Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 46

609 78 12
By Qayssz

Dahlia dan Merpatika menghantar Jentayu pergi dengan pandangan. Benar-benar tergesa burung gergasi itu hingga tidak menanti walau sesaat untuk dia kekal berada di situ. Kini hanya kedua insan itu yang berdiri di tengah kawasan lapang puncak gunung itu.

"Aku akan bergerak dengan sangat pantas. Kau sedia?" Soal Sang Merpatika memberi amaran terlebih dahulu. Bagai menyedut aura Jentayu, merpati putih itu juga sudah mula mengubah watak menjadi serius. Sepanjang dia bersahabat dengan Jentayu, tiadalah pernah walau sekali dia melihat Jentayu sebegitu tegas dan serius dalam bicaranya.

Sekiranya benar-benar terdapat hal mustahak ketika ini, dialah yang akan menggantikan tempat Jentayu untuk menjaga Dahlia sehabis baik. Amanahnya tidak akan dia lempar dan buang begitu sahaja.

Merpatika memandang tepat kepada Dahlia yang sedang berdiri di tebing puncak gunung. Udara malam itu adalah lebih berangin kencang berbanding biasa. Bahaya sekiranya mereka bergerak pantas tanpa hati-hati disemat dalam setiap pergerakan.

Dahlia segera mengangguk pantas penuh bersemangat. Dada berombak penuh kobaran memandangkan ini merupakan misi utamanya yang cukup mustahak. Mungkin dirinya masih belum memahami sepenuhnya tentang situasi sebenar, namun berdasarkan isi kandungan surat yang ditulisnya tadi, sepertinya gagal bukanlah suatu pilihan buat dirinya.

Warkah dilipat lalu disispkan kemas di pinggangnya. Amanat itu akan dia sampaikan kepada pemuda yang dimaksudkan. Tanpa berlengah, Dahlia segera mengambil tempat duduk di atas Sang Merpatika sambil kedua tangannya mengenggam erat bulu gebu sahabatnya itu.

Kedua insan itu segera bergerak dalam kegelapan malam yang meliputi seluruh alam sambil bertemankan cahaya mentol langit memberi sedikit pancaran cahaya sebagai penunjuk jalan bagi kedua insan itu.

Tiada henti hati dan jiwa masing-masing malantunkan zikir memuji Ilahi seraya memohon pertolongan-NYA agar dipermudah segala urusan mereka.

Tamparan angin hebat dari timur laut menolak Sang Merpatika menyukarkan pergerakannya menuju ke pesisir pantai timur. Seluruh tenaga dikerah merpati gergasi itu untuk kekal maju ke hadapan biarpun dirinya seringkali tertolak ke arah tenggara.

Sungguh berat ujian buat kedua insan itu dalam melangsaikan amanah mereka yang satu ini. Dahlia sendiri hanya mampu berpaut sekuatnya pada Merpatika memandangkan apam putih itu tiada ruang langsung untuk memberi perhatian terhadap dirinya akibat segala tumpuan tertumpu pada pegerakannya di dada langit.

Mata Dahlia dikecilkan bagi menudahkan dirinya melihat dengan jelas. Sungguh angin kuat yang hadir di malam hari itu benar-benar membutakan pandangan mata. Sukar untuk dirinya memberi sebarang bentuk bantuan kepada Merpatika.

Namun merpati putih itu tidaklah berputus asa. Nafasnya diambil sedalam yang mungkin ingin membekalkan seluruh tenaga buat penerbangannya. Sayapnya dilibas kuat ke udara bertarung tenaga dengan Sang Angin yang menyukarkan pergerakan.

Biarpun angin kencang itu melambatkan pergerakan mereka, kepantasan dan kekuatan Merpatika berusaha untuk tiba ke destinasi secepat yang mungkin membuahkan hasil. Agak mustahil untuk mereka berdua yang dari bahagian pantai barat untuk tiba sekelip mata ke pesisiran pantai timur dalam jangka masa yang pendek.

Namun Merpatika bagai memecah rekod, mengibarkan sayapnya sepantas dan sekuat yang mungkin mengharungi segala tamparan hebat Sang Angin memaksa dirinya menuju ke destinasi.

Kagum Dahlia dibuatnya namun tiba-tiba percikan setitis air mengejutkannya. Perlahan dia mengangkat jarinya untuk mencolet sedikit percikan cecair yang melekat di wajahnya itu.

Kegelapan alam menyukarkannya untuk melihat warna cecair tersebut namun sepertinya ia bukan air biasa. Ini lebih kepada cecair pekat. Tidak lain tidak bukan, ianya adalah darah.

Dahlia terkedu seketika. Dari mana datangnya percikan merah pekat ini? Dia menoleh memandang kirinya memandangkan percikan itu diterimanya dari arah situ.

Sebaik sahaja wajahnya ditoleh menghadap ke kiri, beberapa percikan kecil darah sekali lagi melekat di muka. Ternyata benar darah tersebut datangnya dari arah kiri Dahlia.

'Apakah-?' Senandika Dahlia bermonolog sendirian memandangkan akhirnya dia dapat mengesan bahawasanya darah tersebut merupakan miliknya Merpatika.

'Apakah sayapnya dikibar sekuatnya hingga dia tercedera?' Hati kecil Dahlia berbicara. Risau bertapak di jiwa melihat keadaan Merpatika yang mengutamakan misi lebih dari keselamatan diri sendiri.

Namun Merpatika langsung tidak menghiraukan sayap sendiri yang sudah terluka akibat terkoyak sedikit tatkala melawan arus angin yang kuat.

Bayang lautan pantai timur semakin jelas kelihatan. Alhamdulillah mereka tiba dalam jangka masa yang singkat biarpun terdapat beberapa halangan di sepanjang perjalanan mereka.

Merpatika merendah dan memperlahankan penerbangannya sebelum mereka tiba di pesisiran pantai timur itu. Mereka mendarat di dalam kawasan hutan tebal yang berhampiran dengan pelabuhan pantai timur itu.

"Apakah kau baik-baik sahaja?" Segera Dahlia bergerak pantas mendapatkan sayap Merpatika yang cedera sebaik sahaja kakinya mendarat di lantai hutan. Suaranya bernada perlahan tidak mahu kehadiran mereka dikesan sesiapa.

Merpatika hanya menggeleng perlahan memberi isyarat bahawa dia tidak apa-apa seraya menyembunyikan bahagian sayapnya yang terkoyak dan memuntahkan darah itu.

Segera dia bangkit perlahan mengajak Dahlia bergerak perlahan-lahan bersamanya menuju ke arah sebuah bahtera besar dan gah di pesisiran pantai tersebut. Hanya beberapa cahaya lampu minyak tanah yang digunakan orang kapal bagi menjimatkan kos pertahanan negara.

"Bagaimana kita mahu mencari laksamana yang dimaksudkan?" Soal Dahlia separa berbisik saat diri mereka semakin hampir dengan kapal besar tersebut. Sepertinya Merpatika lebih mengetahui tentang selok belok kawasan itu memandangkan dia hanya bergerak menuju ke arah sebuah kapal besar sahaja dan tidak mendekati kapal-kapal yang lainnya.

Soalan Dahlia dibiarkan berlalu tanpa dihirau. Merpatika kekal memberi sepenuh tumpuan terhadap seluruh isi kapal itu. Memandangkan saiz kapal besar itu hampir manyamai saiz dirinya sendiri, tiadalah sukar baginya untuk melihat sepenuhnya segala isi dan orang-orang kapal yang berada di dalamnya.

Hanya Dahlia yang terpinga menanti jawapan dari Sang Merpatika yang merenung mencari Si Laksamana tanpa berkelip kerana saiznya tubuhnya kecil tidak mampu melihat isi kapal yang jauh lebih tinggi darinya itu.

"Sekarang." Merpatika segera menggunakan hujung paruhnya untuk mengepit belakang hud Dahlia lalu meletakkannya di atas kapal bahagian paling hujung yang gelap geliga tanpa sebarang cahaya menyinari kawasan itu.

"Sembunyi sekiranya terdapat insan selain laksamana yang menyedari kehadiran kau di sini." Ujar Sang Merpatika berbisik di sisi Dahlia yang sudahpun berdiri tegak di atas kapal tersebut.

Gadis itu terkedu seketika dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Dengan mudahnya dia ditarik Sang Merpatika sebegitu rupa. Benar-benar mengejutkan.

Namun Merpatika melakukan itu semua bersebab. Dirinya mendapati kehadiran laksamana yang dicari sedang menuju ke arah hujung kapal itu tanpa ada sesiapa yang mengikuti langkahnya.

Burung gergasi itu kemudiannya kembali menyembunyikan dirinya di dalam hutan tebal menenggelamkan seluruh tubuh dalam kepekatan gelap malam yang menguasai alam.
_______________________•••____________________

Arjuna melipat kemas sepucuk surat lalu menyimpan dokumen itu ke dalam poket pakaiannya. Dokumen itu merupakan surat kebenaran untuk Arjuna merentas sempadan antara Tarawangsa dan Wantachitra di pesisir pantai timur.

Pada asalnya surat itu kepunyaannya laksamana penjaga laut, Tarawangsa yang sebenarnya laksamana Tarawangsa lah berhasrat untuk bertemu dengan pengawal laut Wantachitra, Khoja Hassan itu namun atas beberapa hal mustahak yang tidak dapat dielak, tugasnya diserahkan kepada Arjuna untuk dilangsaikan memandangkan dirinya begitu mempercayai Arjuna lebih dari segalanya.

Dia sendiri tahu tentang kejujuran dan sifat tanggungjawab yang tinggi temenggung Tarawangsa itu dalam menjalankan amanahnya dengan baik. Maka tiadalah perlu dia merisaukan akan halnya yang telahpun berada bawah tanggungjawab Arjuna. Sungguh insan itu benar-benar dipercayainya.

Arjuna dan Awi berjalan perlahan dalam kegelapan malam akibat mereka semakin jauh dari kawasan bandar dan tidak pula terlalu hampir dengan pesisiran pantai timur yang ingin dituju. Keduanya berada dalam keadaan sentiasa bersedia bagi sebarang kemungkinan.

Sungguh musuh berada di mana-mana malah malang juga tidak berbau. Maka adalah penting untuk mereka lebih berhati-hati dalam perjalanan.
_______________________•••____________________

Laksamana Khoja memberhentikan langkahnya. Dirinya mengesan kehadiran seorang insan di situ. Sekiranya itu adalah orang kapalnya sekalipun, di manakah insan itu? Langsung tiada kelibat yang kelihatan.

Perlahan-lahan langkahnya dibuka sambil tumpuan penuh diberikan kepada keadaan sekeliling. Tubuhnya dalam keadaan bersiaga namun dirinya sedang berbicara dengan alam berpadu tenaga mencari insan tidak diundang itu.

Sungguh Laksamana Khoja bukanlah orang biasa-biasa. Pemuda dalam lingkungan umur 40-an itu masih kekal tangkas dan cekap walau dalam keadaan tidak disinari cahaya. Bahkan sinaran cahaya Sang Bulan juga hanyalah samar-samar dan tidak mampu memberi sebarang bentuk bantuan kepada pemuda itu.

Dahlia kekal membisu tanpa bicara. Dirinya tidak bersiaga biarpun berada dalam pengetahuannya bahawa pemuda di hadapan itu sudah bersedia dengan sebatang keris kemas berada dalam genggaman tangan. Amanahnya hanyalah untuk menyerahkan sepucuk surat kepada pemuda itu tanpa mencederakannya.

Zup!

Beterbangan hud Dahlia jatuh ke bahunya tatkala keris Laksamana Khoja berada tepat di batang hidungnya namun dia berjaya memberhentikan langkah pemuda itu dengan tangannya dihalakan lurus ke arah pemuda tersebut menghulurkan surat tepat di wajahnya juga.

Laksamana Khoja terkedu seketika sambil matanya mengerling memandang surat yang berada beberapa inci jaraknya dari retina matanya sendiri.

Kemudian kedua mata bertentang antara satu sama lain. Seorang memandang penuh tajam menyangkakan yang berada di hadapannya adalah musuh dan seorang lagi memberi pandangan redup dan tenang tanpa gusar memegang takhta jiwa.

"Siapa kau?!" Laksamana Khoja melontarkan satu soalan bernada tegas. Perlahan sahaja bicaranya tidak mampu didengari yang lain namun tetap jelas kedengaran oleh Dahlia.

Dahlia tidak menjawab. Bicara Sang Jentayu melekat utuh di mindanya untuk tidak mendedahkan dirinya melainkan sekiranya benar-benar terdesak. Dahlia mengerling ke arah sepucuk surat yang dihulurnya memberi isyarat untuk laksamana itu mengambil surat tersebut.

Perlahan-lahan Laksamana Khoja mengundur beberapa tapak ke belakang sambil tangan kirinya sudahpun mencapai surat kiriman Dahlia itu. Posisinya kekal dalam keadaan bersiaga tanpa henti dia memberi sepenuh tumpuan terhadap gerak-gerinya Dahlia.

Surat berwarna kuning usang itu dibukanya lalu retina mata menangkap setiap butir kata yang dicoret dakwat hitam ke atas kertas tersebut.

Dahinya berkerut sedikit gusar selepas menghadam isi surat. Namun riak wajahnya berubah serta-merta saat matanya menangkap tepekan cop berdakwat hitam pad hujung surat itu.

Sungguh dia mengenali akan logo istana itu yang membawa maksud surat ini merupakan kiriman Tengku Puteri Seri Dahlia. Terbuntang mata Laksamana Khoja memandang insan berhud hitam yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Dahlia kekal tenang tanpa bicara. Pawana dingin malam dibiarkan menyapu lembut wajahnya mengalunkan busananya perlahan menyentuh kulit. Sesekala kedudukan mereka sedikit berganjak akibat tolakan ombak yang menggenggar kapal.

"Maaf ku hulur atas tingkah laku Ku sebentar tadi. Apakah kau kirimannya Tengku Puteri?" Laksamana khoja melontar kata ampun atas kesilapannya sambil matanya kembali menatap wajah misteri di hadapannya yang sedikit tertutup dengan hud hitam lalu tenggelam dalam kegelapan malam.

Deruan angin dingin malam tiba-tiba berhembus kuat menerbangkan hud hitam Dahlia. Tolakan ombak separa kuat menggenggar seluruh isi kapal menyebabkan kedudukan Dahlia mendapat sinaran cahaya Sang Bulan menyerlahkan separuh daripada wajahnya yang bertopeng itu.

Jantung pemuda berumur dalam lingkungan 40-an tu bagaikan mahu gugur tatkala matanya menangkap sekilas wajah insan di hadapannya itu. Sungguh dia bagaikan mengenali gadis itu.

Serta-merta mindanya dihentak deja vu. Tengku!

"A-ampun Tengku! Beribu-ribu ampun atas kesilapan patik tidak mengenali Tengku lebih awal hingga tega mengacukan keris ke hadapan wajah Tengku sendiri. Ampunkan patik beribu-ribu ampun. Sungguh tiada yang mampu melangsai hutang silap ini melainkan hukuman pancung ke atas patik pacal yang hina ini." Segera sembah hormat diberi kepada Dahlia tatkala Laksamana Khoja sudah dapat mengenali wajah misteri itu.

Ternyata dirinya sendiri pernah berjumpa dengan Tengku Puteri itu sendiri menyebabkan dengan begitu mudah dia mengenali gadis itu biarpun separuh daripada wajahnya masih tidak kelihatan.

Dahlia terkedu seketika saat sembah hormat diberi kepadanya. Seumur hidupnya tidak pernah dia dilayan sebegitu rupa. Rasa bersalah timbul menghantui jiwa kerana sungguh jiwa kerdilnya berasa tiadalah layak buat dirinya untuk menerima segala penghormatan yang bukan miliknya ini.

'Apakah laksamana ini pernah bertemu dengan puteri sebenar?' Senandika Dahlia berbisik perlahan bermonolog sendirian melihatkan tingkah laku pemuda itu yang mengenali dirinya serta-merta tanpa perlu dia mencabut pelitup wajahnya.

Mana mungkin wujudnya rangkaian internet pada zaman sebegini. Sekiranya tidak pernah bertemu, masakan beliau tahu bagaimana rupa wajah Tengku Puteri? Tambahan pula gelap sedang menguasai seluruh alam menyukarkan lagi untuk mengecam wajah seseorang dengan begitu tepat.

"Bergerak sekarang." Tanpa membalas pohonan ampun Laksamana Khoja, Dahlia segera mengarahkannya untuk bergerak sekarang tanpa berlengah lagi. "Tiadalah perlu untuk beta bertindak membayar hutang silap kau dengan darah memandangkan hal ini hanyalah perkara kecil dan biasa yang boleh diselesaikan dengan hanya dikurniakan kemaafan buat kau." Dahlia menyambung lagi.

Satu keluhan berat dilepaskan Laksamana Khoja.

"Sekarang." Sepatah kata Dahlia menampan bicaranya Laksamana Khoja.

"Menjunjung titah Tengku!" Segera pemuda itu kembali mengunci mulutnya dan memberi sembah hormat untuk bergerak menuju ke destinasi yang tertera dalam surat.

Dirinya sendiri masih belum memahami sepenuhnya tujuan utama dirinya harus ke destinasi segera pada waktu itu juga memandangkan hanya arahan diberikan kepadanya tetapi tidak asbab musabab. Namun beliau tetap segera menurut tanpa banyak alasan.

Segala kelengkapan ringkasnya dicapai lalu dirinya turun dari kapal besar itu menunggang kudanya sepantas yang mungkin untuk menurut titah Tengku Puteri Seri Dahlia...

Continue Reading

You'll Also Like

150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
302K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
361K 39.2K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...