Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 25

1.2K 166 84
By Qayssz

Arjuna memperlahankan kudanya kerana tiba-tiba dirinya diserang rasa tidak sedap hati yang mendalam. Tadi dia hanya membuntuti adipati Wantachitra dalam perjalanan ke Pergunungan Tasik Gerhana Berdarah namun tiba-tiba Rum Aspalela memberikan isyarat agar dia membelok ke kiri namun tanpa suara.

Arjuna pula lupa meneliti sama ada isyarat yang diberikan benar atau tidak kerana mereka berdua dalam keadaan pantas dan tergesa. Ternyata dia tersilap langkah. Rum Aspalela yang dilihatnya hanyalah bayangan bunian yang cuba melalaikannya kerana Aspalela yang sebenar sudahpun berada jauh ke hadapan menunggang kudanya penuh pantas hingga terlupa tentang Arjuna.

Dalam erti kata lain, Arjuna hanya membuntuti Rum Aspalela hinggalah mereka tiba di kawasan berhampiran hutan, temenggung Tarawangsa itu dibawa lari bunian yang menyamar sebagai Rum Aspalela.

Namun setelah dia menuruti adipati Wantachitra itu masuk ke dalam hutan, tiada sepatah kata yang dilontarkan penunggang kuda di hadapannya itu. Sedari tadi, hanya pandangan pemuda itu dari belakang sahaja yang dapat Arjuna lihat kerana dia langsung tidak menoleh ke belakang.

Bibir Arjuna dibasahkan dengan ayat kursi dan tiga qul tanpa henti kerana gerak hatinya mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Menyedari Arjuna memperlahankan kudanya, pemuda di hadapannya turut melakukan perkara yang sama namun tetap tidak dia menoleh ke belakang. Arjuna hanya memerhati gerak-gerinya dengan rapat, hairan mengapa pemuda ini tiba-tiba diam tanpa suara. Namun bibirnya juga tidak tergerak untuk melontarkan pertanyaan tentang itu.

Tunggangan kuda masing-masing makin lama semakin perlahan hinggalah kedua-duanya terhenti. Namun masing-masing membatu tanpa suara, tanpa bunyi, membiarkan sunyi sepi menguasai hutan. Rum Aspalela kekal membatu tidak menoleh menambahkan syak wasangka Arjuna.

Namun dia tetap kekal tenang dan hanya bersiaga sekiranya perlu.

"Kenapa kau berhenti?" Rum Aspalela akhirnya bersuara memecah kesunyian. Kepalanya ditoleh sedikit sahaja memandang Arjuna dari tepi.

Mirip. Suaranya mirip sama seperti Rum Aspalela. 'Apakah ini benar-benar dia?' Arjuna bermonolog sendiri. Hampir sahaja dia membalas pertanyaan itu namun bibirnya seolah terkunci daripada terus berbicara. Entah kenapa sepertinya dia tidak harus melontarkan jawapan bagi persoalan itu.

Mulutnya mungkin terkunci daripada melontarkan sebarang kata namun tidak hatinya. Ayatul kursi dan tiga qul tetap dibaca kuat dari dalam hati tidak putus-putus. Mungkin gerak hatinya yang benar itu adalah anugerah Allah melindunginya daripada sebarang ancaman tidak baik berkat amal ibadahnya selama ini.

Rum Aspalela menoleh semula memandang hadapan dan mengunci mulutnya.

Suasana kekal sunyi tatkala masing-masing kekal membatu tanpa bicara.

Hatta bunyi deruan angin pun tidak kedengaran.

Semakin lama, sunyi itu tidak lagi mewujudkan damai malah ia sebagai petunjuk untuk Arjuna bersiaga bersedia bagi sebarang kemungkinan.

Perlahan-lahan tangan kiri Arjuna mendekat dengan pemegang kerisnya. Dia bersiaga sepenuhnya dalam diam namun belum sempat tangannya menggenggam keris itu, kedengaran tawa kecil Rum Aspalela.

"Kau tahu ya?" Perlahan suara itu bertanya sambil diiringi baki tawa kecilnya. Sudah tidak wasangka lagi, ini bukan Rum Aspalela.

Biarpun menyedari bahawa dia sudah tersilap langkah dan membawa ancaman terhadap dirinya, Arjuna tetap kekal tenang tanpa sekelumit gerun terpalit di jiwanya. Bunian rupanya yang menyamar sebagai Rum Aspalela itu.

'Alhamdulillah...' senandikanya menyebut kalimah suci itu. Setinggi kesyukuran dia panjatkan kepada Ilahi atas petunjuk yang telah diberikan ini. Tangan kirinya terus mengenggam keris pantas sambil menunggu masa mempertahankan diri.

Sebaik sahaja bunian itu menghabisi sisa tawanya, suasana kembali sunyi sehingga peluh Arjuna yang menitis jatuh ke lantai hutan yang dihiasi dedaun kering itu turut kedengaran.

. . .

Sepantas kilat Arjuna mengelak tatkala bunian itu tiba-tiba meluru ke arahnya tanpa perlu dia memijak tanah. Wajahnya tetap mirip Rum Aspalela. Tangan kanan bunian itu mencengkam leher Arjuna sekuatnya lalu dia terbang dengan kuat menolak pemuda itu ke belakang. Dalam keadaan berada di udara dia cuba menghentam Arjuna dengan momentum yang cukup kuat bagi mencederakan pemuda itu hingga lumpuh.

Pergerakannya yang terlalu laju menyebabkan Arjuna tidak sempat mengelak sepenuhnya. Keadaan mereka yang masih kira-kira 5 meter jaraknya dari tanah menyebabkan kelebihan berpihak kepada si bunian. Sukar untuk Arjuna membuka matanya akibat pergerakan terlalu pantas menyebabkan arah angin menderu laju menampar wajahnya kuat.

Menyedari hakikat bahawa dia akan dihentam kuat, Arjuna mula bertindak walau mungkin dia akan jatuh tersembam ke bumi. Apa jua akan dia lakukan bagi meloloskan diri daripada cengkaman bunian itu. Perlahan-lahan tumpuannya difokuskan memandang hanya pada tubuh dan pergerakan sang bunian.

Arjuna mula mendapatkan fokusnya kembali, walau sedang dalam keadaan bergerak dengan halaju terlalu pantas, itu tetap tidak menghalangnya daripada bertindak. Kemahiran itu mungkin tidak mampu dikuasai orang biasa tanpa latihan dan ilmu seni pertarungan yang tinggi namun Arjuna berjaya bertindak dalam keadaan yang tidak menyebelahinya itu.

Kaki kanannya diangkat tinggi ke udara dengan sepenuh tenaga dia menghentam kembali leher bunian itu dari arah kirinya. Jangan disangka dia tiada kebolehan terbang seperti bunian itu, dia lemah. Arjuna dipilih menjadi Temenggung Tarawangsa adalah bersebab dan hanya yang layak sahaja akan dipilih untuk menyandang jawatan itu.

Hentaman kakinya padu penuh bertenaga menyebabkan Sang bunian tercampak ke tepi. Bukan hanya dia, genggaman leher Arjuna turut terlepas menyebabkan Arjuna turut sama terjelopok ke lantai hutan dari ketinggiannya 5 meter di udara itu.

Namun, tidak seperti musuhnya yang lain, ini bukan manusia. Gerak-geri dan cara pertarungan semestinya tidak sama seperti manusia biasa. Belum sempat Arjuna jatuh dengan sempurna menyembah bumi, dia sudah memastikan posisi dan kedudukannya berada dalam keadaan stabil dan tenang kerana dia tahu bunian tidak seperti manusia.

Mereka pasti tidak berlengah. Hentaman kaki Arjuna hanya mampu memberinya masa beberapa saat untuk meloloskan diri dengan pantas daripada cengkaman sang bunian.

Jikalau selama ini, pertarungannya dengan manusia dapat memberikannya banyak masa untuk bertindak balas dan bersiaga, pertarungan dengan bunian lain pula jadinya. Makhluk itu dapat bergerak dengan terlalu pantas sehingga kelibatnya tidak dapat dikesan pancaindera orang biasa.

Namun tidak bagi Arjuna. Dirinya sudah cukup terlatih bertarung dengan pelbagai jenis musuh hingga kecekapannya meningkat melebihi tahap pendekar biasa. Matanya dapat menangkap kelibat pantas si bunian dan tubuhnya juga sama cekap, dapat mengelak dengan pantas walaupun hanya sipi-sipi sahaja serangan si bunian untuk mengenainya.

Tawa sang bunian terhambur keluar. "Bukan calang-calang kau ya!" Dia berlaung kuat sambil kedua-dua insan itu tidak berhenti bergerak menyerang dan mempertahankan diri masing-masing. Tujuan utamanya melontarkan bicara adalah kerana mahu Arjuna juga turut sama mengeluarkan kata.

Jin dan manusia terpisah oleh dua alam. Sebahagian manusia mampu berpindah antara dua alam tanpa sebarang masalah atas keizinan Allah. Ilmu yang tinggi diperlukan bagi menarik diri keluar semula dari alam yang tidak sepatutnya mereka berada.

Kehilangan ramai penduduk yang masuk ke hutan bunian adalah kerana mereka telah pun terpisah dari alam nyata dan termasuk ke alam bunian akibat berbicara dengan makhluk itu. Atas sebab itulah, Arjuna kekal diam mengunci mulut, menelan lidahnya tidak mahu melontarkan sebarang kata. Sekali bicara terpacul keluar, dirinya akan dibawa masuk ke alam lain serta-merta.

Pertarungan berlaku pantas tanpa henti selama beberapa minit. Sekalipun tidak Arjuna memandang tepat ke arah mata makhluk itu. Pandangannya sentiasa tertumpu pada kaki, tangan atau mana-mana anggota tubuh bunian itu.

Bicaranya ditelan, matanya di separa butakan. Namun tubuhnya kekal cekap dan kebal terhadap sebarang serangan.

Tidak sekalipun Arjuna membiarkan dirinya disentuh lagi oleh si bunian kerana peluang untuk dia kembali meloloskan dirinya adalah amat tipis. Kerisnya diacukan ke arah makhluk itu berkali-kali cuba mencederakannya namun pergerakan pantas dan lincah sang bunian mematahkan segala serangan Arjuna.

Melihatkan kebolehan Arjuna bertarung sebegini lama dengannya, sang bunian mula menukar langkah. Sepantas kilat dia berlari bersembunyi di sebalik pohon besar. Arjuna tidak berlengah, walau apa pun rancangan jahat sang bunian itu, tetap dia akan peka dengan segala tingkah lakunya. Segera Arjuna mengejar sang bunian yang terbang ke belakang sebatang pohon besar.

Kerisnya terus bersedia untuk dibenamkan di dada makhluk tersebut. Sang bunian hanya menanti Arjuna tiba dan menyerangnya di sebalik pohon itu.

Seperti yang disangka, Arjuna datang sambil membuka langkah serangan penuh bertenaganya. Kerisnya laju meluru ke arah sang bunian namun pergerakannya tiba-tiba terhenti.

Arjuna tertampan.

Dahlia.

Sedang berdiri di hadapannya.

Kerisnya hampir sahaja terbenam ke arah Dahlia yang berdiri di hadapannya itu.

Ternyata sang bunian main kotor dengan menyamar sebagai Dahlia bagi menewaskan Arjuna. Pergerakan Arjuna yang terhenti akibat terpana dengan kelibat Dahlia yang secara tiba-tiba itu memberi peluang untuk sang bunian melancarkan serangan kilatnya pula.

Dihentamnya Arjuna menggunakan kaki kirinya sambil tangan kirinya melibas tajam dada pemuda itu. Nampak seperti biasa namun libasan itu berjaya memberikan belahan dada yang perit. Arjuna tercampak jauh dari kedudukan asalnya, melayang di udara sebelum jatuh terhentak ke lantai hutan.

Dada dan kepalanya mula mengeluarkan darah merah pekat yang menitis jatuh ke lantai hutan tatkala dia segera bangkit dengan pantas bersiaga kembali mempertahankan dirinya tanpa menghiraukan kecederaan tubuhnya yang parah.

_______________________•••____________________

Sayap Sang Merpatika menghalang sinaran mentari daripada memancar ke arah Dahlia yang masih belum sedarkan diri. Gadis itu pengsan akibat terlalu banyak menggunakan tenaganya secara maksimum hingga tubuhnya yang tidak mampu meneruskan pertarungan.

Mereka berada di atas pergunungan Tasik Gerhana Berdarah. Sang Merpatika membawa Dahlia segera ke situ setelah dia pengsan serta-merta tadi. Merpati gergasi itu memanglah garang dengan srikandi itu namun, segarang-garangnya tetap terselit kasih sayangnya pada Dahlia. Biarpun berkali bertikam lidah dengan gadis itu, tetap sayangnya terserlah melalui tingkah lakunya yang panik dan risau tatkala Dahlia rebah dan hampir lemas di sungai.

Dia menanti penuh sabar agar gadis itu tersedar. Sebanyaknya doa dipanjatkan ke Ilahi agar gadis itu baik-baik sahaja.

Selang beberapa minit, bebola mata Dahlia kelihatan bergerak-gerak sedikit menandakan gadis itu sudah separa sedar. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Menyedari akan hal itu, segera Sang Merpatika menarik kembali sayapnya daripada menghalang sinaran matahari kerana dia tidak mahu Dahlia menyangkakan bahawa dia risau akan gadis itu.

Sayang tetapi malu mahu tunjuk, pelik sahajalah karenah si apam ini.

Kelopak mata Dahlia yang perlahan-lahan terbuka menerima sinaran mentari yang terlalu terang bagai mahu butakan mata. Matanya dikenyitkan segera tidak tahan menerima pancaran sebegitu bercahaya. Banjir mata akibat sinaran itu.

Baru sahaja sedar dari lena terus sudah diserang sinaran mentari. Terpinga-pinga Dahlia dibuatnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri dan kanannya cuba menghadam kawasan persekitaran dan mencari kelibat Sang Merpatika.

Ternyata apam putih itu sudahpun melarikan diri dan duduk di atas sebuah batu jauh dari Dahlia. Sengaja konon-konon seperti dia tidak ambil kisah tentang gadis itu padahal dialah yang sanggup mehalang sinaran mentari daripada menyedarkan gadis yang terlena itu.

Dahlia perlahan-lahan bangkit. "Apakah yang berlaku tadi? Bukankah kita di dalam pertarungan?" Soalnya sambil mengorak langkah bergerak ke arah Sang Merpatika.

"Bertarung? Memanglah! Tetapi kau tiba-tiba pengsan tidak tentu pasal tadi maka tergendala latihan kita. Seperti inikah gaya seorang insan yang mahu menggantikan seorang puteri berkemahiran tinggi dalam ilmu pertarungan?" Terkedu Dahlia dibuatnya. Orang baru sahaja tanya sedikit sudah dimarahi sebegitu rupa.

Sungguh pasti ada sahaja yang didengki Sang Merpatika ini. Dahlia berprasangka buruk.

"Eh aku baru dilatih belum sampai sehari, sudah tentulah tidak akan sempurna latihan aku! Yang kau sibuk mengharapkan lebih-lebih ini kenapa? Sabarlah sedikit, jika kau melatihku dengan sempurna pasti aku dapat menguasai kemahiran ini dengan baik." Dahlia pula membalas dengan nada suara yang tinggi. Baru sahaja sedar dari pengsan sudah bergaduh. Jarang sekali berlaku sebegini.

Bagaimana dia boleh pengsan tadi, dia juga tidak tahu. Hairan benar. Selama ini, walau tenat dan penat bagaimana sekalipun dirinya itu, tidaklah walau sekalipun dia pitam di mana-mana. Namun kali ini secara tiba-tiba tanpa angin mahupun ribut. Keliru benar dibuatnya.

Sejak dia hadir ke sini, pasti dia diserang pelbagai sakit yang tiba-tiba entah datang dari mana. Setiap kali perkara ini berlaku pasti sakit itu datang tanpa amaran terlebih dahulu menyebabkan Dahlia tidak bersedia untuk melawannya.

Ibarat garam ditambah ke dalam makanan agar sajian menjadi secukup rasa, hairan menguasai minda tatkala penyakit ini datang dan pergi begitu sahaja tanpa angin, ribut atau taufan. Kedatangan tanpa berita itu menambah perisa dalam kehairanan Dahlia.

"Lihat! Beri alasan itu ini! Kau sebenarnya memandang perkara ini sambil lewa ya? Kau pasti menyangka gelaran Tuanku Puteri itu boleh kau dapatkan begitu sahaja dengan alasan berjuta tanpa usaha bersungguh tanpa henti." Sang Merpatika mendengus perlahan. Jelas terserlah kekecewaannya dalam dengusan itu.

Dahlia tertampan dari mengeluarkan sebarang kata. 'Kenapa dengan Merpatika ini? Tiba-tiba naik angin tidak tentu pasal? Pengsan pun salahkah?' Dengus Dahlia dalam hati. Kacau jiwanya dengan karenah merpati putih itu.

Sang Merpatika hanya memandang Dahlia atas bawah jelas terpamer kekesalannya terhadap gadis itu. Kemudian dia menggeleng perlahan. "Sudahlah Dahlia. Berikan aku ruang sendirian sebentar." Bicara dihabisi begitu sahaja sebelum dia terbang pergi meninggalkan Dahlia seorang diri di atas gunung itu.

Dahlia terkesima. Hanya bunyi deruan air tasik kedengaran tatkala Sang Merpatika terbang pergi dan menghentikan bicara mereka berdua. Sungguh dia tidak memahami karenah Merpatika.

'Untuk apa dia kesal benar jikalau pada hari pertama lagi Dahlia sudah gagal? Sememangnya hari pertama akan gagal kerana nama pun sudah hari pertama.' Dahlia hanya mampu bermonolog sendiri. Dalam hati bicaranya berjuta namun tiada sebarang kata yang keluar dari mulut akibat terkedu dengan tingkah laku Sang Merpatika yang tiba-tiba sahaja naik angin.

Gadis itu masih kekal dalam posisi sebegitu berdiri sendiri di hadapan tempat dia berbicara dengan Sang Merpatika tadi sambil membiarkan bunyi alam menguasai suasana...

Continue Reading

You'll Also Like

360K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
462K 34.8K 53
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
302K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...