TeenFiction : Hadi & Hana ✓

By dsyaf_

184K 12.3K 639

Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengeja... More

AKAN DATANG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
S1 ✓
S2 | B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
E-BOOK PUISI
B12

Bab 31

2.6K 205 14
By dsyaf_

"ASSALAMUALAIKUM warohmatullah." Kepala dikalih ke kanan.

"Assalamualaikum warohmatullah." Kepala dikalih ke kiri.

Hadi meraup wajah sebelum pantas bibirnya menyebut Astagfirullah berulang kali. Badan ke kiri ke kanan sambil mata terpejam.

Bilik solat itu dipenuhi oleh semua penghuni rumah termasuk pembantu rumah nenda. Hadi menjadi imam untuk semua orang. Mujur bilik solat nenda luas, 30 orang pun boleh muat.

"Sedap weh suara Hadi." Bisik Syara membuatkan Hana menyiku sahabatnya.

Tapi memang tak boleh dinafikan. Suara Hadi merdu sekali. Macam mana Hana nak move on ni? Dengar suara pangeran Hadi itu aje dah boleh runtuhkan tembok move on dia.

Hana tak suka macam ni!

"Kau dah tak nak suka dia kan?" Soal Syara.

"Hmm." Hanya itu Hana balas.

"Kalau macam tu aku nak suk..."

"Eh tak boleh!" Suara Hana yang kuat menarik perhatian semua orang termasuk Hadi. Terhenti terus bibir dia dari berzikir.

"Hehe maaf semua ada nyamuk. Ya Allah, Astagfirullah, Lailahaillallah." Cover Hana dan tersenyum sebelum berzikir. Sempat mata memandang Syara tajam yang sedang menekup mulut menahan tawa.

Lekuk tubuh Hadi dari belakang yang dibaluti baju kurta putih susu benar-benar menarik perhatian Hana. Ditambah pula Hadi memakai kain pelikat dan kopiah coklat. Bergetar tulang rusuk!

"Jaga mata tu Hana Hayla..." Usik Syara lagi sebelum mencebik.

"Diamlah Syara. Elok-elok orang berzikir karang jadi talkin." Geram Hana sebelum mencubit peha Syara. Tak kuat pun, cuit je.

"Oh mak kau menate!" Latah Syara kuat.

Okay kali ni semua memandang Syara dengan pandangan tajam. Padan muka, tadi kenakan dia sangat.

***

MAKAN malam meriah macam kenduri. Nenda siap buka konopi depan rumah. Lauk pula dimasak dan diletakkan di dalam buffet. Ini betul-betul kenduri arwah Syara!

"Kaya gila nenda Hadi, siap buka konopi weh!" Teruja Syara. Sekali tengok okay, dua kali tengok macam beruk terkinja-kinja.

"Kalau uncle Khalif pun dah kaya, kau tak payah tanyalah nenda dia. Tu nenek si Hadi, keturunan bangsawan kot." Bibir menjuih ke arah nenek Hadi yang leka berbual dengan makcik Ratna juga ibu Hadi, Puan Hanum.

"Haah kan? Tak pelik tak pelik." Syara mengambil pinggan lalu nasi briani dicedok sendiri.

Tak ada pelayan ya, lambert lagi semua tu.

"Kau nak nasi banyak ke sikit?" Soal Syara sambil memandang Hana.

"Banyak sikit sebab aku lapar. Petang tadi mana makan." Bohong Hana. Padahal waktu Syara tidur, dia balun maggie semangkuk.

"Okay." Syara menambah lagi nasi briani ke dalam pinggan.

"Ehem. Tak makan petang tadi ya? Mungkin saya jumpa hantu kot petang tadi tengah melahap maggie." Muncul Hadi di sebelah Hana.

Tangan Hadi turut mengambil pinggan dan menunggu giliran. Di sisi Hadi ada Hatta yang elok genggam kain pelikat Hadi.

Tiba-tiba Hana terbayang. Buatnya Hatta tergenggam kuat lepastu tertarik kain pelikat Hadi... Astagfirullah! Kotor!

"Kau tipu aku Hana? Kau makan maggie tak ajak aku? Sampainya hatimu!" Rungut Syara tidak puas hati.

Hana tersengih. Mana tak meraung member padahal dalam kereta masa perjalanan ke Kelantan Syara mengadu lama dah tak makan maggie sebab umi dengan abinya larang. Kat dapur rumah Syara siap tertampal 'Makan maggie? Lemah!'

"Dah ibu Hadi offer, aku telan jelah." Balas Hana sambil mengusap bahu Syara tanda memujuk.

"Ah takde kau. Ni kau ambik nasi ni, jangan makan dengan aku! Aku nak pergi makan dengan bidadara aku. Hanya berdua!" Syara terus memberi pinggan ke arah Hana dan memilih lauk cepat-cepat sebelum beredar.

"Syara! Syara intan payung!" Laung Hana memujuk.

"Huh!" Balas Syara sebelum berjalan ke arah Heiz sambil menghentak hentak kaki.

Bergegar dunia.

"Cepat sikit ambil lauk, abang long pun nak ambil." Sampuk Hadi sambil mengangkat pinggan dan tersenyum.

Hana berdecit geram. Pantas senduk lauk dipegang. Ayam merah bahagian tight diceduk lalu digolekkan ke dalam pinggan. Rendang daging pula diambil dua tiga ketul.

"Kebulurnya adik abang long ni," usik Hadi.

"Adikmu!" Balas Hana geram.

"Hok aloh panda kecek kelate doh dio." Muncul Arissa dan Alissa.

Mampus sepatah haram dia tak faham. Hana menghadiahkan sebuah jelingan kepada Hadi sebelum beredar.

Hadi tergelak kecil. Hana hana... Kepala digeleng sebelum gilirannya pula mengambil lauk. Tanpa sedar Hatta sudah tiada di sisi Hadi.

***

Bersinar mata Hana memandang makanan di dalam pinggannya. Tak sabar nak masuk perut! Doa dibaca lalu tangan mula menggaul nasi brian tersebut.

"Bismillah!" Belum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulutnya ada toyol kecil menarik bajunya.

Hana memejam mata lalu nafas dihembus. Sekejap ya briani nanti saya makan awak.

"Ya Hatta, Hatta nak apa sayang?" Hana menayang senyuman semanis gula Melaka, Johor, dan Pulau Penang.

"Kak long," panggil Hatta perlahan.

"Ya Hatta?"

"Hatta nak makan dengan kak long." Perlahan sahaja suara Hatta menyuarakan hasrat hati.

Kongsi jelah Hana, tak luak pun. Kalau tak cukup boleh tambah kan? Hana cuba memujuk diri.

"Sini duduk sebelah kak long." Kerusi di sebelahnya ditarik sedikit.

"Sampai tak naik tu?" Soal Hana.

"Sampai." Hatta menaikkan peha sebelah kanan terlebih dahulu. Hana pula setia memegang kerusi. Risau terbalik, dah lah anak orang kalau anak dia tak apa juga. Ops!

"Dah kak long,"

"Hatta baca doa makan dulu." Arahan Hana dipatuhi Hatta. Comel je budak toyol ni baca doa.

"Hatta boleh makan pedaskan?" Risau kalau dia suap nanti tiba-tiba Hatta kena kejar masuk hospital sebab pedas.

"Boleh!"

Hana mengangguk. Secubit ayam merah diambil lalu digaul bersama nasi.

"Bismillah..." Tangan menyuap Hatta.

"Sedap?"

"Sedap kak long, cam gini." Hatta menunjukkan ibu jari sebelum tersenyum.

Hana menggosok kepala Hatta menggunakan tangan kiri. Bagusnya si toyol kecil ni. Sedar tak sedar hampir separuh juga nasi briani dia berkongsi dengan Hatta.

Sedang seronok Hana dan Hatta berbual, muncul Hadi dengan wajah cemas.

"Ya Allah Hatta, kenapa tak bagitahu abang long? Abang long ingat awak keluar dari kawasan rumah nenda tau?" Tinggi nada Hadi.

Terus hilang wajah ceria Hatta. Bibir mula mencebik. Hana mengeluh, susah betul abang kaki over protective ni.

"Kan Hatta dah ada dengan Hana ni. Elok je tengah makan, kira okaylah tu."

Wajah Hadi yang cemas tadi terus berubah. Kesian pula tengok Hatta tercebik-cebik. Mata pun dah bersinar lain macam. Hadi melepaskan keluhan.

"Sorry abang long sergah Hatta. Sini makan nak? Abang long ada ambil ayam untuk Hatta." Lembut Hadi memujuk.

"Tak nak. Hatta nak makan dengan kak long." Hatta gelengkan kepala.

Hadi mula memandang Hana seolah bertanya tak apa ke?

"Biar je, Hana okay." Walaupun mula-mula tu menyesal sikitlah.

Hadi terus mengambil tempat sebelah Hatta dan mula nikmati makan malamnya.

"Hadi." Panggil Hana.

"Ya?"

"Minta maaf petang tadi kalau Hana punya bahas..."

"Tak apa. Saya tak ambil hati sebab memang salah saya. Saya pun minta maaf sebab maghrib tadi usik Hana."

"Boleh kita jadi kawan?"

"Atau... lebih dari kawan?" Sambung Hadi sebelum tersenyum. Nasi kembali disua ke dalam mulut.

Serentak itu pipi Hana bertukar merah. Terus kepala menghadap kanan dan bibir digigit. Hana nak move on! Tapi kenapa...

Okay fix Hana tak nak move on,

Muktamad.

***

Continue Reading

You'll Also Like

3.7K 212 17
AIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memin...
329K 9.4K 45
Kita tidak mengenali antara satu sama lain. Darjat kita sama tetapi kau selalu merendahkan diri. Kau yang tiba2 hadir dalam hidup aku mengubah semuan...
329K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...
292K 16.6K 59
4 tahun bersekolah disekolah yang sama, 4 tahun juga sabar menahan diri bila dibuli. Kehilangan Faqiesha menimbulkan tanda tanya, kemana dia? Setelah...