SAYF MALEEQ ||©

Por laurentjoon

577K 24.1K 1.5K

[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever writt... Más

Prolog- We First Met
1- Introducing
2- "Bring Her to Me"
3- Meeting Again
4- Jalan Kaki
5- Boots
6- Something Happened?
7- Laptop
8- Russian's Family
9- Family Lunch, Called Him
10- The Dinner
11- Aiskrim Coklat
12- Dare Has Been Done
13- "Jangan Pergi"
14- Aidan Thinking About Future
15- Wish and Question
16- Maggi
17- Encik Suami Beku
18- Brother-Sister Bonding
19- Laksa Penang Aidan Hakimi
20- Physical Touch
21- Weekend
22- Kasyaf Khalid
23- Kemunculan
24- Nice Target
25- Energy Charger
26- The Sudden Attack
27- Proud Husband
29- First Time For Both
30- Kebenaran
31- Любовь (love)
32- "Please Do Not Get Hurt"
33- Risau
34- The Devil Inside
35- Sejarah Rumah Agam
36- Picture & Letter
37- Penjelasan
38- Deja Vu
39- Candlelight Lunch
40- New Heartbeat
41- Way To Love
42- Twin Ultrasound
43- Kisah Silam
44- The Love Pendant
45- "It Was Nice While It Last"
46- Kehilangan
47- "But I Love You So..."
48- The Truth Told
49- Short-Term Memory Loss
50- Cip Rahsia
51- Kian Terungkap
52- Scars
53- Nilai Sentimental
54- Backstabber
55- Breaking His Own Rule
56- Plan
57- Pagi Yang Indah
58- Rusia's Castle
59- Hedeon Helge
60- Mommy & Daddy
61- Heated Argument
62- Cinta Tiga Segi
63- Belle
64- Bad Thing Happened
65- Beasts
66- The War Has Begun
67- "Im Sorry"
68- Killed
69- The Very Last Kiss (finale)
70- Epilog
Special Part
Jasmina Nazira's Untold Letter
sneak peek
ALTERNATE ENDING

28- Burned

7.8K 344 26
Por laurentjoon

TERKETAR-KETAR lutut Jasmine dibuatnya. Tak pernah lagi sepanjang dia bekerja, dia kena marah seteruk ini hanya kerana datang lewat. Tapi harini, nampak chief hospital ini dalam keadaan mood yang kurang baik. Mungkin terlebih makan lemon kut masa sarapan pagi tadi.

Cakap pasal sarapan, terus perut Jasmine berkeroncong. Dia tak sempat pun nak jamah makanan yang terhidang di atas meja makan tadi. Mungkin dimasak oleh Melvin agaknya.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni, Dr. Jasmine? Ke awak nak saya pecat awak?". Apa main pecat-pecat ni? Baru sekali dia datang lewat.

"Dengar".

"Awak tahu tak yang doktor lain terpaksa ganti awak dalam pembedahan Syarifah". Membulat mata Jasmine mendengarkan kenyataan itu.

Syarifah. Kanak-kanak yang koma selepas dibedah oleh Jasmine pada tempoh hari. Beberapa minggu yang lepas.

"Bukan pembedahan Syarifah lagi dua hari ke?". Soalnya keliru. Tak silapnya, betul lah hari Khamis nanti tarikh pembedahan tu. Kenapa buat harini?

"Keadaan Syarifah makin kritikal, dia terpaksa dibedah harini juga. Keadaan dia yang kritikal tu, disebabkan awak tau, Dr. Jasmine. Dan awak suka-suka hati je nak datang lewat sampaikan doktor lain terpaksa ganti. Awak nak lepaskan tanggungjawab awak macam tu je ke, Jasmine?". Marah sangat tu, sampai dibuang perkataan Dr. itu daripada namanya.

" Tapi, pihak hospital tak bagitahu apa-apa pun dekat saya". Jasmine cuba untuk membela dirinya.

"We made the decision urgently. Awak yang sepatutnya ada di sini untuk apa-apa kemungkinan. Kenapa nak salahkan pihak hospital?". Makin berat rasa bersalah yang menimpa Jasmine. Dia berfikir yang semua ini memang salah dia.

"Tapi-".

"Kami dah buat keputusan untuk gantung lesen doktor awak, Jasmine".

"What?! Kenapa sampai macam tu sekali? Saya datang lewat harini je, Dr. Saya terlewat datang harini je. Kenapa sampai nak gantung lesen kedoktoran saya?". Dah macam nak menangis dah Jasmine kat situ. Ini betul-betul dah melampau. Dia langsung tak faham kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian kepadanya.

" Bukan sebab harini sahaja, Jasmine. Kami juga telah membuat keputusan untuk menggantung lesen awak atas sebab kecuaian awak semasa melakukan pembedahan Syarifah beberapa minggu lepas".

Jasmine termenung seketika. Dunianya seakan terhenti berputar. Kesalahan memang 100% diletakkan ke atas bahunya seorang atas kegagalan pembedahan Syarifah.

Tangannya dikepal, dia cuba untuk menahan air mata daripada jatuh. Sakitnya hati dia, hanya Allah sahaja tahu.

"Ni surat gantung awak. Awak boleh pergi kemas barang awak and you can give me the lanyard".

Dengan penuh pasrah, dia membuang tali yang tergantung di lehernya itu lalu diletakkan ke atas meja chief itu. Surat yang terdampar di situ juga diambil.

Sambil menahan rasa dan air mata, dia berjalan keluar daripada bilik berhawa dingin itu.

🦋

" AWALNYA kau balik. Bukan aku baru hantar pukul 9.00 tadi ke? Ni baru pukul 11.00. Kenapa dah call aku suruh ambil?". Caden berdiri betul-betul di hadapan Jasmine di lobi hospital yang agak penuh dengan orang itu.

Kotak yang ada di tangan isterinya itu dipandang sahaja. Sehingga lah dia ternampak beberapa titisan air mata yang jatuh ke atas penutup kotak bewarna hitam itu dengan agak laju.

"Hey, are you okay? Sweetheart? Who hurted you?". Jarinya digunakan untuk mendongakkan kepala Jasmine agar mereka dapat bertentang mata. Jelas kelihatan olehnya mata memerah Jasmine dengan hidung yang hampir sahaja berair.

"Sayf...". Kotak yang dipegang habis jatuh ke lantai, menarik perhatian orang-orang yang ada di lobi hospital itu.

Lututnya yang sungguh terasa lemah itu membuatkan badannya hilang keseimbangan dan hampir sahaja jatuh tersungkur ke lantai. Nasib baik la tangan kekar Caden sempat menyambutnya.

"Tell me who hurted you, sweetheart". Tangan besarnya menggosok-gosok bahagian belakang badan isterinya itu. Tangisan wanita itu semakin kuat. Langsung tak hiraukan segala perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling.

"Saya rasa bersalah, Sayf...". Dengan penuh esakan, dia menangis di dalam pelukan Caden.

Caden tak suka situasi ini. Dia tak suka melihat isterinya menangis. Menangis seteruk ini. Sampaikan tak kisah perhatian orang ramai.

"Kita balik, hm? Nanti dalam kereta, kau cerita".

Jasmine menggeleng. Dia tak nak balik ke rumah.

"Dahtu, nak pergi mana?".

Belum sempat dia menjawab, perutnya terlebih dahulu memberi jawapan.

"Lapar?".

Dia mengangguk.

"Kita pergi makan, on the way home, kau cerita okay?". Lembut sekali suaranya. Cuba untuk memujuk si isteri.

Jasmine hanya mengangguk sekali.

"Kutip barang kau".

Dia suruh, dia juga yang buat. Selepas tidak sanggup melihat wajah tidak bermaya penuh air mata, Jasmine. Rasa macam terlebih kesian pula. Caden never care this much for anyone. Except...

🦋

DIAM sahaja perjalanan pulang ke rumah itu. Masing-masing tak buka mulut.

Jasmine hanya melemparkan pemandangan ke luar tingkap. Menikmati angin tengahari. Pelik kan? Biasa orang menikmati angin malam. Ah, suka hati dia la.

Caden pula hanya fokus terhadap pemanduannya. Tak mahu la dia bertanya, takut makin menjejaskan emosi Jasmine yang masih tidak stabil itu. Sudah macam mak hilang anak sahaja, Si Jasmine tu.

"Awak ingat tak Syarifah? Budak yang saya operate lepastu gagal tu?". Jasmine menarik nafas panjang dan berat sebelum dia mulai mahu membuka cerita.

"9.00 pm, I think? Few hours before we got married. Yes, of course I remember that. Why?".

"Well, ada orang lain yang dah ambil tempat saya untuk handle case Syarifah".

"Apa maksud kau? Aku tak faham".

"Lesen doktor saya kena gantung dua bulan sebab kegagalan pembedahan tu. Tu yang saya emosi terlebih harini. Tu yang saya suruh awak datang ambil awak. Maaf kalau saya susahkan awak". Jasmine senyum nipis. Air mata semua dah kering untuk menangis. Dia tak larat sudah. Ternyata, rasa sakit digantung kerja lagi sakit daripada putus cinta. Masa putus tunang dengan Kasyaf pun di tak nangis seteruk ini.

Caden mencapai tangan Jasmine dan diletakkan ke atas alat mengawal gear kereta itu. Terpaku sekejap Jasmine dengan tindakan lelaki itu.

Dengan penuh tenang, Caden bertanya,

"Siapa nama orang yang gantung lesen kau tu?".

"Chief Rizal Ahmad".

"Okay. Sekejap eh, aku kena buat panggilan".

Dia terus menekan-nekan butang di skrin telefonnya kemudian earpiece dipakai.

"Melvin. Поиск адреса этого парня (cari alamat rumah orang ini). Chief Rizal Ahmad". Tiga ayat sahaja sudah cukup untuk Melvin melakukan semuanya tanpa mempersoalkan apa-apa sekalipun.

Dia terpaksa meminta tolong Melvin. Biasanya ini kerja Aidan.

"Отправьте частный самолет, чтобы облить бензином весь его дом (hantar jet peribadi untuk curahkan petrol ke seluruh rumahnya). Kalau Lee dah okay, ajak dia sekali. Dia suka kerja-kerja macam ni. Ask him to pick the most flammable petrol. Lepastu, hantar alamat rumah dia dekat aku. As soon as possible". Kalini, panjang sikit penjelasannya.

"And Обязательно отключите электричество (pastikan matikan elektrik)". Terus dia letak gagangnya selepas ayat itu.

Terkelip-kelip Jasmine memandang suaminya. Satu apa pun dia tak faham. Tapi, bunyi macam benda tak elok je. Nampaknya, dia memang betul-betul belajar Bahasa Rusia selepas ini.

" Kenapa tengok macam tu?". Caden bertanya sambil tersenyum kecil.

"Awak cakap apa dengan Melvin? Kenapa sebut nama Chief Rizal?".

"Nothing, sweetheart". Dia mengalihkan pandangan ke arah ribanya tatkala terasa telefonnya bergetar.

"By the way, do you wanna play fireworks?".

Laju Jasmine mengangguk. Sekurang-kurangnya ini dapat menghilangkan stress nya kan?

"Let's go". Lamborghini Aventador itu dipecut dengan sedikit laju untuk menuju ke arah lokasi yang 30 minit jauhnya itu.

🦋

"NYALAKAN je mancis tu dekat sini. Takpun, kau lempar je. Nanti bunga api tu akan nyala sendiri". Tipu Caden sambil menghulurkan mancis yang bertulisan berangkai Velkovace di atasnya.

"Pelik lah bunga api awak ni".

"Mana ada pelik. Tak pelik lah". Caden tersenyum puas. That's what you will be getting for messing with Caden Gilbert.

"Lempar je. Lepastu kita lari masuk kereta. Bunga api tu sekejap je, lepastu kena pecut balik rumah. Nanti orang kawasan rumah ni marah sebab bising". Lee yang entah muncul daripada mana, makin mendorong Jasmine untuk melemparkan mancis besi itu.

"Tapi, ni dalam pagar rumah orang ni".

"Tengok sunyi je tu, this house is an old house. Noone lives here". Giliran Melvin pula menyampuk.

"Okay". Jasmine tersenyum sekali sebelum memetik mancis itu dan melemparkannya ke dalam pagar rumah yang dianggap usang itu.

"Tiga, dua, satu!".

POM, POM, POM!

Langit siang itu kemudiannya dihiasi dengan pelbagai jenis, warna dan bentuk percikan bunga api.

"60, 59, 58...". Jasmine mendengar Caden menyebut nombor-nombor itu, namun dia hanya menghiraukannya. The fireworks are really destraction for her.

"45, 44, 43, 42, 41, 40... Nazia, jom balik. Kata nak jenguk Aidan".

"Hm, okay. Lee dan Mel-". Sebaik sahaja dia berpaling ke arah mereka, terus hilang bayang kedua-dua lelaki itu. Sejak bila dia lari pun tak tahu.

"Jom?".

"Jom".

🦋

"10, 9, 8, 7, 6, 5, 4...". Sampai sahaja di nombor 3 pengiraannya, terus dia menekan butang pemanduan automatik di kereta yang telah ditukar dengan Melvin itu, membuang tali pinggangnya, menutup telinga Jasmine dan...

Membulat mata Jasmine tatkala merasa bibir lembutnya ditindih dengan bibir Caden. Sambil telinganya ditutup! Ada sesiapa tahu ni teknik ciuman apa?

Caden Gilbert's kiss for his sweetheart. Ya, nama ini sesuai untuk teknik yang baru ini.

Tangan Jasmine kedua-duanya mengeras. Tak tahu nak letak kat mana. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu macam mana nak balas ciuman Caden itu.

Beberapa saat kemudian, baru lah Caden meleraikan ciuman itu.

"That was a nice kiss. Thank you, sweetheart". Caden tersenyum dan terus memandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Manakala Jasmine di situ, masih lagi terpaku.

Apa yang baru sahaja dia lalui?

🦋

This is the second one!

Sorry lambat sikit, I was editing the chapter hehe :D











Seguir leyendo

También te gustarán

286K 14K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
590K 37.1K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
27K 2.4K 35
꧁ second book ꧂ COMPLETED ✓ "When you're beside me , you make my heart abnormal" - AR ♧︎︎︎♧︎︎︎♧︎︎︎ "Aku kenal perempuan . Dia kalau dah start sayang...