Bab 5️⃣

528 95 64
                                    

Mesej itu kupandang lagi dengan rasa tak percaya. Ya Allah, bila masa aku mulakan conversation dengan Qaiser? Yang aku tak fahamnya, macam mana aku boleh terhantar mesej kepada lelaki itu sedangkan tadi, aku tak pegang telefon.

"Sweet Dream Garden Restaurant, jam 10 pagi."

Skrin telefon yang memaparkan arahan Qaiser kutenung bagai nak tembus. Ligat otakku reverse balik apa yang terjadi siang hari tadi sampaikan aku boleh terhantar mesej WhatsApp tanpa sedar. Akhirnya, korek punya korek, jawapan yang kudamba muncul jua.

Tapi, itulah. Ia membuatkan aku rasa nak hempuk kepala miringku dengan kerusi. Ya Tuhan, agaknya otakku dah tak function. Otak beku, jammed, cramp dan seangkatan dengannya. Bodoh ke apa, aku tak tahu. Yang aku tahu, aku dah gila. Kenapa aku boleh terhantar mesej carut kepada Qaiser?

"Fuck you, Qaiser! Kenapa kau pinang aku? Aku tak suka kau jadi jangan mimpi aku akan sukakan kau. Kau ingat aku boleh lupa aku apa kau buat dulu? Nope! Sila meninggal, Kanz Qaiser. Aku boleh sponsor kain kafan untuk kau. Oh ya, siap dengan tanah kubur. Just ready untuk masuk neraka je."

Mesej panjang berjela yang kuterhantar kepada Qaiser kupandang lagi dengan penuh rasa kesal. Betullah, aku kesal. Aku dapat nombor Qaiser daripada mama. Kemudian, sebab geram, aku taip mesej tu tanpa niat nak tekan butang hantar. Tapi, entah kenapa, terhantar juga. Lagi haru, terhantar tanpa aku sedar.

"Mama..." Malamku kian suram.

*****

Seperti mesej balas Qaiser, pagi ini aku di sini. Di restoran mewah berdekorasikan taman bunga. Dari jauh, aku sudah nampak lelaki itu di sudut tertutup di dalam restoran. Qaiser sedang ralit dengan telefonnya. Sikit pun orang di sekeliling tidak dipedulikan.

Melihat itu, pantas aku berjalan masuk ke dalam restoran. Tekadku dikuatkan walaupun jantung berdegup kencang. Entahlah nak kata aku ni bodoh ke apa ikut je arahan Qaiser ke sini, tapi aku ada prinsip takkan melarikan diri disebabkan kesalahan sendiri.

The damage has been done. Aku kena hadap juga sebab kes semalam, jelas lagi bersuluh memang salahku. Aku yang mulakan dulu, jadi aku kena selesaikan. Mungkin, perjumpaan pagi ini ada baiknya. Aku nak sangat penjelasan kenapa Qaiser pinang aku.

"Qaiser." Tanpa salam, aku menarik kerusi di depan Qaiser.

"Waalaikumussalam," jawab Qaiser.

"Cis!" Aku menarik nafas panjang. Geram!

"Assalamualaikum," kataku perlahan, acuh tak acuh.

Qaiser pandang aku sekilas, kemudian tunduk semula di skrin telefonnya. Entah apalah yang penting sangat dalam telefon dia tu sampaikan aku yang cantik meletop kebabom nasib baik tak bom je tempat ni dengan meriam pun dia tak pandang. Semakin aku geram dengan dia ni. Cis!

"Kenapa kau pinang aku?" Direct tanpa corner, babe. Aku dah tak betah tengok Qaiser. Handsome tapi ya ampun, aku rasa nak terajang sifat beku dia tu. Langsung tak pandang aku weh!

"Saja." Itu jawapan Qaiser.

"Hey. Look. Okey. First, aku ucapkan terima kasih berjuta-juta bintang di angkasa campur asteroid dan meteorite sebab selamatkan aku hari tu. Tapi, please. Aku tak suka kau dan aku tak nak kahwin dengan kau." Bersungguh-sungguh aku katakan kepadanya bahawa aku tak nak kahwin dengannya.

"Sebab tu ke sampaikan kau fuckkan aku? That's rude, sweetheart," jawab Qaiser penuh selamba. Ulang sekali lagi, selamba. Selamba gila!

"Siapa sweetheart kau?" Kenapalah mamat handsome ni mesti Qaiser? Kalau bukan Qaiser, pasti jantung aku dah jatuh bergolek-golek.

DERITA YANG KUDAMBAWhere stories live. Discover now