๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.5K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 59

759 77 66
By MrHazReyz

     TUBUH Lian diletakkan ke atas tilam nipis dalam sebuah bilik. Gadis itu masih pengsan dalam keadaan tangan dan kaki yang terikat kemas. Seorang daripada lelaki itu mendekati Lian, dia bercangkung di hadapan gadis itu. Pipi gebu Lian diusap bersama senyuman jahat. Lian sangat menarik perhatiannya.

     "Jangan sentuh tahanan." Lelaki tinggi lampai yang berdiri di muka pintu mula bersuara.

     "Kau relaks je, bos takkan tahu kalau kau tak bagitahu," jawab lelaki berbadan tegap yang bernama Izmer itu.

     "Aku tak risaukan bos kau, aku cuma risaukan bos aku. Dia akan hukum Zirul dengan teruk kalau dia tahu pasal ni." Lelaki tinggi yang bernama Jayrel itu mendekati Izmer.

     "Zirul bos kita, dia yang jaga kita selama ni. Kenapa kau tetap nak tunduk pada Fred? Lelaki sial tu macam tak ada guna untuk The Blackton Drake. Zirul yang banyak bertindak untuk perangkap musuh kita." Izmer membuka ikatan pada kaki Lian.

     "Aku nak rasa perempuan ni. Kalau kau tak nak, kau blah." Izmer membetulkan tubuh Lian.

     "No! Jangan cuba cari pasal dengan Enrique, kau tak kenal dia siapa!" Jayrel menarik bahu Izmer menjauhi Lian.

     "Apa yang kau nak risaukan sangat ni?! Enrique akan mati tak lama lagi! Budak-budak kita akan bunuh dia, kau sabar je!" Izmer menepis tangan Jayrel.

     "Tugas kau cuma culik perempuan ni, bukan sentuh dia. Biarkan dia dekat sini, kita sambung kerja." Jayrel berlalu ke pintu.

     "Sebab nilah Zirul tak letak kau satu group dengan aku. Rugi kalau aku tinggal isteri cantik ketua mafia macam ni je," kata Izmer sambil memandang Lian yang tidak sedarkan diri.

     Kakinya kembali diaturkan menghampiri Lian. Jayrel yang melihat itu mula mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia cuma tidak mahu Izmer ditimpa masalah lain kerana merogol isteri kepada mafia itu.

     Enrique sangat terkenal dalam dunia gelap, banyak khabar angin perbuatan kejam Enrique selepas mereka menyelidik tentang lelaki itu sehingga membuat dia tidak percaya Zirul, Freddy atau sesiapa mampu menjatuhkan Enrique dengan begitu sahaja.

     "Kau sentuh dia, aku call Fred." Jayrel mengangkat tinggi telefon bimbitnya.

     "Macam mana kau boleh ada nombor sial tu?" Izmer mengerutkan dahi.

     "Ada apa?" soal satu suara di muka pintu. Jayrel dan Izmer berdiri tegak menghadap ketua mereka.

     "Tak ada apa bos." Izmer menjawab laju.

     "Cantik perempuan ni tapi malang sebab jadi isteri kepada penjenayah." Zirul tersenyum sinis melihat Lian.

     "Sediakan tempat dan kamera yang sesuai untuk aku pancung kepala perempuan ni. Aku nak bagi bukti pada Scilert dan biar dia sedar bukan dia seorang yang berkuasa dalam dunia mafia ni." Zirul memandang Izmer dan Jayrel bersama riak biasa sebelum dia melangkah keluar.

     "Disebabkan kau, masa free aku sekarang jadi tak free. Jomlah buat kerja. Mana tahu kejap lagi Zirul bagi try sebelum dia bunuh." Izmer keluar terlebih dahulu. Jayrel memandang Lian lama sebelum dia juga melangkah keluar.

*****

     Herith tersedar dari lena yang panjang. Kepalanya yang terasa sakit dipegang. Jarum pada belakang tapak tangannya dicabut sebelum dia turun dari katil hospital itu. Dengan jalan yang lemah longlai dan tidak stabil, dia melangkah ke pintu. Dia perlu bertemu Hezrick untuk memaklumkan sesuatu yang penting.

     Wajahnya yang pucat lesi jelas menunjukkan dia masih belum bersedia untuk keluar dari bilik rawatan vvip itu. Langkahnya terhenti akibat denyutan kepala yang menyucuk secara tiba-tiba. Tangan berpaut pada palang di dinding hospital.

     "Argh!" Herith yang berbaju hospital itu jatuh terduduk di atas lantai sambil memegang kepala.

     "Herith!" Mikayla dan Shira yang melihat Herith bergegas mendapatkan lelaki itu.

     "Herith, badan awak masih lemah." Mikayla mengarahkan nurse lelaki yang menghampiri mereka bersama kerusi roda itu membantu Herith.

     Herith perlahan-lahan duduk di atas kerusi roda dengan mata yang terpejam, berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan. Mikayla dan Shira hanya melihat dengan risau. Belakang tapak tangan Herith kembali dicucuk jarum air.

     "Thank you," ucap Shira dan Mikayla serentak pada nurse lelaki itu. Lelaki itu menunduk bersama senyuman sebelum melangkah keluar.

     "Mana Ricky?" soal Herith lemah.

     "Dia on the way. Awak kena banyak rehat, musuh ada cucuk something dalam badan awak sampai buat awak jadi macam ni. Nasib baik Enrique cepat selamatkan awak." Mikayla dan Shira mengambil tempat di kerusi sebelah katil.

     "Dia orang memang kurang ajar. Pengecut je yang buat serang hendap macam ni. Security Enrique semua dah tak boleh pakai." Shira membebel geram.

     "Semua selamat, kan?" soal Herith perlahan.

     "Dia orang dah ambik Lian," jawab Mikayla.

     Herith menghela nafas dengan mata terpejam.

     Dia melihat bangunan-bangunan pencakar langit dari bilik pejabatnya yang terletak di tingkat teratas. Indah sungguh pemandangan namun agak silau akibat sinaran cahaya matahari pada petang itu. Tiba-tiba dia terasa ingin ke tandas.

     Keluar saja dari tandas, rambut dirapikan di hadapan cermin. Dia senyum lebar untuk melihat tulang pipinya yang timbul. Setakat ini, dia merasakan senyumannya paling comel di antara lelaki lain.

     "Handsomenyalah kau ni," puji Herith sambil membelek dagu serta jawline.

     Setelah puas memuji diri sendiri di hadapan cermin, dia melangkah keluar dari tandas dan terus menuju ke telefon bimbitnya di atas meja kopi. Tiba-tiba dia merasakan lehernya dicucuk sesuatu. Tangan itu dipegang kemudian dikilas ke belakang.

     "Kau cucuk apa?" soal Herith yang mula terasa pening.

     "You will die." Lelaki yang memakai pelitup muka berwarna hitam itu berkata tanpa nada.

     Baru saja Herith hendak menendang lelaki itu, tubuhnya jatuh lemah di atas lantai. Dia mengerang kesakitan sambil memegang kepala yang sakit. Dia kenal sepasang mata bewarna biru dan juga suara itu.

     Herith dapat merasakan tubuhnya diangkat kemudian diletakkkan ke atas sofa. Dia yang separuh sedar itu tahu musuh ingin menampakkan dia sedang tidur di dalam pejabat. Tubuh lelaki yang berlalu keluar itu hanya mampu dipandang lemah sebelum pandangannya gelap.

     "Herith." Hezrick menyentuh dahi Herith.

     Herith mencelik mata. Wajah abangnya dipandang lama dengan mata yang mula berubah merah. Matanya berkaca-kaca memandang Hezrick. Ini kali pertama dia gagal selama bertahun-tahun dia berada di bawah Hezrick. Dia tidak biasa merasakan sesuatu yang teruk seperti ini.

     "Bawak Shira keluar kejap." Hezrick memandang Mikayla. Isterinya hanya mengangguk faham.

     "Jangan salahkan diri sendiri." Hezrick menggeleng kecil.

     "Lian hilang sebab aku. Mesti Enrique tengah marahkan aku sekarang. Macam mana kalau dia dah tak nak berkawan dengan aku?" Herith menyoal lemah.

     "Dia yang tinggalkan Lian dekat situ tanpa pengawasan..."

     "Tapi dia terpaksa tinggal Lian untuk selamatkan aku! Aku rasa bersalah dengan semua ni."

     "Tenang okey? Kau hidup lagi. Musuh cucuk dadah yang kuat dalam badan kau, nasib baik badan kau pun kuat dan Enrique cepat bertindak," terang Firaz yang juga berdiri di sisi katil.

     "Musuh kita bukan sembarangan orang. Kalau dia boleh pecah masuk syarikat Enrique dengan mudah, dia jugak akan ceroboh sistem security Enrique tanpa sebarang halangan pun." Herith menjelaskan tentang apa yang dia faham dengan situasi itu.

     "Maksud kau, semua ni kerja orang dalam?" soal Hezrick.

     "Aku tak boleh nak jawab sebab aku sendiri tak pasti. Apa yang aku tahu, luar dengan dalam terlibat." Herith menjawab lemah.

     "Betullah kalau kau cakap tak pasti. Kalau kita tersilap langkah dengan keyakinan kita, boleh hancur semua. Lagipun, keluaran bom masa jenis C4 dah lama dihentikan, aku kaji serpihan bom tu tadi, nampak macam buatan sendiri." Firaz memandang Herith dan Hezrick bersilih ganti.

     "Siapa lagi yang boleh cipta senjata macam tu selain Enrique dan Zieymo?" Hezrick mengerutkan dahi memikirkan sesuatu.

     "Kembar Scilert." Herith menjawab perlahan.

     "Kau jangan cakap yang..." Ayat Firaz dipotong Herith.

     "Kembar Scilert ada kaitan dengan letupan tu dan beberapa lagi serangan termasuk pembunuhan mak ayah Kayla." Herith memandang Hezrick yang kelihatan terkejut itu.

     "Kenapa kau tak cakap awal-awal? Aku sendiri pun cari pembunuh tu tapi langsung tak ada kesan. Tak sangka kita dah jumpa pembunuh sebenar sebelum ni," kata Hezrick.

     "Masa tu aku tak pasti tapi bila aku tahu dia cucuk dadah dalam badan aku, aku yakin tu Samuel. Aku cam mata dengan suara dia," jawab Herith.

     "Benda ni dah makin rumit. Aku tak tahu Enrique boleh handle seorang atau dia akan mintak tolong kita." Firaz mula melabuhkan punggungnya. Baru sekarang dia terasa penat berdiri begitu.

     "Kita kena tolong dia, dia dalam bahaya." Herith memegang lengan Hezrick.

     "Buat masa sekarang, kau rehat dulu. Aku dengan Fred akan tolong Enrique cari Lian. Jangan fikirkan sangat, kepala kau tak okey lagi. Kalau kau gila nanti siapa nak jaga kau?" soal Hezrick lembut.

     "Kaulah jaga, kaukan abang aku."

     "Jaga binatang pun payah nak mampus apatah lagi orang gila. Malas aku. Aku hantar kau balik Sepanyol, duduklah dengan mummy daddy dekat sana, nak?" Hezrick mengangkat kedua belah keningnya.

     "Aku tak nak berpisah dengan kau. Mummy daddy selalu layan aku macam budak kecik, hilanglah macho nanti sebab terlalu manja..." Herith menjebik bibir.

     "Eleh sekarang pun manja, cakap sikit habis air mata keluar," kata Firaz dengan nada menganjing.

     "Mana ada aku menangis," nafi Herith sambil menggosok matanya yang masih berair.

     "Tak nak mengaku lagi," kata Firaz bersama senyuman kecil.

     "Tak menangis pun. Ni peluh, bukan air mata." Herith menyambut huluran tisu dari abangnya.

     "Ingat sikit, aku ni doktor bertaraf professor. Tahap IQ aku lagi tinggi daripada professor lain. Tak pernah lagi aku dengar peluh keluar dari mata." Firaz menjawab bersama senyuman kecil.

     "Dah dah tak payah nak bergaduh dekat sini. Esok lusa kalau kau rasa okey, kau boleh ikut aku jalankan misi. Makan coklat banyak-banyak sampai sihat. Perempuan-perempuan dekat luar tu boleh jaga kau masa aku tak ada." Hezrick menggosok kepala Herith sebelum dia melangkah keluar bersama Firaz.

     "Perempuan?" soal Herith sendiri. Tiba-tiba pintu bilik itu ditolak dari luar.

     "Uncle Herith!" Yalina berlari anak ke arah Herith. Hezrif juga tersenyum teruja, terkedek-kedek berjalan menghampiri katil.

     Mikayla, Shira dan Ferliy juga melangkah masuk bersama beg kertas di tangan masing-masing.

     "Ni semua untuk awak. Awakkan obses dengan coklat, jadi saya dah beli macam-macam jenis makanan bercoklat. Tengoklah, comfirm terus sihat." Mikayla meletakkan dua buah beg kertas ke katil.

     "Saya beli banyak ayam goreng, tapi kesian orang sakit tu tak boleh makan ayam. Rugi-rugi..." Ferliy menggeleng kecil sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah katil.

     "Mana ada pantang makanan, orang baru lepas sunat pun boleh makan ayam. Awak pulak bawak apa Shira?" Herith memandang Shira.

     "Saya bawak kek, hari ni birthday Zieymo tapi entahlah ke mana jantan tu pergi dari pagi tak balik-balik. Awak makan jelah kek dia ni, perisa coklat jugak." Shira meletakkan beg kertas itu ke atas meja sisi katil.

     "Banyaknya makanan. Gemuklah saya hari ni. Kalau tak handsome nanti, siapalah nak dekat saya?" Herith menepuk-nepuk perutnya yang terasa lapar.

     "Orang sakit tak boleh cakap banyak, baik awak mula makan sekarang. Keluarga kita dah huru-hara ni. Ramai betul yang tengah cari Enrique sekarang." Ferliy membebel sebelum dia mula membuka beg kertas yang dibawa.




Hai! Maaf sebab lambat update. Haih Author sibuk betul beberapa hari ni. Apa-apa pun, terima kasih sebab masih menunggu update!

Selamat malam readers <3

Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 159 11
Aleshya Rose, sebut sahaja namanya, pasti warga di kelab tahu dan kenal orangnya. Memiliki wajah yang cantik bak bidadari, badan yang menjadi igauan...
260K 11.2K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | ๐ŸšซCRINGE ALERT๐Ÿšซ Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
530K 20.1K 28
Sebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Ti...
5.5K 887 1
Coming soon