DERITA YANG KUDAMBA

By Angel_k20

7.1K 1K 576

Angel_k20 More

BLURB
BAB 1️⃣
BAB 2️⃣
BAB 3️⃣
Bab 4️⃣
Bab 6️⃣
Bab 7️⃣
Bab 8️⃣
Bab 9️⃣
BAB 10

Bab 5️⃣

541 95 64
By Angel_k20

Mesej itu kupandang lagi dengan rasa tak percaya. Ya Allah, bila masa aku mulakan conversation dengan Qaiser? Yang aku tak fahamnya, macam mana aku boleh terhantar mesej kepada lelaki itu sedangkan tadi, aku tak pegang telefon.

"Sweet Dream Garden Restaurant, jam 10 pagi."

Skrin telefon yang memaparkan arahan Qaiser kutenung bagai nak tembus. Ligat otakku reverse balik apa yang terjadi siang hari tadi sampaikan aku boleh terhantar mesej WhatsApp tanpa sedar. Akhirnya, korek punya korek, jawapan yang kudamba muncul jua.

Tapi, itulah. Ia membuatkan aku rasa nak hempuk kepala miringku dengan kerusi. Ya Tuhan, agaknya otakku dah tak function. Otak beku, jammed, cramp dan seangkatan dengannya. Bodoh ke apa, aku tak tahu. Yang aku tahu, aku dah gila. Kenapa aku boleh terhantar mesej carut kepada Qaiser?

"Fuck you, Qaiser! Kenapa kau pinang aku? Aku tak suka kau jadi jangan mimpi aku akan sukakan kau. Kau ingat aku boleh lupa aku apa kau buat dulu? Nope! Sila meninggal, Kanz Qaiser. Aku boleh sponsor kain kafan untuk kau. Oh ya, siap dengan tanah kubur. Just ready untuk masuk neraka je."

Mesej panjang berjela yang kuterhantar kepada Qaiser kupandang lagi dengan penuh rasa kesal. Betullah, aku kesal. Aku dapat nombor Qaiser daripada mama. Kemudian, sebab geram, aku taip mesej tu tanpa niat nak tekan butang hantar. Tapi, entah kenapa, terhantar juga. Lagi haru, terhantar tanpa aku sedar.

"Mama..." Malamku kian suram.

*****

Seperti mesej balas Qaiser, pagi ini aku di sini. Di restoran mewah berdekorasikan taman bunga. Dari jauh, aku sudah nampak lelaki itu di sudut tertutup di dalam restoran. Qaiser sedang ralit dengan telefonnya. Sikit pun orang di sekeliling tidak dipedulikan.

Melihat itu, pantas aku berjalan masuk ke dalam restoran. Tekadku dikuatkan walaupun jantung berdegup kencang. Entahlah nak kata aku ni bodoh ke apa ikut je arahan Qaiser ke sini, tapi aku ada prinsip takkan melarikan diri disebabkan kesalahan sendiri.

The damage has been done. Aku kena hadap juga sebab kes semalam, jelas lagi bersuluh memang salahku. Aku yang mulakan dulu, jadi aku kena selesaikan. Mungkin, perjumpaan pagi ini ada baiknya. Aku nak sangat penjelasan kenapa Qaiser pinang aku.

"Qaiser." Tanpa salam, aku menarik kerusi di depan Qaiser.

"Waalaikumussalam," jawab Qaiser.

"Cis!" Aku menarik nafas panjang. Geram!

"Assalamualaikum," kataku perlahan, acuh tak acuh.

Qaiser pandang aku sekilas, kemudian tunduk semula di skrin telefonnya. Entah apalah yang penting sangat dalam telefon dia tu sampaikan aku yang cantik meletop kebabom nasib baik tak bom je tempat ni dengan meriam pun dia tak pandang. Semakin aku geram dengan dia ni. Cis!

"Kenapa kau pinang aku?" Direct tanpa corner, babe. Aku dah tak betah tengok Qaiser. Handsome tapi ya ampun, aku rasa nak terajang sifat beku dia tu. Langsung tak pandang aku weh!

"Saja." Itu jawapan Qaiser.

"Hey. Look. Okey. First, aku ucapkan terima kasih berjuta-juta bintang di angkasa campur asteroid dan meteorite sebab selamatkan aku hari tu. Tapi, please. Aku tak suka kau dan aku tak nak kahwin dengan kau." Bersungguh-sungguh aku katakan kepadanya bahawa aku tak nak kahwin dengannya.

"Sebab tu ke sampaikan kau fuckkan aku? That's rude, sweetheart," jawab Qaiser penuh selamba. Ulang sekali lagi, selamba. Selamba gila!

"Siapa sweetheart kau?" Kenapalah mamat handsome ni mesti Qaiser? Kalau bukan Qaiser, pasti jantung aku dah jatuh bergolek-golek.

"Kaulah, Maya Wareesha," balas Qaiser tanpa perasaan.

Di kala itu, terus aku terkelu. Tapi okey, jangan salah faham. Aku terkelu bukan sebab terkejut dengan jawapan Qaiser. Tapi, aku tergamam disebabkan oleh personalitinya yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Ke mana hilangnya personaliti diam, sejuk dan beku seorang Kanz Qaiser yang pernah aku kenal sebelum ini?

Qaiser sekarang macam... womanizer.

Yalah, Qaiser tak pernah berkawan dengan perempuan. Aku sahajalah kawannya. Tapi, itu dulu. 20 tahun telah berlalu. Mungkin dalam masa 20 tahun itu, Qaiser sudah berubah. Sudah pandai bergaul dengan perempuan. Ya, mungkin.

"Sebelum kau nak cakap aku ni womanizer, better kau check diri kau dulu. Kau sepatutnya jaga pandangan, sweetheart. Tak elok usyar anak teruna orang lama-lama," kata Qaiser seraya senyuman sinisnya, dihadiahkan kepadaku.

Cis, dasar anak orang!

Terus aku buat muka toya. Qaiser ni macam tahu-tahu je aku kata dia womanizer walaupun pada hakikatnya, ayat dia biasa-biasa je. Aku je yang lebih-lebih kutuk dia di dalam hati. Biasalah, bila hati dah geram. Aku pula jenis tak boleh control. Terus aku luah apa yang terbuku di dalam sanubari.

"Dahlah. Geram aku." Jus epal yang baru sahaja sampai di meja kucapai lalu kuminum rakus tanpa mempedulikan Qaiser yang tenung je muka aku.

"Kau setuju ke, tak setuju ke, kau kena kahwin dengan aku." Akhirnya setelah lama diam, Qaiser bersuara.

"Aku tak nak." Aku tetap berkeras.

"Wajib." Qaiser nampaknya tak nak mengalah.

"Kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku?" tanyaku pula.

Nada yang agak tinggi tadi kurendahkan sebaik mungkin. Marah yang bersarang di dalam jiwa kudidik agar reda. Aku kira, lebih baik aku bagi peluang sekali lagi kepada Qaiser untuk jelaskan sebab kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku sampaikan kata aku wajib nikah dengan dia.

"Look, Maya Wareesha." Qaiser dilihat menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan, telefon pintarnya dihulurkan kepadaku.

"Apa ni?" Walaupun pelik, aku sambut juga huluran tersebut.

"Kau akan tahu kenapa kau wajib kahwin dengan aku," jawab Qaiser dengan nada serius.

Pelik, tapi aku tidak membangkang. Terus skrin telefonnya yang berada di tanganku kutatap tanpa ekspresi. Namun, sekejap jelah tanpa perasaan. Sebaik sahaja otakku dapat mencerna gambar apa yang terpapar di skrin telefon tersebut, terus aku terjerit kecil.

"Wei, apa ni?" Aku dah tak tahu wajahku jadi apa sekarang. Tomato? Cili? Strawberi? Ah, apa-apa sajalah.

"Aku tuntut janji." Qaiser relaks je pandang aku sambil menyilang tangan ke dada. Senyuman kemenangan terukir di bibirnya.

"Ni pengakuan zaman budak-budak. Ah, tak kira. Aku tetap tak nak." Aku juga turut meniru gayanya, tangan disilangkan ke dada.

Gambar yang Qaiser tunjuk tu ialah surat cinta aku kepada dia. Ya, betullah aku mengaku yang aku suka gila dengan Qaiser masa kecil-kecil dulu walaupun Qaiser tidak kacak. Buktinya, masa umur enam tahun pun aku dah pandai tulis ayat, "Maya suka Abang Qaiser. Maya Wareesha nak kahwin dengan Kanz Qaiser."

Gedik kan aku? Tapi, tak boleh salahkan aku juga. Aku membesar di negara barat. Aku selalu tengok orang tulis perkataan 'love' dan 'marry'. Pergaulan antara lelaki dan perempuan di sana betul-betul bebas. Jadi, aku terpengaruh jugalah apabila kawanku cakap kalau sukakan seseorang, cakap je, "I love you."

Asalnya, aku malu. Tapi, atas tunjuk ajar kawanku, aku ubah cara. Surat menjadi perantara luahan perasaanku kepada Qaiser. Qaiser baca tapi macam biasa, dia buat-buat tak tahu. Sudahnya, aku pun buat-buat tak tahu jugalah. Hasilnya, perkara itu terkubur begitu sahaja.

Sekarang, 20 tahun telah berlalu. Masing-masing sudah besar panjang dan sejujurnya, aku dah lupa pasal surat tu. Kalau tak sebab Qaiser bangkitkan kembali, mungkin sampai ke hari ini aku lupa yang aku pernah sukakan lelaki itu dulu, di zaman hingusan.

"It's okay, sweetheart. Tapi, bersedialah untuk terima akibatnya. Kompeni kau mungkin..."

"Kau psiko!" Belum sempat Qaiser menghabiskan ayatnya, aku terus menuding jari telunjuk ke mukanya.

Tahap kemarahan aku dah melonjak naik. Qaiser memang betul-betul melampau. Psiko! Gila! Ya, aku tahulah kompeni dia dengan kompeni aku memang bekerjasama sejak dulu sampai sekarang. Tapi, tak payahlah sampai ugut-ugut. Sumpah aku tak suka dengan perangainya yang satu ini!

"Apapun, aku dah tetapkan tarikh nikah kita. 15 Mac ni kita kahwin. Jangan nak lari pula," kata Qaiser.

Qaiser bangun dari kerusi lalu berura-ura pergi dari situ. Namun, sebelum dia melangkah, sempat aku dipandangnya dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan maksud di sebalik gerakan bibirnya yang berbunyi, "Kerana aku bertanggunggjawab melindungi kau daripada dia."

Aku bingung.

Ps: Done! Sorry lambat. Banyak hala betul hari ni. Uruskan 2 org klien, berperang dgn masa, dll. Pokoknya, penat. Sorry kalau part ni hambar or jd smakin klise. 😌

1 Mac 2022
10 malam

Continue Reading

You'll Also Like

34K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
73.3K 9K 24
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
59K 3.2K 41
Elyana lyra ♡ Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
161K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...