Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.6K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 16

1.4K 192 24
By Qayssz

  Perkasa berjalan di tengah-tengah barisan askarnya. Sekali pandang mereka seperti ingin keluar berperang. Namun, jumlah askar tidaklah terlalu ramai. Sekadar mencukupi bagi menculik seorang puteri yang dikelilingi hulubalang.

  Perkasa sudah mendapat tahu tentang ketibaan askar hulubalang istana dari Wantachitra di Tarawangsa yang ingin mengiringi Puteri Seri Dahlia pulang ke istananya.

  Strategi telah disusun sehabis baik. Kesemua tenteranya berpakaian serba hitam lengkap bertutup wajah hanya melihatkan bahagian mata sahaja. Ini bukan perang ini percubaan menculik. Puteri Seri Dahlia akan dia dapatkan walau apa cara sekalipun.

  Kakinya berhenti apabila dia tiba di hadapan sekali dalam kalangan askarnya. Kemudian dia memusingkan badannya ke belakang memandang kesemua tentera upahan itu.

  "Apakah kalian bersedia?!" Satu suara lantang milik Perkasa bersuara. Serentak dengan itu tenteranya mula bersorak dengan gila masing-masing merupakan tentera yang setia terhadap Raja Sang dan ingin menunaikan apa sahaja permintaan si Raja itu.

  Perkasa mengangkat tangannya tinggi ke udara kemudian mengepal penumbuk memberi isyarat agar kesemuanya kembali diam.

  "Hari ini! Kita akan melangsaikan hutang kita dengan Tuanku! Kita akan raih kemenangan! Kita akan dapatkan cinta hati Tuanku semula!" Perkasa berhenti sejenak. "Maka! Kobarkanlah semangat kalian sehingga kemuncaknya! Bertarunglah dan jangan berhenti selagi tidak membawa pulang pemilik hati Tuanku!" Dia menyambung.

  Bagai mendapat semangat baharu. Masing-masing berwajah serius gerun dilihat sekali pandang dengan pakaian serba hitam dan keperkasaan masing-masing yang terpamer oleh susuk tubuh mereka yang sasa. Kini mereka akan benar-benar membawa pulang Puteri Seri Dahlia.

_______________________•••____________________

  Rombongan yang membawa Dahlia yang telah pun digelar sebagai Puteri Seri Dahlia tiba di lerengan bukit yang merupakan sempadan antara Tarawangsa dan Wantachitra.

  Arjuna berada di barisan hadapan bersama Iskandar mengetuai perjalanan. Delima dan Intan mengiringi di barisan tengah. Sesekala, rombongan sunyi itu dihiasi dengan celoteh Intan yang menceriakan suasana. Tertawa semua hulubalang istana yang melayan karenah Intan itu. Walaupun Delima sudah berkali-kali mendengar lawak Intan, dia sentiasa ada sahaja idea barunya membuatkan orang geli hati. Benar-benar penghibur suasana.

  Dahlia terlelap akibat penat berlatih apa yang harus diperkatakannya di hadapan Tuanku Sultan Muadzam Shah itu nanti. Tenaganya sudah habis merisaukan segala perkara akhirnya dia terlena diulit mimpi.

  Ratna turut sama terlena. Kudratnya sebagai budak kecil cepat keletihan dalam perjalanan panjang.

  Perjalanan berjalan lancar sehingga tiba-tiba satu panahan menyusup laju menembusi tubuh pengawal  penunggang kuda yang membawa Dahlia dan Ratna.

  Serentak dengan itu, kereta kuda megah itu jatuh serta merta akibat kuda yang ditunggang terjelopok ke tanah. Suasana menjadi huru-hara dan kesemua hulubalang siap bersiaga.

  "Lindungi Tengku l!!" Jeritan Iskandar menggegarkan seluruh hutan. Panahan demi panahan menyambar ke lantai bumi.

  Dahlia dan Ratna yang terkejut dengan apa yang sedang berlaku segera keluar dari kenderaan dan bersiaga. Dahlia berdiri di hadapan Ratna kerana tidak mahu gadis kecil itu tercedera. Keris di pinggangnya ditarik keluar bersiaga. Memang masih tidak mahir tetapi diri sendiri harus diselamatkan.

  Semua hulubalang mengelilingi Dahlia dengan rapat. Perisai digunakan bagi menangkis segala panahan. Puteri Seri Dahlia dipastikan berada dalam keadaan baik.

  Sebaik sahaja hujan panah berhenti menandakan musuh akan menunjukkan diri, Arjuna dan Iskandar pantas ke barisan hadapan menentang tentera berpakaian serba hitam. Bunyi pedang berselisih menghangatkan suasana. Delima dan Intan tidak berdiam diri, memastikan Puteri Seri Dahlia berada dalam keadaan selamat, mereka bergegas menyirat urat leher si musuh daripada terus mara ke arah Tengku.

  Darah memancut serata tempat. Burung-burung lari bertempiaran tatkala bingit menghiasi suasana hutan dengan suara jeritan pelbagai manusia. Lantai hijau bumi bertukar merah dengan tompokan darah yang semakin menjadi lautan merah.  Satu persatu jasad tumbang. Baik dari pihak Dahlia mahupun Perkasa.

  Tentera Perkasa semakin menggila. Jumlah mereka yang lebih ramai berbanding hulubalang istana Wantachitra memberi peluang kemenangan yang besar kepada mereka. Tidak menang tangan Delima dan Intan yang menangkis serangan dari arah Barat Daya sementara Arjuna dan Iskandar dari arah  Barat timur. Dahlia dan hulubalang yang mengelilinginya masih berada di bahagian Timur.

  Hulubalang yang menahan serangan dari arah Barat tumbang dipancung leher tanpa belas ihsan. Mereka semakin mara ke arah Dahlia. Sedang semua hulubalang sibuk dan leka menangkis serangan di hadapan, Perkasa menyerang hendap Dahlia dan Ratna dari belakang.

  Dahlia terkesima. Kesemua hulubalang yang berkawal di belakangnya tumbang tanpa bunyi. Sungguh dia tidak mendengar apa-apa. Perkasa cuba menarik Dahlia namun Ratna menoreh tangan sasanya hinga menumpahkan darah yang cukup banyak.

  "Tengku dalam bahaya! Bergerak melindungi Tengku sekarang!" Jerit seorang hulubalang istana. Serentak dengan itu, Delima bergegas ke arah Dahlia. Intan akan tetap menangkis serangan di Barat Daya. Arjuna dan Iskandar cuba bergegas namun ramai tentera Perkasa menghalang mereka. Serangan tidak henti-henti dilancarkan ke atas dua insan perkasa itu tidak memberi mereka walau sedikit ruang untuk bergerak ke Dahlia.

  Beberapa hulubalang lain yang masih mampu berdiri dengan dua kaki berlari dengan segera ke arah Puteri Seri Dahlia. Kudrat mereka digunakan sehingga ke akhir hayat.

  Perkasa cuba menangkap Dahlia menggunakan tangan kirinya pula memandangkan tangan kanannya ditoreh Ratna. Namun Ratna tidak membenarkan itu berlaku. Walau sudah ditarik Dahlia agar dia mundur ke belakang, Ratna berkeras untuk melindungi Dahlia.

  Dahlia ditolak Ratna kuat menyebabkan tangan kiri Perkasa menggapai Ratna dan bukannya Dahlia.

  "Ratna!" Gugur jantung Dahlia dibuatnya. Dia menyerang dari kanan Perkasa  menyebabkan Perkasa melempar Ratna ke belakang untuk menangkis serangan Dahlia. Gadis kecil itu terpelanting jauh dek lemparan Perkasa penuh bertenaga itu mampu menerbangkan Ratna dengan mudah.

  Dahlia mula risau. Serangannya bertubi-tubi dilancarkan ke arah Perkasa namun tiada satu pun berjaya mencederakannya. Ratna yang tidak bergerak setelah dicampak jauh menganggu emosi Dahlia. Serangannya mula membuta tuli akibat jiwa kacaunya merisaukan Ratna yang kelihatan seperti tidak bernyawa.

  Serangannya dipandu amarah. Tenaga dan ketangkasannya bertambah namun strategi serangannya kelaut menyebabkan mudah untuk Perkasa membaca tindakan seterusnya.

  "Sedih? Jikalau kau mengikuti aku tempoh hari, ini semua tidak akan terjadi! Lihat sekarang gadis kecil itu mati kerana kau!" Perkasa menempik Dahlia cuba menyabitkan kesalahan ke atasnya agar dia berasa lebih terbeban dan hilang kawalan.

  Dahlia tidak bersuara. Hatinya bagai dipanah bertubi-tubi hingga berdarah. Mukanya merah menahan marah. Matanya bagaikan harimau mahu menerkam Perkasa. Giginya diketap kuat. Benar dirinya dikuasai amarah yang tinggi. Air matanya berguguran jatuh. Sedih dan bengang yang melampau. Kedua perasaan itu bercampur-baur dalam dirinya. Nafasnya didengus garang benar-benar dia mahu menghabisi pemuda tidak berguna itu.

  Delima menangkis segala serangan namun tetap masih ramai mara menghalangnya menyelamatkan Dahlia. Hulubalang yang lain turut sama dihalang tentera Perkasa yang bagaikan dirasuk jin. Masing-masing mempunyai kekuatan luar biasa yang tidak setanding dengan tentera biasa.

  Bukan setakat itu sahaja. Serangan mereka dari arah yang berbeza, cara gerakan yang pelik menyukarkan Delima membaca pergerakan pihak lawannya. Semakin mara, semakin bertubi-tubi serangan dilancarkan ke arahnya. Langsung dia tidak mampu bergerak membantu Dahlia.

  Suasana semakin kusut dan huru-hara. Pertarungan sengit antara dua pihak berlaku tanpa henti hingga kini hanya tinggal beberapa sahaja hulubalang istana Wantachitra yang masih bernyawa. Boleh dihitung dengan jari, yang lain semuanya tumbang di tangan musuh berpindah ke alam lain menemui Sang Pencipta.

  Kini situasi berpihak pada Perkasa dan seluruh tentera gilanya yang masih kekal bertenaga. Tidak seperti orang biasa yang akan tumbang selepas luka teruk berkali-kali, tentera Perkasa semuanya luka teruk namun masih menyamai tenaga sepuluh hulubalang istana.

  "Gila! Sudah aku tusuk kau berkali! Masakan kau tidak tumbang!" Delima menempik keras ke arah musuhnya yang sudah pun disirat daging di bahagian dadanya hingga terbelah dan melimpahkan darah yang banyak namun masih berdiri sasa.

  "Hahahah! Kau tidak tahu apa yang kami dapat sebelum keluar bertarung!" Si musuh menyeringai sambil ketawa besar. Serangan masih berjalan namun Delima sudah kepenatan akibat serangan tidak henti tiga musuh sekaligus. Sudahlah mereka tidak tumbang, kuat belaka semuanya. Tiga orang pula itu. Memang tiada peluang untuk Delima melepaskan diri.

  "Apakah kalian menggunakan ilmu hitam?" Delima menyoal, nafasnya diusahakan agar kekal berada dalam keadaan tenang tidak terlalu tercungap kerana itu akan menyukarkan pergerakan dan serangannya.

  Ketiga-tiganya menyeringai dan ketawa besar dengan suara garau mereka yang cukup menggegarkan hutan itu.

  "Celaka punya pengecut! Main tipu!!" Delima bertubuh jauh lebih kecil berbanding mereka namun tetap tangkas sebagai seorang srikandi berpengalaman. Tiga lelaki sasa itu ibarat tidak terkesan langsung dengan serangannya. Peluh menitik-nitik jatuh ke lantai bumi. Kakinya masih dalam keadaan kekuda. Bersiaga semampunya. Dia sudah menumpaskan ramai musuh selama ini masakan kali ini dia hanya mahu membiarkan dirinya dipijak musuh? Mana mungkin!

_______________________•••____________________

  Intan jatuh bergolek ke tanah sebelum bangkit menapak dengan dua kakinya ke bumi semula. Hulubalang istana yang bersamanya hanya tinggal tiga orang yang masih bernyawa. Selebihnya sudah dijemput Ilahi. Kaki Intan menggigil. Dia sudah terlalu lelah. Bertarung tanpa henti dengan sejumlah lelaki perkasa yang ramai dan sasa serta tidak cedera dan sukar ditumpaskan.

  Seluruh tubuhnya lencun dengan peluh. Begitu juga hulubalang yang lain. Masing-masing sudah mencapai tahap maksimum mereka namun tetap digagahkan jua diri untuk terus bertarung kerana tidak mahu menyerah kalah kepada musuh. Tidak seperti pertarungan dengan manusia biasa, bertarung dengan tentera Si Perkasa adalah tanpa henti. Berminit-minit lamanya serangan dilancarkan terus-menerus tanpa mampu mereka mengambil nafas sepenuhnya.

  Cara serangan musuh yang aneh dan tidak masuk akal menyebabkan mereka sukar meraih kemenangan. Namun Intan, tidak berputus asa. Mungkin dalam kalangan adik-beradiknya, dialah yang paling kurang mahir dalam seni pertarungan namun kemahirannya tetap melebihi ramai hulubalang istana yang lain.

  Dia harus bertarung dan meraih kemenangan dengan segera kerana nyawa tentera di kiri dan kanannya bagaikan telur di hujung tanduk. Mereka cedera parah berbanding Intan sendiri dan mereka benar-benar sudah tidak mampu bertarung lagi. Darah membasahi seluruh badan. Tenaga hanya berbaki untuk kekal berdiri kerana tidak mahu menjatuhkan maruah menyerah kalah dengan syaitan.

  Intan harus menyelamatkan mereka. Sungguh semuanya syaitan pengecut yang main tipu! Bertarung dengan wanita pun mahu sehingga lima orang sekaligus. Benar-benar pengecut tidak bermaruah! Intan sesekali tidak akan menyerah kalah. Jikalau syaitan lima ekor itu mahu bertarung sebegitu rupa, akan dia habisi kelima-lima itu juga sekaligus!

  Jangan disangka dia wanita, dia lembut. Mawar juga berduri mampu menitiskan darah sesiapa sahaja yang menyentuhnya.

_______________________•••____________________

  Arjuna dan Iskandar masih tidak berhenti bergerak melawan, menangkis serangan dari pelbagai arah, menyerang balas, menyerang hendap tanpa henti.

  Hanya dua insan ini yang masih mampu bertahan sebaiknya dalam keadaan diserang tanpa henti tanpa diberi peluang walau sesaat untuk mengambil semula nafas mereka. Sungguh musuh mahu menghabisi mereka di sini juga. Berbanding hulubalang yang lain, Arjuna dan Iskandar merupakan pemuda terbaik dalam pertarungan. Mereka seorang yang handal dan terlatih menyebabkan perkara sebegini mampu diatasi mereka.

  Walaupun sukar, mereka masih belum sampai ke tahap maksimum mereka maka mereka masih dalam keadaan baik-baik sahaja. Namun tidak bagi yang lain. Dahlia terus-menerus menyerang membuta tuli sambil mendengus garang menempik Perkasa dengan geram.

  Amarahnya sudah sampai ke kemuncak. Sedikitpun pemuda itu tidak terkesan dengan serangannya malah menyeringai sinis melihat tahap kemahirannya dalam bertarung. Seperti kanak-kanak cuba menyerang. Bunyi tawanya penuh sinis merobek jiwa Dahlia pedih berdarah.

  "Hutang kau dengan aku! Bukan dengan yang lain! Kenapa libatkan orang lain sedangkan mereka tidak bersalah, syaitan?!! Sudahlah main tipu! Dasar syaitan durjana!!" Dahlia menukar strategi cuba menyerang dengan jarak lebih dekat namun gadis yang terganggu emosinya ini tidak dapat berfikir dengan baik. Masakan tenaganya mampu menyamai tenaga Si Perkasa? Sama sekali tidak.

  Tangan kiri Dahlia ditepis dengan mudah lalu dipusingkan hingga terseliuh. Bahu Dahlia yang luka ditekannya penuh kuat sengaja menabur garam di luka yang pedih.  Luka di bahunya terbuka kembali. Sungguh benar-benar sakit dan pedih tidak terkata. Dahlia menyeringai kesakitan. Seluruh hutan berlaung suara jeritan penuh siksanya itu. Lututnya lemah menyembah bumi. Seluruh kudratnya hilang ditelan amarah, tangisan dan kesakitan.

  Tangan kirinya longlai digenggam kuat Perkasa. Sungguh pemuda syaitan itu tidak mempunyai sebarang belas ihsan terhadapnya. Luka Dahlia terus menerus ditekan sekuatnya. Perkasa terbahak-bahak gembira melihat Dahlia melutut di hadapannya meronta minta dilepaskan.

  Tangisannya penuh kesakitan. Hanya Allah yang tahu betapa pedihnya luka yang masih belum sembuh ditekan sebegitu rupa. Darah membasahi seluruh lengan Dahlia. Tangan kanannya yang masih menggenggam keris dipusingkan oleh Perkasa sekuat hati hingga Dahlia bagaikan hampir putus tangan.

  Dahlia terus menjerit kesakitan. Lukanya terus menerus membaham daging memberi pedih penuh siksa. Hampir tiada suara gadis itu meminta dilepaskan. Hancur wajahnya dengan darah dan tangisan menggila.

  Air mata laju membasahi pipi menitik ke lantai bumi. Sedang dalam tangisannya, matanya menangkap sekujur tubuh longlai milik Ratna. Tangisannya bertambah kuat. Sungguh Ratna tidak sedarkan diri. Apakah gadis kecil itu masih bernyawa atau sudah dijemput Ilahi? Dia tidak tahu. Mindanya kusut dan serabut. Hanya hati yang mampu memanjatkan berjuta doa memohon pertolongan Ilahi.

  Tiba-tiba panahan menjunam dengan lebatnya. Hujan panah itu tidak sebegitu lebat kerana ia hanya membunuh tentera musuh. Entah datang dari mana, namun pihak Dahlia sungguh bersyukur dengan pertolongan secara tiba-tiba itu. Bertempiaran tentera musuh lari menyelamatkan diri di balik perisai.

  Dahlia terpana. Begitu juga dengan yang lain. Sepertinya bantuan telah tiba. Beribu kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas bantuan serta-merta itu. Apakah tentera yang berkawal di hutan itu telah menyampaikan berita serangan ini kepada sesiapa? Tidak kiralah siapa gerangan tentera yang menurunkan hujan panah itu, mereka sangat berterima kasih atas bantuan pada waktu yang tepat itu.

  Perkasa bengang. Tangan Dahlia masih tidak dilepaskannya. Sepertinya misinya kali ini tetap akan menemui kegagalan. Dia mengubah rancangan. Mungkin dia tidak dapat Puteri Seri Dahlia namun dia akan mengambil Ratna. Dengan ini dia boleh mengugut Dahlia dalam apa cara sekalipun.

  Dahlia dicampak ke tepi. Perkasa berlari bersama perisainya mendukung gadis kecil itu. "Kita berundur!!" Perkasa melaung kuat  mengarahkan tenteranya.

  "Tidak! Ratna!!" Dahlia bangkit dalam keadaan cedera itu berlari sekuat hatinya mengejar Perkasa. Mana mungkin dia membiarkan syaitan itu menculik Ratna pula. Tidak mampu dia maafkan dirinya sekiranya perkara sebegitu terjadi.

  Dahlia yang terhinjut-hinjut berlari berjaya menarik tangan Perkasa. Kudrat tangannya sudah tiada lagi namun demi Ratna dia mengerah tenaganya hingga ke akhirnya. Perkasa bengang Dahlia cuba menghentikan cubaan melarikan dirinya, dia menendang Dahlia kuat hingga gadis itu jatuh dari lereng bukit yang tinggi.

  Dunia bagaikan terhenti seketika. Semua memori hidup Dahlia bermain di mindanya dengan pantas.

  'Apakah ini saatnya aku meninggalkan dunia?' soalan itu terpacul di mindanya. Sekiranya jatuh di lereng bukit, mustahil untuk dia masih kekal hidup.

  "Iskandar apakah kau baik-baik sahaja?" Arjuna segera meluru ke arah Iskandar yang terkulai layu. Cedera parah pemuda itu hingga tidak mampu bangkit.

  "Tengku..." Perlahan Iskandar mengarah Arjuna untuk menyelamatkan Dahlia. Tanpa sebarang bunyi, pantas Arjuna melangkah bergerak ke arah Dahlia.

  Kakinya dilangkah sebesarnya cuba bergerak dengan pantas ke arah Dahlia yang jauh dari tempatnya. Sedang dia mengerahkan seluruh tenaga terakhirnya demi Dahlia, matanya menangkap kelibat Delima yang sedang memangku Intan yang terkulai di pangkuannya.

  Langkah Arjuna terhenti. Seluruh isi dunia ibarat hancur bersepai.

  "Intan--" Arjuna dalam dilema. Dia tidak mampu bergerak. Baik ke arah Dahlia mahupun ke kakandanya. Delima yang cedera parah tetap memangku adiknya dengan tangisan berjuraian di pipi.

  Intan.

  Sudah tiada.

  Arjuna terkesima kaku.

  Matanya tidak beralih memandang tubuh Intan yang layu terkulai di pangkuan Delima. Kakandanya sudah pergi bertemu Ilahi. Tanpa sedar, air matanya jatuh berguguran di pipi. Langsung terlupa tentang Dahlia.

  Seluruh isi hutan kembali sepi setelah dihiasi lautan jasad dan darah.

  Iskandar sudah tidak sedarkan diri.

  Ratna diculik Perkasa.

  Dahlia jatuh cedera parah di lereng bukit.

  Intan bertemu Sang Pencipta nya.

  Delima meratapi pemergian insan tercintanya yang selama ini si gadis ceria itulah yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja dia berada. Intan yang dahulunya sering menghiasi suasana dengan tingkah laku cerianya, kini pergi meninggalkan memori dan kesan yang mendalam.

  Arjuna kekal kaku di lantai hutan. Pakaiannya yang rabak dan badannya penuh luka tidak dihiraukan. Pemergian kakandanya benar-benar membungkam kalbu.

  Pedih tidak terkata.

  Sakit tidak terkira.

  Suratan takdir yang pahit merobek jiwa.

  Berat. Sungguh berat ujian ini. Hatinya diruntun sedih mendalam. Matanya layu memandang tubuh longlai milik si ceria Intan Akasia itu.

  Seluruh jumantara alam bertukar gelap. Seolah memahami, awan menurunkan hujan membasahi seluruh hutan penuh berdarah itu. Kini, langit dan hutan serta seluruh isinya menyaksikan pertarungan hebat yang telah meragut nyawa ramai pihak, meninggalkan pedih terperi tanpa penawar...

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

21.2K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
361K 39.2K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...