My Lovely Crush❤

By Kyennss

196K 6.5K 222

"Aku suka kau! Tak tau kah?" "Mana aku tau kau tak cakap!" "Aku suka kau Daniya Nur Maizarah Binti Mohd Syaki... More

Bab 1:Daniya Nur Maizarah
Bab 2:Dancer
Bab 3:Sabarlah Niya
Bab 4:Denda
Bab 5:Kitaorang Masih Rapat
Bab 6:Mata Panda
Bab 7:Cemburu
Bab 8:Penipu!!
Bab 9:Salah Aku
Bab 10:Punca
Bab 11:Flashback
Bab 12:Maafkan Aku
Bab 13:Luka
Bab 14:Isi Hati
Bab 15:Hijrah
Bab 16: Tanda Tanya
Bab 17:Why?!
Bab 19: Kenangan Kita
Bab 20:Terima Atau Tidak?
Bab 21:Back To School :)
Bab 22:Rumah Baru
Bab 23:Hero Aku!
Bab 24:Dia Terlalu Baik.
Bab 25:Wanita Yang Dirindui
Bab 26:Abang Sayang
Bab 27:Hadirnya Dia
Bab 28:Surat
Bab 29:Gaduh
Bab 30:Lukisan
Bab 31:Boyfriend
Bab 32:Sweet Apa?
Bab 33:Kejutan
Bab 34:Hanya Kerana Video
Bab 35:Komplot
Bab 36:Perasaan Yang Tak Mampu Diungkap
Bab 37:Khianat Atas Khianat
Bab 38:Si Dancer Itu...
Bab 39:Cinta Terlarang
Bab 40:Love Story
Bab 41:Satu Kebenaran
Bab 42:Nombor Misteri (Slowly Update)
Bab 43:Kehilangan
Bab 44:Azhar
Cerita Baru
Happy New Year 2016
New Story!
My Lovely Crush Raya! #1
My Lovely Crush Raya! #2
My Lovely Crush Raya! #3
My Lovely Crush Raya! #4
My Lovely Crush Raya! #Final
Isteri Istimewa
Siapa Pemilik Hati?
ATTENTION!!
PROMOTE
Promote
Idea Muncul Lagi!

Bab 18:Curiga

2.6K 110 2
By Kyennss

Fikiran Mikhail tidak tenang, toleh kanan toleh kiri, pusing kiri pusing kanan, pandang atas pandang bawah, baring duduk, baring duduk. "Aaaaa! " Mikhail menggaru kepalanya yang tidak gatal, kemudian dia terbaring di atas katil.
" Apa aku nak cakap ni? Apa?! Apa?! " kata Mikhail, dia menekup wajah nya dengan bantal. " Tok! Tok! Tok! " Luqman masuk ke dalam bilik Mikhail, Mikhail bingkas bangun. " Aik, kenapa ni? Muka kusut saja. " kata Luqman. Dia tersenyum nakal, " Ish, inda payahlah mau menyindir. " marah Mikhail. Ketawa Luqman melalak, Mikhail memandang nya dengan wajah yang geram.

" Eee! Sepatutnya abang yang kahwin! Bukan Mikhail! " kata Mikhail dalam nada yang geram, " Abang kahwin? Dengan siapa? " kata Luqman. " Ka Emma! " kata Mikhail, " Ka Emma? Emm, Ok juga kan? Dia cantik, baik, cute tapi sayang dia pendek! Hahaha! " kata Luqman, ketawa nya semakin kuat. " Bagitau Ka Emma! Abang ketawakan dia pendek! " ugut Mikhail, tiba-tiba Luqman menolak Mikhail hingga terbaring di atas katil.

Tangan Luqman kini seolah-olah mencekik Mikhail, wajah Luqman benar-benar dekat dengan Mikhail. " Eh, kau kalau kau cakap siap kau! Nak jadi suami orang tapi perepot! " kata Luqman. Mikhail menepis tangan Luqman, Luqman berdiri jauh dari Mikhail. Mikhail duduk di katilnya, " Kalau Mikhail nak cakap juga? " kata Mikhail. " Aku rogol kau! Hahahaha! " terkeluar ketawa jahat Luqman, dia berjalan keluar dari bilik Mikhail. " Gila sudah kali abang aku ni. " kata Mikhail lalu baring.

Tapi... apa maksud Luqman? Mikhail nak jadi suami orang?
Suami siapa?
Niya???? :)

Niya sedang mencuci pinggan mangkuk selepas sarapan pagi tadi, Encik Syakir masih tidak berganjak dari dapur. Dia asyik duduk sambil membaca akhbar, Niya terasa pelik dengan kelakuan Encik Syakir. Namun dia hanya diam dan membuat acuh tak acuh, Selesai mencuci, Niya keluar membuang sampah. Apabila dia masuk semula ke dapur, Encik Syakir masih di sana.

Niya hilang sabar, dia duduk di kerusi bersebelahan Encik Syakir. Encik Syakir memandang Niya, dia meletakkan akhbar itu di atas meja. " Papa nak cakap apa apakah? " soal Niya, Encik Syakir tersenyum manis. " Niya dah habis semua kerja? " soal Encik Syakir, " Emm " jawab Niya. " Niya sudah ready SPM? " soal Encik Syakir lagi, " In sya Allah. " jawab Niya.

" Niya " panggil Encik Syakir, " Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. " tiba-tiba jantung Niya laju mengepam darah. " Ya.. Ya papa? " kata Niya, peluh mula memercik dari dahi. Belum tahu apa yang akan dikatakan Encik Syakir namun sudah terasa nervous. " Niya nak kahwin? " kata-kata Encik Syakir membuatkan Niya hampir terkena heart attack, peluh nervous semakin banyak memercik, darah yang mengalir terasa deras, lutut mula goyang, fikiran melayang-layang ke udara.

" Niya. " panggil Encik Syakir, Niya tersentak. Bebola mata berputar 360° dan berhenti tepat pada wajah Encik Syakir. " Kenapa ni? " soal Encik Syakir, " Aa.. A.. Ni.. A " Niya tergagap-gagap. Masih belum ada jawapan untuk soalan Encik Syakir, " Niya belum ready kah? " kata Encik Syakir. Suasana tegang, Niya hanya diam dan matanya terbeliak memandang Encik Syakir. Wajah Encik Syakir bertukar hampa, dia sudah tahu jawapan Niya. Pastinya perkataan BELUM READY tertulis di wajah Niya itu.

Encik Syakir berdiri, Niya juga turut berdiri. Encik Syakir berjalan keluar dari dapur dengan wajah yang hampa itu, Niya terasa pelik. " Kenapa? Aku salah kah? Takkanlah aku nak cakap yang aku dah ready nak kahwin, no! Aku belum ready, calon suami pun belum ada! Takkanlah aku nak! " bisik hati Niya. Dia duduk semula di kerusi, hand phone nya ditarik keluar dari pocket seluar. " Siapa yang pakar? Oh, Fira! " kata Niya, Niya menekan ruang chat bersama Fira di aplikasi whatsapp.

" Assalamualaikum Fira. " Niya menekan send, lebih kurang 5 minit Niya menunggu balasan Fira. " Waalaikumsalam Niya. Kenapa? " balas Fira, " Fira aku nak tanya something ni " balas Niya. " Apa? Ni mesti pasal cintakan.. " balas Fira, " Hehe.. Iya lah... Kau ja pakar pasal benda ni. " balas Niya.  " Ha apa? Cakaplah. " balas Fira, Niya menceritakan segala yang terjadi antara dia dan Encik Syakir. " Emmm... Niya aku rasa .. Papa kau nak kahwinkan kau. " kata Fira, terbeliak mata Niya.

" Eh.. Kau jangan main2.. Aku tumbuk kau kang.. " balas Niya, " Niya... Fikirlah! Zaman sekarang ni.. Banyak Mak bapa yang kahwinkan anak dia di usia muda.. Majoriti yang seumur kita kau faham? Maybe your papa nak buat macam tu juga.. " balas Fira. Air liur Niya ditelan rakus, " Tak! Tak! Tak mungkin! Papa tanya ja tu! " bisik hati Niya. " Tapi, kalau betul? " bisik hati Niya lagi, " No!!! " teriak Niya.

Keluarga Niya semuanya menuju ke dapur, terkejut Niya. " Kenapa Niya? Kenapa? " soal mama Izah cemas, " A.. A.. Niya. . " Niya tergagap-gagap. Dia pura-pura mencari sesuatu di bahagian sinki, perkakas memasak dan bahan masakan, akhirnya dia menarik bekas garam. " Niya cari garam! " katanya, " Kenapa Niya cari garam? " soal Emma. Niya terkaku, secara spontan dia menyuap sesudu garam ke dalam mulutnya. " Masin gila!! " teriak Niya dalam hati, " Ka ngah makan garam? " soal Adam. " Err, biasa hobi baru. Sedap! " kata Niya, dia menyuap sesudu lagi.

" Ok, kau ada sakit mental kah? Gila perempuan ni makan garam. " kata Hafizah, dia masuk ke ruang tamu semula. Niya menyuap lagi dan lagi garam itu ke mulutnya, " Ok. " kata mama Izah. Mereka semua akhirnya bersurai, " Blueeerrrkk! " Niya memuntahkan semula garam itu ke sinki. Selepas itu Niya terkaku, " Sumpah lepas ni aku tukar hobi. " kata Niya. Dia muntah lagi, teruk juga rasanya.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Pagi sabtu, mereka sekeluarga keluar untuk membeli baju sekolah dan perkakas sekolah, kecuali Zakaria dan Emma yang keluar pergi bekerja. Kereta Land Cruiser itu dipandu cermat oleh Encik Syakir. Di dalam kereta, Encik Syakir duduk di tempat pemandu, mama Izah di tempat penumpang sebelah tempat duduk pemandu, Mira duduk di riba mama Izah. Zainuddin dan Adam di belakang tempat duduk penumpang. Niya, Lina dan Hafizah duduk di tempat penumpang bahagian tengah. Suasana agak tegang kerana Niya duduk di antara Lina dan Hafizah.

Kadangkala, Hafizah dan Lina sengaja menolak badan Niya, Niya hanya mampu bersabar. Niya bersandar pada kerusi, dia memejam matanya rapat. Hafizah memandang Lina, di tangannya terdapat botol mineral. Lina mengangguk tanda faham, senyap-senyap Adam memerhati mereka. Dia faham maksud Hafizah, " Aku tak boleh biarkan Kak ngah di buli! " bisik hati Adam. Di hadapan terdapat satu selekoh, Hafizah sudah bersedia hendak mengangkat botol tersebut.

Tiba sahaja di selekoh, tiba-tiba " Ka! " Adam menolak botol mineral tersebut. Air tertumpah ke baju Hafizah, Hafizah menjerit. Melopong mulut Lina, Niya terus mencelik. Dilihatnya Hafizah telah kebasahan, Zainuddin, mama Izah dan Encik Syakir juga turut terkejut. Niya memandang atap, " Tak bocor, takkan kencing. " bisik hati Niya, " Adam! Kenapa tolak botol mineral tu? Habis basah! " marah Hafizah. Wajahnya seriously macam nak makan orang, tapi Adam hanya tersengih. Sukalah tu dapat kenakan Hafizah.

" Sorry lah Ka, Adam bukan sengaja! Adam cuma mau minta tu air tapi inda sengaja tetolak. Lagi pun kan selekoh tu tadi, macam-macam boleh jadikan? " kata Adam memberi alasan, " Kalau mau minta pun, cakap ja lah! Inda payah mau dekat-dekat! " marah Hafizah lagi. " Alalala, sorrylah Ka. Please " kata Adam sambil membuat senyuman meminta simpati. " Fizah sudah lah tu, Adam sudah minta maafkan? Adam salam Ka Fizah. " sampuk Encik Syakir, Adam mencium tangan Hafizah.

Tiba-tiba dia memeluk Hafizah, " Saaaaayang Akak! " kata Adam. Hafizah menepis tangan Adam, Adam mengenyit matanya. Kini dia faham yang Adam sudah tahu rancangannya, dia duduk menghadap ke depan sambil berpeluk tubuh. Lina menjeling Adam, Adam hanya membuat senyuman lebar sampai ke telinga. Niya masih blur, " Apa dah jadi? " soalan ini bermain di minda. Adam kembali duduk seperti biasa. Di dalam hatinya, dia telah ketawa terbahak-bahak dan melompat-lompat gembira.

Zainuddin mengusik lengan Adam, Adam memandang Zainuddin. " Betulkah Adam tak sengaja? " soal Zainuddin, Adam mengetap bibir nya. Dia menghampiri telinga Zainuddin, " Adam sengaja " katanya. Zainuddin memandang wajah Adam, " Ka Fizah belum berubah lagi? " soal Zainuddin dalam nada berbisik. Adam mengangguk, " Kalau abang Zai ada, abang akan tengok yang lebih teruk! Ka Fizah dengan Ka Lina makin melampau! " kata Adam bersungguh-sungguh.

Zainuddin bersandar pada kerusi kereta, dia memejam matanya. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit untuk ke Center Point (CP) namun dia telah terlelap. Mungkin sebab semalam sibuk melayan Clash Of Clans (COC) sampai tengah malam. Maklumlah, game tu makin popular, takut di attack kenalah rajin-rajin menyerang rajin-rajin update. Hahaha..

Kereta Land Cruiser itu diparkir kemas di tempat parking CP. Sorang-sorang mereka turun, Niya baru sahaja hendak turun. Tiba-tiba Lina terus menutup pintu tersebut, nasib tak roboh kereta tu. Niya terkejut, nak saja dimakinya, nasib sabar tu masih ada. " Astagfirullahhaladzim. " kata Niya, dia membuka pintu kereta lalu turun dari kereta.

Mereka menuju ke kedai Thongs, musim cuti sekolah memang ramai yang akan membeli pakaian sekolah di sini. Thongs adalah salah satu kedai favourite keluarga Niya untuk membeli pakaian sekolah. Niya mencari-cari kasut yang diingininya, jenama Diadora pastinya menjadi pilihan Niya. Tak tahu nak fashion yang mana satu, Niya memang susah nak pilih fashion kasut ni.

" Hai Niya. " seseorang menegur Niya, Niya menoleh ke belakang. " Eh, Riyan! " kata Niya, Riyan tersenyum. Dia meneliti kasut yang dijadikan sample untuk dipilih oleh pelanggan, " Kecilnya Kota Kinabalu ni kan? Senang-senang kita jumpa. " kata Riyan. Niya turut meneliti kasut sample itu, " A'ah! " kata Niya. Wajah dibuat-buat tenang, padahal dalam hati Allah ja tahu betapa gembiranya Niya. " Kau datang dengan siapa? " soal Riyan, " Family aku lah. " jawab Niya.

" Ka ngah! " suara Adam kedengaran, Niya dan Riyan menoleh ke arah Adam. Di tangannya terdapat sebuah kotak kasut, mata Adam memandang Riyan. " Siapa ni Kak ngah? " soal Adam, " Oh, kawan kaka. " jawab Niya. " Riyan ni adik aku, Adam. " kata Niya, Riyan bersalaman dengan Adam. Kemudian dia duduk mencangkung menghadap Adam. " Nama abang Mohd Ariyan Rizky, panggil abang Riyan ja Ok. " kata Riyan, " Mohd Adam Ibrahim. Panggil Adam. " kata Adam.

" Oh Adam, Emm, Adam handsome. Nak girlfriend? " kata Riyan, terbeliak mata Adam. Niya menarik Riyan, Riyan berdiri tegak di hadapan Niya. " Apa kau ni? Adam kecik lagi lah. " kata Niya, " Eleh, apa salah nya kan Adam? Ka Niya jealous lah tu! Dia tak ada boyfriend. " kata Riyan sambil memandang Adam. " Siapa mamat poyo ni? Nak ngorat kaka aku pun agak-agak lah. Kang aku tumbuk kang padan muka! Kalau nak jadi abang ipar aku jagalah bahasa sikit, ni ayat ish! Ok lagi abang Mikhail! " bisik hati Adam sambil memandang Riyan.

" Adam ada apa? " soal Niya, "Mama tanya Ka ngah dah siapkah belum? Kalau dah mama nak pergi bayar. " jelas Adam. " Oh oh, Ok! Kejap lagi kaka datang! " kata Niya, Adam mengangguk. Dia pergi meninggalkan Niya dan Riyan, sempat juga dia mencuri lihat wajah Riyan. Niya segera meneliti kasut sample itu lagi, Riyan menarik sebelah kasut. " Nah, ni Ok. " kata Riyan, Niya mengambil kasut itu. Riyan kemudian mengorak langkah meninggalkan Niya, setelah Riyan hilang dari pandangan, Niya segera meminta saiz kasutnya.

Selepas membayar, mereka ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Restoran ini terletak di tingkat yang sama dengan kedai Thongs

Niya memilih makanan yang sedia terhidang, begitu juga Adam, Lina dan Zainuddin. Sedang Niya memilih-milih lauk, Adam asyik memerhati Niya. Niya sedar akan kelakuan Adam, tapi dia hanya membiarkan Adam terus begitu. " Kenapa si Adam ni? " bisik hati Niya, selesai memilih makanan. Niya duduk di sebelah kanan mama Izah, Adam berada di hadapannya. Ketika makan pun Adam masih mencuri lihat Niya, Niya masih bersabar. Dia cuma makan dan membiarkan Adam.

Ketika di rumah, selepas selesai solat isya, Niya membuka pintu biliknya. Tiba-tiba lengan nya ditarik oleh Adam. " Adam kenapa? " soal Niya, wajah Adam kelihatan amat serious. Adam menarik tangan Niya ke dalam bilik Niya, Niya duduk di katil sambil memandang Adam. " Kenapa ni Adam? " soal Niya, " Abang Riyan tu, boyfriend Ka ngah kah? " soalan Adam mengejutkan Niya. " Apa maksud Adam? " soal Niya, " Tak ada apalah Ka, Adam tanya ja. " jelas Adam. " Oh, tiadalah. Kami kawan ja. Kawan baru Ka ngah. " kata Niya sambil tersenyum lebar.

" Oh, oklah. Ka. " panggil Adam, Niya memandang mata Adam. " Hmm, nak kiss hehe. " dah mula mengada dia, " Nak? Betul nak? Ha, meh sini! " Niya berdiri. " Tak nak! Tak nak! Aku masih teruna! " teriak Adam sambil berlari keluar ke biliknya, Niya ketawa terbahak-bahak. Niya mencapai hand phone nya di atas meja solek. " Wow, banyak nya chat! " kata Niya, " Sms, Whatsapp, wechat, Facebook, line, kakaotalk, instagram, aiseh hot juga aku kan hahahaha! " dah mulalah dia berlagak -.-

Niya memeriksa semua chat, Haters Niya memanjang crush Niya memanjang~ Tak habis-habis nak bagi amaran dekat Niya tak habis-habis nak bawa Niya couple, naik muak dibuatnya! Tapi bila di Facebook, 10 chat dari Abang L yang tidak dibalas. " Assalamualaikum Niya. " , " Niya? " , " Assalamualaikum wah wah, dah sombong nampak! ", " Niya? " , " Niya? " ," Niya? " , " Niya? " , " Niya? " , " Niya? " , " Niya? " .

" Waalaikumsalam, sorrylah bukan sombong cuma malas nak buka. " Niya menekan send, kemudian dia mencampakkan handphone nya itu di sisi bantal. Dia memandang kipas yang berputar-putar itu, tak lama selepas itu dia terlelap.

Tamat Bab 18:Curiga

#IamSabahan

Continue Reading

You'll Also Like

61K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
62.5K 1.3K 22
Tengku Harrith Luthfi atau lebih dikenali sebagai Harith.Dia mempunyai aura yang lain.Dia juga mempunyai indetiti yang tersembunyi.Orang hanya lebih...
1.6K 223 38
Hutang darah perlu dibayar darah bukan? Itulah yang dia sedang lakukan saat ini. Mencari pembunuh yang telah membunuh ahli keluarganya. Sehinggakan d...
378K 12.5K 56
#1 Rashliyaa Alana , Gadis remaja berumur 16 tahun . Seorang gadis yang ceria namun satu dugaan hebat menimpa dirinya . Sekelip mata kehidupannya ber...