Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 11

1.3K 192 71
By Qayssz

  "Apakah Kakanda Dahlia akan baik-baik sahaja?" Ratna berbisik perlahan selepas dalam perjalanan pulang semula ke masjid selepas menghantar Dahlia.

  "Kepada Allah kita pohon perlindungan. Inshallah Dahlia akan baik-baik sahaja." Tok Imam mendengus kecil.

  Sang mentari terus menyinari alam. Bayang-bayang kayu yang terpacak di masjid lebih panjang berbanding kayu itu sendiri menandakan waktu asar telah tiba. Mereka berdua bergegas ke masjid demi menunaikan kewajipan.

_______________________•••____________________

  Dahlia bergerak ke ruang tamu semula untuk menyoalkan Citra tentang pintu yang terkunci.

  Citra hilang.

  Dahlia hairan. Kegusarannya mula menguasai diri. Belum sempat dia menoleh ke belakang, satu pukulan kuat hinggap di batang lehernya melemahkan seluruh tubuhnya lalu Dahlia jatuh terkulai di lantai rumah Citra.

  "Tidak sangka berguna juga periuk besar aku ini." Citra tergelak sinis. Matanya penuh sinar bahagia melihat Dahlia yang sudah tidak sedarkan diri.

  Perlahan-lahan dia menyentuh wajah jelita Dahlia. "Sudah aku katakan kau jelita, tetapi sepertinya wajah ini lebih layak untuk aku..." Jarinya bermain-main di wajah Dahlia.

  "Dahlia, di manakah lelaki itu? Baunya sungguh harum melekat pada kau..." Citra mengatup matanya menikmati bau lelaki yang dimaksudkan. Dahlia masih tidak sedarkan diri.

  Seketika kemudian Citra tersenyum sinis dan tergelak kecil. Persis syaitan. Dia kemudiannya menarik Dahlia dan dikunci di dalam satu bilik.

  "Mereputlah kau di dalam sana. Aku harus segera mencari lelaki baharu ini. Harum sungguh baunya menggetarkan tulang rusukku..." Citra memulakan angkara jahatnya.

_______________________•••____________________

  Tok imam, Budi, Arjuna dan Ratna melaksanakan solat Asar berjemaah. Pawana petang lembut menyapu wajah hamba-hamba Allah itu. Tiada bunyi, sunyi sepi namun tenang suasana, damai terasa. Sungguh Allah merahmati manusia yang melaksanakan kewajipan dengan penuh khusyuk.

  "Assalamualaikum!" Kedengaran suara seorang pemuda memberi salam dari luar masjid. Tok Imam dan yang lainnya baru selesai mengaminkan doa segera menoleh.

  Kemudian mereka bangun menuju ke pintu masjid. "Waalaikumussalam, Pak Kasim, ada apa hajat kemari? Macam penting sahaja bunyinya." Tok Imam menjawab salam.

  "Memang penting Tok, ada mesyuarat tergempar diadakan di dewan berkumpul. Kita ada sedikit masalah yang harus dibincang. Ini soal hidup dan mati. Seluruh penduduk sudah berada di situ. Kami menunggu ketibaan kau, Tok Imam. Perbincangan ini harus dihadiri oleh semua penduduk. Ayuh lekas, Tok!" Pak Kasim bergegas datang memberitahu akan hal itu.

  "Iyakah? Jika begitu, akan aku segera ke sana. Ayuh, Budi." Tok Imam mengajak Budi turut serta memandangkan dia juga penduduk Kampung Kijang.

  "Eh? Tidak perlulah kau ikut sekali Budi. Tidak penting untuk kau. Kau tinggal sahaja di sini, ya." Pak Kasim menolak Budi untuk turut serta.

  "Eh? Kau kata seluruh penduduk harus hadir. Apakah Budi bukan penduduk sini?" Tok Imam membantah.

  Pak Kasim mengeluh berat. "Iyalah..iyalah..." Wajahnya menunjukkan dia tidak gemar berada dekat dengan Budi yang hodoh itu. Sungguh tidak bermoral layanannya terhadap Budi.

  "Ini pula siapa Tok?" Telunjuk Pak Kasim ditujukan kepada Arjuna dan Ratna.

  "Oh, ini orang datang singgah sebentar ke kampung kita untuk solat." Ujar Tok Imam sambil menyarung selipar.

  "Tok, izinkan aku turut serta sama. Aku mahu menjenguk Dahlia." Ujar Ratna seraya menyarungkan sepatunya.

  "Jangan sesat sudahla ya. Arjuna kau kekal disini. Tidak ada baiknya kau turut serta keluar dan membahayakan diri kau." Pesan Tok Imam. Arjuna hanya mengangguk dan menghantar mereka pergi dengan pandangan.

  Saat kelibat mereka hilang dari pandangan, Arjuna melangkah masuk ke dalam masjid semula. Dia mula berzikir dan berdoa sebanyak-banyaknya untuk Dahlia. Hatinya tidak senang. Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri sahaja tetapi dia benar-benar merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku pada Dahlia.

_______________________•••____________________

  Citra membuka pintu rumahnya perlahan. Matanya melilau memandang sekeliling memastikan tiada orang yang melihatnya.

  Dia mencantikkan pakaiannya dan menaikkan harum dirinya. Dia tidak mengenali Arjuna tetapi dia mahu mencari lelaki yang baunya dicium dari Dahlia iaitu Arjuna. Perhiasan dirinya dilebihkan agar dia kelihatan manis dan ayu.

_______________________•••____________________

  "Berhati-hati ya Ratna." Tok Imam berpesan sebelum mereka dan Ratna berpisah arah. Ratna berjalan menuju ke lorong rumah wanita sihir manakala Tok Imam, Budi dan Pak Kasim bergerak menuju ke dewan berkumpul.

  Sesampainya mereka ke dewan, suasana riuh-rendah. Masing-masing membuka mulut menceritakan pendapat mereka sendiri. Hairannya, di dalam dewan tersebut hanyalah dipenuhi oleh golongan Adam.

  'Kata seluruh penduduk harus hadir ke mesyuarat ini, di mana kaum Hawa?' Tok Imam berbisik perlahan dalam hatinya.

  "Sudah! Sudah berhenti bersuara!" Pak Kasim selaku ketua kampung memberi arahan. Serentak dengan itu, seluruh dewan beransur diam.

  "Jadi kalian semua tahu tujuan kalian dipanggil ke sini bukan?" Pak Kasim mengajukan soalan dengan wajah yang serius. "Kalian semua tahu tentang lusa ini tarikh apa bukan? Kerana aku tidak mahu mengulangi kata-kataku sekali lagi."

  Tok Imam memandang Budi. Budi juga melakukan perkara yang sama. Apakah hanya mereka berdua sahaja yang tidak tahu tentang lusa ini? Tok Imam segera mengangkat tangan sedikit ingin menanyakan tentang itu.

  "Maafkan aku, tetapi apa yang berlaku lusa ini? Ada sesuatu yang aku tertinggalkah?" Soalan Tok Imam menyebabkan satu dewan berkerut memandangnya. Masing-masing terkejut dengan soalan yang diajukan Tok Imam itu.

  "Tok, apakah kau tidak tahu tentang lusa ini?" Wajah Pak Kasim bertukar terkejut. Tok Imam memandang Budi seraya menoleh semula dan menggeleng tanda mereka benar-benar tidak tahu.

  Serentak dengan itu seluruh dewan kembali kecoh memarahi Tok Imam dan Budi kerana tidak ingat tentang tarikh yang dimaksudkan.

  "Tenang! Bertenang semuanya!" Pak Kasim mencuba sehabis baik menenangkan keadaan. Kemudian dia menoleh semula ke arah Tok Imam. "Lusa ini merupakan hari lahirnya Citra, Tok. Bagaimana bisa Tok melupakan tarikh keramat itu?"

  Tok Imam berkerut. Begitu juga Budi. "Kau kata ini soal hidup dan mati, Kasim." Balas Tok Imam.

  "Memanglah hidup dan mati! Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk membuat kejutan buat Citra tercinta kita!" Pak Kasim menghangatkan seluruh isi dewan dengan semangat yang berkobar-kobar.

  "Sekiranya kita tidak membuat kejutan pasti dia bersedih. Sekiranya dia bersedih, tiadalah sinar yang menyinari kampung ini lagi!" Tangan Pak Kasim didepakan ke udara membuatkan seluruh isi dewan bersorak setuju bagaikan orang gila.

  "Astaghfirullahalazim. Ini sudah melampau, Tok." Budi berbisik perlahan di telinga Tok Imam. Tok Imam terkesima dengan apa yang baru didengarinya. Seluruh isi dewan bagaikan membesarkan wanita itu seolah-olah dialah yang paling mulia.

_______________________•••____________________

  Ratna bergerak berjalan menuju ke rumah yang dicari. Kata Tok, rumah wanita itu berwarna hijau seri muka. Tadi mereka hanya menghantar Dahlia hingga ke simpang lorong.

  Ratna berjalan membelok ke kanan kemudian dia terserempak dengan seorang wanita muslimah yang sungguh anggun jelita dan sedap mata memandang. Hampir terpukau Ratna terkesima dengan kecantikannya. Wanita itu hanya tersenyum dan berjalan melepasi Ratna yang terlopong melihatnya.

  Harum baunya melekat apabila dia berjalan melepasi Ratna. Saat dia hilang dari pandangan barulah dia sedar ke dunia nyata semula.

  "Masha Allah jelita sungguh wanita itu." Bisik Ratna kecil kemudian langkahnya diteruskan mencari rumah wanita sihir itu.

_______________________•••____________________

  Dahlia membuka matanya perlahan-lahan. Dengan izin Allah dia dapat sedar awal walaupun dihempuk kuat dari belakang. Kepala dan lehernya masih sakit akibat dipukul kuat. Pandangannya masih separa kabur dan berpusing. Tubuhnya terhuyung-hayang cuba bangkit dari duduknya.

  Kelihatannya dia berada di dalam sebuah bilik stor makanan. Dia bergerak ke arah pintu untuk keluar, tetapi pintunya terkunci. Ada kayu besar menghadang pintu dari luar. Dahlia memandang sekeliling mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk memecahkan pintu.

  Sungguh benar sangkaan Tok Imam dan Budi yang mengatakan Citra adalah wanita sihir. Dasar perempuan celaka menggunakan agama demi memuaskan nafsu semata. Seluruh ruang bilik bertutup.

  Sedang dalam usaha Dahlia memecahkan pintu tiba-tiba dia teringat tentang asarnya. Dia masih belum solat. Matanya melilau memandang sekeliling. Alhamdulillah terdapat air bersih di dalam sebuah tempayan. Dahlia menggunakan air tersebut sebagai wuduknya dan solat di dalam bilik sempit itu dengan segera.

  Solat tidak boleh ditangguh lagi. Selesai solatnya dia menggunakan tempayan tadi untuk memecahkan pintu. Alhamdulillah pintu kayu tidak seberapa kukuh itu berderai dihentak tempayan tembaga itu.

  Dahlia segera melangkah keluar  dan memerhati keadaan sekeliling. "Sepertinya dia tiada di sini. Apakah dia keluar?" Dahlia berbisik perlahan. Dia kemudiannya mengambil peluang ini untuk masuk ke bilik yang berbau harum tadi.

  Tekaanya adalah tangkal yang harus dicurinya berada dalam bilik tersebut.

_______________________•••____________________

  Ratna meneruskan langkahnya tetapi rumah yang dicari tidak dijumpai. Terlalu banyak rumah hijau ala-ala kuih seri muka di situ. Buntu Ratna dibuatnya.

  Satu persatu rumah dilihatnya. Namun tiada sepatu Dahlia. Sehinggalah ke rumah yang terakhir. Juga tiada sepatu milik Dahlia. Citra sudah menyembunyikan sepatu milik Dahlia sebelum dia keluar meninggalkan perkarangan rumahnya lagi.

  Ratna hampa. Tubuhnya dipusingkan kembali untuk berpatah balik ke masjid. Baru setapak kakinya melangkah tiba-tiba dia mendengar bunyi runtuhan dari dalam rumah terakhir. Segera dia berpaling.

  'Kakanda Dahlia?' bisiknya dalam hati.

  "Kakanda Dahlia!!" Jerit Ratna dari luar rumah. Bunyi sesuatu yang runtuh dari dalam rumah itu memaksa dia menjerit memanggil Dahlia walaupun sepatu milik Dahlia tiada di situ.

  Dahlia yang baru sahaja meruntuhkan pintu bilik segera menoleh. 'Ratna?' hatinya terpaut bahagia dan lega mendengar suara milik Ratna di hadapan rumahnya. Segera dia mencapai tangkal yang menjadi tujuan utamanya datang ke mari dan menuju ke pintu utama rumah.

  "Ratna?!" Dahlia menyahut jeritan Ratna dari dalam. Pintu hadapan rumah yang berkunci dihentaknya berkali-kali tanda dia berada di dalam rumah.

  "Kakanda Dahlia! Apakah kau di dalam? Apakah kau baik-baik sahaja?!" Ratna membalas jeritan Dahlia dari dalam. Alangkah leganya dia dapat mendengar suara Dahlia.

  "Aku dikunci dari dalam, Ratna! Wanita sihir itu mengunci aku. Menjauh dari pintu! Akan aku hentak pintu ini sekuat hati dari dalam!" Sahut Dahlia lagi. Dia mencapai tempayan berat itu dan menghentakkannya sekuat hati ke pintu namun tidak berjaya memandangkan pintu itu lebih utuh berbanding yang lainnya.

  Ratna masih kekal berdiri berjauhan dari pintu. Wajahnya pucat merisaukan Dahlia.

_______________________•••____________________

  "Hmmm... Gerak hati aku mengatakan bau lelaki itu ada disini." Citra tersenyum lebar tatkala dia tiba di hadapan Masjid Tok Kijang. Dia memandang ke bawah melihat cuma ada sepasang sepatu tersusun di luar masjid.

  Sepatu itu dibaunya. 'sama!' senyuman Citra melebar tatkala menjumpai bau yang sama dengan yang dicarinya. Segera dia melangkah masuk ke dalam ruang masjid. Kelihatan Arjuna sedang dalam keadaan sujud.

  Mata Citra bersinar. Hatinya gembira bukan kepalang dapat menemui pemuda yang dicarinya.

  'Tampan sungguh!' jeritnya dalam hati. Segera dia berpura-pura membasahkan anggota wuduknya dan masuk ke ruang solat wanita. Telekung masjid dicapainya untuk menunjukkan bahawa dia sedang ingin menunaikan solat.

  Sungguh perangainya ibarat syaitan bertopengkan manusia. Dia tidak solat pun sebenarnya. Hanya berpura-pura sembahyang tetapi matanya ligat memerhati gerak-geri Arjuna yang sedang khusyuk beribadah dan memanjatkan doa buat Dahlia.

Continue Reading

You'll Also Like

6.6K 827 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...
1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...
36.8K 5.7K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...