Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 24

1.2K 174 112
By Qayssz

"Woi, bangunlah!" Citra berbisik perlahan menendang lengan pemuda di hadapannya yang agak cedera parah itu.

Perlahan-lahan bukaan mata Perkasa terbuka. Luka belum habis sembuh, bisa sengal badan masih tersisa sudah ditendang sebegitu rupa. Terpisat-pisat dia sedar dalam keadaan tidak mengerti apa-apa.

Pandangannya yang samar-samar menangkap kelibat seorang gadis yang sedang berdiri di sisinya. Mahu dianggap gadis itu risau tentangnya, namun sepertinya garang dan bengis yang terukir di wajahnya. Langsung tiada simpati.

Perlahan-lahan Perkasa cuba bangkit sambil matanya dikelip berkali-kali cuba melihat dengan jelas. Kepala masih pening akibat pertarungan dengan srikandi berbusana merah.

"Siapa kau?" Perkasa melontarkan bicaranya.

"Kau ini tidak tahu berterima kasih ya?" Citra menjawab soalan dengan soalan namun Perkasa hanya berkerut tidak memahami. Mindanya juga seperti matanya, masih samar-samar tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Haihh... Kau lupakah yang kau hampir mati bertarung dengan entah siapa-siapa di gua tadi?" Suara citra bernada sedikit keras bengang dengan tingkah laku Perkasa yang lembap itu. Sudahlah dia membantu pemuda itu kerana sangkanya ada berguna dia itu namun lembap juga tingkah laku nya ya.

Minda Perkasa bagai dihentak memori, terus dia teringat bahawa dia tiba-tiba hilang dalam pertarungan tadi. Sudahlah benar-benar nyawanya di hujung tanduk, sangkanya dia sudah mati ternyata masih bernafas lagi. Lega hati dibuatnya.

"Apakah kau yang menyelamatkanku?" Terpadam sedikit api amarah Citra bengis itu selepas mendengar soalan yang diajukan Perkasa.

'Nasib baik tidak terlalu bebal dia ini.' Bisik Citra dalam hati. Dikutuk dan disumpah seranahnya pemuda itu sesuka hatinya.

"Iyalah siapa lagi? Nasib baik ada aku tadi jikalau tidak melayang nyawa kau disiat keris gadis itu!" Dengus Citra kasar. Sungguh dia benar-benar malas mahu melayan karenah pemuda itu. Rasa menyesal mula mencengkam diri apabila terasa seperti dia tersalah selamatkan orang.

"Mengapa kau membantuku? Apakah kau mengenali aku? Kerana sepertinya aku tidak-"

"Heh! Kau jangan ingat aku tolong kau bersahaja ya!" Pantas bicara Perkasa dipotong Citra. "Aku bantu kau tidak lain kerana menyangka kita mempunyai musuh yang sama!"

"Bagaimana kau tahu siapa musuh aku?" Berkerut Perkasa dibuatnya. Harapkan pakaian sahaja mengikut syariat, namun lidah dan bicaranya langsung tiada adab dan sopan santun. Tanya sedikit pasti diherdik.

Sekali lagi Citra mendengus kasar bagaikan ada api mahu keluar dari hidungnya. "Gadis yang kau culik itu, aku mengenalinya. Aku tidak tahu apa urusan kau dengan dia tetapi sepertinya yang kau ingin dapatkan sekarang ini ialah seorang gadis lain. Apakah tekaanku benar?"

Perkasa terkesima. Bijak benar gadis ini. Apakah dia juga mengenali Tuanku Puteri Seri Dahlia?

"Apakah kau juga bermusuhan dengan Tuanku Puteri Seri Dahlia?"

Kini Citra pula terkesima. "Tuanku... Puteri?!"

Mulutnya terlopong besar tidak mempercayai maklumat baru daripada Perkasa itu. Suasana kekal sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi burung menghiasi suasana di hutan itu.

"Kata kau, kita punyai musuh yang sama?" Perkasa mengajukan soalan lagi apabila melihat Citra terkedu tanpa kata.

"Dahlia..."

"Adalah seorang puteri?" Citra memandang tepat ke Perkasa meminta kepastian. Padanlah Arjuna yang didambanya itu tergila-gila dengan Si Dahlia ini. Puteri rupanya.

"Teganya kau menggelar baginda tanpa gelaran Tuanku! Aku juga jahat sama tetapi tidaklah aku menggelarnya sebegitu rupa!" Terkejut Perkasa melihat gadis itu jauh lebih berani darinya.

Citra mengetap bibir geram. Api amarahnya menguasai jiwa kembali. Hakikat bahawa Arjuna tidak menerimanya sudah membuatkan dia geram namun amarahnya menggila apabila Arjuna menolaknya kerana seorang gadis yang paling dibencinya iaitu Dahlia. Entah kenapa Citra tidak senang sungguh dengan kewujudan Dahlia. Baginya gadis itu yang kecantikannya luar biasa mengancam kedudukannya.

Dia tidak kisah sekiranya tidak dia dapat lelaki lain tetapi bukan Arjuna. Sungguh hatinya terpaut pada pemuda itu sejak pertama kali dia melihatnya. Bagaikan dipukau asmara cinta, dirinya tidak sanggup melepaskan Arjuna kepada sesiapa. Benar-benar dibuai dalam asmaraloka ciptaan imaginasi sendiri hingga dengkinya yang tidak tentu arah menambahkan api amarah yang memakan diri.

"Cis! Tidak guna!" Sangkanya dia hanya bersenandika sendiri ternyata dengusannya kuat mampu didengari Perkasa. Pemuda itu hanya menatapnya penuh keliru.

"Eish! Apa-apalah! Sekarang ini apa rancangan kau? Apakah kau mahu menghancurkan wanita itu?" Bicara Citra tunggang terbalik. Nafasnya turun naik akibat atma dibakar api amarah yang membara.

"Siapa kata aku mahu menghancurkannya? Dia mungkin musuh Ku, akan tetapi tugasku hanyalah untuk menculiknya dan dibawa kepada tuan aku, bukan untuk dicederakan." Perkasa membalas.

'Gila agaknya gadis ini, mampus aku kalau kekasih hati Tuanku dicederakan.' Senandika Perkasa bersuara sendiri.

"Culik?" Pada awalnya Citra agak tidak bersetuju namun sejenak dia berfikir, seperti ada baiknya juga jika Dahlia diculik. Sekurang-kurangnya dapat dipisahkan cinta hatinya dengan gadis itu.

Seketika kemudian, bibirnya koyak dengan seukir senyuman sinis. Makin lama makin melebar bibirnya menyeringai. Tawa kecilnya terhambur perlahan namun dapat didengari jelas oleh Perkasa.

Meremang bulu roma pemuda itu mendengar tawa kecil Citra yang bagaikan pontianak sedang ketawa. Makin lama makin laju nada tawanya. Sekali dengar mahu luruh segala isi jantung.

"Woi kau kenapa?!" Segera ditegah perbuatan wanita itu daripada terus tertawa bagaikan hantu. Suaranya ditinggikan jelas dia diserang takut sebentar tadi.

"Apa?!" Bengang tawanya diganggu, sekilas pandangan maut diberikan kepada Perkasa bagaikan mau membaham insan itu.

Perkasa tertampan daripada meneruskan katanya. Kelu lidahnya tidak berani bersuara. Sungguh ilmu apa yang gadis ini gunakan hingga sebegitu gerun auranya.

"Kau bilang kau punyai rancangan, tetapi kesemua tentera kau habis menyembah bumi tadi. Apa yang kau ada sekarang ini?" Soal Citra menukar topik tidak mahu berlengah lagi. Perancangan Perkasa harus dipastikan berjalan lancar.

Pemuda itu terdiam sejenak. Terkedu sebenarnya baru menyedari hakikat bahawa dia sudah tidak punya apa-apa sekarang ini. Kepalanya digaru-garu hilang akal mahu mencari jalan.

Citra mendengus berat. 'Dasar tidak boleh harap!'

"Aku punyai tentera tetapi bukan di sini. Aku harus pulang ke tuan Ku sekiranya mahu mendapatkan tentera baharu." Perkasa membalas, letih melihat Citra yang dengusnya tiada henti itu.

"Iyakah? Di mana tuan kau itu? Aku boleh bawakan kau ke sana secepat mungkin." Balas Citra gembira bukan kepalang apabila mendapat sinar harapan sebegitu.

"Mustahil kita mampu ke Sulantara dalam masa yang singkat." Berdasarkan kawasan hutan, mereka masih lagi berada di hutan Tarawangsa. Sempadan Wantachitra pun belum dijejaki inikan pula mahu ke Sulantara. Mahu menumpang kapal pelayaran, risau dirinya sebagai suspek utama pengganas mudah ditemui pengawal Tarawangsa pula.

"Ouh Sulantara ya! Tenang..." Citra memandang Perkasa sekilas sambil bibirnya mengukir sebuah senyuman sinis.

"Kau ingat bagaimana aku membawa kau dari gua ke sini?"

Perkasa terkedu. "Kau pengamal sihir."

Citra tertawa kecil. Ternyata sihir yang dimusnahkan Tok Imam tempoh hari hanyalah sihir untuk memukau seluruh pemuda penduduk Kampung Kijang dan bukan sihir lainnya. Sungguh Citra benar-benar melakukan perbuatan terkutuk. Bersahabat dan meminta pertolongan syaitan bagaikan makhluk itulah Tuhannya.

Dan telah Allah berfirman dalam Surah Yasiin, ayat 60.

اَلَمْ اَعْهَدْ اِلَيْكُمْ يٰبَنِيْٓ اٰدَمَ اَنْ لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَۚ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu,"

Sudah Allah berfirman sekiranya kau punyai hajat, pinta dan mohonlah, suarakanlah hajatmu kepada-NYA, nescaya pasti Dia kabulkan permintaan kau. Kau punyai Tuhan yang Maha Berkuasa maka mengapa perlu kau pinta pada yang selain dari Dia?

Sungguh Allah benar-benar gemar akan hambanya yang sentiasa meminta-minta kepada-NYA. Letakkanlah pengharapanmu sepenuhnya kepada Allah kerana Dialah satu-satunya yang tidak akan mengecewakanmu.

Citra mengatup kelopak matanya rapat sambil bibirnya terkumat-kamit menyebut sesuatu. Perkasa hanya diam di sisi gadis itu. Seketika kemudian mereka berdua hilang dalam kepulan asap meninggalkan hutan sunyi itu tanpa penghuni.

_______________________•••____________________

Sang Jentayu terbang tinggi di bentangan jumantara yang luas. Ratu Melawati berpaut kuat pada burung gergasi itu akibat libasan angin kuat seolah menolak dirinya. Sekali lepas tangan mahu jatuh berderai ke tanah bertemu Sang Pencipta.

Pergerakan Sang Jentayu diperlahankan tatkala mereka tiba di kawasan Kampung Duyong. Mendatar sahaja sayap Jentayu dibebaskan membiarkan udara menolak mereka ke kawasan hutan di kampung itu.

"Kita masuk ke kawasan hutan terus. Beta tidak mahu kelibat beta dilihat orang." Ratu Melawati melontarkan suaranya sedikit kuat namun penuh berhemah di sisi kepala Sang Jentayu.

"Ampun Tuanku, menjunjung titah, Tuanku." Balas Jentayu mengangguk seraya bergerak ke arah hutan dan bersedia mendarat. Kawasan sedikit lapang dicarinya agar mudah dia mendarat dengan baik memandangkan penunggangnya merupakan insan terhormat.

Perlahan-lahan Sang Ratu turun memijak lantai hutan. "Terima kasih atas tunggangannya Sang Jentayu." Ucap Ratu Melawati lembut sambil mengusap kepala jentayu jinak itu. Burung gergasi itu hanya menundukkan kepalanya sambil tersenyum bahagia diusap sebegitu rupa.

"Jadi inilah tempat pertama Dahlia tiba ke sini..." Ratu Melawati berbicara perlahan sambil mengorak langkah berjalan di sekitar hutan diikuti Jentayu. Bunyi derapan langkah sepatunya memijak dedaun kering menghiasi suasana hutan.

Kedua-dua Ratu Melawati dan Sang Jentayu diam terkunci mulut mereka akibat terlalu khusyuk memerhati keadaan sekeliling hutan cuba mencari suatu maklumat baharu.
_______________________•••____________________

"Apakah kau punyai idea tentang mana-mana kawasan hutan ini yang aneh atau sesuatu yang boleh dijadikan asbab Dahlia tiba ke sini?" Ratu Melawati mengajukan soalan kepada Jentayu selepas hampir sekeliling hutan sudah mereka perhatikan cuba mencari jawapan bagi segala persoalan namun hampa tiada sebarang maklumat yang berjaya dijumpai.

Dahlia mahu pulang katanya akan tetapi sekiranya tidak tahu punca, masakan boleh dicari jalan pulang buat gadis itu? Masing-masing menemui jalan buntu.

"Ampun Tuanku, hampa patik khabarkan, patik juga berpendapat sama seperti Tuanku. Tiada sesuatu yang aneh pun di sini, Tuanku." Sang Jentayu membalas penuh hormat kerana dia juga turut sama menemui jalan mati.

Ratu Melawati hanya mendengus perlahan berfikir sejenak cuba mencari petunjuk.

"Ampun Tuanku, izinkan patik melontarkan beberapa soalan yang bakal menjadi pencetus buah fikiran inshallah." Sang Jentayu mematikan lamunan Sang Ratu itu.

"Silakan." Sepatah Ratu Melawati membalas sambil tubuhnya menoleh memandang Jentayu menanti bicara lanjutnya.

"Menjunjung kasih Tuanku, apakah Tuanku mengetahui hari Dahlia tiba di sini?" Soalan diajukan membuatkan Ratu Melawati terkedu seketika.

"Seingat beta, pada hari jumaat, menurut kata Arjuna. Mengapa?" Baginda membalas.

Sang Jentayu terdiam sejenak. "Ampun Tuanku sekiranya Tuanku terlupa, ingin patik ingatkan kembali pada hari itu merupakan hari berlakunya gerhana bulan penuh, Tuanku."

Ratu Melawati tersentak. "Oh iyalah!" Matanya membulat memandang Jentayu. Benar-benar terlupa dia tentang itu. Malahan sudah dia bermunajat lebih lama berbanding hari biasa pada malam itu memandangkan alam diberkati Ilahi pada malam gerhana penuh itu.

"Tetapi apakah kaitannya dengan Dahlia tiba ke sini?" Bingung dibuatnya. Berpusing minda baginda cuba merungkai misteri tidak berpenghujung ini.

"Ampun Tuanku, untuk yang itu masih belum hamba pasti namun hanya itu sahaja petunjuk yang kita peroleh. Boleh jadi ini semua hanyalah ketentuan takdir semata atau misteri yang tidak mampu dirungkai kita, tetapi patik berpendapat bahawa sekiranya Dahlia mahu pulang semula sebaiknya dia harus tiba ke sini pada malam gerhana penuh sepertimana di tiba ke sini." Sang Jentayu menghabisi bicaranya dengan dengusan perlahan mengambil nafasnya kembali.

Ratu Melawati terlopong. Sungguh tidak difahaminya tentang kaitan antara Dahlia dengan gerhana bulan itu namun ditepis segera perasaan itu lantaran tidak sanggup berfikir yang bukan bukan-bukan. Yang penting sekarang ini, dia sudah punyai sedikit petunjuk bagaimana cara gadis itu boleh pulang ke zamannya semula.

Lama kedua-dua makhluk itu kekal membatu. Masing-masing masih dibuai keliru berpanjangan, memikirkan asbab-asbab berlakunya perkara sebegini. Sesekala bayu lembut menggoncangkan pepohon tebal hutan menggugurkan dedaun kering yang tiada manfaatnya pada tumbuhan itu lagi.

"Apakah Dahlia akan baik-baik sahaja?" Musnah kesunyian hutan tatkala Ratu Melawati melontarkan bicaranya. Entah kenapa hatinya rasa seperti ada sesuatu akan berlaku sekiranya Dahlia kekal berada di sini.

"Ampun Tuanku, sungguh patik memahami kegusaran Tuanku kerana pada pandangan patik, gadis itu tidak sepatutnya berada di sini. Ini bukan tempatnya." Balas Sang Jentayu menyatakan kegusarannya. Ternyata bukan dia sahaja berfikiran begitu.

"Apakah kau juga berfikiran sama seperti beta?" Soalan dilontarkan sambil tangan kanannya memegang hujung kain tudungnya menghalang daripada terselak angin.

Sekali lagi masing-masing terdiam. Mereka tidak punyai bukti dan asbab, hanya gerak hati yang mampu memberi petunjuk namun adakalanya tidak semua senandika itu benar. Dahlia bukan orang sini, bukan hidup di zaman ini. Maka, bagaimana boleh dia tiba ke sini kemudian menjalani kehidupannya tanpa sebarang masalah.

Entah kenapa kedua sanubari hati Ratu Melawati dan Sang Jentayu merasakan sepertinya akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku sekiranya Dahlia kekal berada di sini. Gadis itu tidak boleh berlama dia harus segera pulang ke tempat asalnya. Perederan zaman sudah ditetapkan sebaiknya, mana boleh diubah-ubah.

"Ampun Tuanku, ingin patik bertanya. Sekiranya Tuanku berpendapat sesuatu yang buruk akan berlaku, apakah jangkaan Tuanku?" Jikalau benar perkara buruk akan berlaku, dari aspek apa? Siapa yang akan menjadi mangsa? Bagaimana?

Sungguh mereka memerlukan beribu petunjuk bagi menjawab berjuta persoalan yang bermain di benak fikiran.

Ratu Melawati hanya diam sambil menatap wajah Sang Jentayu penuh hampa. Dia menggeleng. Sungguh dia tidak mampu menjangkakan apa-apa. Tiada satu pun idea yang terlintas di mindanya. Penat sudah memerah minda mencari jawapan merungkai musykil namun segalanya masih kekal misteri.

Sungguh hanya Tuhan yang tahu segalanya dan kepada-NYA jualah doa dipanjatkan sebanyaknya agar kesemuanya sentiasa berada di bawah penjagaan dan perlindungan-NYA.

Continue Reading

You'll Also Like

36.8K 5.7K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
851K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...