๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

98.7K 7.3K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 67 (END)

Bab 66

1.2K 74 140
By MrHazReyz

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Herith duduk bersantai di dalam private jet yang dikendalikan Enrique sambil mengunyah gula-gula getah. Pandangannya hanya melekat pada skrin monitor yang terletak di antara mereka berdua. Skrin monitor itu memaparkan peta semasa yang akan dilalui mereka dan juga memaparkan penjejak musuh berhampiran. Tanda hijau yang berada di penjuru skrin bermaksud laluan private jet ini berada di laluan selamat. Okey, bolehlah nak pergi membuang dulu.

Tidak lama selepas itu, Herith bangun kemudian melangkah ke pintu untuk keluar dari ruang pengendali private jet. Herith yang bangun itu menarik perhatian Enrique yang hanya diam sambil menumpukan perhatian sejak tadi.

"Woi! Nak pergi mana?" soal Enrique.

"Berak. Kenapa? Nak ikut ke?" soal Herith yang sudah berada di muka pintu.

"Tak hingin aku! Lebih baik aku teman Lorleyn Grey berak daripada teman kau! Tolong panggilkan Fred sekali." Enrique kembali memandang skrin monitor. Herith tidak membalas malah terus melangkah keluar untuk membuang hajatnya.

Tidak lama selepas itu, Freddy masuk ke dalam ruang pengendali pesawat itu kemudian terus melabuhkan punggung di tempat Herith tadi. Kerja Herith yang memerhati sistem dan juga menghantar pesanan meminta kebenaran laluan kepada setiap pengawal wilayah ruang udara diambil dengan begitu mudah kerana dia juga pernah duduk di hadapan ini bersama Enrique.

"Fred," panggil Enrique bernada biasa.

"Yup?" Freddy memandang Enrique sekilas.

"Reaksi apa yang kau tunjuk waktu kau tahu Miya mengandung?"

Freddy menyembunyikan senyuman. Jadi, Enrique diam sejak tadi dan kelihatan seperti sedang menumpukan perhatian oleh kerana memikirkan hal ini? How sweet Si Enrique ini. Dia yakin Enrique bertanya soal ini kerana lelaki itu tidak tahu cara ingin menunjukkan rasa gembira kepada Lian.

"Alaa kau senyum je lebar-lebar mesti Lian faham punyalah. Jangan pulak kau marah dia kes dia tak nak pergi periksa tu. Dia cuma budak-budak yang nak ikut kepala sendiri, macam kau." Freddy menjawab tenang sambil mengerling Enrique.

Enrique hanya diam. Bukan dia tidak gembira, cuma dia sedikit risau akan mengecewakan Lian sekiranya dia hanya menunjukkan reaksi biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi benar juga cakap Freddy, pasti Lian mengerti yang dia juga gembira dan teruja mendapat tahu tentang kandungan itu.





Pesawat yang dinaiki gadis-gadis itu berlepas sejak beberapa jam yang lalu. Mereka sendiri tidak tahu ke mana penculik-penculik itu ingin membawa mereka. Yang mereka yakin ketika ini, Hezrick, Enrique, Herith, Freddy, Zieymo dan Firaz pasti sedang merancang sesuatu.

Suasana yang meriah dengan kemewahan dalam pesawat itu begitu menghairankan mereka. Jika benar ini milik musuh, mengapa mereka semua diletakkan di ruang first class? Namun mereka pasti tiada penumpang lain di dalam pesawat ini. Ke manalah agaknya mereka akan dibawa? Adakah mereka akan menghadap Roberto iaitu musuh utama The Demonio Dentro?

Resah dan kegusaran dalam diri semenjak mereka semua dibawa menaiki van beberapa jam yang lepas telah lesap entah ke mana. Layanan musuh yang boleh dikatakan agak baik sewaktu mereka diarahkan masuk ke dalam pesawat ini sebentar tadi membuat gadis-gadis itu terfikir, adakah ini salah satu rancangan The Demonio Dentro?

Tidak lama selepas itu, seorang daripada pengendali pesawat melangkah keluar dari ruang pengendali. Mungkin lelaki itu ingin ke tandas. Miya dan Lian menoleh serentak ke arah lelaki tinggi lampai itu.

"Familiar," kata Miya perlahan sehingga menarik perhatian Mikayla, Ferliy dan Shira.

"Apa kata kita belasah dia dan jadikan tebusan?" Ferliy memberi cadangan.

"Hesy jangan merepek. Biasanya orang atasan takkan peduli pun kalau tikus macam tu mati ataupun hidup. Mereka cuma pentingkan nyawa dan kuasa sendiri." Miya menjawab tenang.

Lian hanya diam melihat belakang tubuh lelaki tinggi lampai yang semakin jauh itu. Dari atas sehingga bawah dia memerhati tubuh itu dan akhirnya dia mula terfikir tentang baju seragam bewarna merah bercorak emas yang kemas tersarung pada tubuh lelaki itu. Teringat pula kata-kata Enrique dua hari lepas.

"Lebih baik awak jujur je dengan saya, tak adalah saya menggelabah nanti." Lian menunggu jawapan daripada Enrique yang sedang menaik taraf sistem mereka. Kini, mereka berdua sedang membincangkan tentang strategi Enrique untuk kecapi impian lelaki itu dalam masa terdekat ini.

"Apahal nak menggelabah pulak? Kau sekarang duduk bawah aku, tak payah takut. Miya dan The Blackton Drake yang patut takut, memang malang teruk siapa yang duduk bawah organisasi Roberto, elok mampus je semua tu. Okey macam ni, bila kau nampak code merah emas, misi kita tengah bermula. Tak lama lepas tu, aku akan dapat apa yang aku nak. Maksudnya, aku akan berjaya kotakan janji aku pada kau, faham?" Enrique mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Lian masih berfikir. Warna merah dan emas itukah yang dimaksudkan Enrique?

"Saya nak pergi tandas kejap." Lian terus bangun kemudian berlalu ke tandas, Yang lain hanya memandang Lian sekilas sebelum menyambung perbualan tadi.

Sepasang mata hitam Lian membalas renungan lelaki tinggi lampai yang berdiri di hadapannya sebelum dia membuat-buat membetulkan tudung di hadapan cermin. Lelaki itu tidak jadi ingin meneruskan langkah setelah menerima soalan daripada Lian.

"Boleh saya tahu nama awak?" soal Lian.

"Untuk apa?" soal lelaki itu. Lian cuba mengecam suara lelaki itu, telinga dan ingatannya yang semakin teliti akan memberikan jawapan tepat buatnya.

"Awak lelaki yang kerja bawah Zirul tu, kan? Jayrel?" Lian bertanya sekadar menguji lelaki itu.

Lelaki itu terkedu mendengar soalan Lian pada kali ini. Inikah kemampuan isteri mafia terkejam itu? Nampaknya, Enrique Scilert bukan setakat menaik taraf sistem malah isterinya juga telah dinaik taraf menjadi seperti robot berteknologi tinggi. Tidak sangka Lian dapat mengecamnya begini.

"Mana lelaki yang cuba sentuh saya hari tu? Dia ada dekat sini sekali?" soal Lian lagi.

"Maaf tentang kes tu, puan. Zirul dah gugurkan dia daripada kumpulan kami." Jayrel menunduk memandang lantai.

"Okey." Lian terus melangkah pergi.

Jayrel menghela nafas yang ditahan sejak tadi. Terasa sesak seketika. Bukan calang-calang aura yang dimiliki Lian, buktinya gadis itu langsung tidak takut padanya malah dia pula yang takut akan aura isteri Enrique itu. Mungkin disebabkan ini juga Freddy memberi pesanan kepada mereka supaya jangan menimbulkan masalah terhadap gadis-gadis itu atau mereka mungkin akan mati dibelasah.

Lian kembali melabuhkan punggung di tempat duduknya sebentar tadi. Yang lain hanya mengendahkannya sementara dia masih berfikir, jika Jayrel berada di sini bermakna yang sedang mengendalikan pesawat adalah Zirul dan lelaki yang sejak tadi memerhatikan mereka semua adalah...

"Daddy nak ergi toilet." (pergi) Kedengaran suara kecil Hezrif menarik perhatian gadis-gadis itu.

"No, daddy on the way untuk selamatkan kita. Mummy akan temankan Hez." Mikayla bangun kemudian menuju ke arah anaknya yang masih duduk bersama lelaki yang memerhatikan mereka sejak tadi.

"Hez nak daddy teman." Hezrif tiba-tiba memeluk sisi tubuh lelaki yang hanya diam sejak tadi itu.

Mikayla mengecilkan mata melihat lelaki yang memakai pelitup muka seperti ninja dan juga sedang membalas renungannya. Setahunya semasa di dalam van beberapa jam lepas, sepasang mata itu bewarna hitam tetapi mengapa sekarang sudah bertukar ke warna oren kekuningan? Banyak betul kanta lekap yang dipakai lelaki itu. Anaknya pula sibuk memanggil lelaki itu daddy, adakah itu salah seorang daripada anak buah suaminya?

"Mari dekat mummy." Mikayla menghampiri Hezrif dan lelaki itu.

Tanpa isyarat, tangannya terus menarik pelitup muka yang hanya menampakkan sepasang mata itu ke atas. Sepasang mata Mikayla membulat besar melihat wajah lelaki itu. Mulut yang terlopong ditekup menggunakan tapak tangan. Gadis-gadis yang lain juga terkejut melihat seraut wajah yang amat dikenali mereka itu.

"Ricky??" Mikayla menarik lengan Hezrif menjauhi lelaki berwajah Hezrick itu. Dia perlu memastikan yang itu benar-benar Hezrick oleh kerana dia pernah mengalami situasi di mana lelaki lain menyamar menjadi ayahnya beberapa tahun lepas.

"Abang cuma..."

"Diam! Kalau kau bukan penyamar, apa nama kucing dalam mansion Ricky?" soal Mikayla.

Hezrick melemparkan pandangan ke sisi. Apa ek nama kucing Herith? Tiba-tiba dia lupa dalam keadaan sekarang. Patutlah Enrique sering menggunakan soalan itu. Rupa-rupanya susah untuk diingati kerana kucing itu langsung tidak penting buat misi mereka. Musuh tidak mungkin akan mencari tahu tentang kucing yang berada di dalam rumah mereka kerana kucing hanyalah kucing. Bijak juga Enrique dan Mikayla ini.

"Daddy..." Hezrif memanggil lelaki yang masih diam berfikir. Hezrick menoleh ke arah anaknya.

"Lorleyn Grey Xizel..." sebut Hezrif perlahan. Hezrick tidak dapat mendengar jelas suara Hezrif namun dia berjaya membaca mulut budak lelaki dua tahun itu.

"Lorleyn Grey Xizel." Hezrick menyebut dengan dengan yakin.

"Salah! Girls! Ikat lelaki ni!" arah Mikayla kepada gadis-gadis yang lain membuat Hezrick berdiri dengan riak cuak. Air liur ditelan. Ha sudah!

"Wait wait... Ni abanglah. Serius abang tak tipu. Sayang tak cam abang ke? Tengok rambut abang, badan abang, telinga, mulut, bulu mata, kening... Abang memang handsome macam ni... Takkan tak cam lagi?" Hezrick berundur beberapa langkah sebaik sahaja melihat gadis-gadis yang lain menghampirinya. Seram juga melihat riak serius mereka semua. Dah macam zombie kelaparan.

"Betul jugak tu. Yang paling penting sekarang, Ricky memang takut dengan awak, kan Kayla?" soal Shira yang mula menyilangkan kedua-dua belah lengan ke bawah dada.

Hezrick menjeling Shira. Suka-suka hati je cakap aku takut bini. Aku cuma sayang sangat, bukan takut.

"Daddy! Nak ergi toilet!" Hezrif berlari ke arah Hezrick.

"Tak faham betullah. Nak buat apa-apa tak reti nak bincang dulu. Bila dah jadi macam ni, menyusahkan saya pula!" bebel Mikayla sambil melabuhkan punggung ke tempatnya tadi. Geram sungguh! Sudahlah mereka tidak tahu apa-apa, sedar saja perlu menaiki pesawat begini. Siapa tak bengang?

"Sorry sayang. Jom Hez." Hezrick memimpin tangan anaknya menuju ke tandas.





Roberto membaca artikel berita yang ditunjukkan seorang anak buahnya. Kapal terbang orang upahannya yang membawa separuh daripada keluarga The Demonio Dentro itu akhirnya meletup di udara dan serpihannya pula jatuh ke dalam laut yang terbentang luas. Bibirnya mengukir senyuman puas.

Dia tahu ahli keluarga The Demonio Dentro yang lain pasti akan berkabung buat beberapa bulan atas pemergian terbesar ini. Mereka semua itu akan menjadi lemah dan lama-kelamaan akan jatuh merundum dengan cara tersendiri akibat sumber kekuatan yang telah berjaya dihapuskan. Tinggal lelaki-lelaki mafia itu sahaja yang akan menjadi sasaran terakhir saat ini.

Selepas The Demonio Dentro jatuh, tidak akan ada lagi mafia yang berpaling tadah daripadanya di atas muka bumi ini. Semua akan bergerak mengikut kehendak dan cita rasanya. Sesiapa saja yang keras kepala atau menolak tawarannya akan dihapuskan serta-merta seperti nasib The Demonio Dentro. Dia pasti akan meraikan kemenangan kecil ini pada hari perlantikan Khairi Aril menjadi penolong kanannya dalam masa beberapa jam lagi.





Enrique, Freddy, Herith, Zieymo dan Firaz tiba di sebuah markas Freddy di New York. Malam ini akan menjadi malam peristiwa berdarah secara besar-besaran di sini. Anak-anak buah Roberto berada di mana-mana sahaja oleh kerana mafia lain telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Roberto namun mereka tidak terlalu risau, pengaruh Enrique dan Hezrick juga masih besar di sini.

"Aku akan masuk tempat ni dan matikan sistem Roberto sementara tunggu Lian dengan Miya." Enrique menunjuk peta berbentuk 3D di dalam ipad miliknya. Dia memerlukan dua orang gadis itu untuk menukar ID di dalam sistem Sfreras Entenim sementara dia harus berhadapan dengan Roberto di majlis perlantikan Khairi Aril.

Herith dan yang lain-lain mengangguk. Dalam office yang ditunjukkan Enrique itulah terletaknya sistem kawalan utama yang lebih dikenali sebagai Sfreras Entenim. Agak berisiko buat Enrique oleh kerana Sfreras Entenim itu terletak di tengah antara laser yang mampu membuat tubuh mereka terbelah dua namun mereka yakin Enrique telah merancang strategi situasi itu dengan baik.

Sfreras Entenim itu berbentuk sebuah komputer yang tersimpannya data peribadi serta rekod para hacker dan mafia daripada seluruh negara. Tidak hairanlah mengapa lelaki gila kuasa seperti Enrique menginginkan sistem Sfreras Entenim itu. Tinggi impian Enrique yang ingin mengawal seluruh dunia gelap mereka.

"Kau orang jangan tersalah serang budak aku pulak. Tunggu sampai dapat isyarat daripada Ejad. Majlis tu dah bermula, kita kena gerak sekarang." Enrique memasukkan ipad miliknya ke dalam beg galas bewarna hitam sebelum melangkah keluar dari markas itu.

Yang lain berpandangan sesama sendiri. Mereka hanya mampu berdo'a semoga Enrique tidak tersilap langkah sehingga meletakkan mereka semua di dalam bahaya yang tidak mampu diselamatkan sesiapa.





Hezrick berdiri menghadap gadis-gadis itu sambil menyilangkan kedua-dua dengan lengan ke dada. Dia yang telah menceritakan segalanya tentang rancangan The Demonio Dentro kepada gadis-gadis itu hanya menunjukkan riak biasa. Terlihatkan gadis-gadis itu terus memahami tentang strategi mereka, hatinya mula lega. Tidak perlulah untuk dia bersusah-payah mengulangi benda sama seperti orang bodoh.

"So, apa permulaan rancangan awak? Kita nak terperuk je dekat dalam kapal terbang ni sampai dapat isyarat? Atau kita memang akan mati tak lama lagi?" soal Shira setelah dua minit mereka diam.

Tiba-tiba pintu ruang pengendali pesawat dibuka seseorang. Semua menoleh serentak ke arah Zirul yang juga sedang memandang mereka di muka pintu itu.

"Err, aku cuma nak bagitahu yang kita dah dapat isyarat. Tolong bersedia untuk mendarat sekarang." Zirul memaklumkan hal penting itu sebelum dia kembali menutup pintu.

Tanpa banyak bunyi, yang lain terus beredar ke tempat masing-masing seperti yang diarahkan.





Enrique mengatur langkah di sebuah lorong dalam bangunan tinggi milik Roberto, kedua-dua belah tangan terletak elok ke dalam kocek seluar. Dia hanya beriak biasa seperti pekerja lain di ruang pejabat itu. Akhirnya dia berhenti di hadapan sebuah pintu besi bewarna hitam. Satu alat seakan telefon bimbit yang diambil dari beg galasnya dilekapkan ke atas security yang terletak di tepi pintu.

Tet!

Kunci pintu itu berjaya dirosakkannya. Terus langkah diatur masuk sebelum pintu ditutup rapat. Senyuman sinis terukir di bibir sambil mata melihat ke arah sekeliling ruang besar yang tersusun banyak skrin monitor dan juga kelengkapan lain sebagai hacker.

Ini kali pertama dia memasuki pejabat utama ruang kawalan penggodam, mafia serta organisasi dari seluruh negara. Dari ruang inilah mafia serta hacker mendapat tugas mereka selama ini. Perjalanan menjadi amat mudah kerana beberapa orang anak-anak buahnya sedang menarik perhatian dengan cara 'membuat kacau' di bahagian bawah bangunan tanpa mereka sedar 'ketua sebenar' telah selamat tiba di ruang utama ini. Butang pada earpiece ditekan.

"Boleh dah nak naik jadi back up aku. Cepat sikit, line tak clear kejap lagi. Aku dah tak sabar nak pecahkan kepala babi tu." Enrique memberi arahan kepada Herith, Freddy, Zieymo dan Firaz.

Setelah dia berjaya mengambil alih sistem kawalan itu, laser yang melindungi sekeliling Sfreras Entenim terpadam secara sendiri. Tanpa berlengah, dia terus menekan-nekan keyboard dengan pantas dan lancar. Segala maklumat penting seperti code serta ID ditukar sekelip mata menggunakan sistem baru miliknya.

Tiba-tiba matanya terpandangkan rakaman semasa kamera litar tertutup yang menunjukkan dua orang manusia sedang berlari anak menuju ke bilik ini. Terus dia melangkah ke pintu. Terbuka saja pintu itu, tubuhnya dipeluk seseorang.

"Awak okey, kan? Tak ada sakit atau kena tembak dekat mana-mana, kan?" Lian meleraikan pelukan sebelum wajah Enrique dibelek.

"Kau fikir aku noob ke? Aku ni profesional, tak perlu risau. Aku tak takut dengan penjenayah, penjenayah yang takut dengan aku," jawab Enrique sambil mengusap kepala yang berlapikkan tudung itu.

"Sebab awak pun penjenayah tapi tu tak penting. Sekarang ni, awak ada hutang dengan saya."

"Aku bayar lepas kita selesaikan semua ni. Kau dengan Miya tolong masukkan cip ni dalam Sfreras Entenim tu dan pantau buat beberapa minit sampai habis loading 100 peratus." Enrique menghulurkan cip emas miliknya kepada Lian.

"Jaga diri, nanti aku datang balik." Enrique mencium sekilas dahi Lian sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu.

Lian terus melangkah menuju ke Sfreras Entenim berbentuk sebuah lappy itu. Miya menahan tangan Lian yang ingin memasukkan cip emas milik Enrique itu ke dalam Sfreras Entenim.

"Tapi kita tak boleh ubah sistem utama ni, semua hacker dari seluruh negara akan terganggu dan terancam nanti. Macam mana awak boleh berani ikut arahan Enrique? Kalau laser dekat atas tu tiba-tiba menyala, kita berdua pun mati tahu tak?" Miya memandang ke siling menunjukkan muncung penyalur laser yang telah dimatikan Enrique.

Lian tersenyum kecil memandang Miya. Lian tahu Miya takut untuk menerima perubahan kehidupan mereka selepas ini. Lian juga sedar permulaan semua ini akan mendatangkan bahaya kepada mereka yang hidup dalam dunia gelap namun dia tahu tujuan sebenar Enrique dan dia akan sentiasa yakin kepada lelaki itu.

"Kali ni, saya nak awak percayakan suami saya. Niat Enrique baik sangat. Kalau awak tak percaya, jom kita selesaikan loading sistem Sfreras Entenim dulu. Kita dah tak banyak masa nak bersembang sekarang," kata Lian bernada memujuk.

"Tapi macam mana kalau kita tak berjaya? Saya cuma nak hidup bahagia bersama Fred dan anak kami. Saya takut..." Miya menoleh ke arah monitor yang sedang menayangkan rakaman semasa kamera litar tertutup menunjukkan Enrique dan Freddy sedang mengarahkan anak-anak buah mereka menggunakan isyarat tangan. Masing-masing memegang senjata dan berwajah serius.

"Kita dah sampai sejauh ni, awak tak patut toleh belakang. Gerak cepat Miya," gesa Lian yang mula memasukkan cip emas itu ke dalam sistem Sfreras Entenim.

Tanpa berlengah lagi, Miya meluru ke arah Lian untuk membantu gadis itu. Mungkin dia perlu mempercayai lelaki gila duit dan gila kuasa seperti Enrique pada kali ini walaupun dia masih risau akan keselamatan mereka. Perampasan dan perubahan kuasa secara tiba-tiba ini adalah tindakan yang berisiko tinggi. Apa yang Enrique fikirkan sehingga berani meneruskan rancangan maut ini?





Code bukti jemputan dihalakan pada security scanner di sebelah pintu. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam dewan makan di hotel lima bintang itu sebaik sahaja pintu utama dibuka. Kaki dilangkah megah di atas karpet merah yang terletak di tengah-tengah dewan makan. Mata pula tertumpu kepada Roberto yang sedang duduk di sebuah meja makan vvip sambil berbual dengan Aril Khairi serta beberapa orang lagi lelaki. Butang pada earpiece ditekan.

"Sasaran berada di tempat sepatutnya. Kau nak aku duduk dekat dengan dia ke?" soal Herith bernada perlahan.

"Buat macam yang aku rancang." Suara Enrique kedengaran memasuki telinganya.

Herith tidak membalas. Langkah kaki dilajukan menuju ke arah Roberto walaupun telinganya menangkap suara arahan daripada anak-anak buah Roberto yang mula perasan akan kehadirannya yang tidak diundang itu.

"Catch him!" jerit Khairi Aril.

Segera Herith berlari sebelum tangan Khairi Aril yang sedang mengacu pistol tepat ke arahnya disepak. Tembakan yang dilepaskan Khairi Aril tersasar sebelum pistol tercampak jauh. Khairi Aril berlari ingin mendapatkan pistol itu namun dia tiba-tiba tumbang tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Aik? Asal kau mati? Aku tak buat apa-apa lagi." Herith mengerutkan dahi melihat Khairi Aril terbaring di atas lantai.

Bunyi tembakan dan kekecohan dari pintu utama menarik perhatian, terus Herith memalingkan wajah ke arah bunyi itu. Dahi berkerut hairan melihat sekumpulan besar lelaki melangkah masuk seperti satu serbuan polis. Matanya tertumpu pada Enrique yang sedang memegang tali kolar beberapa ekor anjing hitam yang sedang menyalak kuat.

"Kejap, kau bawak kumpulan mana pulak ni?" Dahi Herith berkerut hairan.

"Kenalkan, ahli-ahli baru The Demonio Dentro!" Enrique mendepakan tangan bersama senyuman lebar.

"What the fuck? Ramai sangat ni. Kau tak takut Ricky marah ke? Pandai-pandai je tambah ahli tanpa pengetahuan dia. Buatnya dia tiba-tiba tak setuju, kau sanggup nak bayar pampasan kerugian pada ahli-ahli baru tu?" soal Herith.

"Chill lah sikit, asal kau nak membebel macam mak nenek dekat aku? Kau period ke?" Enrique mengangkat kening.

"Kita dah kuasai tempat ni sekelip mata. Tengok sekeliling, kau rasa Ricky akan marah?" soal Freddy yang berdiri di sebelahnya.

Herith meliarkan pandangan ke sekeliling. Sekumpulan besar lelaki yang dibawa Enrique tadi masing-masing mengacukan rifle ke arah anak buah musuh yang sedang menunduk sambil mengangkat kedua-dua belah tangan tanda berserah termasuklah Roberto sendiri. Adakah ini bermakna The Demonio Dentro telah menang?

"Tráelo!" (Bawa dia masuk!) arah Enrique melalui walkie-talkie.

Terus pintu utama itu dibuka luas oleh beberapa orang anak buahnya. Tidak lama kemudian, muncul Hezrick dan Firaz menolak masuk sebuah sangkar bersaiz sederhana besar. Roda sebesar tayar kereta itu bergolek di atas karpet merah lalu berhenti di tengah-tengah dewan.

"Qué estás tratando de hacer en mi salón?" (Apa yang kau cuba buat dalam dewan aku ni?) soal Roberto secara tiba-tiba.

Roberto masih tidak sedar akan peralihan kuasa yang sedang berlaku di dalam syarikat miliknya. Segala jejak dan pengenalan diri Roberto telah dipadam dan digantikan pula dengan nama Enrique. Staff serta anak-anak buah Roberto yang lain kini telah menjadi milik Enrique. Penaklukan kuasa ini menjadi mudah disebabkan satu perkara yang akan mengejutkan mereka semua, iaitu identity sebenar Enrique.

"Me haré cargo de todo, Roberto Scilert." (Aku akan ambil alih semuanya, Roberto Scilert.) Enrique tersenyum sinis sementara yang lain membulatkan mata mendengar nama keluarga lelaki itu.

"Kejap, Roberto tu pak cik atau atuk dia?" bisik Herith kepada Freddy yang duduk di sebelahnya.

"Mana aku tahu. Keturunan dia kan bersepah dekat luar sana. Sesiapa je boleh jadi Scilert," jawab Freddy.

Tiba-tiba Roberto menurunkan tangan kemudian berdiri bersama tawa besar dilepaskan. Roberto melangkah ke hadapan tanpa rasa takut akan beberapa muncung rifle yang diacu tepat ke arahnya. Dia rasa dirinya lebih berkuasa berbanding yang lain. Sistem kawalan Sfreras Entenim itu masih di dalam genggamannya, dia masih yakin Enrique tidak tahu-menahu tentang sistem utama itu. Jadi, mengapa pula dia perlu menurut arahan mafia bawahan seperti Enrique Scilert?

"Eres demasiado joven para esto. Todavía no es digno. Deberias rendírte hombre. Saiymon! Samuel!" (Kau masih mentah. Kau tak layak untuk semua ini. Kau dengan konco-konco kau patut berputus-asa. Saiymon dan Samuel!) Roberto melaungkan nama orang kepercayaan yang sentiasa akan menurut setiap arahannya selama ini.

Kelibat kembar Scilert itu masih tidak kelihatan walaupun telah masuk 50 saat mereka menunggu. Senyuman sinis Roberto tadi berubah menjadi bengang secara tiba-tiba. Riak tenang Enrique serta yang lain-lain membuat kemarahannya melonjak tinggi.

"Saiymon! Samuel!" laung Roberto yang masih tidak berpuas hati itu.

Tiba-tiba deringan nada telefon Zieymo yang sedang duduk bercangkung di atas pentas menarik perhatian Roberto. Ke mana perginya kembar Scilert yang licik itu? Tidak mungkin kembar itu kalah kepada The Demonio Dentro ini.

"Hello? Ha? Okey okey." Zieymo berdiri sebaik sahaja selesai menjawab panggilan.

Beberapa orang anak buah yang bersiap sedia dengan kelengkapan mula menghampiri kemudian menyarungkan tuxedo ke tubuh Zieymo. Zieymo mengikat tali leher dengan kemas, lagaknya seakan seorang pengacara majlis.

"Apa yang dia cuba buat sebenarnya?" soal Firaz kepada Herith dan Freddy yang berdiri di sisinya.

"Aku rasa Zieymo akan jadi pengacara majlis pelantikan jawatan besar Enrique malam ni." Freddy menjawab sambil menyilangkan kedua belah lengan ke dada.

"Naik pangkat macam tu je?" soal Firaz yang masih tidak mengerti dengan proses pelantikan ini.

"Kalau kau nak tahu, Sfreras Entenim dah jadi milik Enrique sekarang. The Demonio Dentro satu-satunya kumpulan mafia pertama yang berani tentang Roberto dan ambil alih semua benda dengan lancar sebab..." Freddy menoleh ke arah Hezrick yang sedang menghampiri mereka.

"Sebab Roberto tu bapak kandung Enrique," sambung Hezrick bagi pihak Freddy.

Empat pasang mata itu membulat besar. Patutlah Enrique seakan tidak takut untuk menentang Roberto sementara kumpulan mafia lain hanya akan menurut segala arahan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Roberto sebelum ini. Nampaknya, sudah lama Enrique nekad merancang peralihan kuasa ini.

Enrique masih merenung Roberto dengan tajam. Isyarat tangan diberikan kepada anak-anak buah yang mengawal Roberto. Segera lelaki tua itu ditolak masuk ke dalam kurungan sangkar tanpa belas kasihan.

"Such a bullshit!" jerit Roberto yang jatuh terduduk akibat tolakan daripada anak-anak buah Enrique.

Pintu sangkar yang sedang dikunci dilihat dengan penuh perasaan bengang. Enrique tidak patut memalukannya dengan cara ini demi merebut tempat sebagai ketua organisasi. Mereka masih boleh berbincang namun nampaknya Enrique bukanlah lelaki yang boleh dibawa berbincang, sama seperti dirinya.

Enrique membuka langkah menghampiri kurungan itu. Bibirnya mengukir senyuman senget yang kelihatan cukup sinis di mata Roberto. Enrique cukup bersahaja menyambut pisau kecil yang dihulur seorang anak buahnya. Pisau itu ditunjukkan kepada Roberto.

"Kau nak faham atau tak, lantak kaulah. Depan semua anak-anak buah aku hari ni, kau akan jadi manusia terakhir yang akan aku bunuh." Terus Enrique membuka pintu kurungan itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

"Tutup mata kau Herith. Aku tak nak kau tengok kekejaman Enrique kali ni." Hezrick menoleh ke arah Herith yang juga menoleh ke arahnya.

"Tak naklah tutup mata. Macam seronok je, bukan selalu pun dapat tengok Enrique jadi kejam macam ni," jawab Herith yang kelihatan teruja melihat Enrique yang mula menendang Roberto sehingga terlentang.

Lelaki tua itu hanya tahu memberi arahan. Langsung tidak berdaya untuk melawan tenaga muda seperti Enrique. Namun, kekejaman yang telah dilakukan Roberto terhadap organisasi dunia gelap terbesar ini tetap harus diubah ke arah yang lebih baik. Roberto Scilert harus mati!

"Tutup jelah! Kau tak layak tengok semua ni sebab kau tu budak-budak lagi! Fred, tolong aku Fred!" Hezrick memegang lengan Herith.

"Ish lepaslah! Nak tengok jugak!" Herith menolak tangan abangnya.

"Baik bos." Freddy terus menekup kedua-dua belah mata Herith menggunakan tangan. Rontaan Herith masih dapat dikawal oleh Hezrick.

"Apa masalah kau?? Aku bukan budak bawah umur, lepaslah Fred! Enrique! Kau tengok monyet-monyet liar ni!" jerit Herith meminta tolong.

Giliran Firaz pula menekup mulut Herith yang kedengaran bising itu. Herith merengus. Kurang ajar betul usikan lelaki-lelaki dewasa itu. Nak sangat ganggu aku kan? Ha tunggulah! Terus Herith menggigit tapak tangan Firaz membuat lelaki itu melepaskan mulut Herith bersama erangan kesakitan. Hezrick dan Freddy juga melepaskan Herith yang mula mengganas seperti arnab liar itu.

"Sakitlah! Kau tu manusia, bukan anjing!" marah Firaz geram.

"La la la, aku nak pergi tengok dekat-dekat sampai puas." Herith terus mengatur langkah menghampiri Enrique namun langkahnya terhenti setelah melihat Roberto tiba-tiba berdiri menghadap Enrique.

"No tengo mierdo a la muerte. Purde sobrevivir siendo el jefe de esta organización por esa razón. Seamos maestros juntos, vamos Enrique," (Aku tak takut pada kematian. Sebab tu aku boleh bertahan lama dengan jadi ketua organisasi ni. Mari kita bersama-sama jadi master, Enrique,) kata Roberto sambil menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.

Enrique memandang tangan Roberto. Tiada sedikitpun perasaan ingin bergabung dengan sesiapa untuk mengawal dunia gelap ini. Mungkin dia boleh dikategorikan sebagai manusia tamak kuasa namun dia tidak peduli. Dia hanya ingin menegakkan keadilan yang telah lama dipijak oleh Roberto.

"Okay fine." Setelah beberapa saat berfikir, Enrique menyambut huluran tangan Roberto.

"In your mind." Enrique menoleh ke arah anak buahnya yang duduk di luar kurungan itu sebagai isyarat. Terus kedua-dua belah kaki Roberto ditembak membuat orang tua itu hilang imbangan kemudian terjatuh.

Melihatkan konco-konco Enrique yang berada di mana-mana sahaja, Roberto sedar jika dia melawan sekalipun dia tetap akan mati. Personaliti Enrique kelihatan sama sepertinya. Demi kuasa, mereka sanggup membunuh keluarga sendiri.

Enrique bercangkung di hadapan Roberto yang kelihatan lemah dan tidak berdaya. Dia hanya ingin menamatkan semua ini secepat mungkin supaya keluarga mereka boleh balik dan berehat. Tanpa belas kasihan, satu libasan pisau mengenai leher Roberto. Roberto terbaring seiringan dengan darah yang memancut keluar.

Enrique berdiri kemudian keluar dari kurungan itu. Percikan darah Roberto yang terpalit di dahinya membuat dia kelihatan sedikit comot. Dia berjaya mengakhiri permusuhan ini dan mencapai impian untuk mengawal dunia gelap namun urusan kerja itu harus dia agihkan kepada Team Cobra dan juga Zirul buat sementara waktu. Dia penat, terlalu penat hingga tidak banyak bercakap seperti selalu.

Tiga hari berturut-turut dia bersengkang mata untuk memeriksa 'line' pada hari ini namun misi mereka berakhir tidak sampai setengah jam. Dia tidak akan dapat capai impian ini tanpa bantuan The Demonio Dentro dan The Blackton Drake. Kini, dunia gelap miliknya. Peraturan serta syarat yang ketat sebelum ini akan dimansuhkan serta-merta. Dia akan memberi kebebasan kepada para mafia serta penggodam lain untuk meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa misi serius dari orang atasan sepertinya.

Semua orang yang berada dalam dewan bersorak sebaik sahaja kakinya melangkah turun dari kurungan itu. Dia berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian mereka. Langkah yang semakin lemah diatur ke arah Hezrick, Herith, Freddy, Firaz dan Zieymo yang berdiri tidak jauh darinya. Kepala yang terasa sakit dipegang, langkahnya juga terhenti.

"Enrique? Kau kenapa?" Hezrick dan yang lain-lain mendapatkan Enrique yang tiba-tiba tumbang tidak sedarkan diri di atas karpet merah.

Firaz pantas memeriksa nadi Enrique, denyutan nadi semakin lemah. Telinga kanan dilekapkan pada dada Enrique, matanya membulat besar setelah tidak mendengar sebarang degupan jantung. Segera tubuh Enrique ditelentangkan. CPR pada dada Enrique mula dijalankan.

"Emergency! Aku tak dengar degupan jantung!" jerit Firaz sambil menekan-nekan dada Enrique.

Zieymo terus menghubungi kumpulan kesihatan mereka sementara Herith, Hezrick dan Freddy terkedu dan terkaku mendengar kecemasan yang terjadi kepada Enrique. Adakah ini pengakhiran hidup Enrique selepas berjaya memberi kebebasan kepada mafia dan penggodam lain?


。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。

Satu chapter aje lagi. Bagi sesiapa yang tanya pasal special chapter, jawapannya ada tapi nanti saya announce semula.

 Selamat petang readers <3

Semoga semua dalam lindungan Allah aamiin.

-MrHazreyz-

。☆✼★━━━━━━━━━━━━★✼☆。


Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 50.7K 34
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira b...
41.3K 3K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]
805K 37.4K 61
โš ๏ธ NO PLAGIAT โš ๏ธ Status : completed KARL ZAFRAN Seorang lelaki yg dingin dan selalu membuat hal di sekolah. Dia mempunyai 2 kawan rapat namanya Teng...
320K 19.1K 53
โ™”๏ธŽ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐๐จ๐ž๐ฌ๐ง'๐ญ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ž๐ง๐ ๐ฐ๐ž๐ฅ๐ฅ, ๐›๐ž๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐žโ™”๏ธŽ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...