•Bab 27•

14 2 0
                                    

"TAMBAH lagi, Piah, Ez

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TAMBAH lagi, Piah, Ez. Awat sikit sangat ambik? Tambah lagi!"

"Uih, haruslah aku tambah, Ta oi. Sedap nak mampus hang masak!" Mak Cik Sepiah ketawa sambil menambah nasi ke dalam pinggannya.

Nel yang duduk di sebelah maknya hanya tersenyum dan mengangguk-angguk secara sopan.

Ceh, propa je tu. Depan aku bukan main sindirlah, bulilah...Depan mak? Wah, macam malaikat!

"Hang ni awat, kakak? Duk pandang anak teruna orang tak lepas?"

Aku cepat-cepat menoleh ke arah mak dan Dani yang sedang memandang aku. Aku hanya tersengih sebagai respon.

"Mana ada, mak. Pandai-pandai je mak."

"Aihhh, tak salah tengok anak mak cik. Dia pun single trang trang," usik Mak Cik Sepiah secara halus sambil hujung matanya memandang Nel dengan penuh makna. Nel hanya menggeleng perlahan dan menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Pipi aku automatik berbahang! Eh, bukan sebab aku suka mamat ni. Lebih kepada malu diusik begitu.

"Apa mak ni. Kesian Nayra, tengok pipi tu dah merah dah."

Segera aku mengambil sebuah gelas untuk diisi air mango ais yang dibuat oleh mak.

"Astaghfirullah, budak ni macam mana boleh cuai?"

"Hah?"

Aku yang sedang ralit menuang air mango ke dalam gelas aku, menundukkan pandangan ke atas permukaan meja. Terus terbeliak-beliak mataku.

Mak ai, aku pergi siram air mango ni ke atas pinggan aku. Memang tak jadi nasi campurlah ni, dah jadi nasi campuran air mango! Habis banjir pinggang aku dengan air mango.

"Awat dengan hang ni, kakak? Lain kali tuang air, hati-hati. Ini jangan tangan buat lain, mata pandang tempat lain."

"La!" Aku cepat-cepat bangkit dari duduk. Macam mana aku cuai sangat? Takkan aku asyik tengok muka cicak ni?

"Pi cepat basuh pinggan tu. Nel, hang pi tolong sat Nayra tu. Lap meja ka apa." Mak Cik Sepiah sudah menepuk lengan Nel.

Nel yang terkejut dengan tepukan itu, terus bangun lalu mencapai sehelai kain buruk dan mula mengelap meja yang dibasahi sedikit air mango.

"Akak, lepas ni akak tak payahlah buat nasi dengan lauk untuk laki akak nanti. Bagi je makan nasi banjir air mango. Confirm sedap sampai menjilat jari!" tutur Dani sebelum dia gelak tanpa rasa malu. Oh, seronoklah dia gelakkan aku depan tetamu?

Nak marah Dani tak boleh sebab Mak Cik Sepiah dan Nel ada. Kalau aku buat juga, mahu kena libas badan aku dengan rotan mak.

Sudahnya, aku mampu menjegilkan mata saja sebagai tanda amaran kepada Dani tapi biasalah, budak-budak zaman sekarang ni mana makan saman. Dijelirnya lidah adalah.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now