My Lovely Crush❤

By Kyennss

197K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 18:Curiga
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 20:Terima Atau Tidak?

3K 118 7
By Kyennss

Sehari sebelum tahun baru, Niya bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Dia masih mamai, matanya digosok-gosok sambil kaki menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan  mengambil wudu. " Adui, mengantuknya mata, ni belum masa sekolah lagi! " rungut Niya, " BUK! " .

" Adoi! " teriak Niya. Dia terjatuh di atas lantai, kepalanya terasa sakit. Perlahan-lahan dia membuka mata, " Ya Allah, aku belum buka pintu rupanya ish, ish, ish! " kata Niya.

Selesai membersihkan diri, Niya memakai telekung nya di bilik solat. Masih belum kelihatan kelibat Hafizah dan Lina di bilik tersebut. " Mama, mana Ka Fizah dengan Lina? " soal Niya, " Hmm, entahlah diorang tu, sudah dibangunkan masih belum mau bangun! Biar papa sajalah yang bangunkan " jawab mama Izah panjang lebar. Niya menggeleng-gelengkan kepala nya.

Faham sangat lah perangai mereka berdua tu, bila sudah datang malas, apa lagi ponteng solatlah. Dengan alasan uzur lah, itulah, inilah bla.. Bla.. Bla... Nampak sangat korang tu pemalas, period apa sampai sebulan? Itu penyakit namanya~

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Emma berada di tempat kerja nya. Perasaan malas menghasut dirinya, mungkin kerana dia dilanda demam panas. Khadijah perasan akan kelakuan Emma yang agak malas itu, dia menghampiri Emma secara perlahan-lahan.

" Bah! " sergah Khadijah, " Oi Luqman, Man, Man! " latah Emma. Khadijah membuat senyum nakal, " Eh, Luqman? A.. Kau suka Luqman erk? Abang Luqman kau tu a.. " usik Khadijah. " Ish, tak adalah! " marah Emma, dia membetulkan tudungnya yang senget-benget. " Kau kenapa? Low, ja! " kata Khadijah, " Demam lah! " jawab Emma.

" Emma, adik-adik kau Ok dah? " soal Khadijah, " Apa? " kata Emma. Wajah nya kelihatan bingung, " Alah, Hafizah, Lina dengan Niya. Macam mana? Diorang masih bermusuh? " jelas Khadijah. " Oh, a'ah! Diorang masih bermusuh. Aku pun tak tahu lah, masih ada peluang mau bebaik kah tidak. " jawab Emma, " Oh, kau sabar ja lah Ok Emma. " kata Khadijah.

" Hai Emma! " suara Aznil kedengaran dari arah belakang, Emma dan Khadijah menoleh ke belakang. " Oh, Aznil. " kata Khadijah, " Dijah aku nak cakap dengan Emma kejap boleh? " kata Aznil. " Oh Ok! " kata Khadijah, Emma menarik lengan Khadijah. " Jangan pergi! Jangan pergi! " bisik Emma, " Alah, kau layan ja lah! " bisik Khadijah. Dia pergi meninggalkan Emma dan Aznil.

Emma menahan geram, dia membelakangi Aznil. " Emma. " panggil Aznil, Emma terus memandang Aznil. Di tangan nya terdapat kotak hadiah kecil, Emma memandang kotak hadiah itu. " Emma, ni untuk awak. " kata Aznil, Emma terkejut. " Kenapa? Hari ni bukan birthday saya. " kata Emma, " Ambil ja lah, sebagai kawan. " kata Aznil. Emma menjadi ragu-ragu hendak mengambilnya, hadiah tersebut telah berada di tangan nya.

" Bukalah. " kata Aznil, Emma membukanya. " Cincin? " bisik hati Emma, " Saya harap kita dapat jadi kawan. " kata Aznil. Emma memandang wajah Aznil, Aznil terkejut. " Kenapa dia pandang aku macam tu? " soal Aznil dalam hati, " Kenapa Emma? " soal Aznil. " Tiada lah, cuma, rasa ganjil bila awak tiba-tiba bagi cincin. Sedangkan selama ni saya tak layan awak pun. " jelas Emma.

" Lah, pasal tu ja. Tak apalah, asalkan... " kata Aznil, " Asalkan? " kata Emma sambil tersenyum manis. " Asalkan awak nak kawan dengan saya. " kata Aznil, Emma ketawa. Nampak comel di mata Aznil, first time tu! First time! Selama ni Emma dan Aznil tak pernah macam ni. Cakap pun jarang tersangatlah jarang! Apa tidak gembira dan berbunga-bunga hati Aznil.

Petang menjelma, Mikhail sekeluarga duduk di ruang tamu. " Apa ibu? Ala, tak naklah ibu! " rungut Mikhail, " Kenapa? Setakat makan malam bersama ja! " kata Datin Sharifah. " Tapi... Adik... " kata Mikhail dalam nada yang manja, " Malu! " pintas Luqman. " Ish, seboklah! " Mikhail memukul lembut lengan Luqman, " Hahaha, malu dengan Niya lah tu! " tambah Luqman lagi. " Eee! " Mikhail menumbuk-numbuk Luqman, Luqman hanya ketawa, ketawa dan ketawa.

" Eh, Mikhail, Luqman apa tu? Pergi lah siap, nanti lambat. " kata Dato' Sulaiman, " A'ah, nanti lambat nak jumpa keluarga mertua kau! Hahaha. " Luqman berlari naik ke bilik nya selepas mengusik Mikhail. Mikhail mencebik, Datin Sharifah mencuit bibir Mikhail. " Apa muncung ni? Senyumlah sikit, nanti nak jumpa bakal isterikan? Hahaha " kali ini Datin Sharifah, " Eee jangan lah ibu! " marah Mikhail dalam nada yang manja.

Dia berlari naik ke bilik nya, Datin Sharifah dan Dato' Sulaiman tersenyum melihat kelakuan anak bongsunya yang manja itu.

Niya berada di dalam kereta Emma, mama Izah, Lina, Mira dan Hafizah berada di kereta yang dipandu Encik Syakir. Adam dan Zakaria berada di kereta Zainuddin, boys zone katanya~

Niya asyik termenung ke luar tingkap, Emma menegur Niya. Niya memandang Emma, " Kenapa Niya? " soal Emma. " Tiada apa pa. " jawab Niya, " Oh. " kata Emma. Niya terpandang cincin yang berada di jari Emma, " Bila Ka Emma ada cincin tu? " soal Niya. " Oh, kawan kaka bagi. " jawab Emma, " Siapa? " soal Niya lagi. Wajah ingin tahu terserlah di wajah Niya.

" Apa aku nak cakap? Takkan aku nak cakap Aznil bagi. " bisik hati Emma, " Arr.. Ka Dijah yang bagi. " kata Emma tergagap-gagap. " Oh. " kata Niya, dia membetulkan posisi duduknya, Emma menelan air liurnya rakus. " Nasib. " bisik hati Emma.

Mereka tiba di sebuah restoran berdekatan pantai, suasana malam itu agak sejuk. Bintang dan bulan menghiasi langit, suasana pada malam itu agak romantik. Mereka sekeluarga berjalan menuju ke meja yang telah di booking oleh keluarga Mikhail. Keluarga Mikhail sudah berada di meja tersebut.

Mikhail memakai kemeja putih bergaris hitam, seluar jeans warna hitam di sarungkan pada bahagian kaki. Topi Obey dipakai secara terbalik, dia memakai cermin mata yang tiada kanta sebagai hiasan. Kasut putih dipakai di bahagian kaki. Manakala Luqman memakai kemeja merah nya, jeans hitam disarungkan pada bahagian kaki. Rambutnya disikat kemas, dia hanya memakai sandel di kakinya.

Niya memakai bawal biru di bahagian kepala, kemeja turquoise di pakaikan di bahagian tubuh, skirt hitam dijadikan sebagai kontranya. Kasut tumit tinggi yang tak adalah tinggi sangat di pakai di bahagian kaki.

Dua keluarga itu duduk di sekeliling meja, para ibu bapa itu sedang rancak berbual. Hafizah dan Lina sudah di warning oleh Encik Syakir supaya menjaga kata-kata mereka, jika dibuat juga, kad kredit dan gajet mereka akan dirampas. Manalah sanggup diorang dua tu.

Mikhail berasa gelisah, Niya hanya diam dan menjadi pendengar setia pada ibu bapa itu. Akhirnya makanan yang dipesan telah tiba, mereka semua menjamu selera bersama-sama.

Selesai makan, para ibu bapa itu tiba-tiba diam. Niya pandang Emma, Emma pandang Niya, Niya pandang Mikhail, Mikhail pandang Luqman, Luqman pandang Mikhail, Mikhail pandang Adam, Adam pandang Lina, Lina pandang Hafizah, Hafizah pandang Zakaria, Zakaria pandang Zainuddin, Zainuddin pandang Hafizah, Hafizah pandang Mira, Mira pandang mama Izah. Last-last semua pandang para ibu bapa itu.

" Sebenarnya ibu ada sesuatu nak cakap. " Datin Sharifah mula bersuara, Mikhail mulai gelabah. " Aduh, aduh! " bisik Mikhail, Luqman mula mentertawakan Mikhail. " Niya " panggil Datin Sharifah, Niya memandang Datin Sharifah. Mikhail tiba-tiba berdiri tegak, " Ibu, adik nak pergi tandas! " Mikhail ber lari meninggalkan meja itu. Luqman dan Emma tersenyum melihat kelakuan Mikhail. Niya masih blur, dia tidak tahu apa yang bakal berlaku.

" Niya nak kahwin dengan Mikhail? " soalan Datin Sharifah membuatkan Niya hampir terkena heart attack, matanya terbeliak, jantung sudah membuat larian marathon, badan terasa hendak melebur. " Niya, Niya sabar sayang, bawa bertenang. " pujuk mama Izah. " Ma apa ni? Apa ibu cakap ni? " kata Niya, air mata mula mengalir di pipinya.

Terkejut Datin Sharifah dan Dato' Sulaiman, " Niya, kita bincang baik-baik tau sayang. " pujuk Encik Syakir. " Alah, kau terima ja lah, apa susah? " sampuk Hafizah, Niya memandang Hafizah. Encik Syakir memandang Hafizah dengan pandangan memberi arahan suapaya diam, Niya semakin sebak. " Niya, ibu dengan ayah nak sangat Niya jadi menantu mereka, ini impian ibu dengan ayah. Niya terima? " kata mama Izah.

Niya hanya diam, dia bingkas bangun lalu berlari meninggalkan meja. " Niya! Niya! " jerit mama Izah, Luqman dan Emma saling berpandangan. " Maaflah Kak, Niya memang macam ni " kata mama Izah, " Tak apa kaka faham. " kata Datin Sharifah. Niya tiba di parkir kereta, dia bersandar pada sebatang pokok. Dia terasa sesak untuk bernafas, " Kenapa aku kena kahwin? Aku sayang ibu aku Sayang ayah, aku sayang mama dengan papa aku tak nak kecewakan impian mereka. Tapi aku masih muda, aku belum matang untuk menjadi seorang isteri. " bisik hati nya.

Tiba-tiba dia ternampak Mikhail tidak jauh dari sana, Mikhail sedang duduk bersendirian. Niya mendekati Mikhail, Mikhail memandang Niya. " Niya. " Mikhail bingkas bangun, air mata terus mengalir di pipi Niya. Mikhail faham maksud air mata itu, air mata di mana seorang remaja yang masih belum mampu menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin dengan seorang insan yang tidak dicintai. " Kau dah tahu benda ni kan? Sebab tu kau lari tadi. " kata Niya, Mikhail mengangguk.

" Aku minta maaf Niya. " kata Mikhail, " Untuk apa? " soal Niya. " Sebab tak bagitau kau hal ni. " jelas Mikhail, " Ni bukan salah kau. " kata Niya. Mikhail tercengang, dia sangka yang dia bakal dihentam oleh Niya. Tapi hanya perkataan " NI BUKAN SALAH KAU " keluar dari mulutnya. " Kau serious? " soal Mikhail, " Mak bapa kita yang nak kahwinkan kita. Kita mesti berusaha cegah rancangan ni. " kata Niya. Ok, ni berita baik kah tidak? Niya terima atau tidak?

2 hari selepas itu~

Niya sedang mengemas barang-barang sekolahannya, maklumlah lusa dah sekolah. " BAB " bunyi kuakan pintu sehingga terhembat pada dinding bilik Niya, Niya bingkas bangun kerana terkejut. " Anak pungut! " suara Hafizah yang sedang marah, entah apa lagilah yang hendak dimarahkannya kali ni. " Ka Fizah. " kata Niya lembut, Hafizah mendekati Niya. Dia membaling beberapa helai pakaian ke wajah Niya.

" Ni apasal ni? Apasal? " kata Hafizah, Niya duduk melutut lalu membelek baju itu. Baju itu telah digunting oleh seseorang, " Ni kerja kau kan! Mengaku cepat! " tengking Hafizah. " Manada Ka! " kata Niya, " Habis tu siapa? Cakap cepat, siapa yang berani gunting baju aku? " kata Hafizah sambil berpeluk tubuh. Niya berfikir sejenak, dia teringat yang Lina ada memegang gunting pada hari itu. " Lina. " kata Niya perlahan, " Siapa? Lina? Oi gila! Kau jangan nak tuduh adik aku! " Hafizah menolak kepala Niya berkali-kaki.

Niya memegang kepalanya, seperti ada sesuatu yang menyekat suaranya untuk berteriak memanggil nama Encik Syakir. " Hafizah! " suara mama Izah kedengaran dari arah pintu, Hafizah dan Niya sama-sama terkejut. Mama Izah mendekati Niya, " Niya bangun." arah mama Izah. Perlahan-lahan Niya berdiri, Hafizah terus ber lalu pergi dari bilik Niya. Mama Izah hanya membiarkan Hafizah pergi, " Niya kenapa Ka Hafizah buat Niya macam tu? " soal mama Izah. " Ni lah pasal baju ni, entah siapalah yang pergi gunting. " jawab Niya.

" Tapi, Niya tak buatkan? " soal mama Izah, " Takkanlah Niya nak buat kalau Niya dah tahu benda tu akan mendatangkan bala kepada Niya. " jawab Niya. " Hmm, ye lah. Tapi Niya Ok kan, tak ada luka kan? " soal mama Izah, " Ok, Niya Ok. " kata Niya. Keadaan senyap seketika, Niya memutarkan bebola matanya 360°, 180° dan 90°. " Niya. " mama Izah mula membuka suara, Niya memandang tepat wajah mama Izah. " Niya belum bagi keputusan pasal perkahwinan tu " kata mama Izah, Niya mengeluh. Sakit otaknya memikirkan hal ini.

" Ma tahun ni kan Niya SPM. Takkan Niya nak kahwin. " kata Niya dengan nada sayunya, mama Izah mengusap rambut Niya. " Niya, cuba fikir sayang. Kalau Niya terima perkahwinan tu, Niya takkan kena dera dengan Ka Hafizah. Sebab ibu kata kalau Niya setuju Niya boleh tinggal di sana. Lagi satu, kalau Niya nak belajar senang, Mikhail kan budak pandai. Niya boleh minta tunjuk ajar. Lagi satu, walupun Niya tak ada perasaan pada dia sekarang, siapa tahu hati Niya terbuka untuk dia? " jelas mama Izah panjang lebar.

" Hati aku terbuka untuk dia? Tapi, macam mana? Sedangkan hati aku dah terbuka untuk Riyan. " bisik hati Niya, jauh dia termenung. Perlahan-lahan air mata jatuh ke pipinya. Mama Izah memeluk Niya, " Mama faham perasaan Niya. Tapi ni untuk kebaikan Niya juga. " pujuk mama Izah. Niya terus menangis di dakapan mama Izah.

Tamat Bab 20:Terima Atau Tidak?

#IamSabahan

Continue Reading

You'll Also Like

585K 30.9K 23
CHRIS HANS EMELIO! Seorang mafia yang dikenali sebagai King Of Mafia. Sebagai seorang mafia, dia tiada masa untuk mengenal apa erti cinta. Mempunya...
41K 1.8K 40
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
4M 161K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...