•Bab 12•

35 5 6
                                    

JARI-jemari aku bermain di bibir gelas berisi air ais limau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARI-jemari aku bermain di bibir gelas berisi air ais limau. Malu dan tak berani aku mahu mengangkat muka.

Tisu di sebelah gelas, aku ambil dan menghembus kuat hingus yang bersarang dalam hidung aku.

SNERTTT!

"Ehem."

Aku memejam mata dan menyumpah diri sendiri dalam diam. Buat seketika, aku hampir lupa tentang kewujudan manusia di depanku yang sedari tadi memerhatikan setiap gerak-geriku.

"Boleh tak you...Hembus hingus tempat lain? Jauh sikit dari I. Just not in front of me. It's disgusting." Nel mencapai kain di atas meja dan mengelap sisa hingus aku yang terpercik ke tangannya. Jelas riak kegelian di mukanya.

Aku tak menafikan kata-kata Nel. Memang menjijikkan pun hingus aku. Hingus mana kan yang tak menjijikkan? Yang warnanya hijau-hijau pekat tu. Mestilah jijik kan?

"Maaf..." ucapku sambil mengelap hidungku perlahan. Sesekali aku mendengus apabila merasakan hingus aku meleleh turun lagi.

Elok saja Nel duduk bertentanganku sambil memeluk tubuh. Kaki sebelahnya disilang. Sesekali, dia cicip air kopi panasnya. Haih, posisi begini pun dia nampak bergaya.

Aku tak tahulah tujuan apa Nel heret aku sampai ke sini. Nak memalukan aku lagi? Oh, tak. Dia tak pernah memalukan kau. Kau yang memalukan diri sendiri.

"Betullah apa yang I cakap tadi. You kalau menangis memang buruk."

Okey, ini melampau kuasa tiga. Siapa dia nak panggil aku buruk? Aku hempuk karang pakai buntut kuali milik mak.

"Diamlah." Itu saja yang aku mampu cakap.

"I tak tipu tau. Nak bukti? Nah." Dia keluarkan telefonnya dan menghalakan skrin telefonnya kepadaku.

"Oh, mak kau biru!" Melatah aku melihat wajah sendiri di kamera telefon Nel.

Rasa mahu menangis apabila melihat muka sendiri. Ternyata, apa yang Nel cakapkan itu benar. Susah aku mahu percaya tapi memang muka aku nampak teruk sangat! Macam baru kematian laki pun ada.

Seperti yang aku jangka, make-up aku dah jadi comot. Macam budak kecil baru belajar pakai make-up.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Ish!"

Lebih memalukan, aku datang ke restoran tidak jauh dari lobi hotel ini, dengan muka aku macam ni! Kau ghase?

"Dah you yang tak tanya. Buat apa I cakap." Dengan bersahaja dia menayang muka tak bersalah.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now