Perfectly Yours! [OG]

By cikmochiiz

1.2K 186 190

Apa yang kau akan buat kalau kau jumpa semula musuh tradisi kau? Berbaik dengan dia? Tak tunggu lama, belasah... More

꧁𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬꧂
•Prolog•
•Bab 1•
•Bab 2•
•Bab 3•
•Bab 6•
•Bab 7•
•Bab 4•
•Bab 8•
•Bab 9•
•Bab 5•
•Bab 10•
•Bab 11•
•Bab 13•
•Bab 14•
•Bab 15•
•Bab 16•
•Bab 17•
•Bab 18•
Bab 19
•Bab 20•
•Bab 21•
•Bab 22•
•Bab 23•
Bab 24
•Bab 25•
•Bab 26•
•Bab 27•
•Bab 28•
•Bab 32•
•Bab 29•
•Bab 30•
•Bab 31•

•Bab 12•

35 5 6
By cikmochiiz

JARI-jemari aku bermain di bibir gelas berisi air ais limau. Malu dan tak berani aku mahu mengangkat muka.

Tisu di sebelah gelas, aku ambil dan menghembus kuat hingus yang bersarang dalam hidung aku.

SNERTTT!

"Ehem."

Aku memejam mata dan menyumpah diri sendiri dalam diam. Buat seketika, aku hampir lupa tentang kewujudan manusia di depanku yang sedari tadi memerhatikan setiap gerak-geriku.

"Boleh tak you...Hembus hingus tempat lain? Jauh sikit dari I. Just not in front of me. It's disgusting." Nel mencapai kain di atas meja dan mengelap sisa hingus aku yang terpercik ke tangannya. Jelas riak kegelian di mukanya.

Aku tak menafikan kata-kata Nel. Memang menjijikkan pun hingus aku. Hingus mana kan yang tak menjijikkan? Yang warnanya hijau-hijau pekat tu. Mestilah jijik kan?

"Maaf..." ucapku sambil mengelap hidungku perlahan. Sesekali aku mendengus apabila merasakan hingus aku meleleh turun lagi.

Elok saja Nel duduk bertentanganku sambil memeluk tubuh. Kaki sebelahnya disilang. Sesekali, dia cicip air kopi panasnya. Haih, posisi begini pun dia nampak bergaya.

Aku tak tahulah tujuan apa Nel heret aku sampai ke sini. Nak memalukan aku lagi? Oh, tak. Dia tak pernah memalukan kau. Kau yang memalukan diri sendiri.

"Betullah apa yang I cakap tadi. You kalau menangis memang buruk."

Okey, ini melampau kuasa tiga. Siapa dia nak panggil aku buruk? Aku hempuk karang pakai buntut kuali milik mak.

"Diamlah." Itu saja yang aku mampu cakap.

"I tak tipu tau. Nak bukti? Nah." Dia keluarkan telefonnya dan menghalakan skrin telefonnya kepadaku.

"Oh, mak kau biru!" Melatah aku melihat wajah sendiri di kamera telefon Nel.

Rasa mahu menangis apabila melihat muka sendiri. Ternyata, apa yang Nel cakapkan itu benar. Susah aku mahu percaya tapi memang muka aku nampak teruk sangat! Macam baru kematian laki pun ada.

Seperti yang aku jangka, make-up aku dah jadi comot. Macam budak kecil baru belajar pakai make-up.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Ish!"

Lebih memalukan, aku datang ke restoran tidak jauh dari lobi hotel ini, dengan muka aku macam ni! Kau ghase?

"Dah you yang tak tanya. Buat apa I cakap." Dengan bersahaja dia menayang muka tak bersalah.

"Still! You should have told me earlier that I look like shit!"

Aku menjeling geram Nel sambil menyelongkar beg tanganku, mencari tisu basah yang aku selalu usung ke mana-mana.

Jumpa saja bekas tisu basah, aku tarik sehelai dua tisu basah dan tonyoh tisu basah itu pada wajahku.

"Bencilah! Kenapa aku tak pakai make-up yang waterproof tadi?" gumamku sambil menenyeh tisu di bawah kelopak mataku. Kamera yang dipegang Nel, aku jadikan sebagai cermin.

"You fikir tangan I ni, dicipta untuk pegang phone ni ke untuk you?"

Kecik besar je aku pandang Nel. Pegang sekejap, dah merungut! Tak gentleman betul! Hak tuih!

"Kalau you nak buat sesi mengelap muka you yang tak seberapa tu, bukan guna kamera telefon I. Pergi tandas." Nel menyimpan telefonnya.

"Ceit. Nak guna telefon sekejap pun tak boleh."

"Pergi tandas cepat. Basuh muka tu sampai bersih. Nanti orang ingat I yang buat you menangis beria-ria macam ni. Dah macam kain buruk muka tu."

Mula-mula dia cakap muka aku buruk, sekarang dia dah naikkan level jadi kain buruk? Wah, lelaki ni memang kuajaq. Muka aku yang secantik ratu Malaysia, dia kata kain buruk?

"Sedap-sedap kata muka saya ni macam kain buruk?"

Nel tersenyum manis dan menjongket bahunya.

"I ni seorang lelaki yang jujur, Cik Nayra. Jadi, I hanya cakap benda yang betul je."

Lelaki jujur lutut dia! Itu namanya nak menyakitkan hati orang!

"You termenung apa lagi? Pergilah cepat!"

Aku mencampak tisu basah tepat pada muka Nel. Padan muka!

Dia tersenyum simpul dan mengalihkan tisu basah itu dari mukanya. Aku sudah bangun dan ingin bergerak ke tandas tapi suaranya yang memanggilku dari belakang, menyebabkan aku menoleh.

"Jangan silap masuk tandas lagi tau. I tak ada untuk cover you nanti."

Geram! Aku rasa mahu cekik dia hidup-hidup. Tapi aku tak mahu berlama-lama di situ dengan muka aku yang comot.

Segera aku masuk ke dalam tandas restoran. Kali ini, aku yakin aku tak salah masuk lagi. Berkali-kali aku tenyeh mata melihat papan tanda di depan pintu masuk tandas. Puas aku meraba papan tanda itu, memastikan ianya warna merah jambu dan ada gambar orang lidi perempuan. Beberapa insan yang berada di sekelilingku hanga memandang aku macam aku ni some kind of weirdo.

Air paip dibuka, dan aku menadah tangan dan menyimbah air sejuk itu ke mukaku. Tisu yang disediakan, aku tarik beberapa helai dan mula mengelap wajahku.

Sambil membersihkan muka, mulut aku ni menceceh memarahi Nel padahal salah dia hanya sebab panggil muka aku kain buruk. Yang lain semua...Hurm. Pastilah salah aku sendiri.

Hilang segala foundation, councilor, lipstick dan segala mak nenek yang aku pakai di muka. Sekarang ni, muka aku natural tanpa sebarang solekan. Malas aku mahu menyolek wajah aku balik. Lagipun, muka aku yang kosong tanpa solekan tak teruk mana pun. Tetap cantik juga.

Buat kali terakhir, aku belek wajahku di cermin tandas. Lepas ni kalau dia tetap panggil muka aku kain buruk, aku ambil kain buruk yang betul-betul, lepas itu mahu sental kain buruk tu kat muka dia!

Setelah memastikan muka aku bersih dari kecomotan solekan aku, barulah aku keluar dari tandas.

Aku kembali ke meja kami. Nel sedang leka melayan telefon di tangan. Aku mengetuk meja menggunakan kekura tanganku untuk mendapatkan perhatiannya.

"Encik buat apa di sini? Kerja sini juga ke?" Aku menyindirnya halus.

Barulah Nel mengangkat muka. Dia letakkan telefonnya ke tepi.

"I tak boleh ke datang sini? Hotel ni bapak you punya ke?"

Aku merengus. Sikit-sikit, sindir! Benci!

"Maksud saya, atas urusan apa encik ada di sini?"

Dari gaya berpakaian, macam smart. Baju kemeja dan seluar slack.

"Kenapa nak tahu? You nak stalk I?"

Heh, dia pikir dia femes sangat ke sampai aku nak stalk bagai? Patutnya aku tanya soalan tu kepada dia sebab ke mana-mana aku pergi, muka dia mesti ada! Macam dah tak ada muka orang lain dah kan?

"Tanya pun tak boleh?" Susah betul nak bercakap dengan makhluk Allah ini.

"I datang wedding kawan I."

Berkerut dahi aku. Majlis perkahwinan? Takkanlah majlis perkahwinan sepupu Qai? Eh, tak mungkin. Majlis perkahwinan orang lain kut.

"Yes, majlis perkahwinan sepupu Qaisarah Dania."

Pang! Rasa macam baru ditampar. Jadi, Nel ni kenalan pengantin lelaki? Itu menjelaskan mengapa Nel berada di masjid semalam. Maknanya dia tahulah pengantin lelaki itu sepupu Qai?

Wah. Kebetulan apakah ini? Dan, macam mana dia tahu apa aku sedang fikir? Dia memang betul-betul boleh baca fikiran aku ke?

"I tak boleh baca fikiran you, Cik Nayra. Boleh tahan jauh juga you berfikir."

Aku panggung muka. Terkejut aku apabila dia berkata begitu. Lebih meyakinkan aku bahawa dia sebenarnya boleh baca fikiran aku.

"Expression muka you terlalu obvious. Try to control your facial expression better next time." Nel mengangguk sedikit dan malayangkan senyuman.

Aku meraba-raba muka aku. Obvious sangat ke riak wajah aku sampaikan Nel dapat membaca apa yang aku sedang fikir melalui riak wajahku?

"Mana ada." Aku berkata dengan nada yang sangat perlahan. Aku berdehem seketika, terasa tekakku gatal pula.

"Well, if you tak percaya, go get a mirror and see for yourself."

Aku memuncungkan bibir. Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang aku mahu tanya kepada Nel.

"Macam mana encik tahu yang Hazrel..." Tak sanggup aku mahu meneruskan ayat seterusnya.

Nel kelihatan masih tenang. Aku menyeka air mata yang hampir jatuh dengan hujung jari telunjukku. Cukup-cukuplah aku memalukan diri sendiri.

"I dah tahu lama."

"Bila encik tahu?" Tak sangka aku Nel sudah tahu tentang tindakan Hazrel di belakang aku.

"Beberapa bulan yang lepas. Masa I pergi bercuti ke Russia. I saw them..."

Satu lagi kejutan. Benar, Hazrel ada kata dia mahu bercuti bersama keluarganya di Russia tapi aku tak jangka dia pergi bercuti dengan kekasih gelap dia tu. Tanpa ada ikatan yang halal!

"You saw them what?" Wajah aku bertukar ketat. Hati aku berasa panas sangat.

Ekspresi wajah Nel kekal kosong. Keluhannya terlepas.

"You won't want to know." Nel menghirup air kopinya yang semakin sejuk.

"Cakap dengan saya, encik! Apa yang encik nampak? Tolong beritahu saya. Tolong..." Aku merayu bersungguh-sungguh kepadanya. Aku mahu tahu apa yang dia tahu dan apa yang aku tidak tahu.

Nel menyandarkan badannya ke belakang dan wajahnya macam tak rela mahu memberitahu aku yang dia lihat di Russia.

"I saw them kissing."

Retak seribu hatiku mendengar empat patah perkataan itu. Cukup membuatkan pelbagai emosi aku berkecamuk. Hati aku pecah menjadi serpihan-serpihan kecil. Aku tak pernah sangka Hazrel boleh pergi sejauh itu. Langsung tak percaya Hazrel sanggup membunuh kepercayaanku setelah aku serahkan segalanya untuk dia.

Sepanjang aku bercinta dengan Hazrel pun, kami masih menjaga batas kami. Tak ada pula bercium-cium macam dia buat dengan Farah.

Huh, apa kau harapkan, Nayra? Dah lelaki tu, mana mampu dia tahan nafsunya yang macam binatang.

Air mata aku mula berlinangan. Aku marah, sedih, kecewa...Semuanya! Tapi aku tak mampu luahkan kesakitan ini hanya dengan kata-kata. Air mata adalah luahan hati aku. Hanya dengan menangis, mungkin dapat menghambat sedikit kesedihan ini.

"Kalau you nak menangis, memangislah. I takkan cakap apa-apa."

Aku pandang sesaat wajah Nel. Dia langsung tidak memandang aku sebaliknya pandangannya ditala ke luar melalui tingkap kaca di sebelahnya.

Tanpa bertangguh, aku melepaskan semuanya yang terkurung di hatiku. Teresak-esak aku menangis tanpa mengendahkan pandangan orang lain terhadap aku. Sebuah pengkhianatan itu sangat menyakitkan. Percayalah aku. Ia amat menyakitkan.

Nel mengotakan kata-katanya. Dia tidak cakap sepatah pun bahkan tidak memandang aku langsung seperti sedang berikan aku ruang yang aku perlukan.

"Apa...Apa salah saya? Kenapa dia buat saya macam ni? Saya terlalu baik ke sampai dia pijak-pijak kepala saya?" kataku berselang dengan tangisanku.

Nel meletakkan cawannya ke atas meja setelah menyisip kopinya. Kali ini, dia menggerakkan matanya, memandang tepat anak mataku. Gabra aku apabila pandangan kami bersabung. Aku larikan mata aku ke tempat lain.

"I tahu, hidup memang susah. Tapi hidup akan jadi lebih susah kalau you sendiri jadi bodoh."

Eh, dia panggil aku bodoh pula? Ini yang aku nak hangin balik! Mahu saja aku mahu menjerkahnya, dia terlebih dahulu mencantas.

"Daripada apa I lihat, you sendiri yang bodoh. Tahu kenapa I cakap macam tu?"

Aku membungkam. Cepat-cepat aku menahan tangisan yang masih mahu bolos. Aku benar-benar tersinggung dengan apa yang dikatakan Nel. Ya, aku memang bodoh dan aku akuinya. Tapi mengapa perlu memanggil aku bodoh tanpa sekelumit rasa bersalah mahupun simpati?

"Sebab you memang bodoh. Salah satunya, sebab you terlalu berfikir positif, you lakukan sesuatu perkara tanpa fikirkan akibat yang you perlu tanggung, you tak matang dan sebab tindakan tak matang youlah menyebabkan kepala you dipijak-pijak. Biar I tanya you, you mengaku ke semua benda yang I cakapkan tu?"

Bagaikan ada mak cik yang datang kepadaku dan melayangkan beg tangannya ke muka aku berulang kali. Pijarnya terasa kedua belah pipiku.

"Betul, bukan?"

Aku diam lagi. Kali ini, aku tidak mampu melawan. Semua yang dikata Nel, memang benar belaka. Sekali lagi, aku rasa mahu menangis.

"You terlalu suka berfikiran positif sampai tiada ruang pun untuk you meragukan sesuatu. You terlalu optimis untuk takutkan sesuatu dan you terlalu yakin untuk dikalahkan. My point is, being too optimistic is just gonna kill you if you don't know how to deal with it!"

Aku betul-betul terkedu habis mendengar hujah tegas Nel. Ringkas tapi cukup untuk menerangkan personaliti diriku. Benarlah, aku tak pernah curiga tentang Hazrel dan yakin sangat dia tidak akan berpaling tadah.

"And let's not mention your act accusing people?" Nel memeluk tubuh sambil memandang aku tajam dengan mata helangnya.

"You sedar kan you perlu ubah sikap you?"

"Saya...Sedar." Akhirnya aku mengaku dengan kata-kata Nel. Ini kali pertama aku perlu akui ada benarnya apa yang Nel katakan.

"See? Kedua pihak salah. You salah kerana sikap tak endah you, malas nak ambil tahu segalanya sampai teman lelaki you ambil kesempatan dan lelaki tu, obviously salah sebab dah curang dan sia-siakan seseorang yang selalu berada di sisinya."

Tangisan aku makin menggila. Bukan kerana aku marah dengan Nel tapi aku marah dengan kebenaran kata-katanya. Semuanya benar, benar, benar!

"Menangis untuk seseorang sebodoh lelaki tu,  tak berbaloi, Cik Nayra. Sangat tak berbaloi."

Nel hulurkan sehelai tisu. Aku sambar tisu itu tanpa mengangkat wajah dan mengelap pipiku yang basah. Hingus yang berada di tepi bibirku juga aku kesat.

"Hati saya sakit. Sakit sangat. Saya tak pernah sangka ia rasa sakit seperti ini."

"Untuk merawat hati you yang sakit, kita perlukan ubat yang betul."

"Apa maksud awak?" Aku bertanya dengan suara yang tersekat-sekat.

Dan soalan aku, dibalas dengan senyuman penuh makna tersirat.

Continue Reading

You'll Also Like

112K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
675K 24.7K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...
48.2K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
65.8K 3.1K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...