•Bab 31•

35 3 0
                                    

AGAK lama aku dan Nel senyap. Tiada perbualan di antara kami. Masing-masing lebih selesa merenung langit yang masih lagi gelap ditemani bunyi hujan lebat dan tiupan angin yang sedikit ganas.

Aku rasa tak ada keperluan untuk cakap dengan Nel sekarang ini. Sebab itu aku lebih rela berdiam diri saja.

"I minta maaf."

Tersentak aku mendengar ucapan maaf yang terluah daripada bibir Nel. Aku menjelingnya, sekadar untuk melihat reaksi yang terpampang di wajahnya.

"I minta maaf kalau I pernah buat salah pada you dulu. Honestly speaking, I tak pernah tahu sebab you bencikan I dari dulu."

Lidah aku mengeras. Aku bagaikan kehilangan kata-kata. Aku mahu berkata sesuatu tapi lidah aku ni terasa berat untuk berbicara. Aku tak faham maksud Nel bila dia kata dia tidak pernah tahu punca aku bencikan dia.

"Bila I nampak you buat kali pertama dengan Qai dekat kafe hari tu, I tergamam. I tak pernah sangka yang I akan jumpa you balik. Tapi tak sangka kita akan berjumpa balik dalam keadaan macam tu. I tak pernah gunakan Qai juga if that's what your thinking. Kebetulan yang I sendiri tak jangka. What a tiny world we live, right, Nayra?" Nel ketawa perlahan. Kedengaran seperti dipaksa.

Aku mengangguk lemah. Tidak pernah terlintas dalam kepala aku yang aku akan bertentang mata semula dengan musuh tradisi aku dalam keadaan yang memalukan. Aku fikir, aku takkan jumpa Nel selepas habis SPM, tup-tup dia muncul selepas 10 tahun.

"I mengaku. I suka kacau you, usik you. It's sort of a small entertainment for me. You know?"

Panas saja hati aku mendengar apa yang dia kata. Seronok ya mengacau hidup aku? Agakanya memang dia ni dengki sangat dengan hidup aku yang aman. Aku terus menghantar renungan berapi kepadanya. Entertainment kaki nenek dia! Pula tu boleh saja dia panjangkan lagi senyumannya!

"Maaf I tak beritahu siapa I pada mulanya. Sebab I tahu, kalau I beritahu you akan jauhkan diri daripada I. Macam sekarang. I have my own reasons too actually."

Apa yang dia katakan itu memang benar. Kalau dari awal aku tahu siapakah Nel yang sebenar, percayalah cakap aku yang aku sudah siap bungkus segala beg aku dan terbang ke kutub utara.

"Tahu pun," balasku pendek.

"Apa khabar, Nayra? How's life been treating you?"

Bercantum kening aku apabila soalan itu tiba-tiba saja terpacul di bibir Nel. Kenapa dia tiba-tiba tanya khabar aku pula ni? Kena sampuk dengan hantu hujan ke apa?

"Kenapa kau tiba-tiba tanya? Aku nampak macam nak nazak ke?"

Bibirnya membentuk senyuman segaris.

"Sebab I tak berpeluang untuk tanya soalan tu in the first place. How rude of me for not asking that damn question. I patut tanya soalan itu lebih awal tapi dengan hubungan kita buatkan I tak berani. I tertanya-tanya, apa khabar you selama 10 tahun ni? Baik ke? Jadi, answer me. How are you?"

Entah kenapa ada rasa sayu yang menyelinap ke dalam hatiku. Biasanya aku selalu akan lihat sisi jahatnya tapi kini kenapa hati aku begitu tersentuh? Dari air mukanya, aku tahu soalan itu ikhlas daripada lubuk hatinya.

"Hidup aku baik-baik je. Tak ada apa-apa menarik yang berlaku selama sepuluh tahun ni."

Nel mengangguk, seperti lega mendengar jawapan aku.

"Kau?" Lambat-lambat aku bertanya. Bohong sangat kalau aku tidak pernah tertanya dengan khabarnya selama 10 tahun dia menghilang. Mesti akan ada beberapa ketika yang aku akan terfikir tentang keberadaan Nel.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now