•Bab 10•

37 6 13
                                    

KEJADIAN tadi, aku tidak beritahu Qai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEJADIAN tadi, aku tidak beritahu Qai. Sengaja aku mengunci mulut walaupun didesak-desak oleh Qai untuk aku membuka mulut.

"Kau ni kan. Aku suruh kau cakap dengan Muq, kau pula yang cabut," bebel Qai sambil memusingkan stereng.

"Ish! Perut aku sakit gila-gila. Dah, puas hati kau?" Itu saja alasan yang masuk akal yang dapat aku fikirkan.

"Sakit perut? Kenapa tak beritahu aku dulu?"

"Kalau aku beritahu kau masa tu, aku dah tercirit sebelum sampai ke tandas. Kau sanggup bau tahi aku? Sanggup?"

Qai senyap lepas itu dia terangguk-angguk. Aku menghela nafas lega, nasib dia makan penipuan aku. Kalau tak, susah aku.

"Satu soalan. Apa jadi dengan kain dan kasut kau? Kau main lumpur ke apa tadi lepas balik dari tandas?" Qai menjuihkan bibir ke arah kakiku yang sedikit kotor. Tak sempat aku nak cuci sebelah kaki aku tadi. Tu pun, bersih sikit sebab Nel dah lap-lap kotoran itu dengan tangannya.

"Urk...Aku terjatuh tadi. Kaki aku termasuk dalam longkang."

Jangan panggil aku penipu ya. Memang betullah kaki aku termasuk ke dalam longkang. Hanya bahagian aku terjumpa dengan Nel dan Nel membantuku yang aku tidak cerita. Mahu riuh mulut murai Qai.

"Lah, tu okey ke tidak? Ada luka kat mana-mana?" tanya Qai risau sambil matanya sesekali melihat kakiku. Kasut tumit tinggiku, aku sudah tanggalkan. Rimas, lagipun kasut aku dah kotor. Nasiblah aku ada bawa kasut lebih.

"Sikit je ni. Luka sikit dekat siku dan lutut."

"Nak aku bawa kau ke klinik ke?"

"Tak payahlah. Sikit je ni. Rasanya tak payahlah sampai nak ke klinik. Pandai-pandailah aku cari plaster nanti." Aku tidak mahu susahkan Qai. Lagipun, kecederaan aku bukannya parah pun. Sapu minyak dan tampal plaster, okeylah tu.

"Betul ni? Sempat lagi ni kalau kau nak aku bawa kau ke klinik."

"Aku kata tak payah, tak payahlah. Jangan risaulah, aku okey jelah. Hidup lagi kan aku ni?"

"Ish! Orang risaukan dia, dia sebut pasal mati hidup pula."

Aku tersenyum nipis. Inilah Qai. Meski kadangkala dia ni layan acuh tak acuh, perangai tak senonoh dan banyak lagilah perangai hodoh dia tapi Qai ni boleh juga diharap.

🐟🐟🐟

LEPAS aku mandi dan menyalin pakaianku, aku mengambil peluang untuk berbaring di atas tilam hotel yang empuk. Aku menutup mata dan menggulingkan badanku.

Qai pula berada dalam bilik air, sedang membersihkan diri. Lama betul dia mandi, dah nak dekat setengah jam juga dia dalam tandas tu. Tahulah tandas cantik, tak macam tandas kecil rumah sewa kami.

Deringan telefonku membuatkan aku terperanjat. Sedang aku mengguling-guling di atas katil, tiba-tiba badan aku terjatuh di atas lantai bilik hotel.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now