๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 61

867 68 71
By MrHazReyz

     "Tahu takut." Enrique berkata sinis sambil menurunkan pistol. Dia menoleh ke arah Miya, Hezrick dan Zieymo yang baru melangkah masuk.

     "Awak buat apa dekat sini? Dah nak masuk waktu subuh, kan?" Freddy mendapatkan Miya.

     "Saya cuma tolong tunjuk jalan pada Ricky dengan Zieymo," jawab Miya.

     "Dan kita orang sesat beberapa kali, nasib baik tak terjun paya. Aku rasa bini kau mamai lagi. Dia main tunjuk je jalan pakai otak dia yang lembab tu," celah Zieymo bersahaja.

     "Saya bukan mamai, saya cuma confuse dengan jalan depan tu." Miya menjeling Zieymo. Zieymo menjongket kedua-dua belah bahu tanda tidak tahu.

     "Enrique." Hezrick memanggil Enrique dengan nada biasa.

     Enrique tidak memberi sebarang tindak balas selain mata yang tidak lepas daripada merenung Zirul dengan tajam, setajam pedang samurai.

     "Enrique." Hezrick mula mendekati Enrique.

     "Aku rasa nak pergi pukul si bangsat tu sampai lunyai," kata Enrique sambil meluru ke arah Zirul.

     "Lepas tu letak dalam oven, jadi kek!" celah Zieymo bersama senyuman lebar. Senyumannya mati setelah memikirkan sesuatu. Kek?

     "Eh hari ni birthday akulah!" Zieymo yang baru teringat akan hal itu meluru ke pintu utama. Masaklah kena berleter dengan Shira balik nanti.

     Freddy tidak mempedulikan Zieymo, dia bergerak memberi ruang kepada Enrique. Zirul memang layak dihentak cukup-cukup. Jika dia berada di tempat Enrique juga dia akan membelasah Zirul separuh nyawa. Zirul telah melakukan kesilapan besar kerana bertindak tanpa berfikir panjang.

     "Kau yang patut mati, Scilert!" Zirul berundur beberapa langkah.

     "Aku bukan Scilert tunggal. Dekat luar sana berlambak lagi Scilert yang kau maksudkan tapi salah faham kau bukan alasan untuk aku lepaskan kau macam tu je!" pekik Enrique bengang.

     "Enrique!" panggil Lian membuat langkah lelaki itu terhenti. Semua menoleh ke arah Lian kecuali Enrique.

     "Dah masuk waktu subuh, jangan lupa janji awak pada saya, jangan lupa siapa diri awak yang sekarang," sambung Lian dalam nada memujuk.

     Enrique membuka langkah laju, perut Zirul ditendang membuat lelaki itu terdorong ke belakang lalu menghempap anak tangga. Walaupun masih tidak puas membelasah Zirul, Enrique berpaling, pergelangan tangan Lian ditarik ke pintu utama.

     "Argh!" Zirul jatuh tergolek di lantai.

     Freddy, Hezrick, Miya dan lain-lain hanya diam melihat Zirul yang kesakitan. Entah mengapa mereka rasa tendangan Enrique itu tidak cukup untuk dijadikan hukuman. Tetapi apa pula yang telah dijanjikan Enrique kepada Lian?

     "Kau uruskan Zirul. Pastikan dia tak bertindak melulu lagi lepas ni. Tolong bersihkan kumpulan kau daripada pekerja toxic yang tak ikut arahan ketua. Toxic cuma akan mendatangkan bala pada bos macam kita." Hezrick memegang bahu Freddy sekilas sebelum dia juga melangkah keluar dari ruang besar itu.

     Freddy mengangguk kecil. Tapak tangannya dilihat sebelum wajah diangkat memandang anak-anak buahnya yang lebih 20 orang berada di ruang itu melihat kejadian tadi. Kesilapan kecilnya sebagai ketua ini mungkin akan menghancurkan segalanya dalam sekelip mata.

     Banyak lagi perkara yang harus dia belajar daripada Hezrick untuk memimpin sebuah kumpulan mafia seperti The Blackton Drake. Ini adalah tanggungjawabnya yang besar. Freddy memandang Miya, isterinya yang seakan mengerti itu mengangguk kecil.

     "Dengar sini baik-baik, secara rasmi aku, Freddy Mouri, melantik diri aku sebagai ketua dan pengurus The Blackton Drake dari seluruh wilayah, negeri dan negara yang Brad Mouri miliki sepanjang hidup dia. Aku akan pikul tanggungjawab ni dan gugurkan Zirul daripada jawatan yang sekarang." Freddy memberi ucapan itu dengan formal kepada anak-anak buahnya.

     Mata Zirul membulat besar. Adakah dia benar-benar akan dibunuh selepas tamat waktu subuh nanti?

     "Miya akan gantikan tempat Zirul iaitu jadi orang kanan aku dan aku lantik isteri aku sebagai ketua hacker dalam group kita. Geng-geng hacker boleh rujuk pada Miya lepas ni," kata-kata Freddy itu membuat Miya tersenyum gembira. Orang kanan bermakna, Freddy akan membawanya ke mana sahaja lelaki itu pergi. Seronok betul!

     Anak-anak buahnya yang lain mengangguk tanda setuju dan mengerti. Mereka juga sudah bosan bekerja di bawah kawalan Zirul yang tahu hendak membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang lelaki itu anggap sebagai musuh.

     Lebih baik kumpulan mereka diketuai Freddy, sekurang-kurangnya lelaki itu datang daripada kumpulan mafia yang digeruni, juga hormat pada agama Islam. Buktinya, lelaki kejam seperti Enrique sanggup membatalkan niat untuk membunuh kerana telah masuk waktu subuh. Mafia mana lagi yang melakukan perkara seperti ini?

     "Dan Zirul..." Freddy memandang Zirul. Zirul mengangkat muka menunggu ayat seterusnya.

*****

     Saiymon yang baru lepas mengangkat dumbell itu membuat keputusan untuk berehat di kerusi berdekatan. Peluh di dahi dan lehernya dilap menggunakan kain. Samuel menghempas dumbell itu ke atas lantai.

     "Cuidado con tu pierna." (Jaga-jaga dengan kaki kau.) Saiymon bersuara. Wajah bengang Samuel kelihatan kemerah-merahan mungkin kerana bercampur kepenatan bermain gym.

     "Realmente no lo entiendo, deberíamos separarlos o unirlos? Por qué son difíciles de morir?" (Aku betul-betul tak faham, kita patut pisahkan mereka atau satukan mereka? Kenapa budak-budak tu liat sangat nak mampus?) soal Samuel bengang.

     "Chill bro, this is not the end," kata Saiymon sinis.

     "I'm just worried about Enrique's wife." Samuel menoleh ke arah Saiymon yang hanya tenang sejak tadi.

     Lelaki itu tidak perasankah kebolehan yang dimiliki Lian dalam waktu singkat ini? Dia pasti Enrique akan menambah lagi kemahiran Lian dengan cara tersendiri. Semua itu akan membuat kedudukan Saiymon dan Samuel terancam. Kerja mereka juga akan menjadi susah kerana terpaksa berdepan dengan dua orang 'Enrique'.

*****

     Enrique menendang kasar tombol pintu bilik vvip yang menempatkan Herith sehingga tercabut tombol itu. Sepasang mata Lian membulat besar melihat tombol yang tergolek di atas lantai. Wajah Enrique dipandang, apakah?

     "Apa? Kan tangan aku tengah penuh ni, nak bukak macam mana lagi?" soal Enrique yang sedang memegang sebuah kotak besar.

     "Awak boleh mintak tolong saya, kan?" marah Lian.

     "Marahlah marah, tidur luar malam ni." Enrique terus masuk ke dalam bilik itu.

     "Hesy ugut saya pulak! Macamlah awak tu jenis yang tidur malam." Lian membontoti langkah Enrique.

     "Bangun-bangun, dah tengahari ni. Kau fikir hospital ni bapak kau punya ke? Bangun lepas tu pergi cuci tandas dekat luar sana. Nak sihat cepat kena buat kerja lebih." Enrique membebel sambil meletakkan kotak itu ke atas lantai.

     Herith mencelik mata perlahan-lahan. Mulutnya yang menguap ditutup menggunakan tapak tangan. Tubuhnya terasa sedikit segar daripada semalam namun dia masih mengantuk. Posisi baringnya ditukar mengiring ke sebelah kanan. Kehadiran Enrique diendahkan. Lantak kaulah nak buat apa pun.

     "Macam mana tidur dalam hospital? Seronok? Kena kacau dengan hantu, tak?" soal Enrique bersama senyuman kecil. Punggung Herith ditampar geram.

     Pak! Pak!

     "Sakitlah!" marah Herith.

     "Kerasnya bontot kau ni, macam tak ada isi." Tangan Enrique seronok meramas sebelah punggung Herith.

     "Hey! Tak senonoh betul!" Lian menampar belakang bahu Enrique yang mula tertawa melihat sepasang mata Herith semakin mengecil memandangnya.

     "Alah dia tak marah pun, asal kau nak marah? Jealous ek? Tak apa nanti..." Ayat Enrique tidak dapat dihabiskan oleh kerana tapak tangan Lian yang menekup mulutnya.

     "Hai Herith, awak okey hari ni?" soal Lian yang sengaja menukar topik.

     Baru saja Herith hendak menjawab, sekali lagi Enrique yang masih tidak berpuas hati itu bersuara.

     "Asal dengan dia je kau cakap elok-elok. Bila dengan aku kau kasar macam aku ni dah dera kau setiap hari pulak. Nak jadi isteri derhaka ke?" soal Enrique sambil memandang Lian.

     "Okey sorry... Tapi saya tak layan awak kasar pun, kan?" soal Lian.

     "Iya ek? Entah." Enrique mengjongket kedua-dua belah bahunya.

     "Buat cerita je tahu," omel Lian geram sambil membuka kotak yang dibawa mereka.

     "Kalau aku tak buat cerita, kau tu tak wujud tahu tak?"

     "Merepek, macamlah saya boleh wujud dalam cerita awak je..." Lian meletakkan beberapa jenis makanan dan minuman di atas meja sisi katil Herith.

     "Apa maksud kau ni? Tak suka jadi isteri aku? Teringin nak jadi heroin dalam cerita lain?" Enrique mula bangun dari duduknya.

     "Err..." Lidah Lian terkelu. Apa yang lelaki itu merepek?

     "Boleh tak bergaduh dekat lain? Tak nampak ke aku tengah sakit ni?" soal Herith yang sejak tadi mendengar pertelingkahan pasangan itu.

     "Sakit dekat mana?" Enrique mengangkat kedua-dua belah keningnya. Sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu.

     "Entah." Herith kembali mengiring ke kanan membelakangi Enrique.

     "Jawablah. Aku yang selamatkan kau semalam. Mana ucapan terima kasih kau?" Enrique bangun kemudian menyentuh bahu Herith sebelum bahu itu dicengkam kuat membuat Herith mengerang kesakitan.

     "Auww! Sakitlah gila! Kalau kau tak ikhlas, kenapa kau tak tinggal je aku??" soal Herith geram.

     "Buat bijak pulak, aku ikhlaslah! Sampai hati ek cakap aku tak ikhlas, aku hampir menangis panjat escalator dari tingkat bawah, tahu tak??"

     "Macam tipu je." Herith menjeling lelaki itu bersama riak menyampah.

     "Memang tipu pun." Enrique bersandar pada penyandar kerusi.

     Herith mencebik sambil turun dari katil.

     "Nak pergi mana?" soal Enrique.

     "Tandas, kenapa? Nak ikut?" Herith melangkah ke tandas.

     "Boleh jugak." Enrique tersenyum jahat.

     Lian yang sedang mengunyah makanan itu mengerutkan dahi melihat Enrique yang benar-benar mengekori Herith ke tandas. Tidak lama kemudian, dia terdengar Herith menjerit. Tidak lain tidak bukan, pasti lelaki itu diusik Enrique. Pelik-pelik betul perangai.

*****

     Zirul termenung sendiri di dalam sel tahanannya. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Freddy tidak patut melayannya begini...

     "Dan Zirul tetap akan jadi orang penting dalam The Blackton Drake cuma dia perlukan pengesahan aku setiap tindakan dia lepas ni. Maklumat yang Zirul dapat sebelum ni cuma salah faham, tolong jadikan pengajaran dan pengalaman baru," kata Freddy tenang sambil memandang Zirul yang mula berdiri.

     "Kau tak patut layan aku macam ni Fred." Zirul berkata lemah bersama gelengan kecil.

     "Aku cakap dengan kau, aku dengan Enrique adalah dua manusia berbeza. Aku tak suka berdendam tapi perangai Enrique memang jenis berdendam. Kalau kita terus cabar manusia macam tu, agak-agak apa yang Blackton Drake akan dapat?" soal Freddy sambil menghampiri Zirul. Bahu kanan Zirul dipegang. Zirul hanya diam memandang Freddy.

     "Kita semua mati. Ricky takkan duduk diam. Keluarga aku akan musnah disebabkan dendam ni sedangkan dari dulu mereka harapkan keamanan bukannya permusuhan." Freddy menggeleng kecil.

     "Aku harap kau faham," kata Freddy sebelum dia melangkah keluar bersama Miya.

     Sepasang mata Zirul berair teringatkan hal itu. Sungguh tidak sangka masih ada manusia seperti Freddy di dalam dunia gelap ini. Dia fikir semua mafia berhati kering dan hanya akan membunuh dan berperang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

     Dia malu untuk berhadapan dengan keluarga The Demonio Dentro, lebih-lebih lagi Enrique dan gadis yang telah diculik dan hampir dibunuhnya akibat salah faham selama ini. Berkali-kali dia mengingkari arahan Freddy sehingga menimbulkan masalah namun Freddy langsung tiada niat untuk menggugurkan namanya. Dia tidak akan mensia-siakan peluang yang Freddy berikan pada kali ini.

*****

     Asniya termenung sendiri di tepi sebuah tasik berdekatan dengan rumah tumpangan yang sudah menjadi tempat tinggalnya selama beberapa hari itu. Dia tidak mampu bertindak apa-apa buat masa ini oleh kerana keluarga mafia itu telah sasar untuk membunuhnya. Hidupnya kini jauh lebih susah setelah sebulan syarikat Azmir muflis.

     Ayahnya mempunyai hutang yang banyak perlu dilangsaikan sehingga perlu menyerahkan segala harta yang dimiliki lelaki tua itu. Dia dan Azmir harus menghadapi kesusahan ini sedangkan Miya hidup selesa bersama keluarga kaya itu!

     "Kau penipu! Pembelot!" jerit Asniya. Rambutnya diramas geram. Dia rasa hidup ini tidak adil, langsung tidak adil!

     "Kenapa bukan aku yang dipilih untuk hidup dalam keluarga kaya tu? Kenapa mereka mesti pilih kau Miya? Aku yang sepatutnya hidup selesa macam tu, bukan kau!" Asniya melepaskan rasa kecewa dan dendam yang semakin menebal di dalam dirinya. Teringat saat kali pertama saat mereka mengenali keluarga mafia itu.

     "Kau tengok apa? Maklumat yang aku suruh cari dah settle?" soal Asniya sambil melabuhkan punggung di sebelah Miya dalam sebuah bilik. Profil seorang lelaki yang direnung Miya dibaca dengan sepasang mata yang semakin membulat besar.

     "Dia ni mesti orang kaya kan?" Asniya tersenyum teruja.

     "Saya suka dia." Miya menyembunyikan senyuman.

     "Beranganlah kau! Mati hidup balik pun kau takkan dapat bersama lelaki handsome macam tu. Lainlah aku ni, cantik seksi bergaya dan yang paling penting, tak selekeh macam kau!" Asniya menghina Miya yang masih merenung gambar lelaki bernama Freddy Mouri itu.

     "Yang bawah tu siapa pulak? Macam sesuai je dengan aku." Asniya merampas tetikus di tangan Miya kemudian terus membelek profil lelaki di bawah.

     "Mungkin keluarga dia, bukan calang-calang orang tu," jawab Miya lembut.

     "Kalau dua orang ni adik-beradik, kau buatlah plan untuk kita masuk dalam keluarga tu. Kita pikat lelaki-lelaki ni dan kikis harta dia orang sampai habis. Mati pun senang kalau dapat kahwin dengan jutawan ni."

     "Saya tak nak harta mereka. Impian saya cuma nak kahwin dengan Freddy dan saya dah ada plan." Miya tersenyum kecil memandang Asniya.

     "Aku ikut, asalkan aku dapat bersama Enrique dan semua harta kekayaan dia. Ish tak sabarnya nak kikis harta lelaki tu!" Asniya menjerit gembira.

     Asniya yang masih duduk di tepi tasik itu menghela nafas. Satu sen pun dia tidak dapat. Wang tiga ratus ribu yang diterima Azmir daripada Freddy pada setiap bulan masih tidak cukup untuk menampung hutang yang masih dalam angka bilion itu. Puas dia memujuk Azmir agar meminta Freddy melangsaikan semua hutang yang ada namun lelaki tua itu sudah cukup malu untuk meminta lebih.

     "Disebabkan kau, aku dengan ayah perlu hidup susah macam ni. Kalau aku jumpa kau Miya, aku tikam perut kau sampai terburai!" katanya dengan penuh dendam.

     "Excuse me?" tegur seorang lelaki secara tiba-tiba.

     Dahi Asniya berkerut melihat kembar seiras yang berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. Entah mengapa dia melihat kembar itu juga seiras wajah Enrique. Mungkin kini dia pula yang sudah mula gila seperti arwah ibu dan Miya.

     "Tandas awam dekat mana?" soal lelaki yang menegur tadi.

     "Err... tu..." Asniya menunding ke arah tandas awam berdekatan.

     "Mana? I'm not seeing anything." Salah seorang daripada mereka menghampiri Asniya.

     Asniya yang sentiasa berfikiran negatif itu pantas mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluar. Ke mana-mana sahaja dia membawa pisau itu sebagai persediaan bagi menghadapi situasi seperti ini.

     "Stay back! Aku ada pisau!" ugut Asniya.

     Saiymon tertawa kecil manakala Samuel tersenyum sinis melihat wajah pucat Asniya.

     "Aku pun ada pisau." Saiymon menunjuk pisau lipat miliknya pula.

     "For you and Azmir," sambung Samuel tanpa nada.

     Asniya menggeleng ketakutan. Dia yang ingin melarikan diri itu ditahan Saiymon sebelum perutnya ditikam tanpa sempat dia bertindak. Nafasnya tersekat di kerongkong. Mulut terlopong menahan kesakitan di perut sebelum dia jatuh di atas rumput.

     "Pity you." Saiymon tersenyum sinis. Samuel di sebelah tidak menayangkan sebarang riak.


Selamat pagi readers <3 

Have a nice day!

Continue Reading

You'll Also Like

6K 916 1
Coming soon
6.2M 188K 76
"Awak, saya nak balik.." rengek Sophia. Adam tersenyum sinis. "No. Kau akan tinggal sini. Selama-lamanya," sejurus itu pintu bilik di hempas kuat la...
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
643K 36.3K 108
Seorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya d...