๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 45

724 57 34
By MrHazReyz

     ANAK kucing di atas ribanya dibelai lembut. Mata tertumpu pada skrin televisyen yang memaparkan movie kegemarannya. Sunyi saja rumah itu pada malam ini. Entah ke mana perginya penghuni lain. Mentang-mentanglah mereka semua sudah berkahwin, duduk di ruang tamu pun tidak mahu.

     "Tak apalah, sekurang -kurangnya saya ada awak dan awak ada saya," kata Herith sebelum kepala kucing bewarna kelabu itu dicium. Tidak lama kemudian, Lorleyn Grey turun dari ribanya.

     "Hey nak pergi mana? Awak pun nak tinggal saya ke?" Herith mengekori anak kucing kelabu itu sehingga ke pintu utama.

     Lampu rumah terpadam secara tiba-tiba. Yang tinggal hanyalah lampu emergency dan lampu dari skrin sensor kamera litar tertutup di luar pagar. Siapa yang berada di luar sehingga membuatkan skrin itu menyala sendiri?

     "Awak tunggu sini, jangan bising, okey?" bisik Herith kepada Lorleyn Grey sebelum dia menekan-nekan skrin di tepi pintu utama itu.

     Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang membuat Herith tersentak lalu terus memandang ke arah si gerangan itu. Dadanya yang berdebar diusap lembut. Syaitan ini rupanya, ingatkan hantu manalah tadi.

     "Kau ni selalu sangat padam lampu, satu rumah pulak tu. Apa yang jadi? Ada kesan sesiapa ke dekat luar?" soal Herith bernada perlahan.

     Enrique meletakkan jari telunjuk pada bibir. Skrin yang terlekat pada dinding itu ditekan-tekan mencari rakaman semasa di seluruh kawasan rumah. Sengaja dia mematikan lampu sebaik sahaja sensor kenderaan di hujung jalan yang menghala ke sini berbunyi.

     "Kejap, ni siapa? Kenapa dia masuk kawasan rumah Ricky? Dia tak tahu ke simpang jalan tu pun Ricky punya?" Herith menunding ke arah dua orang lelaki memakai pelitup muka hitam berjalan memasuki hutan.

     "Aku dapat kau, celaka." Enrique mengetap gigi. Pasti lelaki-lelaki itu yang telah memecahkan kamera kesayangannya beberapa hari lepas. Herith seakan dapat mengagak siapakah lelaki-lelaki itu.

     "Kita akan pergi tangkap dua ekor beruk ni." Enrique melangkah ke arah bilik tempat penyimpanan barang.

*****

     Enrique dan Herith mengambil posisi masing-masing. Herith yang menjadi back up mula melompat keluar dari tembok pagar batu di belakang rumah manakala Enrique akan berhadapan dengan dua orang musuh itu.

     Belakang tubuhnya disandar tenang pada tembok batu di sisi rumah. Sambil menunggu kehadiran musuh, dia merenung bulan yang mengambang pada malam itu tanpa sebab. Bunyi derapan kaki membuat dia terus menunduk. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu pagar.

     Matanya tertancap pada batang golf yang dipegang seorang lelaki. Dia pasti mereka akan merosakkan kamera miliknya lagi pada malam ini. Jahanam punya manusia, ada kamera tu kacau hidup dia ke? Enrique melompat naik ke atas tembok batu. Dia duduk di situ sambil memerhati.

     "Anak itik tok wi mandi dalam kolam..." Enrique yang bernyanyi-nyanyi kecil menarik perhatian dua orang lelaki itu. Kedua-dua mereka cuak melihat Enrique yang sedang duduk di atas tembok.

     "Cantikkan bulan malam ni?" Enrique mendongak memandang bulan.

     "Alangkah bagusnya kalau aku dapat bunuh orang pada malam bulan mengambang ni. Tapi siapa yang nak mati dulu?" Enrique memandang mereka berdua bersilih ganti.

     Mereka berdua diam. Lelaki yang pegang batang golf meluru ke arahnya. Enrique tersenyum sinis memandang lelaki itu. Herith keluar dari tempat persembunyiannya iaitu di sebalik sebatang pokok sambil mengacu pistol ke arah lelaki yang pegang batang golf itu. Langkah lelaki itu terhenti.

     "I won't kill you," ujar Herith tanpa nada.

     Dengan beraninya lelaki itu berlari ke arah Herith, Herith melepaskan tembakan tepat mengenai paha lelaki itu. Perut lelaki itu ditendang sehingga jatuh ke atas jalan berturap. Yang seorang lagi mula melarikan diri memasuki hutan.

     Dia menggunakan laluan yang dilaluinya tadi. Lariannya terhenti setelah melihat kelibat Enrique di hadapannya. Tadi tempat ini tiada lampu, bagaimana pula... Nampaknya, kehadiran mereka ke sini telah diketahui Enrique dengan lebih awal.

     "Bukan salah aku, aku cuma ikut arahan. Sumpah aku tak ada niat langsung nak bermain-main dengan kau... Tolonglah lepaskan aku..." Lelaki itu menyatukan tapak tangannya dan merayu kepada Enrique.

     "Woi!"

     Lelaki itu memalingkan tubuh ke belakang. Matanya membulat besar melihat Enrique di situ, dia kembali menoleh ke tempat tadi, kosong. Bagaimana Enrique mampu bergerak secepat ini?

     "Tempat ni keras, jadi aku pasang lampu di seluruh tempat untuk buat setan tu mengamuk. Nampak tak? Kau dah buat setan tu betul-betul marah. Agak-agak kau boleh balik rumah dengan selamat ke malam ni?" soal Enrique sinis sambil mengunyah gula-gula getah.

     Satu-persatu spotlight di kawasan hutan itu terpasang. Keadaan yang gelap menjadi terang-benderang. Walaupun begitu, lelaki tadi masih merasakan Enrique adalah syaitan yang dimaksudkan. Air liur ditelan melihat Enrique yang sedang tersenyum jahat itu menghampirinya dengan pantas.

     Perutnya ditumbuk Enrique dengan begitu kuat sehingga membuat dia rasa senak. Penumbuk Enrique yang hampir dilayangkan mengenai wajahnya pula sempat ditahan.

     "Kau patut terima hukuman sebab dah cari masalah dengan aku!" Enrique terus menendang dada lelaki itu. Tubuh yang terjatuh itu disepak kuat sebelum dada lelaki itu dipijak.

     "Aku tak nak tahu apa masalah kau. Yang aku tahu sekarang kau memang tak patut hidup." Enrique berkata tanpa nada sebelum leher lelaki itu dipijak sehingga tidak sedarkan diri.

     Tubuh kaku itu ditinggalkan. Lampu spotlight dimatikan. Keadaan kembali menjadi gelap. Dia keluar dari hutan itu. Pistol di tangannya diacukan pada kepala lelaki yang masih duduk sambil mengerang kesakitan di hadapan Herith. Satu tembakan, lelaki itu tumbang dengan darah yang terpancut keluar. Tembakan itu tidak kedengaran kuat kerana telah dipasang silencer.

     "Kau bunuh dia??" Herith membulatkan mata.

     "Kenapa? Kau fikir aku dah tak bunuh orang lepas aku berjaya cipta senjata aku sendiri?" soal Enrique sinis sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya untuk mengarahkan beberapa orang kuli membersihkan tempat ini.

     "Memang aku fikir kau dah berhenti bunuh orang sebab..."

     "Sebab Lian? Perempuan tu akan jadi salah satu 'robot' yang aku tengah ubah jadi macam aku." Enrique merenung Herith.

     "Tapi Lian perempuan baik... Maksud aku, kau betul-betul nak gunakan Lian? Kau tak kesian dekat dia ke? Dia cuma tahu kau bukan lelaki baik tapi dia belum tahu yang kau seorang pembunuh." Herith menginginkan kepastian Enrique.

     "Kau tak perlu risau, aku ada cara sendiri untuk bagitahu dia." Enrique tersenyum senget sebelum memanjat tembok batu.

     "Kau memang gila Enrique," kata Herith sendiri bersama gelengan kecil.

*****

     Kepalanya yang pening diurut. Jam dinding dilihat, sudah masuk pukul tujuh pagi. Dia bangun dari duduknya kemudian melangkah keluar dari bilik komputer itu. Bilik Lian dituju.

     "Awak nak tidur dekat sini ke? Tak nak sarapan dulu?" soal Lian yang sedang mengikat rambut di hadapan cermin.

     "Hm..." Enrique terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam bersama mata yang terpejam.

     "Enrique, saya tanya ni." Lian berdiri di tepi katil. Tangan Enrique dipegang.

     "Aku mengantuk sangat." Enrique menarik lengan itu mendorong Lian jatuh menindihnya.

     "Lepas, saya nak pergi buat sarapan dulu. Kejap lagi saya teman awak tidur." Lian ingin bangun namun ditahan Enrique.

     "Teman aku dulu, boleh?" soal Enrique lembut. Cukup lembut sehingga mampu menggetarkan jiwa Lian.

     Perlahan-lahan Lian mengangguk. Dahi Enrique dicium lama. Dia baring di sebelah Enrique, Enrique terus memeluk erat tubuh Lian. Jari jemari Lian mengusap rambut Enrique seakan mendodoi lelaki itu tidur. Dalam 10 minit, Enrique sudah benar-benar tidur.

     Lian bangun kemudian membetulkan comforter. Kasihan suaminya penat, siang malam bekerja. Tetapi tidak mengapa, lelaki itu sendiri yang memilih untuk melakukan pelbagai jenis kerja begini. Kepala Enrique diusap sayang sebelum dia mencapai tudung sarung bewarna merah jambu.

     Langkahnya terhenti setelah melihat Herith duduk bersarapan seorang diri di meja makan. Jarang dia berbual dengan Herith sejak Enrique tiba-tiba melayannya dengan baik.

     "Hai," sapa Lian bersama senyuman.

     Herith hanya tersenyum sebelum matanya kembali melihat skrin ipad yang sedang menayangkan movie.

     "Awak makan bijirin dengan susu je?" soal Lian sambil membuka peti.

     "Okeylah ni daripada tak makan langsung. Awak nak masak ke? Boleh saya tolong sekali." Herith memandang Lian.

     "Pandai ke nak tolong-tolong saya?"

     "Eh mestilah pandai. Saya ni suka sangat memasak tau cuma Kayla tak bagi sebab dia cakap saya memang tak boleh buat kerja dekat dapur." Herith tersenyum kekok sambil memegang belakang lehernya.

     "Kalau macam tu, pagi ni kita buktikan yang awak boleh buat kerja dapur."

     "Enrique dah tidur ke?" soal Herith bernada cukup perlahan.

     Lian mengangguk.

     "Saya nak cakap sikit dengan awak. Jom keluar kejap," kata Herith sambil melangkah keluar melalui pintu dapur.

     Lian ikutkan saja, kedengaran seperti serius. Mereka berdua berhenti di luar tembok pagar batu sisi kanan rumah agam. Hanya di sini tidak terdapat kamera atau microfone Enrique.

     "Kenapa nak bercakap dekat tepi hutan ni?" Lian mengerutkan dahi memandang sekeliling.

     "Dekat sini selamat. Err Enrique ada cakap apa-apa plan dia pada awak tak? Contohnya macam, nak bunuh someone atau hancurkan salah seorang ahli keluarga kita, ada?"

     "Mulut dia tu memang selalu keluar ayat nak bunuh orang. Marah sikit je nak bunuh. Kadang-kadang saya tak faham dengan dia, kejap okey kejap tak dah macam lalang," jawab Lian.

     "Dia berkasar dengan awak ke?"

     "Tak pun. Dia layan saya baik je sekarang. Kenapa awak tanya pasal Enrique? Awak dengan dia bergaduh ke?" Sejak tadi Lian hairan seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang keluarga ini.

     "Tak gaduh pun. Awak jaga diri tau. Jangan malu nak luahkan apa-apa pada saya atau sesiapa je yang awak selesa. Lagi satu, tolong jangan cakap pada Enrique yang kita berjumpa dekat sini, risau dia marah nanti. Dia tu dahlah cemburu buta," bisik Herith sebelum bibirnya mengukir senyuman kecil.

     "Ha betul tu. Kalau tak ada apa-apa dah, saya masuk masak dulu. Awak jadi ke nak tolong saya?"

     "Jadi jadi. Kejap lagi saya masuk."

     Lian mengangguk sebelum masuk melalui pintu pagar bersaiz sederhana di sisi rumah. Terkejut dia melihat Hezrick yang berdiri di tepi pintu pagar itu. Lian menunduk separa sebelum melangkah pergi. Hezrick memandang belakang tubuh Lian yang semakin jauh tanpa sebarang reaksi.

     "Itu je yang dia cakap?" soal Hezrick pada adiknya.

     "Yup. Enrique tak ada rancang apa-apa setakat ni. Cuma dia masih ambik upah bila ada orang mintak dia pindahkan duit syarikat atau hack sesuatu untuk dapatkan maklumat penting."

     "Baguslah kalau macam tu. Terus perhatikan kerja dia." Hezrick memandang riak Herith yang seperti teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

     "Tapi Enrique bagitahu semalam yang dia akan gunakan Lian. Aku tak pasti apa yang dia tengah buat tapi aku dapat rasa Lian dalam bahaya."

     "Yang tu kita tak boleh buat apa-apa. Semua keputusan bergantung pada Lian. Takkan tiba-tiba kau nak suruh perempuan tu berpisah dengan Enrique waktu hati dia tengah berbunga-bunga, kan? Kalau aku jadi Lian pun aku cair dengan layanan Enrique."

     Hezrick tersenyum nipis teringatkan Enrique yang sedaya upaya mengambil hati Lian dalam pelbagai cara tersendiri. Tetapi, syaitan tidak mungkin akan berubah.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.1K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
2M 74.4K 71
๐Ÿฆ‹1ST SWEET SERIES๐Ÿฆ‹ Berkisarkan Laith seorang yang bermulut pedas bertemu dengan Bunga yang suka menjawab. Fikirnya perjumpaan mereka adalah kebetul...
2.9K 159 11
Aleshya Rose, sebut sahaja namanya, pasti warga di kelab tahu dan kenal orangnya. Memiliki wajah yang cantik bak bidadari, badan yang menjadi igauan...
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...