingga ke lengan. Kekudanya dibuka.

Biarpun jumlah musuh adalah lebih banyak berbanding dirinya yang seorang, tiada sedikitpun gentar menapak di jiwanya kerana sungguh yakinnya terhadap Allah adalah luar biasa. Dia lelah. Dia penat. Namun tidak akan dia biarkan Dahlia diapa-apakan musuh. Segala kemahirannya akan dia gunakan di sini sekarang ini tanpa menghiraukan keadaan diri.

"OH SEMBANG BESAR KAU YA! BERLAGAK!!!" Laung salah seorang dari tentera musuh penuh garau. Serentak dengan itu, kesemua tentera musuh segera maju ke arah Arjuna melancarkan serangan.
_______________________•••____________________

Dahlia terganggu saat telinganya menangkap bunyi gemersing pedang yang membingitkan telinga. Sejak dirinya dihentam bom musuh, langsung dunianya senyap sunyi tanpa sebarang bunyi mampu didengarnya. Entah atas asbab apa namun alhamdulillah sekarang dirinya sudah dapat mendengar kembali.

Namun dia masih kekal dalam keadaan tidak menyedarkan diri. Dapat didengari oleh Dahlia sendiri akan bicara senandikanya yang menjerit dari satu sudut hati mengarahkannya untuk segera bangun dan bangkit membantu Arjuna. Namun Dahlia masih terpinga belum mampu mentafsir keadaan sepenuhnya.

Perlahan-lahan retina matanya berjaya dibuka namun pandangannya masih samar dan kabur tidak mampu melihat dengan baik apatah lagi menafsir keadaan sebaiknya. Hanya bayangan beberapa orang insan sedang bertarung dengan begitu sengit di hadapannya di atas lantai yang merah menyala serta keadaan dirinya yang seolah-olah terumbang-ambing merunsingkan mindanya lagi.

Hanya mata yang mampu bangkit, tidak bagi tubuh. Dahi Dahlia berkerut tidak memahami keadaan. Bahang api panas terasa membuatkan Dahlia akhirnya berjaya memahami bahawa dirinya kini dikelilingi api marak.

Namun dia tidak lagi sesak nafas. Malah jantungnya yang sakit sebelum ini sudah pilih semula selepas dia bangun dari lelap sementaranya. Perlahan-lahan Dahlia bangun saat pandangannya semakin jelas dan mindanya tidak lagi pusing. Dirinya menyaksikan pertarungan antara seorang pemuda dengan beberapa pemuda lainnya.

"Arjuna kah itu?" Jelas Dahlia bagai hilang ingatan tentang perkara yang berlaku sebelum dirinya pengsan di situ. Dirinya yang separa baring itu kekal kaku terpaku di atas lantai kapal itu. Dia terpinga-pinga menyoal diri sendiri apakah semua ini benar atau hanyalah sekadar mimpi yang dirasakan nyata?

Arjuna yang masih pantas bergerak dari pelbagai arah menangkis segala serangan dan melancarkan pelbagai jenis serangan terhenti seketika pergerakannya tatkala matanya menangkap kelibat Dahlia yang sedang separa mamai akibat baru sahaja sedar dari rehat sementaranya yang meruntuhkan hati Arjuna.

Seluruh tubuh Sang Merpatika terasa berat malah ketidakupayaan sayapnya yang cedera berkibas menyukarkan pergerakan dirinya sendiri. Terkapai-kapai burung gergasi itu tatkala penerbangannya sering kali gagal dan kerap sekali dia jatuh menghentam air laut penuh dahsyat hingga terumbang-ambing kapal musuh dibuatnya.

Dahlia seolah menyedari air laut yang bergelora bagai gegak gempita di bahagian sebelah kapal musuh. Biarpun kepala dan mindanya masih gagal berfungsi dengan baik dia tetap berusaha sehabis baik untuk bangkit dan bersiaga.

Suasana keadaan sepenuhnya masih gagal dihadam namun apa yang pasti, keadaan sekarang ini adalah membahayakan. Tiada masa untuk dia terus lemah dan lemah di sini atau mungkin silap hari bulan melayang nyawa Arjuna dibuatnya. Kelibat makhluk gergasi berwarna putih bak pualam bagai menghentak memori Dahlia.

"Merpatika?" Tersedak gadis itu dibuatnya saat matanya menangkap dengan jelas kelibat bulu putih bak pualam di sebalik kapal musuh yang hampir roboh dan musnah namun hampir keseluruhan besar tentera musuh sudahpun mendarat di kapal milik Wantachitra menambah bilangan kepada tentera mereka sendiri untuk menumpaskan pihak lawan.

Berkecai hati Dahlia saat dirinya mula terfikir tentang Sang Merpatika. Alhamdulillah pancainderanya kembali dapat melihat sahabatnya sekali lagi. Sungguh mahu sahaja dia berlari menyelamatkan sahabatnya itu.

Kaki Dahlia masih lemah. Lututnya gigil. Wajahnya dihiasi dengan deraian air mata kerana sungguh dirinya tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan Sang Merpatika yang jauh lebih gergasi berbanding dirinya sendiri. Tambahan pula keadaan kapal Wantachitra yang turut sama sedang terumbang-ambing malah kucar-kacir keadaannya memaksa Dahlia membantu Arjuna terlebih dahulu.

Dirinya benar-benar buntu harus bagaimana lagi. Hanya air mata menjadi kalimah bicaranya dengan Tuhan meminta pertolongan-NYA kerana pergerakannya bergerak ke arah Arjuna terbatas dihalang beberapa orang tentera musuh. Maka agak jauh untuk dia utarakan hajatnya meminta bantuan Arjuna.

Tanpa henti istighfar menjadi senjata di jiwa, Sang Merpatika akhirnya berjaya keluar dari kawasan laut yang bergelora. Segera sayapnya dikibar luas ke dada langit penuh gah.

Dahlia terpana. Hatinya lega, jiwa berdarahnya kini sembuh sedikit melihat Sang Merpatika mampu menyelamatkan diri sendiri dengan bantuan Ilahi. Namun mengah dan lelahnya jelas kelihatan menimbulkan rasa gusar di hati Dahlia. Sepertinya Sang Merpatika sudah tidak mampu menghulurkan tangan lagi.

Keadaan bertambah genting apabila terdapat lagi dua buah kapal baharu musuh yang sedang datang mara ke hadapan. Sungguh mereka menanti saat saat di mana Wantachitra sedang berpadu tenaga dan kurang tenaga tentera untuk menguruskan bom dan meriam agar mudah kerja menewaskan pihak lawan.

Seluruh Wantachitra terkedu seketika melihat kehadiran dua buah kapal besar baharu yang sedang mara ke pesisiran pantai timur dengan gahnya. Jebat terdiam seketika. Saat matanya menyaksikan bagaimana dengan mudahnya musuh menghampiri kawasan perairan itu sudah menunjukkan bahawasanya mereka mempunyai orang dalam. Namun siapa?

Sang Merpatika terdiam seribu bahasa terkunci mulutnya tanpa sebarang kata. Dia mahu menyelematkan Dahlia namun dia tidak mahu meninggalkan seluruh tentera Wantachitra begitu sahaja. Niatnya baik namun upayanya kurang. Sungguh seluruh tenaganya telahpun habis digunakan. Dia benar-benar lelah tidak terkata.

"Ya Allah, dengan seluruh rahmat dan zat-Mu hantarkankah pertolongan dan bantuan buat seluruh Wantachitra..." Sang Merpatika bersuara separa berbisik. Matanya berkaca akibat menahan perit luka. Nafasnya cungap, kibaran sayapnya semakin kurang tenaga. Sungguh dia meletakkan sepenuh pengharapannya kepada Ilahi.

Dahlia menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Jiwanya resah gelisah melihat kapal megah sedang berlayar menuju ke arah mereka. Lirikan matanya mengerling memandang Arjuna. Jelas lelahnya terserlah begitu juga dengan Arjuna.

Sedang semuanya dalam keadaan dilanda pasrah mendalam, hanya hati yang mampu bergantung sepenuh harap pada-NYA.

Tiba-tiba Dahlia menangkap kelibat sesuatu gergasi melintas di dada langit. Besar dan gah makhluk itu. Kedua Merpatika dan Dahlia amatlah mengenali burung gergasi itu.

Sang Jentayu!

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

362K 39.2K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
360K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
Atin Af mrk1921

Adventure

62.8K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua