•Bab 16•

35 5 3
                                    

"YOU made the right decision to attend the reunion, Cik Nayra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YOU made the right decision to attend the reunion, Cik Nayra."

Pemandangan tasik buatan manusia membuatkan aku sedikit terleka sampaikan Nel yang berjalan di sebelahku pun aku hampir lupa.

"You think so?" soalku. Masih keraguan. Nel yang berjalan di sisiku, menoleh dan menguntum senyuman nipis lalu memberi anggukan.

"Ya. Jadi, you nak I ikut you ke reunion tu juga?"

Aku mengangguk.

"Yep. Tak tahulah but saya tak sedap hati bila Hazrel tanya soalan itu kepada adik saya. Awak rasa?" Aku meminta pendapat Nel. Seujurnya, sejak semalam selepas Dani menelefon aku, hati aku rasa tak sedap. Sebab itu aku terus menelefon Nel untuk memaklumkan hal semalam.

"Mungkin dia akan bawa perempuan tu." Nel jongket bahu dan memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya.

"Siapa? Farah?"

"Maybe. Kemungkinan dia tanya begitu dekat Dani sebab dia nak pastikan either one of you datang ke tak. Kalau dua-dua tak datang, I syak dia mahu bawa Farah. Rakan-rakan sekolah menengah you tak tahu kan you sebenarnya teman wanita Hazrel? Kalau Dani pergi, pasti dia akan mula rasa curiga kenapa dia bawa Farah instead of you." Nel mengatur setiap kata-katanya dengan penuh ketenangan.

"Tak, sebab saya dah lama lost contact dengan mereka lepas masuk uni." Aku mengakui akan kemungkinan itu.

Sekali pun Hazrel bawa Farah, mereka takkan tahu pun Farah itu kekasih gelapnya. Mereka langsung tak tahu aku teman wanita sebenar Hazrel. Dan tak lama lagi aku akan berdepan dengan Hazrel dan sendiri akan putuskan hubungan kami.

Sukar bagi aku tapi benda dah jadi? Aku salah, Hazrel juga salah. Aku tidak mahu menangis hanya sebab lelaki itu.

Mengapa aku perlu bazirkan air mata aku untuk seseorang yang sudah sekian lama mematahkan hati aku serta merenggut kepercayaan aku?

"Baguslah, tak perlu kita susah-susah jumpa dia. Jumpa di sana terus."

Aku menyepikan diri. Mengelamun seketika. Masih berbelah bahagi jika keputusan yang aku buat ini betul.

"Well, he's probably gonna bring that woman. So, prepare your mental okey? It's gonna be a little tough for you so get yourself together." Seolah tahu apa yang sedang berselirat dalam otak aku je Nel ni. Makin aku tak percaya dia ni tak boleh baca minda orang.

Aku mengangguk dan menyelitkan helaian rambutku ke belakang telinga.

Entahlah. Aku takut kalau aku tak kuat . Betul ke aku cukup kuat untuk menghadapi dua insan yang sudah merobekkan hati aku dengan teruk sekali?

"The strenght is within you. I'm sure you'll be okey. Plus, I kan ada?"

Aku tersenyum segaris mendengarkan kata-kata Nel yang seakan memujuk hati aku yang sedang gelisah.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now