Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 29

1.2K 169 50
By Qayssz

Sang Jentayu meletakkan sebungkus kain besar di lantai gunung.

"Ini pakaian Tuanku Ratu Melawati sediakan buat beberapa hari kau berada di sini." Kata Jentayu seraya menolak bungkusan kain itu kepada Dahlia menggunakan paruhnya.

"Apakah Tuanku tahu tentang keberadaanku di sini?" Soal Dahlia sambil tangannya membuka ikatan bungkusan yang berisi beberapa helai pakaian itu.

Sang Jentayu hanya mengangguk. "Usah risau, Tuanku tidak akan membuka rahsia." Balas Jentayu lagi sambil bergerak mengambil tempat di sebelah Dahlia. Kemudian dia menoleh memandang sekeliling.

"Aku tidak melihat Sang Merpatika. Di manakah dia?" Kelibat Si Apam putih itu langsung tidak tertangkap mata, ke mana dia menghilang? Disuruh melatih Dahlia tiba-tiba dia menghilangkan diri pula.

Dahlia hanya tertunduk perlahan mendengar soalan yang diajukan Sang Jentayu itu. Tidak tahu mahu mula cerita bagaimana. Hubungan mereka yang tidak baik bakal mendatangkan gusar di hati Jentayu maka sebaiknya dia khabarkan sahaja perkara sebenar atau pendam dan selesaikan sendiri?

"Apakah kalian bermusuhan?" Bagaikan mendengar bicara senandika Dahlia, Sang Jentayu menghadam keadaan dengan tepat. Terkedu Dahlia dibuatnya tidak tahu mahu beri reaksi bagaimana memandangkan rahsia sudah terbongkar walau tiada bicara dilontarkan lidah.

Gadis itu hanya mendengus kecil sambil pandangannya jatuh ke tasik oren kemerahan itu. Sang Jentayu seolah memahami, dia turut sama mengeluh perlahan memandangkan diri sudah dapat menghadam keadaan dengan baik.

Suasana sunyi seketika. Masing-masing membisu kekal membatu mengunci mulut dari melontarkan bicara. Tasik Gerhana Berdarah oren kemerahan itu ditenung mereka bagaikan mahu tembus. Sungguh letih terpancar pada wajah kedua insan itu.

"Pertama kali aku bertemu Sang Merpatika, sukar juga untuk aku bersahabat dengannya..." Sang Jentayu memecah sunyi membuka bicara. "Memandangkan perangai dan karenahnya yang tidak mesra dan terlalu kasar itu." Bicaranya disambung.

Dahlia hanya diam memasang telinga. "Jujur aku katakan, memang sukar untuk bersahabat dengannya." Bicaranya dihentikan sejenak menyusun ayat seterusnya untuk dilontarkan kepada Dahlia.

"Namun..."

"Dia tetap baik." Pendek bicaranya disambung sebelum mulutnya kembali dikunci. 

"Garang dan kasar tidak bermakna jahat Dahlia..." Lembut nasihat Sang Jentayu menyusup masuk ek telinga Dahlia. Hatinya tersentak.

Pedih mencengkam tatkala jiwa terluka ini harus memaafkan tanpa dirawat terlebih dahulu. Berdarah namun tidak menitis darahnya. Sukar untuk mencabut panahan yang meretakkan hati tanpa darah mengalir sama. Memaafkan memang tidak mudah.

Sungguh hati ini harus sempurna sebelum memaafkan dan hati yang sempurna adalah hati luka yang telah dirawat sehabis baik. Apakah hati yang berlubang sana sini mampu memaafkan orang lain?

Hati sendiri pun retak berdarah inikan pula mahu menjaga hati orang lain.

"Aku tidak tahu apa yang terjadi di antara kalian hingga sebegini luka hati kau dibuatnya namun ingin aku khabarkan pada kau sesuatu." Sang Jentayu memandang langit yang sudah bertukar biru tua. Hari makin gelap, maghrib datang bertandang menerjah alam.

Dahlia menoleh memandang Sang Jentayu menanti bicaranya disambung.

"Apakah kau sedar bahawa kau diselamatkan daripada terjatuh di lereng bukit tempoh hari?" Jentayu mengajukan soalan sambil matanya tetap tidak berkalih dari memandang dada jumantara yang terbentang luas.

"Ya, mengapa?" Dahlia membalas soalan dengan soalan.

Jentayu pula menoleh memandang Dahlia. Paruhnya mengukir selukis senyuman manis. Bicara tidak dilontarkan hanya pandangan yang diberikan kepada Dahlia membiarkan gadis itu mencari jawapan sendiri.

Dahlia hairan dengan tingkah laku Sang Jentayu pada awalnya namun lama-kelamaan dia memahami maksud burung gergasi itu.

Dahlia terkedu. "Sang Merpatika kah...?"

Jentayu mengangguk perlahan sambil paruh kuningnya tidak lekang dengan senyuman. Tercengang Dahlia dibuatnya.

Hati yang tadinya pedih berdarah sukar untuk memaafkan kini dicengkam rasa bersalah yang teramat dalam.

"Sang Merpatika lah yang menyelematkan kau tempoh hari. Mungkin yang kau bertemu dulu adalah aku, namun yang membawa kau ke mari ialah Merpatika." Jentayu menyambung bicaranya sambil menoleh kembali ke hadapan.

Dahlia hanya menunduk merenung lantai berbatu dan berpasir itu. Jiwanya diselubungi rasa bersalah terhadap merpati putih itu. Mengapa tidak khabarkan itu kepadaku dari awal? Mengapa dia diam sahaja saat aku melampiaskan api amarahku padanya?

Minda Dahlia kusut memikirkan salah sendiri. Bagaimana pula dia mahu meminta maaf dengan Si Merpati itu?

"Terkejut aku sebenarnya tatkala dia bawa kau ke mari. Sungguh Sang Merpatika itu sungguh tiada gemar terhadap manusia. Mana-mana manusia yang ditemuinya, pasti dia segera melarikan diri, malas mahu bermesra katanya."

"Tetapi ini pertama kali aku melihatnya membawa pulang manusia. Malah dia melayani kau dan bersetuju untuk melatih kau. Sungguh dirinya terlalu tidak menggemari manusia hinggakan pandang sahaja pun tidak mahu."

"Atas sebab itulah, terkesima aku dibuatnya tatkala melihat dia sepertinya akrab dengan kau. Kau manusia pertama yang mendapat kasih sayangnya." Panjang lebar Sang Jentayu menjelaskan. Sesekala matanya mengerling melihat Dahlia yang merah hidung dan matanya menahan tangis.

Sunyi menguasai alam tatkala Sang Jentayu menghabisi bicaranya. Sehabis baik tangis Dahlia ditahan tidak mahu menghamburkan air matanya sekali lagi. Hari ini sahaja sudah tidak terhitung banyaknya dia menangis.

Gelap malam menguasai alam. Dahlia bingkas bangun bagi menunaikan solat maghribnya. Sang Jentayu hanya menunggu di sisi gua itu. Kusutnya hati dirawat damai tatkala Dahlia berbicara dengan Ilahi setelah penat mengharungi pelbagai hal pada hari ini. Deruan air mengalir menjadi pemecah sunyi tiada penghujung itu.

_______________________•••____________________

Al-mathurat sederhana kecil saiznya berada dalam genggaman tangan Arjuna. Waktu sudah hampir mencecah maghrib namun sehabis baik solat Asar dan Al-mathurat yang menjadi tabiat hariannya tidak dittinggalkan.

Namun keadaan dirinya yang cedera menyukarkannya bagi menunaikan kewajipan itu. Biarpun sudah dipesan Ratu Melawati agar dia solat secara duduk sahaja memandangkan keadaannya yang masih belum sembuh, Arjuna tetap berkeras mahu solat seperti biasa.

Pemuda itu solat namun dalam keadaan tidak terdaya. Dadanya yang masih belum sembuh menyukarkan dirinya untuk bernafas dengan baik. Peluh menari-nari di wajah selepas berjaya bertarung nyawa menunaikan kewajipannya itu.

Zikir dan doa diteruskan hanya dalam keadaan duduk dengan suara yang separa berbisik. Biarpun tercungap, dirinya tetap meneruskan amalan harian hinggalah ke al-mathurat. Tidak tenang bakal bertakhta di jiwa sekiranya amalan ini ditinggalkan lantaran ia sudah sebati dalam diri pemuda itu.

Hanya diri yang mendengar bacaanya sendiri. Sesekala suaranya langsung tidak kedengaran dek nafas yang tersekat-sekat memaksa dirinya berhenti seketika. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Berteleku tidak berdaya Arjuna di atas sejadah sambil dilihat oleh yang Maha Melihat.

Bicara hanya dilontar dari hati ke hati. Tiadalah walau sedikit daya mampu melontarkan suara. Namun usah risau, sungguh Allah Maha Mendengar. Hatta bicara sang semut pun dapat didengariNYA, inikan pula bicara hati seorang insan.

Jikalau Allah hanya dapat mendengar bicara yang dilontar secara zahir, maka rugilah si bisu yang tidak bersalah. Tetaplah mengadu pada-NYA walau kau berada diambang kematian sekalipun, sungguh bicaramu pasti akan didengari.

Bacaan al-mathurat dihabisi dengan doa rabithah yang hanya dibaca dari hati manakala bibir terkumat-kamit tanpa suara. Arjuna menyapu seluruh wajahnya dengan tangan kanan, mengelap segala peluh yang terembes akibat sukarnya bertarung nyawa.

Nafasnya diambil sedalam yang mungkin namun dada pula yang sakit. Sungguh perit tidak terkata. Dia kekal berteleku atas sejadah hijau tebal milik istana masih cuba mengumpul tenaga bagi menunggu maghrib yang bakal tiba sebentar sahaja lagi.

Tiada insan yang mampu membantunya memandangkan Ratu Melawati keluar sebentar tadi dan mungkin pulang semula ke istana sebelum maghrib. Delima pula menyelesaikan urusannya bersama askarnya dan Ratna pula bergerak ke dapur istana membantu tukang masak istana menyediakan hidangan buat Arjuna yang sakit.

Hubungan Ratna dan seluruh orang-orang dam hulubalang istana bertambah akrab selepas berhari-hari dia menetap sementara di situ dijaga oleh Ratu Melawati memandangkan Dahlia dan Arjuna tiada di sisi.

Tok! tok!

Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar diikuti seorang hulubalang yang masuk dengan penuh beradab dan sopan santun.

"Tuan Arjuna, pemuda dari Wantachitra menunggu di luar berhajat ingin bertemu dengan tuan sebentar namun katanya juga adalah lebih baik dialah yang datang kemari memandangkan tuan masih belum baik keadaannya." Suara hulubalang itu dilontarkan dengan perlahan memandangkan Arjuna masih sakit dan tidak manis sekiranya dia bersuara lantang tatkala berbicara dengan orang sakit.

Arjuna bergerak perlahan mengensot ke arah katilnya untuk bersandar. Bicara hulubalang itu hanya mampu dibalas dengan satu anggukan perlahan. Apakah Rum Aspalela yang berada di luar ingin bertemu dengannya?

Seorang insan masuk ke istana diiringi hulubalang tadi. Perlahan pintu kamar sementara Arjuna itu ditolak insan tersebut.

"Assalamualaikum." Perlahan bicara dilontarkan sebaik sahaja dirinya masuk ke ruang kamar.

Arjuna menoleh. Riak wajahnya sedikit terkejut tidak menyangka bakal bertemu insan itu di sini. Serta-merta bibirnya menguntum senyum nipis tatkala pandangannya jatuh ke arah insan yang sedang menuju ke arahnya itu.

"Waalaikumussalam." Balas Arjuna perlahan sambil bibir masih tidak lekang dengan senyuman.

"Tidak menyangka ya aku datang melawat kau di sini?" Soal Iskandar sambil bersalaman dengan Arjuna.

Ternyata Iskandar yang datang melawat. Benar-benar memberi sedikit kebahagiaan buat pemuda sakit itu.

Arjuna mengangguk perlahan. "Aku sangkakan kau masih berehat. Apakah kau sudah baik?"

Iskandar melabuhkan punggungnya di lantai sama sambil duduk bersila. "Baik sepenuhnya itu mungkinlah tidak tetapi aku sudah mampu menjalani kehidupan ku dengan agak sempurna, alhamdulillah. Sebaik sahaja aku mendapat khabar tentang keadaan kau sebegini rupa, sepantasnya aku datang kemari." Iskandar menghabisi bicaranya.

Arjuna mengangguk sebagai respons terhadap bicara Iskandar itu. "Terima kasih, aku baik sahajalah. Tidak usah untuk kau datang kemari namun tetap aku hargai usaha kau menjenguk Ku." Arjuna tergelak kecil.

"Jarang sekali kau cedera parah sebegini, Arjuna. Kemarin sewaktu bertarung dengan tentera serba hitam itu tidak pula kau cedera sebegini parah biarpun ramai lawan mu ketika itu. Siapa yang berjaya menumpaskan kau kali ini?" Iskandar menyoal kerana hairan melihat pendekar kaya pengalaman dan kemahiran ini juga mampu ditewaskan.

"Bunian." Sepatah Arjuna membalas. Satu keluhan berat dilepaskan. Iskandar turut berbuat demikian. Masing-masing seolah tidak terlalu terkejut dengan perkara yang baru sahaja berlaku.

"Aku sangkakan itu hanyalah khabar angin, ternyata benar. Salahku juga kurang waspada di tempat orang." Arjuna menyambung. Selama ini ada pernah juga dia mendengar kisah itu namun tidak pula dipercayai sepenuhnya kerana setahu Arjuna, bunian bukan orang jahat.

"Setahu aku, namanya Lela Sakti. Khabar angin yang aku dengar mengatakan dia hanya menculik pemuda-pemudi yang masuk ke Hutan Bunian itu demi adiknya." Balas Iskandar. Dia mungkin tidak pernah bertemu dengan Si Bunian itu namun kisah itu telahpun menjadi bualan ramai penduduk. Atas sebab itulah kebanyakan pemuda tidak digalakkan menghampiri kawasan itu jikalau tidak mahu diculik.

"Adiknya? Kenapa?" Soal Arjuna.

"Lela Sakti sepertinya keturunan raja bagi bunian. Itu apa yang mereka katakan. Dia punyai seorang adik perempuan, Putri Melur yang dikatakan hanya mahu berkahwin dengan pemuda yang berjaya merambat hatinya sahaja."

"Satu persatu pemuda dibawa bertemu dengan Putri Melur namun tiada yang berjaya memikat hatinya. Atas sebab itulah ramai pemuda hilang seolah diculik bunian kerana dipercayai Lela Sakti menculik mereka sesuka hati untuk dikahwinkan dengan adiknya itu." Iskandar menghabisi bicaranya.

Arjuna terlopong kecil. 'Begitu rupanya...' Senandikanya berbicara perlahan.

"Nasib baik aku tidak berjaya diculiknya. Tidak mahu aku dikahwinkan sesuka hati dengan seseorang yang tidak aku kenali." Arjuna menghembus nafas lega. Benar-benar bersyukur di atas pertolongan Ilahi.

Iskandar ketawa sebelum menyambung bicaranya. "Tetapi itu hanyalah khabar angin, tidaklah aku pasti akan kesahihannya."

"Eh tetapi kau benar tidak mahu?" Iskandar mula menyakat.

"Iyalah. Kenapa?"

"Entah-entah Putri Melur itu jelita orangnya. Apakah kau tidak mahu?" Sengaja disakatnya Arjuna berterusan.

"Iss..." Arjuna hanya menggeleng sambil ketawa kecil. Tidak mampu ketawa berlebihan akibat keadaan diri yang masih belum sembuh. Iskandar turut ketawa sama. Sengaja dia menyakat agar pemuda itu melupakan perit dan pedihnya luka yang dialami.

"Jikalau aku mencintai seorang gadis itu kerana rupa parasnya yang jelita, sudah tentu tidak berkesudahan aku bertukar-tukar wanita kerana wanita jelita pasti ada yang lebih jelita berbandingnya dan begitulah seterusnya." Arjuna menyambung memberikan pendapatnya.

Iskandar hanya mengiyakan bicara Arjuna. Namun riak wajahnya masih berbaur unsur sakat. "Tetapi Dahlia jelita orangnya." Sungguh tidak sudah lagi si Iskandar ini.

"Ehhh sudah!" Bengang Arjuna dibuatnya namun ada baiknya juga disakat Arjuna kerana langsung dilupakan kesukarannya bernafas sebentar tadi. Dirinya kembali bersemangat sedikit berbanding tadi setelah bertukar bicara dengan Si Iskandar.

Benar-benar bagus sekiranya punyai sahabat yang mampu menceriakan suasana mengubati hati penuh berduka dan terluka ini. Semakin bahagia seseorang insan itu, semakin pantaslah dia memperoleh kesembuhan kerana aura positif yang terhasil.

Perbualan terhenti seketika tatkala azan maghrib berkumandang ke seluruh ruang jumantara alam. Kedua insan itu mengunci mulut masing-masing menghormati seruan Ilahi itu. Hanya mulut terkumat-kamit perlahan menyebut kalimah selepas kalimah azan. Seluruh ruang kamar kekal sunyi buat beberapa seketika.

"La Ila Ha Illa Allah~ ..." Kedua tangan diangkat menadah berdoa kepada Ilahi tatkala bilal selesai melaungkan azan. Doa selepas azan dibaca sebelum masing-masing mula bergerak untuk melaksanakan kewajipan itu.

Continue Reading

You'll Also Like

501K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

21.3K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...