Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 23

1.1K 183 37
By Qayssz

"Jikalau kau berjaya mengikuti aku dalam latihan kau yang pertama ini, akan aku ceritakan tentang asal usul nama tempat ini." Ujar Merpatika seraya mengibarkan sayapnya luas ke udara.

Merpatika segera menjatuhkan dirinya ke bawah untuk dia terbang dan meluncur laju ke destinasi sambil berharap Dahlia mampu mengikuti langkahnya.

Tiba-tiba badannya terasa berat.

"Cis! Kau main tipu!" Jerit Sang Merpatika apabila Dahlia tiba-tiba menunggangnya tanpa izin. Seumur hidupnya tiadalah pernah dia menjadi tunggangan seseorang.

"Apa pula main tipu? Kau yang suruh aku menggunakan apa jua cara sekalipun. Inilah cara aku. Lebih baik menggunakan minda yang sihat berbanding membazirkan tenaga mengejar kau dari tanah." Mahu sahaja Dahlia menyebut slogan don't work hard, but work smart namun manalah si apam ini tahu bahasa inggeris.

Nada suaranya ditinggikan memandangkan suara sukar didengari apabila Sang Merpatika meluncur laju di udara. Hanya bunyi bingit angin yang memekakkan telinga.

Merpatika hanya mendengus kecil. Ada benarnya juga kata gadis itu. Mahu bertikam lidah lagi nanti bazir masa sahaja, maka perjalanan tetap diteruskan menuju ke sebuah gunung berdekatan.

_______________________•••____________________

Sang Merpatika mendarat di kawasan tanah rata dengan sempurna. Kakinya menyentuh rumput hijau.

Namun berbanding haiwan tunggangan lain, Sang Merpatika langsung tidak merendahkan tubuhnya ke bawah bagi memudahkan Dahlia untuk turun sebaliknya apam gergasi itu berdiri tegak menyebabkan Dahlia terjelopok ke belakang jatuh menyembah bumi.

'Dasar apam tidak berguna!' Dengus hati kecil Dahlia. Dia bangun sambil mengibas pakaiannya. Seluarnya juga turut dikibas akibat dicemari rumput-rumput kecil yang melekat padanya.

"Lain kali, jangan kau berani menunggang aku sesuka hatimu tanpa izin. Aku Sang Merpatika, burung gergasi. Bukannya haiwan tunggangan untuk sesiapa. Jika kau mahu menunggang  sesuatu, pergi cari kuda atau Sang Jentayu." Kata Merpatika sambil memandang Dahlia penuh tajam. Benar-benar bengang burung itu dibuatnya akibat Dahlialah orang pertama yang menjadikannya sebagai haiwan tunggangan.

Sekiranya Jentayu gemar menawarkan diri bagi menjadi haiwan tunggangan, lain pula kesnya bagi Merpatika. Maruahnya ibarat tercalar sekiranya dia dijadikan sebagai haiwan tunggangan. Atas sebab itulah, bengang benar dia apabila Dahlia sesuka hati menunggangnya tanpa izin.

"Baiklah, apam putih." Sahut Dahlia selamba menggelar Merpatika sebagai apam.

"Apa?! Kau gelar aku apam?!!" Jerit Merpatika geram.

"Kenapa? Comel apa nama aku beri. Kau ini asyik-asyik tidak bersetuju dengan apa sahaja yang aku lakukan. Kau memang suka mencari fasal ya?" Balas Dahlia pula. Malas sudah mahu melayan karenah Merpatika yang sering membencinya tanpa sebab.

"Hei, jangan kau selamba jadikan aku sebagai haiwan peliharaan engkau. Nama aku Sang Merpatika, bukan apam!"

"Tambahan lagi, kau seharusnya bersyukur aku tidak menjatuhkan kau di udara tadi akibat belas ihsan ku. Selepas ini jika kau mengulangi hal ini lagi, tiada belas ihsan lagi. Akan aku jatuhkan kau di udara sesuka hatiku." Benar-benar tidak mesra Sang Merpatika ini. Benar kata Jentayu, merpati ini memang garang seperti harimau!

Dahlia hanya membuat muka tidak kisah dan berjalan melintasi Sang Merpatika. Api amarah dalam hati yang tadinya membara akibat bertelingkah dengan merpati putih itu kini terpadam saat matanya menangkap keindahan hutan indah di hadapannya.

Dahlia dan Merpatika berdiri di sebuah bulatan hutan berlantaikam rumput hijau muda. Hanya kawasan itu disinari cahaya matahari sepenuhnya kerana ketiadaan tumbuhan besar yang menghalang sinaran Sang Mentari.

Sekeliling bulatan dilitupi pokok tebal yang bukan sebarang pokok tetapi semuanya merupakan pokok buah-buahan. Bagaikan ladang buah-buahan, sang pencinta buah pasti merasakan tempat ini ibarat syurga buat mereka.

Terpana Dahlia melihat seluruh isi hutan indah, bersih dan kemas serta dipenuhi dengan pohon buah-buahan yang terlihat enak hingga banjir air liur dibuatnya.

"Ambil sekadar mencukupi buat mengisi tenaga. Sekiranya kau tamak, kau tinggallah di sini seorang diri." Ujar Merpatika seraya berjalan ke arah pohon buah-buahan segar itu dan menjamah hasil kurniaan Tuhan itu.

"Tetapi, orang tamak selalu kenyang." Balas Dahlia bercanda sengaja menjengkelkan si apam itu lagi. Dia turut bergerak sama mendekati pohon-pohon yang tersusun berbaris dalam satu garisan.

Kawasan ini benar-benar sesuai untuk bermain kerana suasananya yang aman mendamaikan jiwa, menenangkan hati. Setangkai rambutan ditarik Dahlia lalu dijamahnya penuh lahap. Kebulur benar gadis itu hingga terabur segala adab makan malah doa pun lupa dibaca.

"Inikah ciri-ciri wanita yang ingin memegang takhta? Makan tanpa adab?" Bicara Merpatika membuatkan Dahlia tersedak.

Ditepuk-tepuk dadanya perlahan terkejut dengan persoalan itu. 'Iyalah, aku pun lupa aku harus berlatih menjadi puteri ganti...' Dahlia bermonolog sendiri. 'Mungkin ini juga adalah satu latihan.' Segera dia membaca doa makan dan mengubah tatasusilanya kepada lebih beradab. Biarpun sebenarnya banyak perkara yang tidak dia setuju dengan Merpatika, namun bicaranya tetap terselit nasihat yang wajar dituruti.

Sesungguhnya sekiranya seseorang memberi nasihat, walaupun kau membencinya, tetaplah pegang pada nasihat itu jikalau ada baiknya. Usah dipandang pemberi nasihat, hanya tumpukan pada nasihat yang dilontarkan sahaja. Nescaya kamu tidak akan tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Suasana alam yang damai hanya dihiasi bunyi kunyahan kedua insan itu kini tercemar dengan persoalan yang dilontarkan Dahlia. "Aku mendengar bunyi aliran air. Apakah ada sungai berdekatan di sini?"

"Sungai memang ada tetapi jauh dari sini. Bunyi air yang kau dengar itu datangnya dari tasik berdekatan." Balas Merpatika seraya menghabiskan seulas manggis terakhirnya.

"Iyakah?!" Soal Dahlia teruja. "Aku mahu bergerak ke sana sebentar. Alam indah sebegini rugi jika aku tidak melihatnya."

Merpatika tidak menghiraukan. Langsung tidak kisah tentang gadis seorang itu. Paruhnya menarik seulas manggis yang lain. Kemudian baru dia membuntuti Dahlia.

Laju Dahlia mengorak langkah menuju ke tasik yang dimaksudkan. Setibanya dia di kawasan tersebut, matanya bersinar terkesima melihat indah benar ciptaan-Nya.
Tasik itu tidaklah sebesar Tasik Gerhana Berdarah namun tetap dihiasi ikan-ikan kecil yang seolah-olah menari di dalam air jernih itu.

Sekeliling tasik dikelilingi batuan besar. Sekali pandang bagaikan kawasan air kolam panas dalam fantasi fairy tales yang gemar dibaca Dahlia sewaktu kecilnya.

"Subhanallah..." Bibirnya melontar kalimah suci itu, benar-benar takjub dengan kekuasaan Allah. Sungguh Pergunungan Tasik Gerhana Berdarah benar-benar indah tiada tandingan.

Tangan kanannya dicelupkan sedikit ke dalam tasik. Jemarinya menari gembira menolak air jernih bersinar bagaikan kristal. Warna hijau biru cair tasik itu benar-benar memukau pandangan setiap pasang mata yang menatapnya.

"Eh Merpatika, tadi kau berjanji mahu menceritakan padaku tentang asal usul nama Tasik Gerhana Berdarah selepas kita tiba ke sini?" Kata Dahlia tiba-tiba teringat tentang perkara itu.

"Oh iyalah." Balas Merpatika pendek. Dia juga terlupa soal itu. "Apakah kau sudah habis makan?"

"Sudah, kenapa? Jangan kau tukar topik ya." Sahut Dahlia memberi amaran.

"Aku tidak menukar topik tetapi tadi aku juga tidak berjanji. Lagipula kau main tipu untuk tiba ke sini." Dia berhenti sejenak sebelum menyambung bicaranya. "Maka, akan aku ubah syarat. Sekiranya kau berjaya mengikuti aku hingga ke sungai tanpa terlewat dan tanpa main tipu, aku berjanji akan aku buka cerita tentang itu." Ujar Merpatika cuba mengheret Dahlia terus kepada latihannya.

Gadis itu hanya mendengus geram. Lama dia berfikir sebelum mengangguk bersetuju . Mahu menunggang Merpatika lagi sekali, risau dia dijatuhkan tanpa belas ihsan pula. Maka tiada jalan lain selain harus berlari pantas mengejarnya dari tanah. Dia juga bukannya tarzan mahu melompat menggunakan tali-tali pohonan.

Setelah mendapatkan persetujuan gadis itu, segera sayap Sang Merpatika dibentangkan sambil dia terus bergerak keluar dari hutan menuju ke udara bermain di bahagian jumantara yang terbentang luas. Kemudian dengan pantas Sang Merpatika bergerak ke arah Timur.

Dahlia juga tidak berlengah. Segera kain batik songketnya yang diikat di pinggang digenggamnya erat menarik kain itu ke atas sedikit agar tidak menyukarkan lariannya. Seluruh tenaganya dikerahkan agar dia tidak jauh ketinggalan di belakang sambil Merpatika terbang bebas di jumantara alam.

"Dasar main tipu punya apam!" Ujar Dahlia mengah tanpa sesaat pun dia berhenti berlari.

Jikalau dia punyai kasut berodanya pasti lebih mudah untuk dia mengejar Merpatika. Tetapi apakan daya, mana ada teknologi di zaman ini. Tambahan pula tanah hutan tidak rata dan dipenuhi rumput bakal menyukarkan perjalanannya.

'Dia mungkin tidak tahu aku ini atlet!' Dahlia yakin benar mengejar Sang Merpatika bukanlah satu masalah baginya kerana dia juga mempunyai stamina yang tinggi sebagai atlet terhandal yang mahir dalam sukan kasut rodanya. Tambahan pula, Merpatika sepertinya sengaja melambatkan pergerakannya cuba memberi peluang kepada Dahlia.

Larian jauh tetap diteruskan. Sepatu memijak semua bentangan rumput menghijau sambil Dahlia mengelak batang-batang pohon yang menghalang laluannya. Mula-mula mungkin dia tidak gemar dengan cadangan Merpatika tadi tetapi apabila dia sendiri berlari di dalam hutan itu, bahagia mula mencuit hati. Sudah lama tidak aktif sebegitu. Seolah-olah dia mampu melepaskan bebanannya dengan mengeluarkan peluh sebegitu rupa.

Tambahan pula, suasana di sini sangat berbeza dengan zamannya. Bukan sahaja udara segar, malah suasana alam indah dan sunyi benar-benar seperti apa yang didambakan Dahlia. Tidak dilupakan juga, gadis ini gemar benar akan pengembaraan dan sukan lasak sebegini. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, untung benar gadis bernama Adalia ini.

'Boleh tahan laju juga dia!' Sang Merpatika mendengus perlahan tatkala dia menunduk ke bawah dan melihat Dahlia sudah hampir selari dengan pergerakannya sedangkan dirinya tidaklah terbang dengan perlahan. Strategi diubah cuba menguji gadis itu, Sang Merpatika mengibas sayapnya dengan kuat dan terbang dengan lebih laju meninggalkan Dahlia berusaha sendiri mencarinya.

Tidak mahu membazir tenaga berbicara, Dahlia yang perasan Merpatika menambah kelajuannya segera menuruti sama. Tidak akan dia biarkan Merpatika hilang dari pandangan. Akan dia buktikan sehabis baik dia ini bukan calang-calang orang ya!

Sesungguhnya hidup ini tidak usahlah terlalu berusaha keras sekiranya boleh kita menggunakan minda dan akal sihat yang sudah dikurniakan Ilahi. Larian tetap dalam tempo yang sama cuma Dahlia menambah sedikit sahaja halajunya supaya staminanya dapat dikekalkan dan dirinya tidak terlalu mengah. Kemudian, daripada lokasinya itu dapat didengarinya bunyi aliran air mengalir menandakan jarak antara dia dan sungai sudah semakin hampir.

Sang Merpatika sengaja mengumpan Dahlia untuk membuntutinya akan tetapi gadis cerdik itu meninggalkan Sang Merpatika dan terlebih dahulu tiba di sungai kerana dia menggunakan jalan pintas. Mungkin agak sukar untuk membelok secara tiba-tiba tambahan pula lantai hutan berhampiran dengan sungai itu agak licin boleh menyebabkan dia jatuh tergelincir namun Dahlia tetap berwaspada dan tiba di sungai dahulu sebelum Sang Merpatika.

Belum sempat dia mahu meraikan kemenangannya Sang Merpatika bertindak menyerangnya dari kirinya.

"Akan aku buka cerita sambil kita bertarung! Sekiranya kau tewas, jalan cerita akan jadi tergantung!" Tiada penjelasan lanjut terus Merpatika menyerang Dahlia bertubi-tubi. Memang itulah sifat apam seekor itu. Pasti menyerang tiba-tiba tanpa penjelasan lanjut. Namun Dahlia seakan sudah terbiasa, dia segera me gelak dan berwaspada dengan serangan Merpatika yang seterusnya.

"Ouhhh begitu ya permainan kau! Baiklah aku setuju!" Keris di pinggangnya ditarik keluar dengan pantas. Kekuda dibuka. Lariannya tanpa henti dari tadi mempercepatkan pergerakannya.

"Aku mahu kita bertarung dalam air!" Merpatika menjerit kuat. Tanpa asbab dijelaskan, dia mengarahkan wanita itu untuk bertempur bersama di dalam air. Tujuannya adalah untuk menambah perisa dalam latihannya mendidik gadis itu agar lebih mahir dalam ilmu pertarungan.

"Heishh! Banyak songeh! Bila kau mahu buka cerita hah?!" Dengus Dahlia kasar. Tanpa berlengah segera dia terjun ke dalam air sungai jernih dan cetek itu. Air agak deras dan menyukarkan pergerakan namun Dahlia tidak kisah. Dia yakin ini adalah salah satu cara Merpatika mengasah ilmu pertarungannya.

"Sang Jentayu ada beritahu kau tentang saudaranya, Sang Garuda bukan?!" Akibat bunyi kocakan air yang kuat akibat pertarungan sengit dua makhluk itu, masing-masing terpaksa menjerit untuk menukar bicara.

"Iya! Jadi?!" Tidak mahu Dahlia bicara berlebihan. Tenaganya harus digunakan sehabis baik untuk bertarung. Pertarungan haruslah diteruskan hinggalah cerita sebenar dapat dia tahu sepenuhnya. Tidak akan dia mengalah dan Sang Merpatika.

"Jikalau kau mahu tahu sebenarnya mereka merupakan saudara yang amat karib!" Merpatika menghentikan bicaranya sejenak tatkala dia cuba mengaburkan pandangan Dahlia dengan kocakan air mega sebelum dia menyerang gadis itu.

"Jikalau Sang Jentayu membawa unsur air, pada pendapat kau, apa pula unsur yang dibawa Sang Garuda?!" Cubaan Sang Merpatika menyerang tidak berjaya apabila Dahlia turut sama pantas mengelak biarpun pakaiannya sudah habis basah lencun disimbah air.

"Unsur Api!" Teka Dahlia spontan. Selalu kalau ada air mestilah ada api bukan? Itulah yang bermain dia kotak fikirannya tadi. Biarpun diserang dan harus mengelak otaknya tetap dapat berfungsi dengan baik. Target utama Dahlia adalah mengetahui cerita sebenar hingga ke akhirnya maka akan dia usaha semampunya untuk memenuhi cita-citanya itu.

"Iya benar." Merpatika menyahut perlahan. "Kau juga harus ingat mereka membawa unsur ini adalah sebagai amanah Allah untuk mereka membantu umat manusia di kawasan yang telah diamanahkan." Bicara Merpatika terhenti tatkala kakinya ditepis kaki Dahlia hingga menyebabkan dia jatuh terjelopok ke dalam sungai itu. Sungguh Dahlia bukan calang-calang.

"Akan tetapi, Sang Garuda telah terpesong daripada menjalankan amanahnya!" Merpatika bangkit kembali selepas seluruh wajahnya tenggelam di dalam air sungai itu.

"Dia telah berbangga dengan kurniaan Ilahi hingga terlupa menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dengan baik!" Suara laungan Merpatika bergema di seluruh isi hutan. Bengang dibuatnya apabila maruahnya bagai dipijak tatkala dia bertarung dengan gadis yang dianggap hingusan tapi ternyata ada bakat terpendam itu.

"Jadi apa kaitannya dengan nama tasik ini?!" Dahlia pula menyahut. Pergerakannya semakin kurang pantas dan cekap akibat terlalu penat bertarung dalam air itu. Namun dia yakin dengan kebolehan dirinya. Digagahkan jua bersiaga dan bergerak pantas bagi mengetahui jalan cerita sepenuhnya.

"Apabila Sang Jentayu mengetahui akan hal ini, dia kesal dan kecewa dengan tindakan saudaranya itu. Sedaya upaya dia cuba menasihati agar Sang Garuda tidak meninggalkan amanah Allah sebegitu rupa. Namun saudaranya itu tetap berdegil!" Sang Merpatika menyambung sambil cuba mengelilingi Dahlia untuk menyerang dari arah yang tidak disangka gadis itu.

Menyedari pergerakan Dahlia yang semakin kurang cekap dan perlahan, Merpatika mengambil peluang itu untuk meluru menyerang gadis itu dari belakangnya. Namun separuh jalannya tiba-tiba dia terhenti apabila melihat Dahlia yang tiba-tiba jatuh terjelopok ke dalam sungai.

"Dahlia!"

Continue Reading

You'll Also Like

585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
501K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
294K 16.1K 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Acker...