Dusta Puteri Palsu

Por Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Más

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 40

923 107 33
Por Qayssz

Ratu Melawati melangkah keluar dari kereta kudanya menapak ke tanah rata dalam kawasan Istana Wantachitra. Kelihatan kelibat Sultan Muadzam Shah dan Permaisuri Kuntum sedang berjalan bergerak ke arahnya menjadi penyambut tetamu kehormat mereka petang itu.

Sungguh kehadiran Ratu Melawati ke situ hanyalah disebabkan oleh warkah kiriman kedua pemimpin Wantachitra itu yang menjemputnya ke sana bagi membincangkan tentang Puteri Seri Dahlia yang lebih dikenali sebagai Dahlia.

Mereka kemudiannya bergerak masuk ke istana sambil diiringi hulubalang sehinggalah ketiga-tiga pemimpin itu berada di ruang utama istana. Kesemua dayang dan hulubalang lain dititahkan untuk meninggalkan kawasan itu membiarkan hanya tiga jasad itu yang kekal berada di situ.

"Menurut Tuanku, beta dipanggil ke mari demi membincangkan tentang anakandanya Tuanku, Puteri Seri Dahlia? Atau seperti yang berada dalam pengetahuan kita semua, Dahlia?" Soal Ratu Melawati membuka bicara. Beliau memandang sekilas Permaisuri Kuntum yang berseri wajahnya dihiasi senyuman. Sepertinya khabar gembira yang bakal didengarinya.

Sultan Muadzam Shah mengangguk. "Memandangkan Tuanku sendiri telah banyak membantu gadis yang bakal menjadi pengganti sementara anakanda beta, tiadalah gusar untuk beta berkongsi perkembangan terkini dengan Tuanku." Sultan Wantachitra itu membalas sopan. Bahasa istana antara pembesar dengan pembesar diutarakan penuh beradab.

"Wah apakah ada perkembangan terkini?" Soal Ratu Melawati bernada teruja. Padanlah senyuman manis berseri Permaisuri Kuntum tidak lekang dari wajahnya. Biarpun permaisuri itu sendiri tahu bahawa Dahlia yang dimaksudkan bukanlah anakanda kandungnya, namun sepertinya dia masih berharap dengan harapan palsunya.

Bibir Sultan Muadzam turut koyak dengan senyuman. "Benar. Menurut adipati Wantachitra yang beta titahkan untuk mencari Dahlia, Rum Aspalela, sepertinya gadis itu kini berada di sebuah perkampungan kecil di Wantachitra." Sultan itu menyambung bicaranya.

Ratu Melawati terkedu seketika namun sehabis baik dia menyembunyikan riak wajah terkedunya itu. Lidahnya kelu tanpa bicara mindanya ligat memikirkan tentang perkara yang baru didengarinya.

Apakah benar Dahlia berada di situ? Tidak mungkin sama sekali! Gadis itu kini berada bawah jagaan Sang Jentayu. Apakah Rum Aspalela tersilap pandang atau Sultan dan Permaisuri telah menerima berita palsu? Segala persoalan bermain di benak fikirannya.

"Menurut Aspalela, Dahlia baik-baik sahaja dan kehadirannya di situ tidaklah berada dalam pengetahuan penduduk di sana. Saat dia hampir sahaja mahu menghampiri Tuanku, berlakunya satu kemalangan yang memaksa dirinya campur tangan menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu."

"Setibanya beliau ke tempat yang sama selepas menyelesaikan urusannya, Dahlia sudah pun hilang entah ke mana. Katanya lagi dia ingin meneruskan pencarian namun adalah lebih baik perkembangan ini disampaikan kepada beta terlebih dahulu." Sultan Muadzam menghabisi bicaranya sambil tersenyum manis. Sungguh terpalit bahagia dalam nada suaranya.

Ratu Melawati kekal membisu terkedu mati kata. Dahlia tidak berada di situ! Sungguh mustahil untuk insan sehebat Rum Aspalela yang berkemahiran untuk tersilap pandang puteri kerajaannya sendiri. Bahkan berkali sudah pemuda itu bertemu dengan Tuanku Puteri Seri Dahlia itu, masakan dia tidak mengenali wajah Tuanku nya itu?

Hanya senyuman kelat separa manis mampu dilontarkan Ratu Melawati ketika itu. Kegusarannya ditelan. Sekiranya benar tekaannya, kedua pemimpin Wantachitra itu telah pun ditipu hidup-hidup. Sungguh berani benar Si Aspalela ini mempermainkan orang terhormat sebegini rupa!

"Mengapa Tuanku? Sepertinya hairan terlukis di seluruh wajahmu." Permaisuri Kuntum pula bersuara, menyedari perubahan riak wajah Ratu Melawati.

Segera Ratu Melawati menoleh seraya tertawa kecil. "Tiada apalah Tuanku. Mungkin riak wajah beta mengundang salah faham mu." Sungguh perkara ini akan disiasatnya terlebih dahulu. Tambahan pula, Rum Aspalela merupakan orang kepercayaan utuh Sultan Muadzam dan Permaisuri Kuntum.

Mana mungkin dia mengutarakan kegusarannya tanpa bukti dan asbab yang munasabah.
_______________________•••____________________

Bunyi pedang berselisih bergema di seluruh ruang angkasa Taman Mawar Buyung tatkala berpuluh tentera Tarawangsa itu serentak membuat pergerakan tarian adat masing-masing sambil mengeluarkan pedang bagi menghasilkan bunyi yang mampu memukau penonton kelak.

Sebaik sahaja pedang berselisih antara dua insan, barisan belakang yang mewakili insan kedua akan bertukar tempat dengan barisan pertama sebelum sekali lagi secara serentak semuanya mengetuk pedang dengan perisai masing-masing bagi menghasilkan bunyi yang lain pula.

"Eeeeee Aaaa!" Sebaik sahaja hujung pedang bertemu perisai, serentak kesemua tentera akan menghiasi angkasa dengan suara berirama mereka. Tidak lain caranya dengan ketukan kompang berirama yang sering diadakan dalam upacara perkahwinan, lebih kurang sahaja konsepnya cuma diubah suai mengikut adat Tarawangsa sendiri.

Kesemua pergerakan itu digabungkan dan diulang beberapa kali hingga ia menjadi sebuah tarian berirama. Bukan sahaja dihiasi bunyi berirama, malah pergerakan mereka seolah-olah menari dengan tarian Melayu apabila mereka bergerak ke kiri, kanan, depan atau belakang.

Pergerakan akan Megat pastikan berada dalam keadaan serentak dan berirama secara teratur agar tidak mengundang malu kepada kerajaan sendiri. Setiap langkah para tentera diteliti Megat dan Nara sehabis baik.

Pada sebelah pagi mereka akan berlatih untuk pertunjukkan tarian manakala pada sebelah petang pula latihan ketenteraan biasa akan dijalankan. Sungguh untuk beberapa hari ini mereka akan berada dalam keadaan sibuk menguruskan tentang pelbagai hal sebelum tibanya hari Keraian Setiga Serangkai.

"Bagaimana tadi engkau?" Soal Nara tatkala Awi datang berdiri di sisi dia dan Megat. Wajahnya terlukis redha. Apalah hukuman yang diberikan Arjuna agaknya.

"Tiada apalah." Awi tertawa kecil. Dia tidak kisah sebenarnya. Dirinya sendiri yang lebih mengalu-alukan Arjuna untuk memberikannya hukuman ringan. "Aku harus memastikan pertunjukkan tarian ini berjalan lancar namun tiadalah dibenarkan untuk aku bertukar tugas dengan Megat."

Megat menoleh. "Sudah. Bagaimana itu?" Awi tidak sedikit pun mampu campur tangan dalam melatih mereka namun sekiranya pertunjukkan itu ada celanya, salah itu akan jatuh kepada Awi terlebih dahulu sebelum Megat. Sungguh entah apalah yang berada dalam fikiran Arjuna itu.

"Ada caranya." Awi tersenyum manis. Dia hanya perlu melatih Megat dan memastikan sahabatnya itu melakukan sehabis baik dalam melatih tentera yang lainnya. Mungkin ayat Arjuna sedikit berkias namun temenggung Tarawangsa itu tidaklah kejam. Sekadar mahu mengajar apa yang perlu.

"Di mana Arjuna sekarang ini?" Nara pula menyoal sambil matanya melilau mencari kelibat tuannya itu.

"Ituu." Balas Awi sambil dagunya didongak menunjuk ke arah Arjuna yang sedang berada bersama Iskandar dan Ratna. Sepertinya mereka bertiga sedang berlatih sendirian di sana.
_______________________•••____________________

"Kakanda Arjuna, tidak ada peralatan senjata lebihkah untuk aku turut serta berlatih sama?" Soal Ratna yang teringin sungguh menguasai asas ilmu seni bela diri. Dirinya mungkin bukan siapa-siapa tetapi dia turut berada dalam ancaman musuh. Tidak mahu sungguh hati ini terkenangkan pengalamannya diculik tempoh hari.

Arjuna berhenti berlatih dengan Iskandar. Keduanya menoleh memandang Ratna.

"Tidak perlulah. Kau itu kecil lagi. Entah-entah mahu angkat perisai ini pun kau tidak mampu." Balas Iskandar mencelah. Sengaja dia menyakat.

"Itu mungkinlah tidak. Berat sungguh perisai itu. Berikan sahaja aku keris atau sesuatu yang boleh aku gunakan untuk mempertahankan diri dalam keadaan terancam." Ujar Ratna sambil kedua tangan kecilnya seolah menolak perisai itu jauh daripadanya.

"Sudah. Bagaimana kau mahu mempertahankan diri tanpa perisai? Nah, cuba ini." Iskandar tahu bahawa perisai yang berada di tangannya itu memang tidak mampu diangkat Ratna namun sengaja dia tetap memberikan perisai seberat batu itu kepada budak kecil itu.

"Eh ehh jangan! Tidak! Tidak mahu!" Semahunya Ratna menolak namun Iskandar tetap memberikan jua hingga terjatuh gadis kecil itu dibuatnya akibat berat terlampau yang menghempap tubuhnya. Iskandar tertawa kuat geli hati benar menyakat Ratna.

"Eihh, sudah." Arjuna mencepuk Iskandar seraya menolaknya ke tepi. Dia membantu Ratna bangkit semula.

"Kau masih kecil. Keris akan aku berikan selepas kau mahir. Pedang dan perisai pula terlalu berat untuk kau gunakan." Ujar Arjuna sambil matanya melilau ke tanah seolah mencari sesuatu.

Akhirnya matanya menangkap dua batang kayu yang panjangnya persis keris. Kedua-dua kayu tersebut diambilnya dan diserahkan satu kepada Ratna.

"Kita berlatih menggunakan ini dahulu. Cuba kau menyerang aku." Arjuna mengarahkan sambil dirinya separa bersiaga.

Ratna yang tidak tahu apa-apa segera bergerak maju ke hadapan untuk menyerang. Tanpa strategi dan ilmu yang cukup, dengan mudah serangannya dipatahkan Arjuna. Sekelip mata kayu Arjuna pula yang berada di leher Ratna.

Terkejut gadis itu dibuatnya. Pantas! Belum sempat dia habis menghadam situasi sudah tewas di tangan Arjuna. Sungguh inikah tahap kemahiran temenggung Tarawangsa itu? Namun boleh dilihat, Arjuna tidak menggunakan sepenuh tenaganya. Hanya 1/4 sahaja daripada seluruh kemahirannya yang digunakan.

Ternyata biarpun Arjuna sekadar bersahaja dalam pertarungannya dengan Ratna, tetap cekap dan tangkasnya melebihi segala pemuda yang pernah dia lihat sebelum ini.

"Hahahah, Ratna sudah aku katakan! Kau pasti tidak mampu!" Iskandar mengekek ketawa. Suka benar dia menyakat gadis itu habis-habisan.

Ratna menoleh mendengus geram. "Eh engkau ini! Cuba beri kata-kata semangat berbanding asyik menjatuhkan aku saha-" Belum sempat Ratna menghabisi ayatnya dirinya ditumbangkan Arjuna sekali lagi namun saat kepalanya hampir jatuh terhentak ke tanah, tangan kanan Arjuna segera menjaga belakang kepala gadis kecil itu.

Ratna terpinga-pinga. 'Apakah? Aku belum bersedia lagi.' Senandikanya Ratna berbicara perlahan terkedu seketika dirinya tiba-tiba diserang tanpa isyarat. Kemudian, Arjuna membantu Ratna bangkit semula.

"Saat kau berada dalam pertempuran, walaupun seluruh kawasan itu dipenuhi jutaan manusia, di kawasan itu hanya ada engkau dan musuh. Tiada yang lain." Arjuna memandang Ratna bersuara penuh tegas.

Ratna terpinga-pinga tidak memahami bicara Arjuna. "Maksud aku, abaikan persekitaran kau, tumpukan sepenuhnya pada musuh dan pihak lawan." Arjuna menyambung bicaranya dalam susunan ayat yang lebih mudah difahami. Barulah gadis kecil itu kelihatan mengerti.

"Seperkara lagi." Arjuna membuka langkah sedikit. Dengan pantas tangan kirinya yang memegang kayu kini sekali lagi berada pada leher Ratna. "Musuh tidak akan tunggu untuk kau bersedia." Matanya memandang Ratna yang belum sempat bergerak menyelamatkan diri dan hanya kekal membatu tatkala menyedari dia tewas sekali lagi untuk kali yang ketiga.

Sungguh sukar sedikit apabila lawannya kini adalah Arjuna kerana pemuda itu seorang yang kidal. Dengan mudahnya dia menyerang dari arah bertentangan tanpa sempat Ratna mempertahankan dirinya. Padanlah ramai yang mampu ditumpaskan Arjuna. Dia punyai teknik seni tarung yang berbeza dari yang lainnya dan kepantasan luar biasanya bergabung dengan seni tarung yang lain daripada lain menyebabkan ramai pihak tumbang di tangannya.

Sungguh bukanlah calang-calang orang Temenggung Tarawangsa ini.

"Tidak adakah teknik yang boleh aku gunakan untuk menumpaskan musuh biarpun tanpa ilmu seni tarung yang hebat?" Ratna menyoal. Sukar juga ya berlatih ilmu seni bela diri ini. Memakan masa bertahun lamanya. Adalah lebih baik sekiranya ada teknik terhebat buat seseorang sepertinya.

Arjuna tersenyum manis menyerlahkan seri wajahnya "Ada."
_______________________•••____________________

Matahari masih terang menyinari alam sambil para tentera dan yang lainnya mengambil tempat berteduh di bawah pohon bagi merehatkan diri seketika pada waktu rehat. Arjuna berkumpul bersama sahabatnya yang lain.

Masing-masing mengeluarkan sebuku roti sebagai pengalas perut seketika. Teriknya matahari membakar kulit insan-insan yang kepenatan berlatih sehabis baik demi kerajaan sendiri.

Ratna duduk seketika sambil mengelap peluhnya akibat kepenatan berlatih dengan Arjuna sebentar tadi. Menitik-nitik peluhnya mengalir di dahi. Termengah gadis itu cuba mengambil nafasnya kembali. Namun sepertinya hanya Ratna yang lelah melampau manakala Arjuna hanya peluh akibat panahan cahaya matahari. Mungkin gadis itu masih belum biasa berlatih barangkali.

"Nah Ratna." Arjuna menghulurkan sebuku roti daripada Megat kepada Ratna. Gadis itu segera bangkit sambil tangan berpaut pada bahu Iskandar di sisinya bagi mencapai roti yang agak jauh daripadanya.

"Eh Ratna! Ada ulat pada pakaian kau!" Iskandar tiba-tiba menyergah gadis itu sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah hujung baju Ratna.

"Hahh?!" Risau Ratna dibuatnya. Dia kekal membatu dalam keadaan dirinya sedikit membongkok untuk mencapai roti sambil matanya mengerling memandang Iskandar meminta bantuan menghalau pergi ulat itu.

Iskandar pula sengaja kekal dengan lakonan terperanjatnya itu sambil mulutnya sengaja dilopongkan besar seolah-olah besar benar ulat itu. "Ehh ulat itu makan baju kau!" Sengaja ditambah tokok perkara yang tidak pernah berlaku. Terus menerus dia menyakat Ratna.

"Tolonglahhh..." Menggigil suara gadis kecil itu meminta tolong namun tidak dihiraukan Iskandar. Awi, Arjuna dan Megat hanya menggeleng perlahan melihat gelagat Iskandar yang tidak henti menyakat itu.

"Hahhahahah! Engkau ini, sudah-sudahlah menyakat itu." Nara tertawa besar sambil menepuk Iskandar kuat. Ada-ada sahajalah perangai rakan baru Arjuna ini. Hatinya turut sama geli terkekek ketawa bersama Iskandar.

"Tidak ada apalah Ratna. Tiada apa pun pada baju kau. Is bercanda sahaja." Arjuna bersuara sambil roti diletakkan pada telapak tangan kecil gadis itu seraya tangannya memberi isyarat agar Ratna duduk sahaja dan tidak menghiraukan Iskandar di sisinya itu.

Ratna menjeling memandang Iskandar yang masih mengekek tidak henti. Entah apa yang geli hati sangat dua pemuda itu menyakatnya.

"Iyalah, iyalah. Aku minta maaf." Iskandar bersuara sambil diiringi sisa tawanya yang masih berbaki. Tangannya segera menarik Ratna untuk duduk di atas ribanya. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tawa. Ratna sebenarnya berdegil tidak mahu dekat dengan pemuda yang asyik menyakatnya itu namun tenaganya yang sudah kehabisan tidak mampu menyamai tenaga kuat Iskandar.

"Eish, duduk sahajalah di sini. Nanti kau duduk atas tanah, ada ulat lagi gigit pakaian kau." Iskandar menambah lagi seraya menyambung ketawa bersama Nara kerana hanya pemuda itu yang memahami kebahagiaan menyakat orang lain. Tangannya mengusap kepala Ratna perlahan. Dia tidaklah jahat, sekadar bergurau mesra.

Arjuna hanya tersenyum seraya menggeleng. Kasihan Ratna disakat sebegitu rupa.

Waktu rehat itu dihabiskan mereka dengan menjamah roti sebagai pengalas perut seketika sebelum makan tengahari selepas ini sambil saling bertukar bicara antara satu sama lain menikmati waktu bersama di bawah bayangan sebatang pohon rendang.

Seguir leyendo

También te gustarán

164K 16.6K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
851K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
6.6K 827 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...
HYDRA 187 Por eynaasarah

Misterio / Suspenso

21.2K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...