Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 48

620 87 18
By Qayssz

"Psst! Psst! Merpatikaaa!" Bisik Dahlia perlahan tetapi dalam nada separa menjerit menyeru nama sahabatnya itu. Selamba dia menghilang begitu sahaja. 'Aku ini di sini? Sudah dilupakankah?' Dengus hati kecil Dahlia bengang.

Berkerut-kerut dahi Dahlia mencari kelibat Si Apam itu. Biarpun bulunya putih, tetap tidak kelihatan di sebalik gelap malam itu. Ternyata Merpatika kini ghaib sementara daripada pandangan mata kasar Dahlia. Entah bagaimana namun mereka berdua masing-masing tidak menyedari akan hal itu.

Seorang sedang berusaha mencari, seorang lagi khusyuk dalam bicaranya bersama Tuhan. Dahlia kekal terpinga-pinga di sisi kapal tinggi yang gelap itu. Hanya terdapat sebuah ruang lain di bahagian tengah kapal yang tidak bercahaya kerana tiada satu jasad pun berada di situ ketika ini.

Dahlia yang semakin gelisah akibat gagal mencari sahabatnya itu cuba mengubah cara menggunakan alternatif lain untuk keluar daripada kapal itu. Perlahan-lahan dia mendekati ruang tengah kapal yang bagaikan sebuah bilik sambil terdapat sebatang tangga untuk turun ke bawah bahagian badan kapal. Laluan itulah yang digunakan Laksamana Khoja untuk turun ke bawah dan keluar dari kapal tadi.

Gelap gelita tanpa cahaya ruang bilik itu. Dahlia hanya menghendap di sebalik tingkap bahagian luar kerana telinganya menangkap bunyi riuh-rendah suara orang-orang kapal dari bahagian bawah. Sungguh mana mampu dia mencabut lari dalam kerumunan orang ramai tanpa kehadirannya disedari.

Sedang leka dalam lautan buah fikirannya, tiba-tiba telinga menangkap satu bunyi yang semakin jelas suaranya seolah suara itu sedang datang menghampiri ke arah ruangan tersebut. Dahlia cemas. Segera dia menundukkan seluruh tubuh menyembunyikan dirinya di sebalik dinding yang menjadi pemisah antara dalam bilik dan luar bilik tersebut.

Kini ruangan itu disinari cahaya terang dari dua buah lampu minyak tanah. Jebat menarik kerusinya sambil mempelawa Arjuna untuk melabuhkan punggung terlebih dahulu. Dahlia kekal membatu menutup mulutnya dengan kedua tangan mengelakkan dari terpacul keluar sebarang suara. Peluh gusar mengalir perlahan di dahinya.

"Baiklah, atas urusan apa kalian datang ke mari?" Jebat membuka mulut terlebih dahulu. Kesemua jarinya dicantumkan bersama sambil tangannya diletakkan di atas meja bulat perbincangan mereka tanda bersedia mendengar bicara dari tetamunya itu.

Arjuna mengeluarkan sepucuk surat dari kantung lainnya. Kertas itu diseret di atas meja dihulur kepada Jebat. "Tiada apa. Urusan hanya berkenaan tentang kebenaran membawa lebih daripada satu kapal Tarawangsa berlabuh di pelabuhan utama Wantachitra atas asbab Keraian Setiga Serangkai yang memerlukan beberapa unit tentera turut sama hadir ke keraian tersebut." Balas Arjuna melontar hajatnya.

Dahlia terkesima dalam persembunyiannya. Arjuna!

Suara itu mirip Arjuna. Hatinya terpaut sedikit lega hingga dada membuak dengan tekanan tinggi menyebabkan matanya bagaikan berkaca tatkala telinganya menangkap suara insan yang amat dikenalinya itu. Saat dia menyangka dirinya sudah sesat akibat Merpatika yang tiba-tiba hilang tanpa dikesan meninggalkannya begitu sahaja, hati Dahlia dipaut lega menyedari kehadiran Arjuna di situ.

Namun dirinya juga masih belum pasti sama ada suara itu benar-benar milik Arjuna atau sekadar kebetulan untuk insan lain yang mempunyai suara sebegitu. Dahlia berpusing menghadap dinding kembali. Perlahan-lahan dia menaikkan sedikit kedudukan kepalanya cuba mengintai disebalik tingkap memastikan kebenaran firasat hatinya.

Hanya kedua mata Dahlia kelihatan disebalik tingkap. Tepat sekali tekaan Dahlia, memang benar pemuda tadi adalah Arjuna. Akibat leka bertarung antara mimpi dan juga nyata, Dahlia langsung tidak memberi tumpuan terhadap bicara antara Arjuna dan Jebat.

Matanya tidak berkalih dari memandang Arjuna. Langsung terlupa untuk menjaga pandangan. Sungguh dia tidak percaya bahawa pemuda itu benar-benar Arjuna. Bukan itu sahaja, malah Arjuna juga kelihatan sudah sihat seperti sediakala.

Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya Dahlia ketika itu. Hatinya lega bukan kepalang melihat keadaan Arjuna yang sudah kembali normal dan sembuh seperti manusia biasa.

Syahdu menyentak jiwa, bergenang tanpa sebab kelopak mata Dahlia yang bersinar di bawah pancaran samar-samar Sang Purnama. Hatinya masih tidak mengetahui rindulah yang menjadi punca utama dirinya dihentak syahdu menusuk kalbu.

Dahlia kembali merendahkan kepalanya bersembunyi disebalik dinding luar ruangan perbincangan itu. Mulutnya ditutup kuat dengan mulut tidak memberi ruang sebarang bunyi pun dilontarkannya. Sungguh ini bukan dalam rancangannya. Dia tidak seharusnya berada di sini lagi ketika ini atau penyamarannya benar-benar akan terbongkar.

Namun, akibat tangis sudah menghiasi wajah, bukan sahaja jiwa yang bergelora malah minda juga gagal berfungsi sebaiknya. Dahlia jadi lebih mudah cuai dan lalai akibat diri dipandu emosi. Dia cuba menghadap langit mencari ketenangan jiwa selepas kuat menarik perhatian.

Dahlia terkaku seketika begitu juga dengan yang lainnya. Mereka masih tidak melihat kelibat seorang insan tidak diundang di situ. Masing-masing saling bertukar pandangan berbicara menggunakan mata sambil turut membuat spekulasi masking tentang bunyi tadi.

Jebat kekal diam tidak bersuara. Arjuna dan Awi turut sama mengunci mulut menelan lidah masing-masing. Mereka menantikan bunyi selanjutnya sekiranya benar terdapat kehadiran seseorang di situ. Namun Dahlia langsung tidak berganjak walau seinci dari posisi jatuhnya tadi. Malah nafasnya turut sama ditahan agar keberadaanya di situ tidak diketahui pemuda-pemudi yang sedang berbincang di dalam itu.

Masing-masing berada dalam keadaan penuh bersiaga. Jebat mengangkat tangan kirinya memberi isyarat kepada Arjuna dan Awi untuk menunggu sebentar sambil tangan kanannya sudahpun memegang keris bersiaga. Pandangannya penuh tajam biarpun dia bukan sedang dipandu amarah. Hanya diri sedang memberi sepenuh perhatian terhadap sebarang perkara tidak diundang.

Jebat membuka langkah tanpa bunyi namun sungguh langkahnya penuh berkeyakinan. Arjuna turut melangkah perlahan sambil diri penuh bersiaga. Dia keluar mengikut langkah Awi namun menuju ke arah yang bertentangan. Sekiranya insan tidak diundang itu cuba melarikan diri, sekurang-kurangnya Arjuna sudah berada di arah bertentangan menghalangnya pergi.

Dahlia kekal membatu menutup seluruh wajah dengan hud besarnya. Jantungnya berdegup pantas benar-benar bagaikan mahu tercabut. Sungguh gemuruh di dada gagal dikawalnya hingga dapat didengari telinga akan bunyi degupan jantung itu.

Langkah Jebat diorak hingga matanya menangkap kelibat seseorang yang berpakaian hud hitam sedang bersembunyi di sebalik kotak kayu besar di belakang dinding. Seluruh diri insan itu tidak kelihatan namun tiada bukti yang menidakkan bahawasanya kelibat itu bukanlah seorang manusia.

"Siapa kau?!" Soal Jebat tegas sambil kerisnya segera dihunus ke arah Dahlia dan dia cuba mendekati gadis itu namun cubaannya gagal apabila Dahlia segera melarikan diri ke arah bertentangan. Sepantas kilat Dahlia menundukkan wajahnya sambil cuba mencabut lari bersama hud besarnya itu.

Namun langkahnya terhenti serta merta.

Mata bertentang mata.

Bukan hanya Dahlia yang bertopeng malah Arjuna turut terkaku sama. Dahlia mungkin mengenali wajah pemuda yang sedang berdiri tegap dihadapannya namun Arjuna masih belum dapat memastikan kesahihan firasat hatinya.

Gadis berhud hitam itu memakai pelitup muka namun pandangannya matanya seolah mereka saling mengenali. Malah, dirinya juga berfirasat bahawa gadis itu adalah Dahlia.

Rindu menghentak jiwa, jantung retak seribu apabila dua jiwa yang telah lama terpisah akhirnya dapat bersua muka kembali atas izin-NYA.

Jebat berkerut. "Kau tunggu apa, Arjuna?!" Sergah Jebat penuh garang apabila melihatkan Arjuna terkaku habis tatkala pandangannya bertemu dengan si musuh. Segera kerisnya dihunus ke arah Dahlia.

"Sebentar!" Jerit Arjuna menghentikan cubaan Jebat yang cuba mengelar leher Dahlia. Sungguh biarpun kepastian sepenuhnya masih belum tercapai, firasatnya kuat mengatakan bahawa gadis itu adalah Dahlia dan mustahil akan dia benarkan rahsia penyamaran Dahlia terbongkar begitu sahaja.

Mata Dahlia jelas menyerlahkan bahawasanya dirinya sedang berada dalam ketakutan dan kegusaran melampau. Sekiranya tiba ke pengetahuan Jebat bahawasanya Tuanku Puteri Seri Dahlia yang terkenal dengan kehandalannya dalam seni tarung, tiba-tiba menjadi pengecut seperti tikus, tidak mustahil akan timbul kemusykilan dalam hati beliau tentang identiti sebenar gadis itu.

"Dia seorang gadis." Ujar Arjuna tegas dan bernada lebih tenang berbanding tadi. Dirinya cuba mencari alasan terbaik atas tindakannya sebentar tadi. Awi kekal membatu di belakang Jebat kerana dirinya diarahkan untuk menurut langkah Jebat oleh Arjuna.

Jebat terkesima seketika. Segera kerisnya ditahan dari mengapa-apakan insan berhud hitam itu. Maaf, sehebat mana pun dia, sekiranya dia mencederakan wanita, hingga ke liang lahadnya sekalipun tidak akan dia maafkan dirinya sendiri. Sungguh darjat wanita mereka julang setingginya.

Pergerakan masing-masing terhenti seketika. Jebat memandang Arjuna meminta isyarat langkah seterusnya memandangkan sepertinya hanya Arjuna yang boleh mengawal pergerakan gadis itu kerana hanya dia yang berdiri di hadapan gadis itu.

Sekiranya gadis itu bukanlah ancaman, keris dan senjatanya akan segera disisipkan di pinggang namun sekiranya gadis itu benar-benar merupakan ancaman, isyarat Arjunalah yang memainkan peranan penting bagi tindakan selanjutnya.

Tangan kiri Arjuna kekal memegang keris manakala tangan kanannya memberi isyarat agar Jebat dan Awi menunggu sebentar sebelum isyarat baharu diberikan.

Dahlia menundukkan kepalanya hingga langsung tidak kelihatan seluruh wajahnya. Pesanan Sang Jentayu terngiang-ngiang di kotak minda mengingatkan agar Dahlia tidak mendedahkan identiti diri apatah lagi menimbulkan sebarang masalah. Dadanya benar-benar gemuruh seolah hampir meletus.

Gementar memegang takhta menguasai jiwa apabila Sang Merpatika tiada di sisi dan hanya Dahlia yang perlu menyelesaikan misi bersendirian tanpa menjadi punca gagal segala perancangan. Matanya yang tadi sembap sedikit kini berkaca kembali.

Sungguh dirinya bagai buntu mahu ke mana lagi. Rasanya seperti hanya mahu hilang sekelip mata. Tidak dapat dibayang minda dirinya menjadi asbab kegagalan misi malam itu. Sungguh sekiranya dia mendedahkan identiti dirinya, pasti yang lain hairan melihat betapa pengecutnya Tuanku Puteri yang mereka hormati selama ini.

Sebanyak-banyaknya doa dipanjatkan kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusannya. Sungguh dia tidak mahu memberi nama buruk kepada puteri sebenar. Pertemuannya dengan Arjuna pada malam ini sungguh tidak pernah berada dalam sangkaanya hingga menjadi asbab dirinya gagal berfungsi dengan baik.

Separuh hati mahu bertemu dengan pemuda itu, hati ini terlalu gusar tentang banyak perkara. Separuh hati lagi sedar bahawa dirinya kini perlu menyelesaikan misi yang telah diamanahkan dengan baik. Sungguh benarlah, hati manusia itu berbolak-balik. Kaku Dahlia mengenggam kemas kedua tangannya di sisi buntu mahu meneruskan langkah seterusnya.

Wajahnya merah menahan tekanan di jiwa. Arjuna perlahan-lahan cuba mendekati Dahlia yang mampu dilihat samar-samar di bawah pancaran Sang Bulan sambil kerisnya tetap dihunus ke arah gadis itu.

"Saudari sedang apa di sini? Mencuri dengar perbualan kami?" Soal Arjuna membuka mulut memecah heningnya suasana ketika itu. Dia cuba membuatkan gadis di hadapannya itu menjelaskan keadaan sebenar kerana Jebat di belakang masih menanti isyarat selanjutnya.

Mungkin kerisnya tidak akan melukakan gadis itu kerana sungguh biarpun seseorang gadis itu jahat, Jebat hanya akan bertindak mempertahankan diri sahaja dan tidak sesekali mencederakan kaum hawa itu. Namun dia tetap memerlukan penjelasan. Awi di belakang Jebat masih berkerut sambil bersiaga kerana kelibat insan berhud hitam yang bagaikan tenggelam dengan gelap malam itu amatlah sukar dilihat mata kasar. Malah gerak-geri insan itu juga sukar dilihatnya.

Dahlia kekal membatu tidak memberi respons terhadap pertanyaan Arjuna. Malah suaranya juga boleh menjadi asbab terdedahnya identiti penyamarannya yang boleh menggagalkan misi ini, maka lidahnya ditelan, mulutnya dikunci sehabis baik membiarkan lontaran suaranya menjadi bisu tanpa bicara.

Jebat saling bertukar pandangan dengan Arjuna berbicara menggunakan isyarat mata. Sungguh di bawah sinaran samar-samar mentol langit itu, amatlah sukar untuk melihat wajah masing-masing apatah lagi isyarat mata yang dilontarkan.

'حسبنا الله ونعم الوكيل'

Berulang kali ayat itu dilafaz Dahlia dari dalam hati. Dia harus tenang. Kekal tenang, agar minda dapat berfikir dengan baik. Sungguh benarlah apa yang telah diajar Sang Merpatika. Tiada penyelesaian mampu diperoleh oleh minda yang kusut pemikirannya.

Dahlia harus pilih satu. Hatinya tidak boleh berbolak-balik. Namun sekiranya hati gagal memilih satu, dirinya hanya akan bertindak mengikut akal fikiran sahaja. Pada saat genting sebegini, adalah lebih baik Dahlia lakukan sesuatu yang tidak akan membuatkannya menyesal di kemudian hari.

Sekiranya ada rezeki, Dahlia memohon agar dipertemukan dirinya dengan Arjuna kembali kerana pada malam itu misinya adalah lebih penting dari segalanya. Akhirnya minda Dahlia dapat berfikir dengan baik apabila seluruh tubuhnya kini bagai turut sama berzikir memuji Ilahi memohon pertolongan-NYA.

Pelitup muka Dahlia dinaikkan sedikit lagi hingga benar-benar hanya mata yang terlihat. Dia tidak boleh membiarkan diri dipandu emosi lagi. Dirinya harus segera mencabut lari walau apa cara yang perlu dilakukan sekalipun. Hudnya ditarik ke hadapan sedikit demi sedikit cuba menutup seluruh wajah.

Arjuna memerhatikan gerak-geri gadis itu. Tiada isyarat perlu diberikan kepada Jebat kerana dia tahu pemuda itu sendiri tahu mahu bertindak bagaimana apabila melihatkan gerak-geri insan berhud hitam itu. Masing-masing mula menyimpan keris.

Mereka tahu gadis itu sudah mula membuka langkah bersiaga namun masing-masing sudah berniat tidak akan mencederakan gadis tersebut maka pertarungan ini akan mereka hentikan dengan hanya menggunakan ilmu seni bela diri tanpa perlu keris dihunus ke arah insan tersebut.

Dahlia memegang kerisnya bersedia untuk menghunus ia bagi mencabut lari dari situ. Masing-masing kini dalam keadaan penuh bersiaga. Namun belum sempat sebarang langkah dibuka, pancaran samar-samar sinaran Sang Purnama kini semakin terang menerangi kawasan kapal besar. Malah cahayanya juga bukan putih pualam tetapi merah menyala bagaikan api.

Kesemuanya menoleh memandang arah cahaya yang tiba-tiba hadir itu kecuali Dahlia yang terlalu khusyuk memikirkan langkah seterusnya.

"ELAK SEMUANYA!!" Jeritan Jebat penuh mega menggegar seluruh isi kapal membuatkan Dahlia terperanjat sama hingga dia turut sama menoleh memandang arah cahaya merah menyala itu.

Namun segalanya sudah terlambat.

Buat pertama kali dalam hidup Dahlia, dirinya menyaksikan sebuah bom merah menyala datang menghampirinya sebegitu dekat sekali. Seluruh tubuhnya bagai mati tidak mampu bergerak namun sesaat sebelum bom itu menghentam kapal, kelibat seorang insan datang dari hadapannya.

Arjuna cuba melindungi Dahlia namun terlewat.

. . .

BOOM!!!

Continue Reading

You'll Also Like

852K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
302K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
36.8K 5.7K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
6.6K 827 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...