Bab 7️⃣

411 85 67
                                    

Tak banyak sangat pun kerja yang boleh aku buat di sini. Kerana itulah kebosanan melanda diri ini yang sememangnya jenis tak boleh duduk diam. Aku sudah tolong susun pinggan, cedokkan lauk dan atur di atas meja. Jadi, apa je lagi aku boleh buat sementara menanti kedatangan para tetamu?

"Maya, Maya!" panggil mama.

Aku segera mendapatkan mama di dapur. Dia sedang memotong buah tembikai untuk dijadikan pencuci mulut. Melihat aku datang kepadanya, terus mana menolak pinggan berisi buah tersebut kepadaku. Dengan isyarat mulut, dia menyuruh aku membawanya ke depan.

Melihat itu, tanpa sepatah kata aku menurut arahan. Kedua-dua buah pinggan itu kucapai dan kubawa ke ruang depan. Beberapa orang tetamu lelaki sudah pun sampai dan berkumpul di ruang tamu utama. Di situlah solat isyak dan solat hajat akan dilakukan sebelum tahlil bermula.

Seperti biasa, mataku akan curi-curi pandang ke arah tetamu-tetamu lelaki tersebut. Semestinya, aku mengintai yang muda-muda. Gedik kan aku? Memang! Inilah peluang untuk aku tengok stok-stok lelaki soleh walaupun aku tahu tak baik mengintai anak teruna orang. Tak jaga mata.

Dari sebalik tirai yang memisahkan ruang tamu utama dengan ruang tamu kedua di mana para tetamu akan menjamu selera selepas ini, aku dapat tahu jumlah lelaki muda yang hadir adalah dalam lima orang termasuklah Baihaqi. Benar agakanku bahawa lelaki muda yang masih menghadiri majlis tahlil sudah kian pupus.

"Uish, mengintai. Ayok, Kak Maya mengintai orang lelaki!"

Tengah ralit aku mengira jumlah tetamu, tiba-tiba satu suara kanak-kanak bingit memecahkan suasana tenang. Di kala itu, darah merah menyerbu ke mukaku. Malu siot! Kenapa perlu jerit kuat-kuat katanya aku sedang mengintai anak teruna orang? Cis!

Budak-budak apa tahu? Aku cuma nak bilang berapa jumlah tetamu muda, bukannya menggeletis tak tentu arah macam sepupu-sepupu perempuanku yang lain. Jeritlah dekat dia orang. Mereka semua tengah mengintai dan ketawa gedik sesama sendiri di tirai satu lagi.

"Bila masa akak intai? Akak bilang jumlah mereka jelah. Nanti tak cukup pinggan pula," jawabku sambil berdehem perlahan. Tipu sunat. Ampun, dosa.

"Yakah? Acik tak percaya." Budak kecil berusia dalam lingkungan 10 tahun itu mengusap dagu dengan gaya seolah-olah berfikir dalam.

"Ya, betul. Pak cik yang suruh Kak Maya bilang jumlah tetamu. Nah gula-gula, Acik. Pergi cakap dengan Mak Teh yang Kak Maya kata nak kena tambah lagi 5 buah pinggan. Tetamu makin ramai tu."

Tatkala itu, aku terkejung. Suara itu...  bukan ke milik Qaiser? Pantas aku berpaling ke belakang. Dan... di saat itu aku rasa nafasku sesak. Alamak, oksigen malas  nak masuk ke paru-paru. Habis tu, aku macam mana? Takkan nak kena mati sebab Qaiser berdiri betul-betul di belakangku sambil tersenyum? Sumpah semua ini gila!

"Qai... Qaiser." Aku menayangkan senyuman dibuat-dibuat.

Kenapa Qaiser boleh ada di sini? Fikir punya fikir, barulah otakku ingat yang kampung ini pun kampung lelaki itu. Papa aku dan papa dia sekampung. Jadinya apabila papa dia diajak ke majlis tahlil di rumah nenek, maka dia ikut sekali. Ya, betullah kot. Tapi, sejak bila dia rajin balik kampung? Pelik aku!

"Tunggu apa lagi? Mak Teh dah tunggu tu." Qaiser menyuruh Acik pergi dari situ. Ingatan aku juga bersepai.

"Okey, Pak Cik Qai." Berdesup Acik lari masuk ke dapur.

Setelah kelibat Acik hilang daripada pandangan, Qaiser pandang aku. Matanya tajam menikam wajahku sampaikan aku berasa semakin tidak selesa. Kenapa entah perutku rasa memulas semacam apabila melihat mata helangnya. Padahal, pagi semalam elok je aku  berani menentangnya siap pakej mencarut lagi.

DERITA YANG KUDAMBAWhere stories live. Discover now