•Bab 8•

40 8 17
                                    

SEMENTARA Qai sedang memandu, aku pula sibuk skodeng IG si Nel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMENTARA Qai sedang memandu, aku pula sibuk skodeng IG si Nel. Entah angin apalah, aku saja mahu belek IG dia. Harap Qai tak sedar, nanti dituduhnya aku ada hati pada Nel. Dia punya akal memang macam-macam. Biasalah kalau namanya pun penulis, imaginasinya sangat dahsyat ya.

Aku taip nama Nel pada papan kekunci tapi satu pun bukan akaun IG miliknya.
Kemudian, aku taip pula nama yang aku dengar di televisyen semalam.

Nik Ezrakil Lutfi. Search!

IG pertama yang keluar, aku tekan dengan penuh keyakinan. Hampir terjojol biji mata aku melihat angka pengikut Nel. Aku refresh banyak kali, tapi jumlah pengikutnya sama juga.

298K?! Kau biar betik ni?

Aku scroll ke bawah. Memang benar, ini Nel! Semestinya Nel. Aku tak rasa dia ada kembar jadi kenapa orang panggil dia Nel dan bukan namanya?

Satu per satu gambar Nel aku belek penuh minat. Ada gambarnya berada di studio, ada juga beberapa gambar dia menjadi hos program Good Morning, Doctor! bertujuan untuk mempromosikan rancangan tersebut.

Ada satu gambar Nel menjadi hos utama program Good Morning, Doctor sedang duduk sopan dengan baju kemeja yang dipakai di luar dan baju T-shirt berlengan pendek di dalamnya membuatkan Nel tampil lebih kacak.

Kalau scroll bawah lagi, ada gambar-gambarnya bersama rakan-rakannya di universiti. Sekali pandang, boleh agak bukan universiti di Malaysia ni. Melihat lokasi yang tertera di atas gambar, nyaris-nyaris membuatkan rahangku tercabut.

University of Cambridge?!

Nampaknya, Nel ni bukan calang-calang orang. Semuanya dia ada! Kaya, sebab dari gaya pakaiannya macam orang berada. Kebijaksanaan, lagilah! Pula tu, dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

Aku baca pula komen-komen. Wah! Menggeletis ya semua kaum wanita tak kiralah yang bini orang ke, janda ke, bujang ke...Semuanya sama-sama gatal! Kebanyakannya memuji kekacakan semulajadi Nel yang tiada tolok bandingnya.

Ugh, pantang nampak lelaki kacak!

"Kita singgah petronas jap. Aku nak pergi tandas pulak. Perut aku buat hal lah." Qai memegang perutnya. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Telefonku, aku masukkan ke dalam beg tangan cepat-cepat. Takut Qai perasan aku sedang skodeng IG si Nel.

"Yelah, yelah. Aku pun lapar. Bolehlah beli apa-apa nak makan."

Kereta dipandu masuk kawasan stesen minyak Petronas. Mujurlah tak ramai orang, kalau tak susah juga nak cari parkir. Qai memarkir kereta dengan cermat sekali. Kalut betul, tandas tu tak lari ke mana pun.

"Ni, kunci kereta. Jangan lupa kunci pintu. Kalau tak, lesaplah kereta BMW kau!"

Ya, ayah berikan aku BMW. Aku tak nak pun kereta BMW. Macam mewah sangat pula. Ikutkan, aku boleh je pakai kereta Myvi. Aku ada rancangan juga untuk beli kereta Myvi dengan duit aku sendiri dan bukan duit pemberian ayah.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now