Dusta Puteri Palsu

Por Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Más

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 41

737 98 2
Por Qayssz

"Apakah kau benar-benar yakin dengan apa yang dibicarakan dirimu sendiri?" Ratu Gemala menyoal tegas sambil matanya merenung bunian itu penuh tajam. Dirinya harus memastikan kebenaran kata-kata pemuda itu supaya beliau boleh membuat persediaan awal terlebih dahulu.

"Mudah sahaja. Mungkin Raja Sang lah yang akan melakukan semua itu dan ianya tiada kaitan dengan alam bunian kita. Namun, sekiranya kerajaanku sudah berjaya menawan Wantachitra, tidak mustahil bunian di sana mahukan dua pemimpin di alam kita bukan?" Dengan mudah bunian tadi membalas pertanyaan Ratu Gemala dengan persoalan.

Dahlia sedikit terpinga tidak memahami maksud bunian itu. 'Jikalah sudah mahu melontar kata, bicaranya usah terbelit-belit!' Dengus Dahlia geram. Dia mahu turut sama tidak ketinggalan dalam keadaan begini.

Merpatika terkedu. 'Wantachitra akan ditawan?' Hati kecilnya berbisik. 'Mengapa Permaisuri dan Sultan seolah-olah tidak bersedia?' Hilang seketika Sang Merpatika dalam layangan fikirannya. Sungguh hakikat kerajaan lain ingin sentiasa menawan sebuah lagi kerajaan lain itu berada dalam pengetahuannya, namun bicara si bunian tadi seolah-olah menyatakan bahawa Sulantara benar-benar akan melakukan serangan dalam masa terdekat.

"Untuk apa? Tiadalah sebab yang kukuh untuk sesebuah kerajaan menawan Wantachitra?" Soal Sang Merpatika. Wajahnya terserlah rasa ingin tahu yang mendalam. Hatinya sedikit membara dengan api amarah namun berjaya dikawalnya dengan baik.

"Hahahah, kau sangka aku bodoh ya?" Si bunian tertawa sinis sambil matanya mengerling Merpatika seolah memerli burung gergasi itu.

Ratu Gemala kekal membatu dengan harapan si bunian menjawab pertanyaan Merpatika itu. Sungguh dia tahu tidak mungkin seseorang yang mahu menyerang akan memberitahu rancangannya kepada pihak lawan. Hancur binasalah rancangan mereka nanti.

"Kalian sangka aku akan bongkarkan rahsia ini semudah itu sahaja kepada kalian?" Tawanya si bunian jahat itu semakin lama semakin kuat nada memerlinya. Terkekek-kekek dia ketawa persis pontianak.

Sang Merpatika masih menanti bicara bunian itu biarpun diperli sebegitu rupa. Api amarahnya ditelan seketika demi mendengarkan jawapan daripada pemuda itu.

Namun hampa. Bunian itu masih terkekek ketawa tanpa henti. Ratu Gemala mendengus berat. 'Dasar tidak guna punya bunian!' Dirinya yang setia menanti turut kecewa sama.

"Tidak mengapalah, Sang Jentayu dan sahabatnya usah gusar. Pemuda ini akan Beta bawa pulang ke alam Beta semula dan akan dipastikan dia membuka mulutnya berbicara memuntahkan segala maklumat yang diketahuinya." Ujar Ratu Gemala memandang Jentayu dan Merpatika serta Dahlia yang berada di sisinya. Saat matanya bertentang dengan Dahlia dan Merpatika, segera kepalanya menunduk sedikit tanda hormat.

"Humban dia ke Penjara Sangkar!" Titah Ratu Gemala kepada hulubalangnya. Penjara Sangkar merupakan penjara tahap paling tinggi dalam tingkatan penjara-penjara di alam bunian di mana penjara ini mempunyai pengawalan yang sungguh ketat dan banduannya tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana seluruh tubuh diikat di dinding penjara tersebut.

Biasanya penjara itu akan digunakan buat banduannya yang benar-benar merbahaya dan besar kesalahannya hingga salah satu cara untuk melepaskan diri dari penjara itu adalah mati.

Baru sahaja Ratu Gemala ingin membuka langkah menoleh ke belakang dan bergerak pulang ke tempatnya semula, langkahnya terhenti tatkala kedengaran satu suara wanita yang menjerit dari belakang.

"Kanda!" Suara itu melaung dengan panggilan sayang namun dalam nada penuh gusar dan risau.

"Melur?" Lela Sakti terkedu melihat kelibat adindanya yang tiba-tiba muncul dari belakang Dahlia. Wajahnya terlukis risau tiada penghujung sambil matanya melekat tidak berganjak daripada menatap bunian cedera itu.

"Oh tidak, kanda! Mengapa ini? Siapakah gerangan yang telah mencederakan wajah tampan kau?" Melur bergerak berlari anak meluru ke arah bunian tersebut.

Masing-masing terkesima seketika. Itulah Puteri Melur, adindanya Lela Sakti. Para bunian mungkin mengenalinya tetapi tidak bagi Jentayu, Merpatika dan Dahlia. Entah bagaimana gadis itu tiba-tiba muncul di situ, mereka pun tidak tahu.

Melur menyapu lembut wajah kekasih hatinya yang sudah berdarah ditumbuk Lela Sakti. Matanya memandang pemuda itu penuh sayu. Kesemua yang berada di situ menjadi penonton tanpa sengaja hanya terkedu tanpa bicara. Tidak pasal-pasal mendapat tontonan bicara kasih secara percuma.

Dahlia mencebik sedikit. Geli-geleman dibuatnya melihatkan dua insan itu bagaikan sudah lupa bahawa mereka menjadi tontonan ramai ketika ini.

Bunian itu sepertinya membisikkan sesuatu kepada Melur sepertinya mengadu siapa yang telah mencederakannya sebegitu rupa.

"Kakanda! Apakah kakanda tidak serik berdendam tanpa sebab dengan Banang yang tidak bersalah?" Akibat buta dipanah cinta palsu, Melur melampiaskan marahnya kepada Lela Sakti, kakanda kandungnya sendiri.

Lela Sakti terkesima seketika. "Apa?!"

"Bagaimana kau boleh tiba di sini? Bukankah aku berpesan untuk tidak ke mana-mana selagi aku masih belum pulang?" Geram Lela Sakti dengan tingkah laku Melur yang masih ingin bersama dengan Si Banang yang tidaklah sesuai menjadi calon suami itu.

"Aku hanya ingin keluar mengambil angin sahaja! Salahkah? Apakah kau pengatur hidupku? Biarkan sahajalah aku pergi ke mana sahaja semahuku!" Merah padam wajah Melur menahan marah. "Seperkara lagi! Mengapa kau mencederakan Banang lagi? Apakah tidak puas kau menabur fitnah terhadap dirinya, kini kau mahu menghabiskan dia semula?" Langsung hilang adab dan tatasusilanya Si Melur ini di hadapan ratunya sendiri yang menyaksikan segala tingkah lakunya yang dipandu amarah itu.

Banang hanya tersenyum kecil lucu melihat permainannya berjaya mewujudkan kucar-kacir antara dua pihak. Lela Sakti masih kekal membatu. Dirinya semahunya ingin membalas bicara adindanya itu namun kehadiran Ratu Gemala di situ menghentikan tindakannya kerana sungguh tidak manis untuk dia bertikam lidah di hadapan pemimpinnya sendiri.

"Kau! Kau juga sama!" Melur tiba-tiba memusingkan tubuhnya menghadap Dahlia sambil tangannya menuding geram ke arah gadis itu. Dahlia terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja dia dipersalahkan? Atas kesalahan apa?

"Kau ya yang melepaskan panahan hingga tembus daging kekasih hatiku?!"

'Oh itu!' Senandika Dahlia berbicara namun mulutnya kekal terkunci. 'Ala sorry ah do. Lek ah bukannya boyfriend kau mati pun, nyah' Hati kecilnya membebel geram. Awalnya memang hatinya terpaut rasa simpati terhadap Si Banang itu namun selepas melihat tingkah lakunya, langsung tidak ingin Dahlia meminta maaf lagi.

"Berani kau tidak menghiraukan aku ya?!" Geram Dahlia tidak memberi respons, Melur bertindak menarik keluar kerisnya dan bersedia membenamkan keris itu di leher Dahlia. Namun,

"Sudah! Cukup Melur! Jangan kau biadab di hadapan tetamu beta!" Ratu Gemala tiba-tiba terpacak di hadapan Dahlia sambil kerisnya sendiri yang menepis keris Melur hingga jauh terpelanting ke lantai hutan. Bukan hanya Sang Ratu, malah Jentayu dan Merpatika turut sama mengibarkan sayap masing-masing bagi melindungi Dahlia.

Dahlia hanya terkesima tanpa mengerti kerana dirinya ibarat mendapat tiga benteng kukuh yang sedang melindunginya. Seluruh hulubalang segera bergerak dan bersiaga sama sambil tombak masing-masing dituju ke arah Melur hingga gadis itu tidak mampu berbuat apa-apa. Sungguh tatkala Ratu Gemala mula membuka langkah, tidak kiralah siapa pun lawannya, sekiranya orang itu mahu berlawan sama Sang Ratu, haruslah dia melepasi barisan hulubalang baginda terlebih dahulu.

Sunyi seluruh alam seketika. masing-masing kekal membatu di posisi masing-masing tanpa berganjak walau sedikit. Lela Sakti sendiri tergendala bukaan langkahnya apabila dirinya sedikit terkesima melihat tindakan adindanya yang sudah melampaui batas. Sungguh buruk padahnya sekiranya dia membantah perintah Tuanku.

Melur turut sama terkesima. 'Siapakah gerangan gadis itu? Hingga kesemua insan di sini bergerak melindunginya bahkan Tuanku Ratu Gemala turut sama menjadi benteng buat gadis tersebut?' Hati kecilnya terkedu dengan perkara yang baru sahaja berlaku. Kerisnya terpacak jatuh ke tanah menyebabkan Melur kini tiada senjata bagi bersiaga semula.

"Ampun Tuanku, beribu ampun patik utarakan atas tingkah laku tidak beradab adinda patik. Seandainya tidak keberatan, patik pacal yang hina ingin meminta jasa baik Tuanku untuk memaafkan dan melepaskan Puteri Melur semula agar dapat patik memberi pengajaran setimpal atas perbuatannya, Tuanku." Lela Sakti membuka mulutnya melontar bicara kepada Sang Ratu yang sedang murka.

Dia menunggu penuh sabar untuk menepis segala tombak yang sedang disasar ke arah Melur. Banang di sisinya dibiarkan tanpa dihirau. Sungguh biarpun adindanya itu tidak terhitung silap dan salahnya namun dia tetap merupakan darah dagingnya Lela Sakti.

Ratu Gemala merenung Melur penuh tajam. Mata redup Sang Ratu itu yang pada awalnya memang sudah menyeramkan kini bertambah ngeri tatkala emosinya sedang dipandu amarah. Kerisnya kekal di udara tanpa berganjak selepas keris Melur berjaya ditepisnya dengan mudah.

"Pu-lang."

"Se-ge-ra."

Tajam menikam kalbu bicara ringkas namun padat Ratu Gemala kepada Melur. Gadis itu hanya mampu menelan air liur tiada lagi berani mampu menguasai diri. Kecut perut dibuatnya. Langsung terlupa tentang kekasih hatinya Banang yang masih terduduk di lantai hutan menyaksikan segala kekecohan petang itu.

"A-ampun Tuanku. Menjunjung titah, Tuanku." Terketar-ketar suara Melur membalas bicara Ratu Gemala sambil dirinya sedikit menunduk tanda hormat. Longgar lutut dibuatnya. Segera dia pulang ke Hutan bunian sambil diiringi beberapa hulubalang lain.

Sungguh seluruh jiwa dan raganya dikuasai kesal tidak bersudah. Matanya mengerling memandang Banang penuh sayu. Ikutkan hati mahu sahaja dia membantu kekasihnya itu namun situasi dirinya sekarang ini yang harus dibantu terlebih dahulu.

Namun selang beberapa langkah Melur bergerak, Banang pula ditarik bagi turut pulang sama. Lela Sakti kekal di situ dengan niat dirinya ingin terus segera meminta ampun kepada Ratu Gemala atas keterlanjuran tingkah laku adindanya sebentar tadi.

Kini yang tinggal hanyalah beberapa hulubalang bunian dan Lela Sakti yang menemani Ratu Gemala ketika itu.

Sang Ratu memusingkan tubuhnya menghadap Dahlia di belakangnya. "Beribu ampun beta hulurkan atas kekecohan yang berlaku sebentar tadi." Tegas namun sopan dan lembut kaya dengan adab Ratu Gemala mengutarakan maafnya kepada Dahlia. Sungguh dirinya menganggap gadis itu sebagai tetamu kehormatnya.

"A- ampun Tuanku, tiadalah perlu untuk Tuanku memohon ampun atas sesuatu yang bukan silap Tuanku sendiri." Dahlia mati kata mahu membalas bagaimana memandangkan dirinya turut sama kecut perut melihat tahap garangnya Ratu Gemala apabila murka memegang takhta di jiwa. Hancur segala bahasa istananya.

Ratu Gemala hanya mendengus kecil. Segan menapak utuh di jiwa apabila keburukan rakyatnya sendiri terserlah di hadapan tetamu kehormatnya. Dirinya sebagai Ratu dirasakan seperti tidak berguna apabila gagal menjadi pemimpin terbaik.

Dahlia hanya tersenyum manis memberi isyarat bahawa dia langsung tidak mengambil hati atas tindakan Melur sebentar tadi. Benar, awalnya dia mahu turut sama memarahi gadis itu namun melihatkan kesungguhan semua insan melindunginya, terbantut pergerakan terpadam segala api amarahnya.

"Hai Lela Sakti. Kau tiada apa-apakah yang mahu disampaikan kepada Tuanku Puteri?" Ujar Merpatika tiba-tiba membangkitkan isu tempoh hari di saat bunian itu menyerang Arjuna dan Dahlia tanpa sebab. Terkedu Dahlia seketika apabila Merpatika menggelarnya sebagai Tuanku di hadapan Ratu Gemala.

Ternyata penyamarannya sudah bermula sejak tadi lagi cuma Dahlia sahaja yang lambat menghadam keadaan.

Lela Sakti terkedu seketika. Memang niatnya kekal di situ dan masih tidak pulang kerana mahu melangsaikan hajatnya untuk meminta maaf kepada Dahlia atas perkara tempoh hari namun tidak berani pula dia apabila hal itu dibicarakan di hadapan Ratu Gemala sendiri.

Ratu Gemala menoleh memandang Lela Sakti. Sangkanya pemuda itu mahu meminta maaf atas tingkah laku adindanya yang cuba mengacukan keris kepada Dahlia maka dirinya meminggir ke sisi Merpatika memberi ruang Lela Sakti di belakangnya menyampaikan bicara.

"A-am-ampun Tuanku, beribu ampun patik sampaikan atas keterlanjuran adab adinda patik." Lela Sakti cuba melengahkan waktu daripada membangkitkan isu tempoh hari. Namun akhirnya dia mengalah dan bercadang untuk menerima sebarang leteran Sang Ratu apabila mendapat tahu tentang kesilapannya terhadap gadis itu.

"Patik juga ingin memohon jutaan keampunan atas apa yang telah patik lakukan terhadap Tuanku dan sahabat tempoh hari." Pandangannya Lela jatuh ke lantai hutan yang berlapikkan rumput bagaikan bentangan permaidani hijau muda itu.

Ratu Gemala berkerut. Sungguh dia tidak tahu menahu tentang ini. "Tempoh hari? Apakah ada perkara yang masih belum tiba ke pengetahuan beta?" Sungguh Sang Ratu itu tahu tentang segala yang dilakukan Lela Sakti bagi menabur fitnah buat Si Banang namun tiadalah baginda tahu tentang mangsa-mangsa beliau.

Seluruh isi hutan itu kekal membatu bisu tanpa bicara.

"Lela Sakti menyerang Tuanku Puteri dan sahabat baginda tempoh hari." Hanya Merpatika yang membalas persoalan Sang Ratu itu.

Ratu Gemala terkedu. "Apa?!" Matanya memandang tepat ke arah Lela Sakti meminta penjelasan. Parah sungguh dua beradik ini, kedua-duanya sering mencari fasal dengan tetamu kehormatnya? Jikalau mereka hanyalah rakyat marhaen biasa, adalah sedikit mudah bagi beliau menjatuhkan hukuman setimpal atas perbuatan masing-masing. Namun kedua beradik ini merupakan susur galur keturunannya juga. Entah di mana mahu meletakkan muka ini pun dia tidak tahu.

"Sungguh jutaan ampun beta hulurkan. Apakah kalian baik-baik sahaja?" Soal Ratu Gemala penuh risau memandang Dahlia. Malu bukan kepalang dibuatnya.

"Ampun Tuanku, huluran Terima kasih beta utarakan atas keprihatinan Tuanku namun usah risau. Sahabat beta mungkin sedikit cedera parah namun beliau berjaya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan baik sahaja." Balas Dahlia pula menggelarkan dirinya dengan gelaran beta  kerana dia kini berada dalam penyamarannya.

Ratu Gemala mengatup matanya rapat. Runsing mindanya memikirkan karenah pihaknya sendiri. Dahinya sedikit berkerut. Sungguh kesal, malu, segan terserlah jelas di wajahnya.

"Sungguh besar silap pihak beta terhadap Tuanku. Tiadalah mampu pohonan maaf menjadi pemutus kata antara kita."

"Seandainya tidak keberatan, izinkan beta membalas budi baik Tuanku yang telah membantu beta sebentar tadi menangkap Banang tidak berguna itu serta izinkan beta menebus segala kesalahan daripada pihak beta semula." Ujar Ratu Gemala tegas. Sinar matanya memancarkan maksud beliau benar-benar serius dalam bicaranya.

Dahlia terdiam seketika memberi ruang bayu lembut menjadi penghias suasana buat sementara waktu. Seluruh alam sunyi seketika membiarkan Dahlia hanyut dalam lamunannya memikirkan tentang bicara Ratu Gemala...

Seguir leyendo

También te gustarán

585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...