Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 12

1.3K 204 63
By Qayssz

  Cubaan ketiga Dahlia berjaya memecahkan pintu hadapan rumah Citra. Terus matanya menangkap kelibat Ratna di sisi pintu dan berlari ke arahnya. Mereka berdakapan.

  "Kakanda Dahlia apakah kau baik-baik sahaja?" Soal Ratna risau.

  "Alhamdulillah aku tidak apa-apa." Dahlia tersenyum mengusap lembut kepala Ratna. "Tetapi sepertinya dia akan mencari Arjuna kerana katanya dia mencium bau lelaki dari aku. Di manakah Arjuna sekarang?"

  "Masjid. Tok Imam dan Budi pergi menghadiri mesyuarat tergempar jadi Arjuna berseorangan di sana." Ratna membalas.

  "Jikalau begitu ayuh lekas ke masjid. Kita akan mengelakkan Arjuna jatuh ke dalam lubang fitnah yang direka wanita sihir itu. Tangkal ini akan aku uruskan kemudian." Tangkal tetap digenggam erat, mengorak langkah menuju ke masjid.

Sedang dalam perjalanan mereka lalu berdekatan dengan dewan berkumpulnya penduduk Kampung Kijang, bunyi riuh rendah yang luar biasa kedengaran dari dalam dewan. Seperti ada sesuatu yang berlaku.

  Dahlia menoleh ke arah Ratna. Ratna juga berbuat demikian.

  "Ratna aku rasa lebih baik hanya kau yang pergi ke masjid. Sekurang-kurangnya kau boleh jadi saksi bagi sebarang fitnah yang dituju ke atas Arjuna. Sepertinya aku harus ke sana." Kata Dahlia sambil tangannya menunjuk ke arah dewan berkumpul itu.

  Ratna mengangguk memahami. "Hati-hati ya Kakanda Dahlia."

  "Baik, kau juga." Dahlia menyahut perlahan. Langit bertukar oren kemerahan menandakan matahari semakin  menyembunyikan diri, gelap malam pula akan menghantui alam.

  Langkah kaki Dahlia terus diorak ke arah dewan. Sungguh banyak perkara berlaku pada hari ini dan banyak juga masalah yang harus dia selesaikan.

_______________________•••____________________

  Citra yang makin lama makin dilahap nafsu semakin mendekati Arjuna. Dia sudah pun tidak hairankan bahawa dia berada di dalam masjid, rumah Allah yang suci. Kegilaan nafsunya menguasai diri. Langsung tiada rasa hormat terhadap Arjuna.

  Arjuna yang risau akan Dahlia melaksanakan solat sunat hajat buatnya. Akibat terlalu khusyuk dalam ibadahnya, dia tidak menyedari bahawa Citra betul-betul dekat di belakangnya.

  Selesai tahiyat akhir, dia memberi salam. Wajahnya dipalingkan ke kanan kemudian ke kiri. Alangkah terkejutnya Arjuna apabila Citra tercegat di belah kirinya tersenyum manis di situ. Persis syaitan.

  Terloncat Arjuna ke kanan menjauhi Citra yang terlalu dekat dengannya. Segera dia beristighfar memohon ampun dari Allah kerana perkara sebegini berlaku dalam rumah suci-Nya.

  Berkerut Arjuna memandang Citra. Bibirnya tidak putus-putus dengan istighfar.   Sepertinya ada suatu tarikan dari Citra yang sangat merbahaya baginya. Bingkas dia bangun dari duduknya berdiri dan cuba keluar dari ruang solat itu.

  Tiba-tiba Citra berlari ke arahnya dari belakang. Menyedari pandangannya sahaja tidak cukup menggoyahkan iman pemuda itu, dia mencuba idea lain untuk membutakan Arjuna dengan cinta.

  Namun Arjuna yang mahir dalam mempertahankan diri lebih-lebih lagi sekiranya musuh hendap dari belakang segera mengelak. Dia menapak beberapa tapak sebelum berdiri dengan stabil di perkarangan masjid.

  "Siapa kau? Di manakah adab kau di rumah Allah?! Sanggup kau berfikir untuk melakukan perbuatan kotor di sini?!" Berang Arjuna dibuatnya. Saat ini dia sudah dapat mengagak inilah wanita sihir yang sering disebut Tok Imam dan Budi.

  Citra tersenyum melebar. "Benar-benar istimewa ya kau. Selalunya cukup dengan pandanganku sahaja sudah mampu menggoyahkan iman semua pemuda. Malah aku memakai lebih cantik dan wangi untuk berjumpa kau tetapi kau tidak terpedaya sedikit pun. Sungguh utuh iman kau ya." Kakinya perlahan-lahan menapak mendekati Arjuna.

  "Jangan kau berani mendekati. Aku memang tidak mencederakan wanita tetapi aku tidak akan ragu-ragu untuk mencederakan syaitan, celaka!" Arjuna berundur. Bersiaga tanpa keris kerana sudah diberikan kerisnya kepada Dahlia tadi.

  "Abang, mengapa perlu menjauh jika kau boleh mendekati aku?" Citra berusaha sedaya upaya menggoyahkan iman Arjuna tetapi sepertinya Allah melindungi pemuda itu dari perkara terkutuk sebegitu.

  Istighfar tidak lekang dari bibir. Hatinya memanjatkan doa sebanyak-banyaknya agar Allah melindungi dia dari terjerumus dalam dosa. Sungguh tarikan Citra sungguh kuat. Tanpa perlindungan Allah dia pasti sudah goyah. Segala puji bagi Allah yang telah melindunginya dari sebarang kecelakaan.

  "Arjuna!" Jeritan Ratna menyebabkan mereka berdua menoleh. Kelihatan Ratna datang bersama beberapa orang makcik yang merupakan penduduk kampung di situ.

  Menyedari akan hal itu, Citra segera memusingkan cerita. "Mak Enon! Tolong!" Sekelip mata dia membuatkan matanya merah ibarat dia sudah mahu menangis. "Pemuda itu cuba melakukan sesuatu padaku! Tetapi aku mengatakan tidak maka dia bekeras dan mula mengugutku. Hampir sahaja dia bersiaga dengan pedangnya." Citra berlari ke arah Mak Enon meminta diselamatkan. Geliga sungguh mindanya memutarbelit cerita.

  Arjuna terpinga. Sungguh tidak sangka dengan fitnah yang disebar Citra. Ratna juga terpinga melihat wanita itu merupakan wanita yang terserempak dengannya tadi. 'Apakah ini wanita sihir tersebut?' bisiknya dalam hati.

_______________________•••____________________

  Dahlia masuk ke dalam dewan berkumpul yang riuh rendah itu. Seluruh isi dewan sedang bergaduh dengan Tok Imam dan Budi yang cuba menyampaikan kebenaran bahawa apa yang dilakukan mereka adalah salah.

  Mereka tidak seharusnya menjadi gila kerana perempuan. Hanya itu sahaja yang disampaikan Tok Imam tetapi bagaikan dirasuk, semua pemuda tidak boleh menerima kenyataan yang diberi menyebabkan pertelingkahan luar biasa berlaku.

  Dahlia menyelit-nyelit dalam kerumun orang ramai. Berusaha dia menjaga dirinya daripada tersentuh dan terlanggar dengan pemuda yang berada di dalam dewan itu.

  Dia berjaya mendapatkan Tok Imam dan Budi. "Tok, ini tangkalnya. Sudah berjaya aku dapatkan." Dahlia mahu cerita dengan lebih panjang lagi tetapi situasi tidak membenarkan. Segera tangkal diserahkan kepada Tok Imam.

  "Terima kasih Dahlia, kau datang tepat pada waktunya." Tok Imam mengambil tangkal tersebut seraya diangkat tinggi ke udara.

  "Wahai seluruh penduduk Kampung Kijang! Selama ini aku mendiamkan diri tentang perkara ini kerana aku tidak punyai bukti dan risau jikalau sangkaanku ternyata salah! Tetapi kini sudah jelas terbukti sangkaanku adalah benar bahawa Citra yang kalian agungkan sebenarnya menggunakan sihir untuk memukau kalian semua untuk terus memandang dan terpikat dengannya! Ini tangkal yang telah beliau gunakan!" Tok Imam berusaha menguatkan suaranya yang hampir tenggelam dalam riuh-rendah orang ramai.

  Seluruh dewan terdiam mendengar apa yang disampaikan Tok Imam. Suasana sepi seketika.

  Tiba-tiba mereka mulai bengis. Seperti dirasuk mereka mula menyerang Tok Imam dan ingin merampas tangkal itu dari genggamannya.

  "Berani kau menuduh Citraku yang bukan-bukan! Akan aku ajar kau cukup-cukup!!" Situasi menjadi makin tegang apabila pemuda-pemuda bengis itu mula mengeluarkan keris masing-masing.

  Mereka bagaikan sudah tidak waras lagi. Mereka mula menyerang bagaikan orang gila. Keris yang tersisip kemas di pinggang segera ditarik keluar Dahlia. Mujur Arjuna meminjamkannya keris dia. Tok Imam dan Budi  berusaha menangkis segala serangan.

  Situasi menjadi semakin tidak terkawal kerana semua yang waras tiba-tiba bertukar gila menyerang bagaikan binatang buas.

  "Tidak boleh dibiarkan lagi! Sihir ke atas mereka sudah semakin teruk! Aku harus segera menghentikannya! Di sini juga! Budi, Dahlia! Jadilah penghadang ku sementara aku memusnahkan sihir ini!" Tok Imam kemudiannya segera membacakan ayat-ayatnya untuk menghapuskan sihir itu. Namun pergerakannya tetap lincah menangkas segala serangan.

  Budi banyak melindungi Dahlia yang tidak begitu mahir dalam menangkis serangan. Namun Budi seorang tidak mampu menahan serangan kesemua pemuda itu secara serentak. Habis badannya luka-luka menangkis segala serangan.

  Pakaian Dahlia juga terkoyak. Namun dia menggagahkan diri untuk bertahan kerana Tok Imam perlu memusnahkan sihir itu sekarang juga atau keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

  "Bunuh wanita itu! Dialah yang membawa tangkal sebagai bahan bukti!" Satu suara menjerit dan serentak dengan itu semua pemuda bergerak menyerang Dahlia dari pelbagai arah.

  Budi dan Dahlia terpisah arah dek tolakan penuh bertenaga pemuda ramai itu menolak Budi ke arah berlainan.

  Budi mahu membantu tetapi dia tersekat menangkis serangan dari arah lain. Dahlia berusaha bergerak lantas menangkis segala serangan yang hinggap. Sudahlah tiada kemahiran. Hanya Allah yang menggerakkan tubuhnya berjaya menangkis serangan itu. Sungguh tidak mampu dia berpadu tenaga dengan semua pemuda yang lebih berkebolehan darinya itu.

  Tiba-tiba satu tusukan keris hinggap di bahu kirinya menjunam ke dalam urat dan dagingnya. Dahlia mengerang kesakitan. Tangan kirinya longlai tidak mampu digerakkan. Dia hanya mampu berlawan menggunakan sebelah tangan sahaja. Pedihnya tusukan tetap ditahan berbekalkan harapan terhadap hanya kepada Allah, Dahlia mampu menahan tusukan keris itu.

Tok Imam masih berusaha memusnahkan sihir berat itu. Walaupun sedang fokus membaca ayat, dia masih mampu menangkis serangan bertubi-tubi yang datang ke arahnya. Terserlah kehandalannya di situ.

  Seketika kemudian dia menghembus kuat dan semua pemuda yang menggila tadi rebah serta-merta. Hanya kelihatan Dahlia, Budi dan Tok Imam yang masih kekal berdiri di dalam dewan itu.

  Dahlia berpeluh lencun. Nafasnya tercungap. Kudratnya habis. Lukanya bukan sahaja di bahu kiri di mana terbenamnya sebatang keris malah kakinya juga terseliuh disepak orang. Namun digagahkan juga untuk dia berdiri sambil memegang bahu kirinya yang masih terpacak keris.

  "Dahlia! Kau cedera! Ayuh segera dapatkan rawatan!" Jerit Tok Imam cemas. "Budi apakah kau-"

  "Aku baik-baik sahaja. Hanya sekadar luka kecil di beberapa bahagian." Balas Budi tercungap-cungap mengambil nafasnya kembali.

  "Pemuda-pemuda ini akan aku uruskan sebentar nanti. Sekarang kita harus rawat luka kau terlebih dahulu!" Dahlia hanya mengangguk. Mukanya pucat lesi menahan bisa tikaman.

Mereka segera mengorak langkah keluar dewan.

_______________________•••____________________

  Arjuna menapak ke hadapan cuba mempertahankan dirinya dan menidakkan segala fitnah. Dia memandang Ratna mengajaknya turut sama meyakinkan penduduk.

  Citra berpura-pura menangis di sisi Mak Enon namun tidak dihiraukan.

  "Demi Allah aku tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Nauzubillahiminzalik semoga dijauhkan." Arjuna masih berusaha menidakkan fitnah.

  "Penipu! Usah berdusta!" Citra terus menerus memutar belitkan ceritanya. Air matanya berjuraian di pipi cuba meyakinkan semua penduduk di situ.

  "Masakan aku yang menipu sedangkan yang berdusta itu engkau! Engkaulah yang cuba melakukan sesuatu padaku!" Balas Arjuna keras.

  "Aku bersama pemuda ini dan dia orang baik. Dia tidak akan melakukan perkara sedemikian!" Ratna menyambung membantu Arjuna.

  Hari semakin gelap. Sang Mentari semakin menghilang memberi Sang Bulan untuk menyinari malam. Arjuna masih merisaukan keadaan Dahlia walau dirinya sendiri yang harus dibantu terlebih dahulu.

  'Astaghfirullahalazim!' hati kecilnya berbisik perlahan tatkala dia menyedari hanya Dahlia yang sering bermain di fikirannya sedari tadi. Segera dia memanjatkan doa memohon ampun dari Ilahi.

  "Tenang, tenang semuanya." Mak Enon yang mewakili semua wanita dan makcik-makcik dibelakangnya akhirnya membuka mulut.

  "Wahai tuan muda, aku Mak Enon. Aku mengenali wanita di sini. Dia merupakan seorang tukang sihir malah telah menyihir semua pemuda di sini. Tenanglah wahai pemuda. Aku mempercayai engkau." Mak Enon menenangkan keadaan.

  Citra di sisinya berhenti menangis serta-merta. Wajahnya bertukar pucat. 'Mereka sudah tahu rahsiaku?' Dia memandang Mak Enon penuh curiga.

  Mak Enon menoleh ke arahnya. "Apa? Kau ingat kami tidak tahu tentang itu?" Bercekak pinggang wanita berumur itu memandang Citra.

  "Kami semua sudah tahu rahsia dan angkara kau! Nasib baik kami mengikut budak kecil itu ke mari. Dapat kami menyelamatkan keadaan."

  "Benar! Kini fitnah kau sia-sia Citra!"

  "Benar!"

  "Aku setuju!"

  "Sokong!"

  "Aku tahu dari awal pemuda itu tidak bersalah!"

  Suasana menjadi riuh-rendah kerana orang ramai mula bersuara menyokong Arjuna.

  "Alhamdulillah..." Sebanyak-banyak syukur dipanjatkan kepada Ilahi yang telah mempermudahkan urusannya dalam pelbagai hal hari ini.

  Dia menoleh memandang Ratna. "Dahlia di mana?" Soalan itu pertama terpacul keluar dari mulutnya.

  "Dia bergerak ke dewan berkumpul tadi. Sepertinya ada situasi buruk di sana. Jika kau mahu, ayuh lekas kita menuju ke sana pula. Hari sudah hampir gelap tetapi mereka masih belum pulang. Aku risaukan mereka." Balas Ratna.

  Belum sempat Arjuna dan Ratna melangkah, kedengaran satu suara tua menjerit memanggil Mak Enon. Alangkah terkejutnya Arjuna melihat Dahlia dalam keadaan luka sebegitu. Jalannya terhinjut-hinjut. Mukanya pucat lesi. Tangannya merah bersalut darah.

  Segera Arjuna berlari mendapatkan Dahlia. Mak Enon pula menoleh ke arah pemilik suara.

  "Astaghfirullahalazim apa yang berlaku?!!" 

  "Kejadian buruk berlaku di dewan berkumpul. Lebih-lebih lagi akan aku ceritakan nanti. Sekarang luka gadis ini harus dirawat terlebih dahulu." Jelas Tok Imam berusaha tidak menyentuh Dahlia tetapi tetap memastikan dia dapat berjalan dengan baik.

"Kakanda Dahlia!" Mata Ratna bergenang melihat kakanda kesayangannya dalam keadaan begitu.

  Mak Enon segera mendapatkan Dahlia yang hampir rebah. Beberapa wanita lain turut sama membantu Dahlia. Mereka memimpin Dahlia masuk ke ruang solat wanita. Lukanya harus segera dirawat.

  Arjuna yang belum sempat mengatakan apa-apa hanya tercengang dan memandang Tok Imam meminta penerangan.

  "Sabar bertenang. Akan aku ceritakan semuanya nanti. Budi juga harus dirawat sedikit. Mari masuk ke dalam." Tok Imam mengajak Budi dan Arjuna duduk di luar masjid merawat luka memandangkan kaum wanita harus merawat Dahlia di dalam.

  Menyedari keadaan yang huru-hara itu Citra mengambil peluang itu melarikan diri. Arjuna yang menyedari akan hal itu memanggil Tok Imam.

  "Biarkan sahaja dia buat sementara ini. Sihirnya sudah aku patahkan. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi ketika ini." Balas Tok Imam perlahan.

  Arjuna hanya mengangguk. Dia tidak mahu mengejar wanita itu takut difitnah yang bukan-bukan lagi. Dia segera membantu Tok Imam merawat luka Budi.

  Gelap mula menguasai seluruh bumantara alam. Sang Mentari sudah berjaya bersembunyi sepenuhnya memberi ruang Sang Bulan pula menyinari alam.

Continue Reading

You'll Also Like

585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
501K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
164K 16.6K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
462K 34.8K 53
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...