H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N67

1.8K 311 69
By leimonadd

TELEKUNG dibuka dan dilipat kemas. Betulkan letak tudung seketika sebelum Wareesa masukkan semula telekung yang diguna ke dalam almari yang disediakan. Berjalan dengan penuh cermat, Wareesa ambil barang-barangnya dan berpindah duduk. Sudut hujung ruang solat wanita itu menjadi pilihannya.

Pandang sekeliling, Wareesa perasan yang ruang solat ini agak penuh. Suka bila lihat kebanyakan mahasiswi di sini menjaga solat di awal waktu. Takde lah terkejar-kejar sangat untuk lakukan kerja seterusnya. jika tidak, pasti hidup tak rasa senang.

Wareesa cepat-cepat keluarkan cermin kecil dari dalam tote bag. Seperti perempuan lain, Wareesa nak juga touch-up sana sini. Walaupun tanpa sebarang make up, sekurang-kurangnya biar lah bibirnya yang sedikit kering dan pucat ini ada warna.

Terus tangan digagau mengambil lip gloss dalam beg. Jumpa, terus dia oles sedikit lip gloss itu di bibirnya. Kemam bibir dua tiga kali dan dia sudah puas hati. Atau mungkin tidak. Nak bagi nampak seri sedikit, lip glos dicalit pada jari sebelum perlahan-lahan jari itu menyapu pipi. Ha, blusher sikit dan Wareesa is done!

Tersenyum tengok bias wajah sendiri di cermin. Light-light ada seri begitu wajahnya. Tak mahu buang masa sebab perut dah berkeroncong minta diisi, Wareesa terus betulkan awning tudung bawalnya. Begitu juga lipatan tepi biar nampak kemas.

Sekali lagi, Wareesa senyum. Dia dah siap. Laju Wareesa angkat punggung kemudiannya sebelum dia keluar dari ruang solat itu. Sambil itu, berhenti sekejap tepi sliding door sebab nak pakai stocking. Aurat tu, kena tutup walaupun kasutnya sudah sempurna bertutup litup.

"Okey, done! Jom!" Ajak Wareesa sendiri seraya mengambil langkah ringan. Mata pandang telefon sebab nak cari mood makan. Menu-menu di aplikasi Food Panda dipandang tanpa lepas. Dah sampai di rak kasut pun, masih belum habis tenung skrin telefon.

Dan bila sudah jumpa makanan yang membuka seleranya, Wareesaa tak tunggu lama. Terus makanan dia order dan set location. Hari ini tak panas sangat dan tak mendung sangat. Sesuailah dia makan dengan dataran universiti sahaja. Lama pula tu tak hirup udara segar di situ.

Telefon dioff seketika sebelum mata melilau mencari kasut hitamnya. Sudah jumpa, Wareesa terus ambil dan sarungkan ke kaki. Tak tahu lah kenapa terlalu gembira sampai dia boleh bersenandung kecil di situ.

"Happy sangat kau ni, Reesa." Omel Wareesa sendiri. Laju langkah dia keluar dari masjid kemudiannya.

Melepasi pintu masuk masjid, Wareesa berjalan pandang bawah. Terlalu ramai manusia buat dia segan sendiri. Kaki pun tak sedar ambil langkah terlalu laju sampai hampir-hampir dia tersadung. Mujur cepat dia imbangkan diri semula.

"Huf! Itu hampir membawa kepada perkara memalukan. You should be calm, Reesa." Pesan Wareesa pada diri sendiri. Dada diusap perlahan. Tenangkan diri.

Dah tenang, kaki mahu ambil langkah semula namun cepat sahaja langkahnya mati bila dengar ada satau suara garau memanggil namanya dari kejauhan. Terus Wareesa menoleh mencari punca suara itu. Toleh, toleh tak jumpa siapa pun, Buat dia kerutkan dahi sendiri.

"Aik, aku salah dengar ke?" Tanya Wareesa kepada diri sendiri sambil mata masih melilau mencari.

"Wareesa Jameela." Sekali lagi, suara garau yang sama masuk dalam pendengaran. Arah belakang. Wareesa menoleh. Toleh sahaja, sungguh perasaan menyesal itu ada.

Menyesal lah sebab yang panggil tu Emir Irham. Lelaki buaya tu. Kat depan masjid pun jadi ya? Eee, benci betul!

Kalau dia lari, penat sendiri. Baik dia hadap sekejap spesies buaya daratan ini. Sekajap aje kan. Dia boleh tamatkan perbualan mereka sekelip mata dengan izin Tuhan. Ya. Sekarang ni, sementara Emir menapak langkah ke sini, sama-sama kita berdoa.

Terkumat-kamit mulut Wareesa. Baca doa supaya semuanya berakhir dengan cepat. Abang Food Panda cari dia satu dataran nanti, parah!

"Wareesa." Emir menyapa sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Wareesa.

Wareesa hanya senyum kekok. Dada mula berdebar bila teringatkan kata-kata Yara.

'He's a psycho. Be careful, Wareesa. Choose a wise word and act!' Wareesa ingatkan diri sendiri.

"Err, hi." Wareesa membalas. Tangan dia angkat sedikit, membalas sapaan.

Emir senyum. Wajah Wareesa ditilik. Cantik dan fresh!

"Lama tak jumpa. Reesa sihat?" Emir mulakan topik berbual. Kalau mengena, boleh dia makan sekali dengan Wareesa. Dia pun baru sahaja keluarkan duit dari akaun banknya. Memang salah satu plannya mahu belanja Wareesa makan.

Wareesa angguk.

"Sihat, alhamdulillah. Dah solat?" Soal Wareesa.

Emir senyum.

"Belum. Baru nak masuk solat ni. Wareesa dah solat? Kalau belum, jom masuk solat sekali. Abang boleh jadi imam." Emir menawar dengan ceria. Kaki dah mula bergerak untuk mausk ke dalam masjid. Tangan pun dah selamba pegang tote bag yang Wareesa pakai.

Wareesa panik. Terus dia sentak pegangan Emir pada tote bagnya. Kuat juga sampai berubah muka Emir.

Wareesa senyum kekok. Dahi digaru perlahan.

"Err... Saya dah solat. Awak masuk lah solat. Tak elok lambat-lambatkan solat." Ujar Wareesa. Tangan dah suruh Emir masuk ke dalam masjid.

Dengar kata Wareesa, teruss berubah riak wajah Emir. Wajahnya beku seolah-olah memang itu wajahnya sedari tadi. Tiada senyum. Pandangan mata pun dah kosong tanpa sinar. Lurus namun tajam menikam wajah putih Wareesa.

Melihat perubahan wajah Emir, Wareesa telan air liur. Mata pandang kiri kanan. Rasa takut mula menyerang namun bila fikir mereka di tempat awa, hati pujuk diri sendiri untuk bertenang.

'Dia takkan buat benda gila kat tengah-tengah ramai orang ni kan?' Bisik Wareesa sendiri.

"Emmm." Wareesa hilang kosa kata. Takut makin menguasai bila lihat Emir dah menapak rapat kepada dia. Spontan, langkah berundur ke belakang. Tak mahu rapat-rapat dengan Emir.

Makin Wareesa ke belakang, makin Emir melangkah ke hadapan sampai lah lelaki itu berjaya hentikan undurannya dengan menangkap tali tote bagnya. Tersentak Wareesa di situ. Muka tak payah cakap. Memang dah pucat. Tangan pun dah menggigil kecil.

Emir pandang Wareesa tak lepas.

"I have a good intention. Can't you see it?" Soal Emir. Suaranya dingin, sedingin wajahnya sekarang.

Wareesa telan air liur yang tersekat di kerongkong. Mata melilalu pandang kiri kanan. Perasn dah ada beberapa pasang mata yang memandang. Jengkel semestinya. Yalah. Depan masjid pun tak reti nak jaga adab.

"Tak nampak?" Soalan Emir buat Wareesa pandang semula wajah lelaki itu.

Cuba nampak tenang walaupun dah basu tenang dia, Wareesa ukir senyum kekok.

"Err, nampak. Tapi, saya cuma nak awak solat aje. Awak kata awak belum solat kan? First thing first. Yes." Wareesa tenangkan. Langkah dah ke belakang dan tangan sekali lagi merentap tote bag yang dipegang Emir. Silap hari bulan, lunyai tote bag dia ni.

Emir lepaskan pegangannya. Tangan dimasukkan ke dalam poket dan Wareesa dipandang tajam.

"Kalau abang pergi solat, will you wait for me?" Soalan maut.

Wareesa dah menjerit dala hati. Obviously the answer is no! Takkan lelaki itu pun tak nampak penolakan dia secara halus. Fikir diri dia sahaja.

"I don't think so?" Walau takut, Wareesa memilih untuk menjawab dengan jujur. Kalau dia tipu, lagi parah agaknya.

Makin berubah wajah Emir, buat Wareesa makin takut.

"He's a psycho."

"He's a psycho."

"He's a psycho."

Macam kaset rosak, berulang kata-kata Yara alam kepala. Terlalu bising sampai Wareesa pening!

"Wareesa, why can't you see me?" Emir bertanya. Langkah makin ke hadapan. Wareesa yang kaku itu buat dia mudah mengunci langkah gadis itu.

Wareesa pejam mata. Nafasnya tersekat. Seperti dicekik Emir. Oh, dia sangat menyesal tak lari sahaja tadi.

"Reesa tak tahu ke yang abang su---"

"Yang!"

Kata-kata Emir terhenti. Mata Wareesa terbuka. Masing-masing memandang kepada satu arah. Memandang Waseem yang dah berdiri lurus belakang Emir.

Sumpah. Terus Wareesa sedut udara. Paru-parunya mula penuh dengan udara, Sedar dia tahan nafas sedari tadi. Kaki tiba-tiba terasa lemah kerana terlalu berani bertahan sebentar tadi. Hampir dia terjatuh namun pantas satu tangan memegang utuh beg sandangnya, membantu dia berdiri semula.

Toleh tepi, tak lain tak bukan Waseem Ahda.

"Are you okey, Reesa?" Soal Waseem, penuh prihatin. Wajah pucat Wareesa ditilk penuh. Risau dia tak boleh tahan.

Wareesa mengangguk lemah. Emir dia pandang kemudiannya, buat Waseem tangkap siapa yang berdiri di hadapan mereka sekarang ini.

Tembung sahaja pandang, Waseem dah rasa tak sedap hati. Those eyes... Those look... It's a bad news!

"Siapa pula kali ini?" Soal Emir penuh sinis. Lelaki yang dah sorokkan Wareesa dari pandangannya dipandang penuh jengkel. Bahkan bukan sahaja lelaki itu, malah Wareesa yang sedang mengintai di sebalik tubuh lelaki itu juga.

'What a playgirl!'

Waseem tegakkan badan. Dia tentang pandangan Emir.

"Waseem Ahda, Reesa's fiance." Waseem memperkenalkan diri. Tangan dihulur untuk bersalaman namun pandang mata Emir buat dia rasa yang lelaki itu tak akan salam dia sekarang ini.

Perkenalan Waseem buat Emir gelak sinis.

"What a game." Balasnya acuh tak acuh.

"Ada apa-apa masalah ke?" Soal Waseem. Tenang dan matang.

Emir berdecit sebelum dia menggeleng. Wareesa dipandang berani. Senyum sinis dia sempat ukir buat gadis itu sebelum dia nampak mata gadis itu beralih arah.

"See you next time, sayang." Selamba Emir berkata begitu. Sengaja provoke Waseem yang dah mula tergugat ketenangannya. Dan selepas itu, ringan langkahnya masuk ke dalam masjid. Lain waktu dia tackle Wareesa. Sekarang ini, solat.

Pergi sahaja Emir, Waseem terus menoleh pandang Wareesa. Wajah pucat Wareesa ditilik. Risau datang menjengah. Nak tanya soalan siapa Emir, dia tahu Wareesa bukan jenis perempuan yang melayan lelaki. Dan dia yakin, Wareesa yang dikacau tadi. Kalau tak, takde lah pucat begini.

"Okey tak yang?" Waseem bertanya. Beg sandang Wareesa dicabut dan disangkut pada bahunya. Selamba.

Wareesa jeling Waseem sedikit. Nafas diambil tenang. Sedikit demi sedikit, pucatnya hilang diganti dengan pipinya yang memerah disebabkan Waseem. Bila lah diri ni boleh biasa dengan Waseem. Haih. Ayat manis leting!

Waseem yang nampak wajah merah Wareesa mula hilang risau. Sekejap aje pucatnya. Selebihnya malu. Hailaa, Wareesa Jameela seorang ini. Ibu, nak kahwin cepat! Geram ni!

"Awak dah solat?" Soal Wareesa. Tangan bergerak ambil begnya yang Waseem ambil tadi. Mungkin tahu dia penat emosi, Waseem hanya membiarkan. Bagus dia ni, faham kita.

Waseem angguk. Kepala menoleh pandang belakang semula. Emir dah betul-betul tiada.

"Kita kahwin next week boleh tak?" Pertanyaan luar alam Waseem buat kaki Wareesa yang baru nak melangkah terhenti. Merah padan wajahnya namun nak juga dia menghadap Waseem. Nak marah kegilaan lelaki ini.

"Awak merepek apa?" Soal Wareesa. Laju langkah dia ambil semula. Daripada Waseem pun dia kena lari juga ni. Risau kadang-kadang. Setiap masa ajak kahwin. Ingatkan bila dah bertunang, kurang sikit perangai dia yang satu itu. Rupanya, makin galak!

"He's a bad news." Waseem beritahu.

"Dah tu?"

"I want to protect you."

"Kalau kahwin next week pun, bukannya awak 24 jam dengan saya kan? Protect apa benda nya?" Balas Wareesa selamba dan tanpa sedar.

Waseem kaku. Wareesa yang sudah makin ke hadapan dia pandang tidak berkelip. Dan bila gadis itu menoleh ke belakang, terus dia berlari mendapatkan Wareesa. Walau Wareesa nampak hairan. dia tak peduli. Hatinya hangat sekarang ini dan dia mahu kongsi bersama Wareesa.

"What?" Soal Wareesa. Pelik bila Waseem macam terhyper. Senyum pun killer semacam.

"Maknanya, kira okey aje lah kan kahwin next week? Okey! Kalau macam tu, Waseem bagitahu ibu!" Teruja Waseem membalas soalan. Telefon dah dibawa keluar untuk hubungi Ibu Ayunin.

Puff! Merah menyala terus wajah Wareesa dengar kata-kata Waseem. 

Waseem perhati wajah merah Wareesa. Perasan diri menjadi tatapan Waseem, terus Wareesa berjalan laju ingin pergi dari situ.

"Awak jangan merepek! Saya tak nak kahwin minggu depan! Gila ke?" Sempat Wareesa marah, nak tutup rasa malu.

Wareesa yang dah laju tinggalkan dia buat Waseem hanya lepaskan gelak kecil. Tak mahu kejar langkah Wareesa kerana tahu gadis itu malu. Haih! Cepatlah habis tempoh dua bulan ni. Cuti semester nanti dia nak kahwin dengan Wareesa. Nak bahagia dengan Wareesa!

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
36.6K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
257K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
59.3K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...