Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.5K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 38

918 128 27
By Qayssz

Jumantara alam indah bertakhtakan matahari. kepulan awal tebal menghiasi dada langit berwarna biru cair bagaikan lautan pantai. Rum Aspalela tiba di perkarangan istana Wantachitra. Kudanya diikat kemas pada sebatang pohon berdekatan sebelum dia melangkah masuk ke dalam istana membawa sebuah berita.

"Hamba datang membawa berita dan amanatnya Tuanku Sultan Muadzam Shah." Dia berbicara dengan hulubalang yang mengawal pintu masuk istana. Hulubalang itu kemudiannya mengangguk dan membuka pintu gerbang besar itu buat Rum Aspalela.

Adipati Wantachitra itu membuka langkah penuh sopan dan beradab tatkala kakinya menapak di ruang istana. Sungguh dirinya ingin menyampaikan berita tentang keberadaan anakandanya Sultan Muadzam Shah, Tuanku Puteri Seri Dahlia.

"Ampun Tuanku, kehadiran patik tidak lain hanyalah ingin menyampaikan tentang perkembangan keberadaan Tuanku Puteri Seri Dahlia." Ujar Rum Aspalela sambil menunduk hormat dan memperlahankan sedikit suaranya agar tidak didengari dayang dan hulubalang istana.

Sultan Muadzam Shah segera bangkit dari singgahsananya tatkala nama anakandanya meniti di bibir pemuda itu. Segera seluruh dayang dan hulubalang istana dititahkan agar meninggalkan ruang utama istana itu sebentar. Permaisuri Kuntum turut sama bangkit bergerak maju ke arah Rum Aspalela menanti bicaranya.

Setelah seluruh ruang istana kembali kosong dan hanya mereka bertiga yang berada di situ, Rum Aspalela kembali menyambung bicaranya.

"Ampun Tuanku, Berdasarkan pencarian patik, Tuanku Puteri..."
_______________________•••____________________

Dahlia kekal berlatih sambil posisinya sentiasa dibetulkan Merpatika jikalau ada silapnya di situ. Sungguh tiada terfikir langsung gadis itu hendak berehat. Semangatnya berkobar-kobar mahu mengubah diri menjadi lebih baik.

Namun apakan daya, angan-angannya dimusnah tatkala dadanya mula terasa sesak tidak terkata. Pada awalnya, sesaknya dada masih mampu dia telan begitu sahaja. Hanya menggunakan tangan bagi mengurut dada yang entah kenapa sakit semacam.

Tetapi lama kelamaan, dadanya semakin sakit tidak terkata. Dia bukannya punyai asthma atau apa-apa masalah jantung maka hairan sungguh sekiranya seorang atlet seperti dirinya tiba-tiba cepat benar penatnya.

Dahlia hanya mengurut dada perlahan biarpun sakit dadanya semakin parah. Jentayu kini sudah terbang pergi menunaikan janjinya untuk mencari makanan buat mereka bertiga pada hari itu memandangkan Dahlia benar-benar berlatih dengan jayanya.

Dahlia kembali bersedia dengan panah dan busurnya. Peluhnya bukan kepalang! Bukan itu sahaja, peluh itu bukanlah peluh biasa sekiranya penat namun lebih kepada peluh seperti orang sakit. Wajahnya mula pucat bagaikan bulan kesiangan namun matanya memerah seolah gadis itu sedang menghidap penyakit kronik.

Namun memandangkan Dahlia tidak dapat melihat wajahnya sendiri, hanya Merpatika yang menyedari wajahnya yang pucat lesi itu.

"Eh Dahlia, kau kenapa?" Soal Merpatika yang berdiri beberapa jarak jauh dari gadis itu. Namun Dahlia tidak menyedari langsung akan suasana sekeliling. Dirinya terlalu asyik dalam latihannya. Busur diangkat tinggi manakala panahnya berada dalam keadaan sedia berlepas.

Namun tenaga badan yang semakin berkurang menyebabkan Dahlia tidak terdaya untuk menarik panah sepenuhnya. Akibatnya, panah itu terpacak betul-betul di hadapan gadis itu. Hairan Dahlia dibuatnya.

'Mengapa tiba-tiba- ?' Belum sempat senandikanya habis bermonolog, lututnya menjadi lemah secara tiba-tiba menyebabkan dia jatuh terjelopok ke lantai hutan namun kedua tangannya masih terdaya berpijak ke tanah dahulu sebelum badannya.

Merpatika segera berjalan pantas menuju ke arah Dahlia. "Dahlia kau kenapa tiba-tiba ini?" Soal merpati putih itu sekali lagi. Jelas dia risau akan keadaan Dahlia yang perlahan-lahan mengambil tempat berbaring di atas permaidani hijau hutan.

Dahlia tidak membalas soalan Merpatika. Dirinya tercungap perlahan. Bibirnya kering wajahnya pucat sedikit bagai orang tidak cukup darah. Dia sendiri tidak tahu punca dirinya menjadi sebegitu rupa. Namun buat masa ini, dia hanya mahu memberi sepenuh tumpuan pada pernafasannya.

Entah kenapa tiba-tiba mencungap tanpa henti. Namun demi menyedapkan hati sendiri Dahlia hanya berprasangka bahawa ini adalah kesan dirinya yang tiba-tiba bersukan sebegini hebat. Atas sebab itulah, gadis itu tenang sahaja walaupun dirinya hampir sahaja putus nafas sebentar tadi. Dia percaya dengan sedikit rehat, dia akan pulih semula seperti sediakala.

Merpatika kekal membatu di sisi Dahlia menanti gadis itu pulih seperti sediakala. Memandangkan dia tahu setiap bicaranya pasti tidak akan mampu dibalas Dahlia, makanya perubahan wajah gadis itu dipastikan berjalan dengan baik. Perlahan-lahan pucat wajahnya kembali pudar menjadikan warna asal kulitnya datang kembali seperti biasa.

Sayapnya seolah-olah memegang belakang Dahlia cuba menjaga gadis itu dari jatuh tadi. Risaunya membuak-buak bagai mahu meletup jantung ini namun apam putih itu tiada masalah dalam menyembunyikan sifat ambil kisahnya.

Seketika kemudian Dahlia kembali pulih seperti biasa. Benar sangkaanya, mungkin latihannya tanpa henti sedari tadi menjadi asbab dia bagai terhenti nafasnya seketika. Namun tetap mendatangkan hairan kerana jarang sekali seseorang insan itu penat hingga memucatkan seluruh wajah dan menghalang sistem pernafasannya bekerja dengan baik.

Dahlia masih kekal dalam keadaan berbaring mengiring menghadap Merpatika sambil sayap besar apam putih itu seolah menjadi selimut gergasi buat Dahlia. Gadis itu mengerling sedikit ke arah Merpatika kemudian dia tergelak kecil.

Lelahnya masih tersisa maka ketawanya hanya diluah melalui pejaman mata seketika. Merpatika yang awalnya risau kini wujud lega dalam hatinya melihat Dahlia sudah boleh ketawa semula seperti biasa. Apam putih itu turut tersenyum kecil.

"Kau penat ya?" Soal Merpatika lembut sambil tersenyum manis memandang Dahlia. Dahlia pula hanya mengangguk perlahan dengan anggukan mata sambil bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman hingga menampakkan baris giginya yang cantik tersusun.

Keduanya tertawa kecil. Entah sejak bila mereka tiba-tiba akrab dan mesra sebegini. Namun itulah lumrah, semakin banyak pergaduhan dan pertelingkahan berlaku antara dua pihak, semakin akrab hubungan kedua pihak tersebut.

"Berehatlah seketika sehingga kau mampu berdiri tanpa sebarang masalah lagi. Aku akan setia berada di sini menunggu Jentayu." Ujar Merpatika berbicara lembut dengan Dahlia. Sayapnya masih tidak ditarik dari menjadi selimut buat gadis itu.

Dahlia tidak membalas mungkin akibat diri ini dilanda penat yang melampau. Matanya perlahan terkatup rapat sebaik sahaja Merpatika memberinya kebenaran berehat seketika. Sungguh gadis itu benar-benar sudah terpisah dari alam nyata. Semudah itu sahaja dia terlena di sisi Merpatika.

Apam putih itu pula hanya berteleku di sisi Dahlia menjaga gadis itu sebaik mungkin. Damai dan sunyi bertakhta di seluruh hutan. Hanya kedengaran bunyi cicipan sang pipit yang menghiasi suasana. Indahnya alam tidak terungkap dek kata. Benar-benar merupakan waktu sesuai untuk melelapkan mata melenakan diri di alam mimpi.

Kedua Dahlia dan Merpatika masing-masing terlelap sama di lantai hutan berpermaidani hijau muda itu.
_______________________•••____________________

Seluruh kawasan Taman Mawar Buyung kini lengang sedikit selepas kesemua penduduk biasa beransur pulang ke rumah masing-masing. Setelah diherdik Awi sebegitu rupa, barulah gerun mula mencuit hati masing-masing kerana risau ditimpa tulah sekiranya membantah titah Tuanku Ratu Melawati.

Biarpun masih ada segelintir yang tetap tidak berpuas hati terhadap Arjuna, namun kehilangan penyokong yang ramai akibat sebilangan besar penduduk biasa sudah beransur pulang menyebabkan rakyat yang berdegil tiada pilihan lain melainkan turut sama mengangkat kaki pergi membawa diri.

Kini kawasan lapang itu hanya dipenuhi dengan tentera Tarawangsa yang berada di bawah pimpinan Arjuna serta Arjuna dan sahabatnya. Melihatkan keadaan sudah kembali pulih, Iskandar memimpin Ratna berjalan perlahan-lahan mendekati Arjuna dan yang lainnya.

"Apakah kau baik-baik sahaja?" Soal Megat risau. Nara turut sama memandang penuh simpati sambil tangannya menjaga belakang tubuh Arjuna ketika pemuda itu mahu berdiri seperti biasa semula.

Arjuna mengangkat tangan kirinya memberi isyarat dia tidak apa-apa. Hanya sebentar tadi sahaja dadanya sakit menyebabkan dirinya semput sedikit akibat bersuara terlalu lantang dan menggunakan sepenuh tenaga dalam satu masa yang sama.

"Usah risau, aku baik-baik sahaja." Balas Arjuna sambil matanya mengerling memandang Awi yang sudah tertunduk sambil berdiri beberapa tapak jaraknya berbanding Arjuna. Dia tahu Arjuna pasti tidak suka apabila kebaikan dirinya diuar-uarkan namun peristiwa sebentar tadi sungguh tidak mampu dia maafkan.

Lama sudah di bersabar menahan cacian dan makian terhadap Arjuna yang dilontar penduduk tempatan. Biarpun bukan dia yang dicaci, namun dirinya sungguh tidak gemar sahabat lainnya dimaki sebegitu rupa.

Malah ada juga segelintir penduduk yang mengutuk Arjuna sambil mengatakan padanya bahawa seharusnya dia sahaja mengambil tugas sebagai seorang Temenggung itu daripada membiarkan jawatan terhormat itu disandang Arjuna yang sangka mereka tidak berkebolehan itu.

Padahal mereka tidak tahu menahu hakikat sebenar bahawasanya selama ini Arjuna lah yang banyak berkorban dan berusaha keras menjaga kemanan di sini. Namun disebabkan Arjuna tidak mahu sebarang puji-pujian dilampiaskan padanya, kesemua tugasannya diuarkan sebagai Awi lah yang melaksanakan tugasan berat tersebut agar usaha dan pengorbanannya tidak terlihat orang kerana sungguh dia melakukan semua itu bukan demi manusia tetapi Allah.

"Apa masalah mereka itu Arjuna?" Soal Iskandar yang sebenarnya turut sama bengang dengan tindakan penduduk tidak tahu mengenang budi itu.

Arjuna kekal membatu. Pandangannya terarah kepada Awi. Mata redupnya merenung sahabatnya itu penuh tajam. Melihatkan itu, yang lain turut sama menoleh ke arah Awi. Kini semua mata tertumpu ke arah pemuda bertubuh sasa itu.

Megat dan Nara mengunci mulut masing-masing. Memang hati ini tidak mahu Awi dimarahi Arjuna namun tindakan tuan mereka itu sentiasa bersebab  biarpun terkadang tiadalah faham menjengah minda masing-masing.

Sunyi suasana seketika tatkala tentera Tarawangsa turut terdiam bisu. Hening sungguh keadaan tatkala temenggung Tarawangsa yang sentiasa tenang dan ceria kini diam memberi pandangan tajam penuh makna.

Pada yang lain, kesalahan Awi tidaklah besar mana namun Arjuna sungguh tidak bersetuju dengan tindakan sahabatnya seorang itu. Apa salahnya menguar-uarkan kebaikan orang lain? Itulah yang bermain-main di fikiran mereka.

"Baiklah seperti yang kalian sedia maklum! Pada tahun ini kita akan ke Wantachitra bagi membuat pertunjukkan seni budaya Tarawangsa! Maka! Seperti biasa juga! Tidak semua akan dapat turut serta memandangkan kita merupakan tetamu dan bukannya tuan rumah kali ini!"

"Oleh sebab itu, buatlah yang terbaik sepanjang kalian berada bawah pimpinan Megat! Dialah yang akan memilih yang terbaik antara kalian dan melatih mereka yang terpilih buat sementara waktu! Faham?!" Hening suasana dipecah dengan suara lantang Arjuna yang kembali menapak di hadapan para tenteranya. Tangannya didepakan ke arah Megat tatkala bibirnya menyebut nama pemuda itu.

Megat terkesima seketika. Biasanya Awi yang ditugaskan untuk melatih para tentera. Megat dan Nara akan membantu mana yang patut sahaja. Tetapi pengumuman lantang Arjuna tadi membuat ramai pihak terkedu seketika.

"FAHAM!!" Bergema seluruh ruang angkasa dengan laungan lantang para tentera membalas bicara Arjuna.

Arjuna kemudiannya melangkah berjalan pergi sambil bibirnya berbisik mengarah Awi mengikutnya tatkala dua insan itu berselisih. Awi segera menurut meninggalkan perkarangan kawasan lapang itu.

Megat pula segera menjalankan tugas yang diamanahkan sambil dibantu Nara di sisinya. Iskandar dan Ratna pula turut sama kekal di Taman Mawar Buyung itu sambil menghantar Arjuna dan Awi pergi dengan pandangan.
_______________________•••____________________

Arjuna memberhentikan langkahnya. Serentak dengan itu Awi turut sama berbuat demikian. Dirinya sudah bersedia untuk menerima sebarang hukuman sekiranya perlu.

Biarpun terkadang  terasa seperti tidak masuk akal perbuatan dan tindakan ketuanya itu, tetap semuanya berakhir dengan baik. Maka atas sebab itulah, dirinya hanya menurut sahaja segalanya. Kerana kunci untuk berjaya adalah dengan sentiasa dengar perintah Si Ketua barulah akan wujudnya kerjasama yang membawa kepada kejayaan sesuatu rancangan.

"Maafkan aku Arjuna. Benar-benar salahku menguar-uarkan perkara itu kepada orang ramai." Awi mula bersuara melontar bicara memecah hening suasana.

Arjuna menoleh ke belakang menghadap Awi. Bibirnya menguntum seukir senyuman nipis. "Usah risau, Awi."

"Aku tidak memarahi kau. Cumanya kurang bersetuju dengan tindakan kau sebentar tadi." Arjuna membalas tegas. Nada suaranya berintonasi baik tanpa ada unsur seperti mahu memarahi insan di hadapannya itu.

Awi mengangkat pandangannya memandang Arjuna. "Tetapi kau benar-benar tidak gemar perkara itu berlaku." Awi menyambung lagi.

"Tidak. Aku bukan tidak gemar. Aku benci. Tiada perkara yang patut kau uarkan. Tiada perlu mereka tahu tentang segala itu. Sungguh yang menjadi penyelamat buat mereka adalah Allah. Aku sekadar menjalankan tugas." Nada suara Arjuna berubah menjadi lebih tegas.

Awi menarik nafas perlahan. Sungguh silapnya sebenarnya besar cuma mungkin dia tidak melihatnya.

"Silap kau tidak besar. Aku sudah pun memaafkannya. Aku tahu kau hanya mahukan hormat rakyat menghujani aku. Namun, sudah aku katakan aku tidak mahu semua itu dan sungguh aku tidak suka mengulangi diriku sekali lagi." Arjuna membalas lagi. Sungguh dirinya sebenarnya tidaklah memarahi rakannya itu walau sedikit. Namun dia benar-benar tidak mahu menerima walau sedikit pujian kerana baginya, hatinya masih sukar dijaga sebaik mungkin dari bangga datang menapak.

"Maafkan aku, Arjuna. Silapku kerana tidak mengikut katamu." Ringkas sahaja Awi membalas semula.

"Pada pendapat kau, apakah aku harus menghukum kau atau tidak? Dan berikan aku sebab." Bagaikan seorang guru, Arjuna menyoal sahabatnya itu.

"Berikan aku hukuman. Biarpun kesilapan ku kecil, ia tetap satu kesilapan. Sekiranya kali ini tiada hukuman diberikan ke atasku, tidak mustahil selepas ini aku berani melanggar perintah kau dan membuat kesilapan lebih besar lagi." Koyak bibir Arjuna dengan senyuman tatkala mendengar jawapan yang dia mahukan dari Awi.

Benar sekali bicara pemuda itu. Kesilapan besar bermula dengan kesilapan kecil. Atas sebab itulah hukuman harus diberikan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Baiklah. Akan aku berikan kau satu tugas."

Continue Reading

You'll Also Like

462K 34.8K 53
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
851K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
361K 39.2K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...