BAB 10

402 40 15
                                    

"Betul apa? Yang kau tiba-tiba menangis ni kenapa?" Linda cepat-cepat membangunkan aku dari lantai.

Dengan masih tersedu-sedu, aku memeluk Linda. Menangis semahu-mahunya di bahu gadis itu. Buat masa sekarang, hanya menangis sajalah aku mahu. Aku sudah tidak peduli lagi dengan orang sekeliling. Biarlah orang nak kata apa pun, aku tak nak tahu. Apa yang aku tahu, aku berada sedih!

"Maya ...." Linda mengusap-ngusap belakangku.

"Kau kenapa?" tanya Linda, lembut.

"Isk... isk...." Tangisanku perlahan-lahan berhenti. Jiwaku sedikit tenang setelah Linda tidak putus-putus cuba mententeramkan aku.

Mesti Linda pelik kan aku tiba-tiba aje menangis? Ah, biarlah.

"Entah, tak tahu." Aku melepaskan pelukan pada Linda.

"Lah, boleh pula tak tahu?" Linda mengerutkan muka.

"Okeylah aku mengaku. Aku sedih bila dengar kau cakap Tuan Qaiser meninggal. Puas hati?" Aku menyapu sisa air mata di pipi.

"Tuan Qaiser meninggal? Bila masa aku cakap dia meninggal?" Linda mengerutkan muka.

"Tadi tu? Pesawat dia naik terhempas kan? Kalau terhempas, confirm mati punya." Laju aku membalas soalan Linda.

Sekarang, aku pula yang pelik dengan Linda. Tadi bukan main cakap kapal terbang yang Qaiser naik terhempas. Jadi, aku menangislah sebab sedih. Walaupun aku tak suka Qaiser, lelaki itu tetap manusia. Yang bernyawa. Yang pernah aku kenal. Terbayang di mataku betapa takut dan azabnya saat ambang kematian.

"Kau ni. Habis, yang dari tadi tengok kau mengongoi kat sini tu, siapa?" bisik Linda.

Air mukanya kelihatan tiba-tiba berubah cuak ketika berbisik kepadaku. Dia berdehem perlahan, kemudian menjauhiku beberapa jengkal. Gerak badannya menunjukkan seperti ada sesuatu yang menakutkan di belakangku.

"Hah?" Aku pula yang terpinga-pinga dengan perubahan Linda.

"Kau kenapa, Linda?" tanyaku, perlahan.

Aku ingin menoleh ke belakang, ingin melihat apa yang membuatkan Linda menjauhiku. Tetapi, entah kenapa tulang leherku terasa seperti diskru dengan skru ketat lagi berkarat. Payah benar nak toleh ke belakang. Cubalah banyak kali sekalipun, aku tak mampu.

Lagi yang membuatkan aku tidak mampu menoleh ialah pada saat itu, aku berasa seperti ada entiti lain yang berdiri di belakangku. Entiti yang beraura lebih kuat daripada manusia biasa yang pernah aku berdampingan dengan mereka. Aura itu macam ... macam ....

"Tak sangka kau boleh menangis macam kematian suami bila dengar berita pasal aku tadi."

Syiuu....

Dingin pendingin hawa terasa menyengat ke tulang hitam. Bisikan halus di telinga membuatkan rohku terbang melayang sesaat sebelum masuk dengan kelajuan cahaya ke dalam tubuh. Terus aku terkejung di situ!

"Han ... hantu ...." Bebola mataku bergerak-gerak, meneliti dengan teliti figura seorang lelaki tampan lagi kacak bergaya yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dan sekarang, mendepaniku dengan senyuman mengejek. Nampak ya mukanya puas hati dapat tengok aku menangis tadi.

"Kanz Qaiser!" Tanpa bilang satu, dua atau tiga, aku menjerit semahunya. Geram!

"Ya, sayang." Qaiser gelak, kemudian tanpa rasa bersalah, dia terus meninggalkan aku sendirian di sini bersama Linda yang terbuntang biji mata apabila mendengarnya memanggilku "sayang".

Tak guna punya Qaiser!

Nasib baiklah suaranya tidak berapa kuat. Aku yakin hanya Linda sahaja yang mendengarnya. Kalau staf lain terdengar juga, mati aku! Nak letak di mana muka ini? Masalah betullah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DERITA YANG KUDAMBAWhere stories live. Discover now