BAB 1️⃣

875 125 97
                                    

Pagi itu merupakan pagi berdarah buatku, juga pagi berdarah buatnya. Kerana aku, dia terpaksa bermandi darah semata-mata ingin menyelamatkanku yang hanya orang asing padanya. Aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Tapi padaku, dia seorang yang baik walaupun mukanya... macam ais kiub.

"Cik okey? Ada luka-luka?"

Pertanyaan itu membawaku ke alam sedar. Tersedar daripada ralit mengusyar jejaka ais kiub yang menyelamatkanku tadi. Dia sedang memberi keterangan kepada pihak polis walaupun lengannya berdarah. Kain yang membaluti lengannya menghalang pendarahan daripada semakin teruk.

"Saya okey."

Aku cuba bangun, tapi ternyata aku bukanlah gagah macam mamat tak reti sakit tu. Terjelepok lagi aku ke lantai dek kakiku entah kenapa tiba-tiba menjadi jeli. Tapi, aku mungkin faham sebabnya. Aku jadi macam tu sebab baru sahaja sebentar tadi, nyawaku hampir melayang dek peluru sesat yang dilepaskan oleh perompak bank!

"Cik tak okey ni. Mari saya bantu cik. Kita ke hospital dulu."

Mungkin pegawai polis wanita itu nampak aku macam berada di awang-awangan, dia kata macam tu. Tapi, hakikatnya memang itu pun. Rohku terasa terbang sebaik sahaja jejaka tampan si encik ais tadi tolak aku ke tepi dengan sekuat tenaganya dan dia... terkena tembakan tersebut di lengan kirinya. Kesiannya! Aku rasa bersalah, sejujurnya.

"Okey." Aku hanya akur dan membiarkan polis wanita itu memapahku ke kereta polis.

Namun, di saat itu sebelum kakiku melangkah masuk ke dalam kereta tersebut, aku menoleh sekali lagi ke arah pemuda tadi. Eh, dah hilang! Mataku melilau ke serata arah dan akhir sekali, pandanganku menangkap kelibatnya menaiki sebuah superbike hitam yang diparkirkan di parkir bangunan bank.

'Mengancam, handsome.'

Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Tanpa sedar jugalah, imejnya semakin mengecil dan mengecil sampailah hilang dari pandangan. Dan... di kala itu, barulah aku tersedar bahawasanya aku belum pun berterima kasih kepadanya. Ya Allah, cemerkapnya aku hari ni!

*****

Aku diberi cuti kerja selama dua hari oleh bos besar. Katanya, dia nak aku betul-betul sihat sebelum masuk kerja semula. Baik kan bos besar aku? Ya, dia memang baik. CEO muda bernama Tengku Afzan Haris itu sangat baik dan kerana itulah, aku boleh terjatuh cinta dengan personalitinya yang cool dan memahami orang lain.

"Maya, mama nak cakap sikit ni."

Sedang elok aku mengelamun, tiba-tiba mama muncul lalu mengambil tempat di depanku. Segera perhatianku beralih kepada wanita berusia separuh abad itu. Mama tetap mama, sentiasa elegan walaupun cara duduknya sekalipun. Air mukanya serius memandangku.

"Ada apa, ma?" tanyaku.

"Kejadian semalam tu, mama risau. Orang mama cakap memang rompakan tu sebagai cover je. Target sebenar dia orang ialah Maya," beritahu mama.

Terkejut aku mendengar berita tersebut. Terus perhatianku juga terfokus kepada mama. Berkerut dahiku mencerna maklumat yang baru sahaja diperoleh. Ia adalah kejutan buatku yang pada asasnya, tiada siapa pun tahu identiti sebenarku sebagai anak orang kaya.

Aku sentiasa low profile. Ke mana sahaja aku pergi, aku akan berpakaian macam orang biasa-biasa. Kereta pun, kereta secondhand je. Itu pun jenama tempatan, bukannya kereta import. Aku ni kalau boleh, tak nak langsung orang tahu bahawa aku ini pewaris sah legasi empayar perniagaan kain terbesar di Malaysia.

"Dia orang nak apa dengan Maya? Maya biasa-biasa je." Aku merujuk kepada identitiku sebagai orang biasa sahaja. Tiada apa yang menarik pun dengan diriku.

"Itu yang mama tak faham," keluh mama.

"Apapun." Mama pandang aku.

"Mama nak Maya kahwin dengan Kanz Qaiser," katanya pula.

Penerimaan aku dengan berita itu? Terus rasa nak pengsan! Ya Allah, mama ni macam tak tahu pula yang aku tak suka mamat itu. Aku ingat lagi masa umur enam tahun, Kanz tarik rambut aku sebab apa? Dia geram aku kacau dia baca buku. Tapi bagi aku, baca buku je pun! Takkan sebab tu pun nak marah?

"Tak naklah, ma. Lagipun, Maya dengar orang kata dia tu semakin kerek, poyo, lepas tu beku gila. Annoying la dengan perangai dia tu." Terus aku tolak.

Betul, aku jadi tak suka dia sebab kes itulah. Kes dia marah aku sebab aku kacau dia baca buku. Kalau marah sikit-sikit tak apalah, ininya tak. Aku yang masa itu berumur enam tahun kena tengking dengan budak lelaki tua lima tahun daripada aku di depan khalayak ramai di dalam perpustakaan!

Insiden itu membuatkan aku berasa malu, sakit hati dan terasa hati. Sejak hari itu, aku memutuskan tali persahabatan dengan dia. Ditambah dengan kebetulan keluarga aku  kena balik ke Malaysia seminggu kemudian, terus aku terputus hubungan. Aku tidak ambil tahu pasal dia dan dia pula langsung tidak menghubungi aku.

Jadi, begitulah kisah bagaimana aku putus kawan dengan Kanz Qaiser. Tahun demi tahu berlalu tanpa khabar berita sampailah 20 tahun berlalu, tiba-tiba nama seorang Kanz Qaiser meniti di bibir staf tempat aku bekerja. Bos kecil aku pun sebut-sebut nama dia. Katanya, dia serik nak berurusan dengan CEO baru syarikat partner kompeni aku.

Bos kecil aku itu Managing Director (MD). Dalam bahasa Melayunya, Pengarah Urusan. Aku pula? Setiausaha dia. Sebab itulah aku boleh rapat dan tercrush dengan bos besar si CEO syarikat aku sendiri. Tambah pula, dia baik gila. Tidak pernah sekali pun bos besar aku itu buatkan aku rasa annoying bahkan selalu buatkan perut aku berkepak. Ada rama-rama di dalam perut.

Cuba kalau mama suruh kahwin dengan Tengku Afzan, kan bagus? Memang confirm laju je aku akan kata "ya" dengan tawaran itu. Tapi ini... suruh kahwin dengan Qaiser? Stres aku! 20 tahun tak jumpa, aku pun tak tahu muka dia macam mana sekarang. Semakin gemuk ke, dah kurus?

Yalah, masa dia umur 11 tahun hari itu, badannya gemuk ya ampun! Obesiti tahap tiga sebab suka makan burger tiap-tiap hari. Itu tak campur lagi dengan suka makan pelbagai fast food, air berkarbonat, tak suka makan sayur, dan malas bersenam. Tambah haru, kerjanya asyik dengan buku saja ke hulu ke hilir.

"Maya, dengar tak apa mama cakap ni?"

Suara tinggi mama terus menyedarkan aku daripada mengelamun teringatkan kisah dahulu. Terus aku pandang mama lalu dengan muka tidak bersalah, aku sengih sehingga menampakkan lesung pipitku. Mama di depan kelihatan sabar saja dengan kerenahku yang boleh pula mengelamun apabila dia tengah bercakap.

"Boleh mama ulang balik? Hehehe," pintaku pula.

"Mama dan puan sri dah capai kata sepakat yang kalau Maya setuju dengan lamaran ni, kami akan adakan majlis kahwin Maya dengan Qaiser secepat mungkin. Yalah, benda baik ni tak elok nak tangguh lama-lama." Panjang lebar mama menerangkan pelannya.

"Ma..." Menyesal aku minta mama ulang balik ayat dia tadi. Kalau aku buat-buat tak dengar kan elok? Haih.

"Kenapa Maya kena kahwin dengan dia?" Soalan itu aku ulang entah kali ke berapa sudah hari ini.

"Sebab Qaiser sendiri yang pinang Maya."

Pendek je jawapan mama tapi kata-katanya buatkan perasaan aku melayang. Namun masalahnya, jiwa aku bukan melayang ke syurga tetapi ke neraka! Kenapa Qaiser tiba-tiba melamar aku sedangkan sudah 20 tahun kita orang berdua tidak pernah bersua muka?

Ya Tuhan, miring ke apa CEO kerek tambah beku campur poyo nak mampus itu? Oh please, aku rasa nak gila!

Ps: How? Haha. Btw, sy sengaja buat story orang kaya2. Sebab apa? Dah penat fikir kesusahan hidup. Jom, kita escape reality. 😌

21 Feb 22
8.50 malam.

DERITA YANG KUDAMBAWhere stories live. Discover now