๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

98.7K 7.3K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 58

811 69 67
By MrHazReyz

     SENYUMAN Miya dipandang tanpa jemu. Kini mereka berada di ruang menunggu dalam hospital bahagian psikatri. Tangan kanan Miya digenggam erat. Miya yang sejak tadi tersenyum juga membalas renungan Freddy. Terkelip-kelip matanya melihat Freddy yang kelihatan mengelamun itu.

     "Sepatutnya saya yang nervous, bukan awak." Miya menggeleng kecil.

     "Nak nervous buat apa kalau dah sihat, hm?" soal Freddy cukup lembut.

     "Awak tu yang sibuk suruh saya periksa kesihatan mental saya, saya ikut jelah. Saya pun risau, dahlah tengah mengandung sekarang."

     "Jangan stress, tu je kuncinya. Saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya cuma nak pastikan sesuatu." Freddy menyelit rambut hadapan Miya ke belakang telinga.

     "Nak pastikan apa?" soal Miya.

     "Fred," panggil Firaz dari sebuah bilik. Lelaki itu memberi isyarat menyuruh Freddy dan Miya masuk.

     "Biar aku terangkan result yang aku dapat. Okey dia macam ni, Miya memang dah hilang separuh daripada ingatan dia. Dah lama, mungkin sejak lima atau enam tahun lepas. Apa yang dia ingat sekarang adalah random things."

     "Tapi kau tak perlu risau, benda ni tak bahaya pun. Cuma kau kena tahu, perasaan trauma dan takut yang melampau akan bagi tindak balas pada pemikiran sampai ada yang boleh hilang macam tu je. Miya dah sihat sekarang, jadinya masalah ni takkan jejaskan masa depan dia kecuali..."

     "Kecuali?" Freddy menunggu penerangan seterusnya.

     "Kecuali kalau kawalan mental dia mula hilang macam dulu. Sebab ni kes genetik jadinya, dia akan berulang-ulang mengikut keadaan. Apa yang aku boleh cakap, dia perlukan sokongan kau untuk terus sihat." Firaz mengangguk kecil.

     "Aku nak tahu kebiasaan kes macam ni, apa yang dia akan lupa?" soal Freddy.

     "Paling banyak sekarang, lupa akan ketakutan. Mungkin itu yang membuatkan Miya boleh sihat?" Firaz menoleh ke arah Miya sekilas.

     "Tapi saya tak pernah lupa apa yang Asniya atau ayah buat pada saya. Saya pun tak lupa yang saya pernah jadi penagih dadah..." Miya menggeleng laju.

     "Itulah yang dinamakan random things. Aku pun tak boleh cakap sangat sebab setiap manusia berbeza. Setiap hari ada je rekod baru masuk. It's okey, teruskan macam sekarang demi kandungan kau." Firaz tersenyum kecil.

     Miya hanya mengangguk kecil. Sisi wajah Freddy dipandang. Lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Adakah Freddy ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perkara ini kerana mempunyai kaitan dengan kembar seiras yang bergaduh dengan Enrique beberapa hari lepas?

     "Hello," sapa satu suara yang dikenali mereka di pintu.

     "Oh sorry, lupa abang ada patient." Ferliy tetap memasuki bilik pejabat itu.

     "Kan abang dah cakap jangan ganggu waktu abang ada patient. Kenapa degil sangat ni?" soal Firaz kegeraman sambil melihat Ferliy yang sedang mengambil tempat di sofa dengan riak biasa.

     "Fred tu kan abang Ferliy, Miya pulak kakak ipar Ferliy. Apa salahnya kalau Ferliy masuk? Kau orang bincang pasal apa ni? Ada target baru ke?" Perlahan saja nada suara Ferliy bertanya soalan akhir itu.

     "Target apanya? Sini hospital, orang sakit je datang. Dear tak sakit, boleh pergi balik rumah," jawab Firaz.

     "Entahlah, Ferliy rasa tak sedap hati tengok patient perempuan seksi dekat depan tu. Dah banyak kali Ferliy perasan dia datang sini jumpa abang, dia ada goda abang ke?" Ferliy bangun dari duduknya kemudian mendekati Firaz.

     "Tak habis-habis dengan cemburu dia," omel Freddy.

     "Mestilah! Suami Ferliy seorang doktor yang handsome, handsome sangat! Lagi handsome daripada Fred." Ferliy menayangkan riak menyampah.

     Miya tergelak kecil. Boleh tahan lantang adik iparnya bila bersuara. Ada saja hal yang hendak digaduhkan dengan Freddy.

     "Kau layanlah bini kau yang mengada-ngada sangat ni. Aku balik dulu. Thank you for the information." Freddy menarik lengan Miya beredar dari situ.

     Firaz hanya tersenyum sebelum wajah Ferliy dipandang. Semakin mengecil sepasang mata biru itu memandangnya dengan riak curiga. Haish apa sajalah budak seorang ni.

     "Suruh dia tukar doktor sekarang, Ferliy tak suka abang rawat dia. Macam mana kalau abang terjatuh hati pada dia nanti? Dahlah seksi, Ferliy pun boleh je nak pakai seksi macam dia."

     Ferliy melabuhkan punggungnya ke atas riba Firaz. Bajunya ditarik-tarik ke atas bagi menampakkan perutnya yang kempis seperti seorang model luar negara itu. Terasa tubuhnya dipeluk erat oleh Firaz. Tangan Firaz menutup kembali perut Ferliy yang terdedah itu.

     "Nanti abang pas rekod dia pada doktor lain. Tak perlulah nak tunjuk body dear pada orang. Biar abang je tengok."

     "Maknanya sebelum ni abang suka tengok perempuan seksi macam tu?" Ferliy mengangkat wajah memandang Firaz yang mula tertawa kecil.

     "Siapa je tak suka, kan?" Firaz tersenyum nakal membuat Ferliy semakin geram.

     "Okey, balik ni saya pakai bikini je dalam rumah." Ferliy menjeling suaminya.

     "Hey no! Mengarut je, habis orang lain tengok nanti. Okey okey maafkan abang, dear... Tak ada yang mampu tarik perhatian abang macam yang dear buat." Firaz kembali memeluk tubuh Ferliy. Dahi gadis itu dicium lama membuat Ferliy tersenyum lebar.

*****

     Lian yang sedang menunggu mesin kopi selesai itu termenung memikirkan tentang segala yang telah berlaku. Mungkin dia gemar menjadi seorang hacker atau pemberi maklumat kepada Enrique namun untuk menjadi pembunuh pula adalah sesuatu yang terang salah.

     Suaminya selalu mengingatkan tentang Asniya, apa agaknya yang harus dia lakukan pada gadis itu selain membunuh? Tetapi Asniya sudah tidak mengganggu mereka semenjak kegagalan Zieymo tempoh hari. Rasa kesian pula pada gadis itu.

     Terkadang dia terasa seperti dia mampu menarik Enrique sekali ke arah yang lebih baik namun setakat ini, niatnya perlu dikuburkan oleh kerana janji yang termeterai antara mereka berdua. Janji itu akan mengubah hidup mereka yang berada dalam dunia gelap ini. Sehingga kini, dia yakin Enrique akan mengkotakan janji tersebut.

     Secawan kopi diletakkan ke atas meja tempat Enrique. Belakang tubuh tegap suaminya yang masih sibuk dengan mesin itu direnung.

     "Saya mengharapkan yang terbaik untuk awak dan keluarga kita. Semoga awak berjaya selamatkan kita semua daripada dunia ini dan kecapi impian awak, Enrique," kata hati kecilnya.

     "Lian!" Laungan Enrique yang memanggilnya terus membuat Lian menghampiri lelaki itu bersama ipad di tangan.

     "Ya awak?"

     "Catat, 10 000 stok baru akan siap dalam masa dua hari lagi. 30 000 unit terjual dan tolong kesan Herith untuk aku." Enrique kembali memeriksa mesin-mesin yang berfungsi itu.

     Lian mengangguk sambil menekan-nekan skrin ipad. Code miliknya dimasukkan, terus terpapar pelbagai jenis fail rakaman kamera litar tertutup yang merekodkan kegiatan Herith pada hari ini. Nampaknya, lelaki itu tertidur di dalam bilik office.

     "Membuta lagi," kata Enrique yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya.

     "Jom kita gegarkan bilik tu." Enrique menarik lengan Lian menuju ke pintu keluar. Langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi alarm kecemasan. Apa yang sedang terjadi? Telefon bimbitnya yang berdering terus dijawab.

     "Keluar dari bangunan tu, now!" Suara Ejad yang menjerit kedengaran.

     "Kau nak prank apa pulak kali ni? Datang office sekarang, tahu nak bermain je." Enrique membebel kepada Ejad.

     "Keluar sekarang! Dalam bangunan tu ada bom masa jenis C4!" jerit Ejad.

     "Oh shit!" Enrique menyimpan telefon bimbitnya sambil menarik lengan Lian. Tidak mungkin Ejad nak buat main soal bom bodoh itu.

     "Kenapa awak?" soal Lian kehairanan.

     Enrique tidak menjawab malah terus membawa Lian ke tapak tempat letak kereta. Pekerja mereka yang telah menerima info tadi mula lari bertempiaran keluar dari bangunan itu. Semakin ramai yang tiba di tapak tempat letak kereta sambil melihat bangunan besar itu.

     "Kejap lagi aku datang balik." Enrique mencium dahi Lian sekilas. Baru saja hendak melangkah pergi, terasa lengannya ditarik Lian.

     "Tapi kenapa semua keluar? Apa yang jadi?" Lian melihat sekeliling, ramai pekerja mereka di situ.

     "Ada bom dekat dalam tapi Ejad tak dapat kesan tempat bom tu dilekatkan. Aku kena kejutkan Herith."

     "Awak janji akan datang balik?" Sepasang mata Lian berkaca-kaca memandang Enrique. Dia rasa tidak sedap hati melihat bangunan yang terselit bom itu.

     "Ya sayang, aku janji." Enrique memegang bahu Lian sebelum dia berlari anak menuju ke pintu utama syarikat.

     Lian hanya mampu merenung belakang tubuh suaminya yang semakin jauh. Hatinya risau, risau akan keselamatan mereka semua. Bagaimana bom boleh berada di dalam bangunan syarikat ini? Siapa yang berani melekatkan bom masa seperti itu? Pelbagai soalan menerjah pemikirannya.

     Tiba-tiba sebuah kereta bewarna hitam berhenti di hadapannya. Dua orang lelaki melangkah keluar kemudian cuba menariknya masuk ke dalam perut kereta.

     "Kau siapa?!" Lian meronta-ronta minta dilepaskan. Kaki salah seorang daripada lelaki itu ditendang. Terlepas seketika lengannya.

     "Diam!" Seorang lelaki mencucuk sejenis cecair pada leher Lian. Perlahan-lahan tubuh gadis itu menjadi lemah dan tidak lagi meronta. Waktu itu juga, Lian dimasukkan ke dalam kereta sebelum dibawa pergi.

     Beberapa orang pekerja cuba mengejar kereta itu namun tidak berjaya menahannya. Seorang daripada mereka terus menghubungi polis.

*****

     Enrique berlari meniti anak tangga escalator yang sedang bergerak. Kesakitan pada kakinya sudah tidak terasa. Dia hanya memikirkan Herith yang masih lena di dalam bilik pejabat di tingkat teratas bangunan itu. Telefon bimbitnya tidak berhenti berdering menandakan banyak panggilan masuk.

     "Herith!" Enrique pantas menghampiri Herith di sofa.

     "Herith bangun!" Wajah Herith ditampar-tampar lembut namun tiada tindak balas.

     "Herith!" Tubuh Herith digoncang-goncang hebat namun masih tiada tindak balas. Nampaknya lelaki itu bukan tidur, tetapi pengsan!

     "Bullshit!" Enrique menyandarkan tubuh Herith ke sofa bagi memudahkan dia mengangkat Herith dalam keadaan piggy back.

     "Sumpah berat nak mampus! Matilah aku hari ni!"

     Enrique berlari ke tingkat atas dalam keadaan piggy back Herith. Tubuh Herith diletakkan ke atas carrier dua orang lelaki yang sedia menunggu untuk membawa tubuh Herith ke dalam helikopter. Enrique juga memanjat tangga tali helikopter itu.

     "Turunkan aku dekat sana." Enrique cuba menumpukan pandangan ke tempat Lian ditinggalkan tadi namun tetap tidak nampak. Terlalu ramai staff syarikatnya di situ.

     "No, dekat bawah line tak clear dan polis tengah on the way. Kita perlu pergi. Aku dah contact Ejad untuk bawak Lian sekali." Imran yang mengendalikan helikopter itu menjawab dengan tenang.

     Enrique menghubungi telefon bimbit Lian namun tidak aktif. Sejak bila pula Lian pandai mematikan telefon bimbit? Semua ini membuat dirinya semakin tidak tenang.

     Dari jauh dapat dilihat beberapa buah letupan dari bom masa itu memusnahkan dua buah tingkat daripada bangunan syarikatnya. Beberapa jenis barang serta kertas-kertas berterbangan di udara disaksikan pekerja syarikat itu sendiri. Tetapi tingkat yang musnah itu bukanlah masalah besar baginya, dia hanya risau akan Lian.

*****

     "Apa kau cakap?" Enrique menyoal dengan bengang.

     "Lian tak ada dekat tapak tu. Aku dah periksa semua tempat dan cctv, perempuan tu memang tak ada. Rakaman pun tak ada tunjuk diri kau atau Lian keluar dari bangunan, sumpah!" Ejad mengangkat lima jari. Kolar leher Ejad dicekak kasar.

     "Aku tak nak dengar alasan kau. Lebih baik kau cari bini aku sampai jumpa sebelum aku pijak jantung kau dengan kaki aku sendiri!" tegas Enrique.

     "Relaks bro. Aku dah tanya yang lain, semua tak nampak bini kau. Tapi jangan risau, kita orang akan cari sampai jumpa dan buat yang terbaik." Iman memegang bahu Enrique untuk menenangkan lelaki itu. Enrique melepaskan kolar leher Ejad dengan kasar.

     Enrique menghempas punggung ke atas sofa sambil memegang kepalanya. Wajah yang merah menyala itu menjelaskan kerisauan dan kegusaran di dalam diri Enrique. Dia risau Lian terpaksa menerima hukuman di atas segala kesilapannya. 




Ha sudah, siapa pula yang berani culik isteri hero kita tu?

Selamat malam readers <3

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 50.7K 34
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira b...
847K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.7M 114K 72
Instagram VS Wattpad? Erm sangat jarang kita dengar ataupun lihat. Kebiasaannya ialah budak Instagram dengan budak WeChat sahaja. So weird la kenap...
509K 23.5K 34
"Aku tak faham betul kenapa ada lelaki yang perasan macam tu. Nasib baik dia hensem. Tapi dia hensem pun, perangai nauzubillah." - Nisha "Nisha, kau...