Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 28

1.1K 152 52
By Qayssz

Orang bunian merupakan manusia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kewujudannya ada namun terkadang boleh dilihat, terkadang tidak. Terpulang pada kehendak-NYA ingin memberi peluang pada seseorang insan itu sama ada boleh melihat atau tidak.

Fitrah manusia adalah makan dan tidur. Tanpa dua perkara ini, manusia tidak dapat menjalani kehidupannya dengan baik. Maka selain daripada fitrah ini, sekiranya seseorang itu punyai kepentingan lain bermakna itu adalah nafsu.

Orang bunian mungkin hidup di dua alam yang berbeza dengan manusia namun mereka tidak menganggu manusia sekiranya tiada kepentingan sendiri.

"Siapa Lela Sakti ini Merpatika?" Wajah Dahlia sembap dengan air mata yang sudah kering.

"Orang bunian yang tidak aku gemari." Merpatika berhenti seketika sebelum menyambung bicaranya. "Hutan yang kau jejaki itu diberi nama Hutan Bunian kerana dipercayai terdapat bunian yang tinggal di kawasan itu."

"Apakah bunian itu bengang dan memberontak akibat kawasannya diceroboh?" Dahlia meneka.

Merpatika menggeleng. "Tidak. Mereka orang baik. Sang Jentayu mengenali mereka. Tidak sedikitpun mereka mendakwa seluruh hutan itu milik mereka. Alam ini milik Tuhan, bagaimana mungkin mereka menuntut kawasan itu sesuka hati mereka."

"Jadi? Mengapa mereka menyerang?" Gadis itu terus-menerus mengajukan soalannya.

"Sejak bila 'mereka' yang menyerang?" Merpatika membalas soalan dengan pertanyaan.

Dahlia terkedu. Hairan terlukis di seluruh wajahnya. "Bukan mereka. Hanya Lela Sakti yang menyerang tadi." Merpatika membalas lagi.

Dahlia kekal membisu memberi sepenuh tumpuan dalam bicara Merpatika. "Usah dipukul rata semua bangsa bunian itu. Hanya Lela Sakti yang bersalah namun kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Si Lela ini merupakan bangsa bunian yang punyai kepentingan sendiri."

"Aku dan Sang Jentayu tahu tentang segala masalah yang telah dilakukannya kepada pemuda-pemudi yang menjejakkan kaki ke hutan itu namun kami rahsiakan daripada pengetahuan ratu mereka. Tidak mahu bertelingkah katanya namun mungkin perkara ini akan aku khabarkan kepada Sang Jentayu agar Si Lela itu dihukum atas kesalahannya."

"Apa yang berlaku kepada pemuda-pemudi itu?" Ingin tahu yang mendalam menghantui jiwa Dahlia.

"Mereka hilang disembunyikan bunian." Balas Merpatika pendek. Dahlia pula terkedu dan terlopong.

'Maknanya Arjuna hampir sahaja disembunyikan bunian lah sebentar tadi?' Senandikanya berbicara baru menyedari hakikat tersirat.

Matanya tidak berkedip memandang Sang Merpatika. Mulutnya terlopong kecil terkesima dengan apa yang baru didengarinya itu. Mungkin sebelum ini pernah juga dia dengar tentang itu namun itu semua hanyalah khabar angin tanpa bukti sahih. Tidak sangka ianya benar-benar berlaku di hadapan mata.

Sejak tiba ke sini, banyak benar perkara ajaib berlaku di hadapan matanya. Iyalah, kehadirannya ke sini sahaja sudah berteraskan keajaiban dunia, apatah lagi urusan-urusan lain.

"Dahlia. Cukup sampai sini sahaja latihan kita pada hari ini. Aku tahu angin kau sedang tidak baik. Lampiaskanlah marah kau pada aku sepuasnya namun ingin juga aku lontarkan maaf atas silapku sebentar tadi dan pertelingkahan kita hari ini. Kebanyakannya berpunca dariku." Tiba-tiba Merpatika kembali membuka bicara memecah sunyi.

Dahlia hanya diam. Dia masih duduk berteleku di atas sebuah batu di tepi tasik itu. Matanya kuyu memandang rerumput kecil yang menari-nari digoncang bayu. Bicara Merpatika dibiarkan berlalu begitu sahaja. Hati masih terkesan dengan tindakan burung gergasi itu sebentar tadi. Parut luka masih terasa pedihnya, belum mampu dia menerima permintaan maaf itu.

"Akan aku jenguk Arjuna itu. Seketika nanti akan aku kembali ke sini semula dan menyampaikan khabar tentang dia." Menyedari bicaranya ibarat angin lalu yang tidak dihiraukan Dahlia, dia memutuskan untuk pergi sahaja dari situ sebentar.

Sungguh hari ini tidak begitu baik buat mereka. Bertikam lidah tanpa henti walaupun baru sahaja berkenalan hari ini. Masing-masing dihentak pelbagai musibah hingga mendatangkan ribut di hati yang menjadi punca angin tidak baik mereka hari ini.

Dahlia kekal berteleku seorang diri di atas puncak gunung itu selepas Merpatika terbang membawa diri pergi dari situ. Bayu perlahan menyapu lembut wajahnya. Air jernih tasik ditenungnya sayu memikirkan Arjuna.

Bayangan merah oren langit di air tasik menyedarkan Dahlia tentang asarnya. Benar-benar terlupa akibat tragedi pahit yang dicatat dalam kamus kehidupan hari ini. Jumantara bagai ditabur emas, kuning dan oren menguasai seluruh alam. Tidak lupa juga warna merah jambu cair yang terselit di antara celahan kepulan awan besar.

Wuduknya disempurnakan sambil auratnya tetap terjaga tidak mahu membuka seluruh hijabnya. Biarpun tiada yang bukan mahram di situ, dia tetap berada di kawasan terbuka maka segannya tetap bertakhta menguasai atma.

Selesai mengambil wuduk dari air yang mengalir di pinggir cerun tasik itu, Dahlia kembali menyelempangkan tudungnya ke bahu sebelum langkah diorak menuju semula ke puncak bukit itu. Auratnya dijaga sehabis baik. Tangan kanannya mencantumkan hujung tudung menutup bahagian leher manakala tangan kirinya pula memegang dada menghalang tudung jatuh dari bahunya.

Setapak demi setapak dia mengorak langkah menuju ke puncak bukit semula. Terdapat sebuah batu besar yang melengkung bagaikan membentuk sebuah gua kecil di hujung puncak bukit. Dahlia melapikkan tanah dengan beberapa helai daun besar kemudian barulah dia melapikkan daun itu dengan songketnya yang telah dipastikan bersih tanpa cela.

Tudungnya dililit semula memastikan aurat bahagian atasnya terjaga dengan baik. Sarung tangannya ditarik ke hadapan sedikit menjaga aurat lengan.

Selepas semuanya dipastikan sempurna, dirinya melafazkan istiazah dan surah An-Nas sebelum berniat solat fardhu asar kemudian diikuti takbir. Bibir melafazkan bacaan solat penuh syahdu dalam intonasi sederhana seladar didengari dirinya sendiri.

Damai memegang takhta menguasai alam buat sementara waktu seolah-olah menghormati insan yang sedang bertemu dengan Sang Penciptanya.

Hari semakin gelap namun merah yang menguasai seluruh jumantara. Indah menakjubkan kuasa Allah tidak terlafaz dek lidah, tidak terungkai dek kata. Warna air tasik hingga ke sungai juga bertukar oren akibat disimbah cat warna langit. Sungguh alam indah memegang takhta tatkala Sang Mentari mula melabuhkan tirai.

Kepala ditoleh ke kanan dan kirinya namun dada tetap menghadap kiblat. Dahlia menyapu wajahnya seusai solat disempurnakan. Dia melepaskan satu keluhan ringan. Lega hati dapat berbicara dengan Dia.

Bibirnya kemudian melafazkan zikir selepas solat sambil pandangannya jatuh memandang langit oren kemerahan yang menghiasi alam. Terpukau dirinya melihat tanda kebesaran Ilahi itu.

Kemudian tangannya pula diangkat kedua-duanya dan berdoa bertukar bicara dengan Ilahi. Segala yang berlaku sebentar tadi diadukan pada Si Dia walau perkara itu sudah pun berada dalam pengetahuan-NYA.

Pandangannya sayu memandang telapak tangannya sambil setitis demi setitis air mata kembali meluncur perlahan di pipi. Suaranya dilontarkan sekadar termampu. Tiada lagi tenaga tersisa. Namun usah risau, biarpun senandika yang berbicara, tetap suara batin itu dapat didengari Allah. Sungguh Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tetaplah bercerita dengan Dia, bertukar bicara, mengakrabkan lagi hubungan dengan Allah. Tiadalah rugi sekiranya berada dalam kasih dan rahmat Allah. Teruskan mencari redha Ilahi, pasti kau tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.

Kedua telapak tangan menyapu wajah selepas selesai berbicara dengan Si Dia. Dahlia melipat semula songket itu. Dedaun berlapis-lapis tadi dia kumpulkan dan disimpan di tepi gua.

Sekiranya masih bersih dan sesuai, akan dia gunakan kembali bagi solat maghribnya pula. Dahlia menapak duduk di hujung gua menghadap pemandangan indah. Saat maghrib mula menjelma, tiada baiknya berada di luar. Lebih baik dia kekal menunggu di dalam gua.

Sedang leka menikmati bentangan indah alam, dia menangkap bunyi dari satu arah. Segera dia menoleh ke arah bunyi itu.

"Sang Jentayu?"

_______________________•••____________________

Kelopak mata Arjuna perlahan terbuka memberi ruang iris mata menerima cahaya. Pandangannya masih samar dan kabur namun sehabis baik dia berusaha  menghadam suasana sekeliling.

"Arjuna..." Lembut kedengaran suara wanita yang memanggilnya itu. Arjuna menoleh namun hanya sedikit sahaja pergerakannya. Seluruh tubuhnya masih pedih digigit sengal penuh bisa.

Matanya mengerling ke arah insan di sisinya itu. Manis wajah insan itu dengan senyumannya menenangkan hati Arjuna.

Bonda.

Atma diselubungi lega melihat bondanya berada di sisi saat dia dalam keadaan parah sebegini. Sungguh nyaris sahaja dia bertemu Ilahi dalam Hutan Bunian tadi namun rezeki Tuhan memberinya peluang untuk kekal bernafas hingga kini.

Dadanya tersirat memuntahkan darah yang banyak namun dia tetap terselamat kerana Rum Aspalela yang bergegas membawanya pulang secepat mungkin selepas menjumpainya terkulai layu di lantai hutan.

"Apakah kau baik-baik sahaja, Arjuna?" Perlahan Ratu Melawati melontarkan soalan tidak mahu menyergah anakandanya yang masih belum sembuh itu.

"Bonda, apakah aku di Tarawangsa?" Hampir tidak kedengaran suara perlahan Arjuna dek kehilangan tenaga terlalu banyak akibat bertarung nyawa sebentar tadi.

Ratu Melawati mengangguk perlahan. "Adipati Wantachitra, Rum Aspalela yang membawa kau ke sini selepas keadaan kau sedikit baik." Jelas bondanya lagi.

"Dahlia? Di mana?" Baru sahaja sedar sudah membuka cerita tentang Dahlia. Sungguh risaunya tidak dapat disembunyikan lagi.

"Dahlia masih tidak dijumpai, sayang namun usah risau memandangkan keadaan kau cedera sebegini rupa, hanya Rum Aspalela yang bergerak mencari dia." Sang Ratu membalas.

Mata Arjuna menangkap kelibat Delima dan Ratna yang baru sahaja masuk ke dalam bilik istana itu selepas dikhabarkan tentang Arjuna yang sudah sedar dari lenanya.

Namun hanya pandangannya sahaja yang dapat dia berikan bagi menyambut kedua insan itu. Sungguh perit luka mengikat seluruh tubuh menghalangnya bergerak bebas.

Tersirat di bahagian dada walaupun sedikit menjadi asbab dirinya sedikit sukar bernafas. Tambahan pula darah yang dimuntahkan terlalu banyak menyebabkan pemuda itu tidak bertenaga.

"Hai kakanda, sedar-sedar sudah menyoalkan tentang gadis itu?" Sakat Delima cuba menceriakan suasana, menjadi pengganti Intan sebentar.

"Tidak-" Arjuna panik. Bicaranya terhenti akibat risau menyentak jiwa membuatkan pemuda itu terbatuk. Segera air dihulurkan Ratu Melawati kepada anakandanya itu.

Dia cuba bangkit sedikit bagi menghirup segelas air. "Allahumma solli ala Muhammad..." Perlahan terdengar bisikan bondanya berselawat tatkala bibir Arjuna bertemu hujung gelas.

"Bonda... Arjuna jumpa Dahlia..." Segera dia melontarkan kata biarpun tersekat-sekat kerana batuknya masih tersisa.

Namun Sang Ratu, Delima dan Ratna hanya berkerut.

"Tuan hamba, apakah benar kau bertemu dengan Kakanda Dahlia?" Soal Ratna pula membuka bicaranya.

Arjuna hanya mengangguk tidak mampu melontarkan kata akibat batuk menghalang bicara.

"Jikalau benar kau bertemu dengannya maka mengapa dia tidak pulang sama?" Delima turut menyoal.

"Arjuna, apakah kau bermimpi bertemu dengannya? Kerana katamu berbeza dengan Rum Aspalela." Ratu Melawati pula membuka bicara.

Arjuna menoleh. Delima dan Ratna turut menoleh serentak memberi tumpuan pada bicara Sang Ratu.

"Apa?"

"Rum Aspalela tidak pula mengakui kalian bertemu dengannya? Apakah cuma kau yang terserempak dengannya?" Ratu Melawati menyambung.

Arjuna diam. Tidak tahu mahu memberi respons apa. Sungguh dia pasti kelibat yang disaksikannya sebelum dia hilang ke alam gelap itu Dahlia. Apakah dia tersilap? Apakah benar itu hanyalah bayangannya sahaja?

Seluruh ruang kamar itu sunyi menanti respons Arjuna.

_______________________•••____________________

Rum Aspalela menyempurnakan solat Asarnya dengan menyapu seluruh wajah dengan tangan kanannya. Sungguh langit semakin gelap nyaris sahaja maghrib menjelma sebelum sempat dia menunaikan kewajipannya itu.

Posisi duduknya ditukarkan kepada keadaan bersila agar lebih selesa bagi dirinya berzikir dan bermunajat kepada Ilahi. Berhempas pulas dia menjalankan pertolongan cemas ke atas Arjuna sewaktu di hutan tadi kemudian selepas dipastikan keadaanya sedikit baik, pemuda itu segera dibawa ke Tarawangsa, tempat asalnya untuk dirawat sepenuhnya.

Sebaik sahaja selesai segala urusan itu, segera dia bergerak ke Masjid Al-Fateh bagi menunaikan Solat Asar yang sudah berada di hujung waktu.

Rum Aspalela duduk berteleku atas sejadah sambil jarinya menari-nari di atas tasbih sedang berzikir memuji-NYA. Khusyuknya sehabis baik dia kekalkan namun lumrah manusia sentiasa leka, minda Aspalela dibawa pergi memikirkan kembali saat berada di dalam hutan sebentar tadi.

Sewaktu Rum Aspalela sedang melakukan pertolongan cemas ke atas Arjuna, sudah dia sedari terlebih dahulu bahawa dada pemuda itu telah pun berbalut dengan sehelai kain batik yang entah kepunyaan siapa.

Terdetik dalam hatinya tentang pemilik kain batik itu. Siapakah gerangan insan yang telah membantunya ini? Apakah Tuanku Puteri berada di tempat kejadian pada waktu Arjuna diserang Si Bunian?

Tambahan pula, saat dia tiba dan meluru ke arah Arjuna, telinganya menangkap bunyi suara jeritan seseorang dari langit yang seperti sedang meronta minta dilepaskan. Ikutkan hati mahu sahaja dijejaki pemilik suara itu kerana boleh jadi dialah pemilik kain batik, gadis yang telah membantu Arjuna itu.

Namun keadaan Arjuna yang parah dan memerlukan bantuan itu menghalangnya dari bergerak mencari arah bunyi itu sebaliknya bergegas menyelamatkan nyawa pemuda itu. Bukan itu sahaja, selepas beberapa ketika dia dalam perjalanannya membawa Arjuna ke Tarawangsa, pemuda itu tersedar seketika.

Bibirnya melantunkan satu kata.

Dahlia.

Apakah Arjuna membicarakan tentang Tuanku Puteri? Mengapa dia bahasakan Tuanku dengan namanya sendiri tanpa gelaran? Apakah Arjuna terserempak dengan Tuanku sebentar tadi?

Aduh runsing! Segera dia menggeleng kepalanya perlahan membuang segala buah fikiran yang menganggu mindanya untuk khusyuk. Bibirnya kembali terkumat-kamit melantunkan zikir sambil matanya dikatup rapat cuba mengembalikan khusyuk.

Kain batik yang menjadi bukti Arjuna telah bertemu dengan Tuanku Puteri disimpan Rum Aspalela. Dia menggantikan kain itu dengan kainnya sendiri. Cuba meyakinkan Arjuna bahawa dia masih belum berjumpa dengan Tuanku di hutan tadi. Entah apa lagi muslihatnya, hanya Tuhan yang tahu.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
851K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
462K 34.8K 53
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...