Perfectly Yours! [OG]

By cikmochiiz

1.2K 186 190

Apa yang kau akan buat kalau kau jumpa semula musuh tradisi kau? Berbaik dengan dia? Tak tunggu lama, belasah... More

꧁𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬꧂
•Prolog•
•Bab 1•
•Bab 2•
•Bab 3•
•Bab 6•
•Bab 7•
•Bab 4•
•Bab 8•
•Bab 9•
•Bab 5•
•Bab 11•
•Bab 12•
•Bab 13•
•Bab 14•
•Bab 15•
•Bab 16•
•Bab 17•
•Bab 18•
Bab 19
•Bab 20•
•Bab 21•
•Bab 22•
•Bab 23•
Bab 24
•Bab 25•
•Bab 26•
•Bab 27•
•Bab 28•
•Bab 32•
•Bab 29•
•Bab 30•
•Bab 31•

•Bab 10•

37 6 13
By cikmochiiz

KEJADIAN tadi, aku tidak beritahu Qai. Sengaja aku mengunci mulut walaupun didesak-desak oleh Qai untuk aku membuka mulut.

"Kau ni kan. Aku suruh kau cakap dengan Muq, kau pula yang cabut," bebel Qai sambil memusingkan stereng.

"Ish! Perut aku sakit gila-gila. Dah, puas hati kau?" Itu saja alasan yang masuk akal yang dapat aku fikirkan.

"Sakit perut? Kenapa tak beritahu aku dulu?"

"Kalau aku beritahu kau masa tu, aku dah tercirit sebelum sampai ke tandas. Kau sanggup bau tahi aku? Sanggup?"

Qai senyap lepas itu dia terangguk-angguk. Aku menghela nafas lega, nasib dia makan penipuan aku. Kalau tak, susah aku.

"Satu soalan. Apa jadi dengan kain dan kasut kau? Kau main lumpur ke apa tadi lepas balik dari tandas?" Qai menjuihkan bibir ke arah kakiku yang sedikit kotor. Tak sempat aku nak cuci sebelah kaki aku tadi. Tu pun, bersih sikit sebab Nel dah lap-lap kotoran itu dengan tangannya.

"Urk...Aku terjatuh tadi. Kaki aku termasuk dalam longkang."

Jangan panggil aku penipu ya. Memang betullah kaki aku termasuk ke dalam longkang. Hanya bahagian aku terjumpa dengan Nel dan Nel membantuku yang aku tidak cerita. Mahu riuh mulut murai Qai.

"Lah, tu okey ke tidak? Ada luka kat mana-mana?" tanya Qai risau sambil matanya sesekali melihat kakiku. Kasut tumit tinggiku, aku sudah tanggalkan. Rimas, lagipun kasut aku dah kotor. Nasiblah aku ada bawa kasut lebih.

"Sikit je ni. Luka sikit dekat siku dan lutut."

"Nak aku bawa kau ke klinik ke?"

"Tak payahlah. Sikit je ni. Rasanya tak payahlah sampai nak ke klinik. Pandai-pandailah aku cari plaster nanti." Aku tidak mahu susahkan Qai. Lagipun, kecederaan aku bukannya parah pun. Sapu minyak dan tampal plaster, okeylah tu.

"Betul ni? Sempat lagi ni kalau kau nak aku bawa kau ke klinik."

"Aku kata tak payah, tak payahlah. Jangan risaulah, aku okey jelah. Hidup lagi kan aku ni?"

"Ish! Orang risaukan dia, dia sebut pasal mati hidup pula."

Aku tersenyum nipis. Inilah Qai. Meski kadangkala dia ni layan acuh tak acuh, perangai tak senonoh dan banyak lagilah perangai hodoh dia tapi Qai ni boleh juga diharap.

🐟🐟🐟

LEPAS aku mandi dan menyalin pakaianku, aku mengambil peluang untuk berbaring di atas tilam hotel yang empuk. Aku menutup mata dan menggulingkan badanku.

Qai pula berada dalam bilik air, sedang membersihkan diri. Lama betul dia mandi, dah nak dekat setengah jam juga dia dalam tandas tu. Tahulah tandas cantik, tak macam tandas kecil rumah sewa kami.

Deringan telefonku membuatkan aku terperanjat. Sedang aku mengguling-guling di atas katil, tiba-tiba badan aku terjatuh di atas lantai bilik hotel.

"Aduh..." Aku mengaduh sakit sambil mengurut pinggangku. Siapa pula yang telefon aku? Tak pasal-pasal percuma je aku jatuh katil.

Aku meraba-raba meja di sebelah katil. Dapat saja telefon aku, aku lihat si pemanggil dan lantas menyambut panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Mak!"

"Waalaikumussalam. Kenapa hang ni, kakak? Suara tu lain macam je mak dengaq."

"Jatuh katil, mak." Aku tersengih-sengih.

"Astaghfirullahalazim , lagu mana boleh jatuh katil tu?" Risau suara mak. Ni yang aku tak suka. Aku tak suka membuatkan mak risau dan berfikir lebih-lebih.

"Tak teruk punlah, mak. Sakit pinggang je. Sapu minyak nanti, baiklah tu." Aku cuba yakinkan mak yang aku baik-baik saja walhal aku kesakitan di pinggang aku hanya Tuhan saja yang tahu.

"Hang ni. Jaga diri tu elok-elok. Ini tidak, jatuh katillah, jatuh tanggalah, jatuh bumbunglah. Risau mak ni. Dari kecik, suka je jatuh merata."

Aku memang begitu sejak dari kecil. Tak tahulah sumpahan apa tapi aku kerap juga jatuh. Badan aku ni banyak parut kesan jatuh di merata tempat. Sekali tu, aku degil mahu membaiki bumbung rumah kami yang bocor. Sudahnya, aku jatuh dari atas bumbung apabila ada burung gagak yang kacau aku. Teruk jugalah, patah lengan. Teruk aku kena bebel dengan mak masa itu.

"Kakak okeylah. Tak percaya, tanya Qai. Serius, kakak okey jelah. Pandai-pandailah kakak jaga diri tu."

"Yelah, mak ni susah hati. Hang tak ada depan mata mak."

"Mak...Doalah kakak selalu ya? Allah ada untuk jaga kakak untuk mak. Okey? Dah, tak payah risau sangat. Sikit je ni, mak." Aku terus memujuk hati mak yang resah.

"Yelah. Hang buat apa tu, kakak?"

"Kakak ada dekat Kajang ni dengan Qai. Pergi majlis perkahwinan sepuluh dia." Aku betulkan dudukku dan belakang badanku disandarkan pada meja di sisi katil.

"Lah, ya ke? Ni, bila hang nak mai balik, kakak?"

"Urm...Tak tahu lagilah, mak. Nanti kalau kakak nak balik, kakak beritahu mak. Mak apa khabar kat sana? Sihat?" Baru teringat aku mahu bertanya khabar mak.

"Baru nak tanya ka?" Sinis mak berkata. Aku gelak kecil.

"Jatuh katil tadi, lupa sekejap."

"Mak sihat ja. Sakit sikit-sikit tu, biasalah. Dah tua kan? Nasib si Sepiah tu ada. Dialah yang duk selalu jenguk mak. Kadang-kadang tu dia bawak mai makanan untuk mak."

Tersenyum aku mendengar luahan mak. Lega hati aku apabila ada jugalah orang untuk menjaga mak walaupun aku selalu mengata Mak Cik Sepiah di belakangnya. Bersyukur aku dengan kehadiran Mak Cik Sepiah janda anak dua. Selalu juga dia jenguk mak dan tolong mak.

"Baguslah tu. Nanti kirim salam dekat Mak Cik Sepiah tu ya?"

"Yelah. Adik tu okey ka kat sana?"

"Macam biasalah budak tu. Sihat walafiat je." Aku tersenyum. Faham dengan kerisauan mak terhadap Dani. Yelah, Dani tu dari zaman sekolah rendah suka buat hal.

Setiap tahun, mesti ibu dipanggil untuk menghadap pengetua. Ponteng sekolahlah, masalah disiplinlah, semuanya adik aku. Hailah, kenapalah kau tak boleh jadi macam kakak kau? Baik je, tapi perangai adik aku macam hantu.

"Jaga adik tu elok-elok. Mak tak ada nak jaga dia kat sana."

"Kalau mak duduk sekali dengan kakak, kan senang. Kakak boleh selalu tengokkan mak. Nak juga duduk dekat kampung."

Sebabnya aku dan Dani tinggal di Shah Alam, sebab aku bekerja di sini dan Dani pula dapat belajar di sini juga. Sudah puas aku pujuk mak untuk tinggal bersama aku, tapi mak berkeras untuk tinggal di rumah kami di Sungai Petani, Kedah. Katanya, nanti tak ada sesiapa yang menjaga rumah itu. Katanya sayang nak tinggalkan rumah itu.

"Tak mahulah mak. Mak bukannya sorang di sini. Mak Cik Sepiah tu ada, orang gaji pun ada."

"Hurm. Yelah, mak."

"Eh, mak kena pi dulu. Ayam-ayam belakang rumah tu duk bertekak pula."

"Yelah, jaga diri mak. Sayang mak!" Assalamualaikum."

Setelah mak menjawab salam aku, talian aku putuskan. Betapa aku rindu mak sekarang ni. Aku bercadang untuk balik ke kampung minggu depan dengan Dank tapi si Dani pula yang ke Langkawi.

Mengingatkan Dani, aku tersenyum tawar. Minda aku menyelak kembali lipatan memori yang pernah berlaku suatu ketika dahulu semasa Dani berusia 17 tahun dan aku baru saja masuk 20 tahun.

Kenangan yang aku takkan sesekali lupakan. Yang hanya menjadi rahsia aku, Dani dan unknown...

Imbas kembali...

Jantung aku bagai direntap kala menerima panggilan daripada balai polis. Tergesa-gesa aku meninggalkan dewan kuliah dan meminta Qai untuk menghantar aku ke Kedah. Nasiblah Qai tak merungut apa-apa.

Pintu kaca balai polis, aku kuak. Mata aku mencari kelibat seseorang. Keadaan di balai polis agak kecoh. Ada yang buat aduanlah, ada yang sedang menjerit-jeritlah. Itu urusan merekalah, sekarang ni mana dia?!

Seorang anggota polis wanita melintasiku. Segera aku menahan wanita itu.

"Puan, ada tak budak bernama Muhammad Dani Izhar?"

"Muhammad Dani Izhar? Oh ya, dia sedang duduk berehat di bangku sana tu." Anggota polis itu menunjuk satu arah. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu.

Nampak saja seorang lelaki muda yang duduk di atas sebuah bangku sambil menyandarkan belakang badannya ke dinding, aku segera berlari ke arah lelaki itu.

"Dani!"

Dani mengangkat kepalanya. Riak wajahnya nampak terkejut.

"Kak!"

Aku duduk di sebelah Dani. Mata aku memandang dia atas sampai bawah. Ini ke adik aku? Baju sekolahnya ada kesan koyak sedikit termasuk di bahagian kolar. Rambutnya nampak serabut. Ada beberapa kesan luka dan lebam di wajahnya serta lengannya. Senang cerita, Dani nampak sangat selekeh sekarang!

"Kau buat apa lagi ni, Dani? Kau tahu tak, jantung aku ni rasa macam nak pecah dengar kau kena seret ke balai polis?"

"Maaf, kak..."

Aku mendengus kasar. Terus, kepalanya aku tampar berkali-kali bagi melepaskan geram di hati.

"Aduh! Aduh! Sakitlah, kak..." Dani mengangkat tangan, melindungi dirinya dari dipukul oleh aku lagi.

"Sakit lagi hati akak tahu tak?! Kalau mak tahu macam mana? Kau tak kesian kat mak ke? Nasib polis telefon akak, kalau mereka telefon mak macam mana?"

"Dah aku bagi nombor telefon akak..."

"Tahu pun kau takut dengan mak. Sudah-sudahlah tu buat hal. Tak penat ke? Kali ini, apa yang kau buat, Dani?"  Aku jegilkan mata memandang Dani yang menunduk saja.

"Aku...Bergaduh dengan budak kelas aku," balas Dani perlahan.

Aku mengeluh panjang dan memicit tepi dahiku. Pening dengan perangai bermasalah Dani dari dulu lagi. Sudah besar panjang, tapi masih tidak berubah!

"Habis?"

"Budak tu cedera...Mak bapak dia nak saman aku..." kata Dani takut-takut. Membeliak mata aku mendengarnya.

"Saman?!" Lontaran suara aku yang tinggi menyebabkan beberapa orang polis, memandang aku.

Dani mengemam bibirnya. Aku menyerabutkan rambutku. Dani yang buat hal, aku yang kusut!

"Cakap dengan akak, kenapa kau bergaduh? Siapa yang mula dulu?" tanyaku laju.

"Afham yang provok aku dulu.",

"Apa yang dia cakap?" soalku dengan nada yang tegas.

Dani terdiam lama. Matanya mula bergenang.

"Dia ejek aku. Dia kata aku tak ada bapak. Dia ejek mak dan kakak juga. Dia cakap macam-macam tentang mak. Aku tak tahan...Aku terus belasah dia." Dani menggenggam tangannya kuat. Aku lihat matanya sudah berkaca-kaca.

Hati aku mula dihimpit rasa sayu. Aku cukup maklum dengan baran adik aku ni. Fahamlah aku kini mengapa dia belasah rakan sekelasnya itu.

"Aku minta maaf, kak...Salah aku juga. Tolong jangan beritahu mak, kak." Menggeletar tangan Dani mencengkam seluar sekolahnya. Sedikit sebanyak, rasa marahku mula surut.

Tanpa berkata, aku terus tarik tubuh Dani ke dalam pelukanku. Belakang badannya, aku tepuk sedikit.

"Sudah tu. Budak lelaki mana boleh menangis. Hilang macho." Aku tahu, Dani sedang menangis. Rambutnya aku belai seperti budak kecil. Di mata aku, Dani selamanya budak kecil yang cengeng dan nakal itu.

Terhinggut-hinggut bahu Dani dek menangis. Aku pun rasa macam menangis tapi aku tahan saja air mata aku dari menitis.

Lepas beberapa saat aku memeluk tubuh Dani, pelukan itu aku leraikan. Kedua belah tanganku menekup pipinya.

"Mana lukanya? Sakit lagi?" Aku menyentuh sedikit luka di tepi matanya dan spontan dia mendesis.

"Sakitlah kak."

"Siapa suruh kau buat hal? Kan dah lebam satu muka kau ni. Balik nanti akak rawat luka ni. Kalau mak tanya kenapa muka macam ni, kau cakap je kau jatuh. Faham?! Jangan cakap apa yang terjadi dekat mak."

Dani mengangguk faham. Bukan niat aku mahu sorokkan perkara ini daripada mak, cuma aku tak nak hatinya risau dan resah tentang Dani. Keadaan memaksa aku untuk rahsiakan perkara ini daripada mak.

"Sekarang ni macam mana? Mak bapak budak tu memang betul-betul nak saman kau ke?"

Dani menggeleng. Aik, tadi cakap lain. Mana satu ni?

"Mereka dah tak jadi saman aku."

Terbutang mata aku. Tak jadi?

"Kenapa tak jadi pula? Kau merayu ke apa?" tanyaku pelik.

"Entah. Akak polis tu kata aku dah boleh balik dah tadi. Aku tanyalah, bukan mak bapak Afham nak saman aku ke? Lepas tu, dia kata dah ada orang setelkan. Mereka dah tarik balik laporan yang mereka buat. Katanya, ada sorang lelaki yang tolong aku. Aku tak kenal pun siapa lelaki tu. Akak polis pun tak kenal siapa lelaki tu. Lepas je setel masalah aku, dia terus blah. Tahu-tahu je, dia yang selesaikan masalah aku," jelas Dani panjang lebar. Aku cuba menghadam segala keterangan Dani.

Aku diasak pelbagai soalan. Siapa lelaki itu? Dia kenal Dani ke? Mengapa dia yang selesaikan masalah Dani? Dan apa yang dia lakukan sampai ibu bapa Afham ni tak jadi saman dan tarik kembali laporan yang mereka buat?

"Betul kau tak tahu siapa lelaki tu?" Aku bertanya untuk meminta kepastian.

Soalan aku disambut anggukan laju daripada Dani.

"Sumpah, kak! Aku tak kenal pun. Tengok muka pun tak."

Aku pula membisu. Siapa? Siapa lelaki itu? Aku teringin mahu bertemu dengannya dan mengucap terima kasih. Mungkin juga aku akan cuba membalas jasanya.

Terima kasih, unknown!

Continue Reading

You'll Also Like

92.6K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...
675K 24.7K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...
47.2K 5.4K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
902K 36.8K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...