BLURB

1.8K 156 86
                                    

DERITA YANG KUDAMBA
Angel_k20

Dalam satu kejadian rompakan bank, nyawa Maya Wareesha terselamat apabila seorang lelaki tampan tetapi berwajah beku sempat menolaknya ke tepi. Namun sayang seribu kali sayang, dia terlupa mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

"Handsome, mengancam." - Maya Wareesha.

Insiden tersebut membongkarkan rahsia Maya diekori. Kerana bimbang akan keselamatan anak daranya, Puan Sri Haneesha bersepakat dengan Puan Sri Zarina untuk menjodohkan Maya dengan anak lelaki wanita itu. Katanya, keselamatan Maya akan lebih terjamin.

"Kerana dia sendiri yang pinang Maya." - Puan Sri Haneesha.

Masalah mulai timbul apabila Maya mengetahui identiti lelaki yang dijodohkan dengannya. Kanz Qaiser? Selama-lamanya, dia tak nak! Apa hal lelaki beku tambah kerek kuasa dua jadi poyo nak mampus itu jadi pilihan mama? Tahulah CEO, kaya raya. Tapi, sumpah dia tak suka!

"Kau akan cintai aku separuh mati." - Kanz Qaiser.

Bermulalah rancangan Maya untuk menggagalkan rancangan perkahwinan tersebut. Apatah lagi, hatinya sudah sekian lama terpaut kepada Tengku Afzan Haris, CEO di tempatnya bekerja. Lelaki itu sangat cool, baik dan paling penting, segala kemahuannya dipenuhi.

"Tolonglah jadi isteri saya, Maya." - Tengku Afzan Haris.

Panahan mentari dilembayung gerimis. Derita didamba bersulam kasih. Tiada penyakit, cari penyakit. Berjayakah usaha Maya untuk lari daripada Qaiser, si musuh ketatnya sejak kecil? Namun, apa yang pasti, Qaiser bukan sejenis lelaki yang mudah menyerah kalah!

 Berjayakah usaha Maya untuk lari daripada Qaiser, si musuh ketatnya sejak kecil? Namun, apa yang pasti, Qaiser bukan sejenis lelaki yang mudah menyerah kalah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tarikh mula: 21 February 2022
Tarikh akhir: -
Cover: Angel_k20

©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20

Karya ini adalah karya fiksyen. Tidak dibenarkan untuk meniru, mencedok atau mengambil idea daripada penulisan ini. Jika tertangkap, penulis berhak mengambil tindakan keras ke atas pelaku.

Angel_k20
21 February 2022
6.00 p.m

DERITA YANG KUDAMBAWhere stories live. Discover now